Monday, December 20, 2010

lawakking

apa yang kita cari dalam sebuah ceramah ugama, ilmunya, lawaknya, bimbingannya

jiwa jadi terikat pada ceramah ceramah agama kerana jiwa kita kacau, jiwa kita perlu bimbingan dan suluhan ilmu,

malangnya apabila sebuah ceramah ilmu jadi senario lawakking maka kehadiran kita tidak lagi jadi penyelesai kekalutan sebuah jiwa mungkin menambah gelora

kalau dulu ceramah mencair hati keras

kalau dulu pemangkin untuk bangun dini hari

kini jadi surelawak yang di muliakan..

entah lah...apa nak jadi...

Sunday, December 5, 2010

puting beliung

kadang kadang begitu rasa kita sebagai insan
mengaut segala mala barang buruk dan baik dalam perjalanan tanpa pikir
ganas dan tampak marah
tak berkira siapa kawan siapa lawan
langgar segala yang melintang
langgar segala yang menghalang

bila kita sedar
dosa sudah bersalut likat pada tubuh
yang telah di langgar dan di rempuh
bila malam hati menjadi sangat rusuh


apakah yang melengah lengahkan kita untuk taubat

Allah itu Maha Pengampun
Allah itu Maha Penyayang
Allah itu Maha Mengetahui
Allah itu Maha Menyaksikan


dan tidak ada daerah untuk menghalang kita untuk pulang


Aku bersaksi tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad itu Persuruh Allah

Saturday, December 4, 2010

jauh jauh

jauh kan aku dari belitan rindu
yang bukan hak
tinggal
kan aku mengenang yang jauh

Friday, November 26, 2010

LUPA itu anugerah

untuk tidak lagi mengingatkan sakitnya bersalin

untuk tidak lagi rindu dendam kepada bekas kekasih, suami, anak yang pergi, ibu, ayah, sahabat

untuk tidak lagi resah pada kesalahan lampau yang memunahkan hidup kini

untuk tidak lagi membolak balikkan hati yang berdilema

adalah untuk mengubatkan perasaan yang tersagat luka

dan ubat yang paling ampuh adalah

LUPA

dan lupa itulah anugerah

untuk mendatangkan ingin seorang wanita beranak lagi makanya lupa pada kesakitan walaupun peristiwa sakit masih terlintas di dalam fikiran dan perasaan

untuk mendatangkan ingin untuk mencintai dan di cintai datangnya lupa yang dulu merasa benci untuk bercinta lagi

untuk mendatangkan insaf supaya moga taubat di datangkan lupa benci pada peristiwa namu di heret dengan insaf

LUPA...

jangan lupa adalah UBAT adalah anugerah Allah pada setiap insan

Wednesday, November 17, 2010

apa kamu berani

yang pegangan politik kamu apa ?

bukankah sekarang zaman bertengkar

sedangkan kata kawan saya, di bawah bendera manakah akan kita berdiri di padang mahsyar nanti

tidak pun ada sedikit pun sandarannya yang kita perlu mengagungkan parti politik kita yang kita sendiri tidak banyak tau jika hanya berada di tebing gelanggang

pesan arwah ayah

"politic is dirty" dan ayah sudah pun lama pergi

entah apa agaknya yang bernyala nyala di dalam perut aku

kisah politik amat dekat dengan jiwa aku, benci benar aku akan fanatiknya orang kepada parti hingga jadi buta perbuatan dan sikap

makin aku tahu makin aku tak mahu tahu

tapi aku pesan pada kawan yang sangat negatif , takkan berubah walau 1000 tahun lagi,

namun aku percaya, nak mengubah sesuatu belum tentu boleh di lakukan dalam 10 dekad, namun sejarah membuktikan, sudah banyak perubahan perubahan politik boleh berlaku

selagi ada orang yang bernafas dan bersifat macam aku selagi itu lah usaha untuk menyatukan kawan berlainan percaya tetap di lakukan

tak siapa yang benar benar betul kecuali Allah dan Rasulnya

apa agaknya bermain di dalam kepala

ketika awal pagi khutbah di baca dan di tekan tekankan akan perpaduan ummah dan ironiknya ketika membahagikan kurban menjadi bahan kata orang yang boleh menggalakkan perpecehan ummah

nafsu

jika tidak terkendalikan memang manusia boleh punah

lidah

jika mahu tampak hebat dalam berkata sahabat juga menjauhkan diri

perbuatan

apa lagi mau di kata

semua itu hanya akan terjadi pada mereka yang lupa dan tidak dapat mengendalikan perasaan dan nafsu yang tamak

dan akhirnya yang punah ranah tuanpunya diri

agaknya apa lah yang bermain main di kepala bila tidak mengawal rakus diri ketika nyawa di hujung senja hanya untuk otak, lidah, ekor binatang.....Astaghafirullah...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Salam semua pembaca,

Untuk merasakan keseronokan pada hari ini, beberapa perkara perlu dilakukan untuk mengisi hari yang mulia dengan di dahulukan dengan mandi sunat pagi raya, bersolat subuh dan berdoa dan memohonkan ampun saantero dunia, mengikhlaskan segala perbuatan dan membuang semua kenangan pahit supaya hati jadi sebersih bersihnya seperti sesorang yang telah mendapat haji yang mabrur

Bagi mereka yang menyempurnakan hari ini dengan mengorbankan binatang, akan lebih terasa kemeriahannya, ditambah lagi dengan bersama sama masyarakat melapah, menyiang, memasak dan juga bersedekah pada yang berhak.


Jika tidak berkesempatan, untuk berkoban, apa kata, tafakkur sebentar dan lihat apakah pengorbanan pengorbanan kita adalah untuk allah semata mata...


Wassallam

Tuesday, November 16, 2010

Petua Mencuci Hati

Cara aku

1) Ingat akan kasih Allah s.w.t. kepada kita kerana setiap kali kita membuat kesalahan, kita memohon keampunan dari allah. JIka di ikutkan terlalu banyak cara untuk memohon kemaafan hingga mungkin tiada ruang tinggal untuk dosa lekat pada diri kita, oleh itu, jika ada kesalahan manusia ke atas kita, layak lah kita memaafkan mereka kerana dosa mereka tidak lah sebesar mana dari mendapat rahmah allah bagi oran gorang yang pemaaf

2) Jika lidah melafaz kita ikhlas hendaklah ianya berserta dengan hati dan perasaan kita, lidak mudah melafaz ikhlas tapi ikhlas kah kita jika dendam bertompok tompok di dalam diri kita

3) Bila sudah memaafkan, sepatutnya sudah hilang semua ingatan buruk dan peluang sahabat atau rakan untuk memdapat kepercayaan kita sudah terbuka dengan luas

4) Pepatah melayu, yang buruk di jadikan sempadan (yakni landasan supaya tidak terkena kali kedua) yang baik di jadikan tauladan (yakni di ikuti akan kebaikannya)

5) Ingatkan diri, ada kah aku layak mendapat syurga sedang dendam kesumat bertompok tompok di dalam hati, layakkah orang yang banyak dendamnya itu menjadi penghuni syurga

6) Membantu dan jangan lah berharap balas, walau pun daripada anak, atau pun dari sahabat atau pun dari orang orang bawahan kita, seronokkah kita di balas jasa oleh manusia lain sedangkan balasan tuhan adalah yang kita mahukan


yang penting, sucikan diri (berwudu selalu) sucikan hati (bersyukur selalu) sucikan jiwa (tafakur selalu) sucikan rasa (kepadanya kita serahkan jiwa raga)

Sunday, November 14, 2010

Labbaik Allah ~ Beautiful Arabic Nasheed~ Muslim Spiritual

Zulhijjah dan kelebihannya untuk di raih


Kelebihan 10 hari-hari pertama Zulhijjah


Beribadah 10 hari awal Zulhijjah di Tanah Suci.

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.

Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.


Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”. Puasa ini adalah bagi mereka yang tidak berwuquf di padang Arafah.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”. Di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

Friday, November 12, 2010

Pengulangan Peringatan

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Monday, November 8, 2010

janji

janji aku pada diri aku semasa aku merasakan ada kekurangan ketika aku sibuk belajar

...aku ingin menyebut nyebut nama mu selalu...
...aku akan kurangkan tidur dan selalu berjaga di dini hari mu
...aku akan kurangkan nafsu nafsu yang merajalela di dalam nubari ku
...aku akan tambah tambahkan ibadahku


beri lah aku panduan dan kekuatan untuk menunaikan janji janji ku

bila ku lihat kehidupan yang makin taat pada keagungan material
bila ku lihat persahabatan tidak terpatri akibat kekurangan jiwa
bila ku lihat kematian tidak lagi ada harganya

aku harus pulang dengan segera
bersih diri
bersih hati
bersih jiwa

Sunday, November 7, 2010

kerja keras

hari ini bertembung dengan budak muda yang tengah merenung aku yang mengangkat buku sebelum aku hilang masuk ke bilik karel..semasa aku keluar dia bertembung sekali lagi dan dia tersenyum lagi...banyak ye kak buku...

aku menjawab ringkas..belum jumpa apa yang akak nak...dan aku balas senyum..tapi aku berhenti dari meneruskan langkah sebelum hilang masuk ke bilik...

ringan mulut aku bertanya...awak pun pelajar separuh masa ke..

ye kak..jawabnya ..

di mana aku bertanya..

UM kak...baru tahun satu...

akak pulak..dia pulak bertanya..

akak tahun tiga..hari ini hari terakhir untuk semester ini untuk akak berada di perpustakaan ini..januari esok..baru masuk balik..nak raikan semester break..aku sengih..

letih ye kak...

whoops..aku pesan..jangan ada letih, jangan ada putus asa...

letakkan dalam hati dari hari ini dan saat ini...aku akan kerja keras..sampai..habis...

jangan ada masalah keluarga menghalang..terutama ...masalah perasaan...lemparkan...

aku senyum...dan mula melangkah semula ke bilik karel...aku hanya ada 7 jam lagi..sebelum perpustakaan ini tutup...aduiyaai...

Saturday, November 6, 2010

suasana


kadang kadang jiwa kita memberontak dan ingin kan lebih apa yang ada dalam kehidupan...

memang sikap manusia..ada sahaja yang ingin di gapai ...setelah mendapatinya belum tentu ia akan tenang...

sahabat handai yang ada...suami yang ada..anak anak yang ada...pekerjaan yang ada..masih belum tentu akan memuaskan hati mereka dan mereka selalu mencari yang lebih..

konon ingin menghilangkan kebosanan di dalam kehidupan harian...

malangnya...dan selalunya...yang belum berpaksi itu menjanjikan kemusnahan..

ketenangan hidup yang sudah di kecapi terlerai...

dan hidup pun makin tunggang langgang....


sebelum terjadi kepada diri kita....tafakur sebentar

apa yang ingin di kecapi itu dalam laluan yang benar dan betul

jika tidak...hentikan dan pulanglah sebelum terlambat....

Friday, November 5, 2010

kenduri

asal nak bepergian orang membuat kenduri, bagus masyarakat melayu, selalu mengumpul saudara mara, orang cina dengan makan besar, orang melayu dengan kenduri kendara, tadi aku hadir kenduri tahlil buat abang aku yang akan berpergian mengerjakan haji, aku bukan nak puji abang aku, tapi, rumahnya dari pagi hingga ke petang penuh dengan kanak kanak, kanak kanak mengemut ngemut penuh, kalau orang lain rasa kanak kanak pengacau kenduri, tapi kakak dan abang ipar menyambut mereka macam orang besar besar datang, di sembut dengan senyum, di pimpin ke meja lauk, di tanya cukup serba serbi di tempat duduk, 4 deret meja panjang, berkali kali di penuhi dengan kanak kanak..aku bangga

Wednesday, November 3, 2010

apakah rezeki kita yang mengaturnya


sekepulanganku
senyuman yang aku lemparkan pada panglima aku tak bersambut
dan dia separuh berbisik
mungkin abang akan hilang kerja

aku diam..
terus monyok
muka pun hilang seri dan terserlah kerut kerut kecil di muka
terus bermain berbagai bagai kegelisahan dan keresahan membubut bubut datang

segala ceritanya
tak berapa kendengaran apa lagi untuk aku faham
dan muncung makin panjang

agaknya dia pun tahu aku sudah hilangkan diri dalam duka
letih kerja hari ini di darab berita sedih
memang meletihkan

tiba di pasar malam
dia bertanya apakah aku ingin berhenti
atau mencari makanan kegemaran aku
aku angguk mungkin juga tidak

mata terpandang sepasang pemain muzik buta
rezekinya entah ada entahkan tidak
namun suara merdu terus mengalun alun

tersentap dan aku faham...
apakah rezeki itu sudah hilang kerjanya
sesungguhnya selagi ada rezeki
selagi itu ia ada
rasa ria menyerap semula
dan tiba tiba sudah datang selera

Tuesday, November 2, 2010

perlukah


kita menziarahi kubur ayah dan ibu, sanak saudara, sedangkan dah berbuih orang mengata tiada siapa di dalam sana

apa kah yang mereka harapkan dengan menziarahi kubur

omak ayah mereka kah...saudara mara merekah kah..

aku juga menziarahi kubur
aku juga baca alquran dari rumah, dari opis, dari jauh kirim pada ayah dan ibu
aku juga membaca yasin di kubur
aku juga mengirim salam di kubur

apa pandangan orang lain bagi aku tidak sikit menjejas apa yang aku buat


aku kesana mengingatkan aku...aku juga menyertai mereka di sana
aku kesana kerena mahu meletakkan sedar aku tidak lama aku di atas bumi ini
aku kesana menetapkan apa yang aku kejar dengan masa aku yang terluang sikit di sini

jadi..ianya amat perlu buat aku...

Monday, November 1, 2010

apa akan suami aku buat jika begini jadinya

semalam..surat khabar mingguan oktober 31, Harian Metro ...mendedahkan kisah seorang ISTERI menelanjangkan dirinya di depan WEB cam untuk jantan haprak lain..


suami aku yang suruh aku baca..

aku tanya apa yang akan dia buat jika aku lah yang berkelakuan begitu..

KERAS jawab beliau..AKU CERAI KAN KAU...!!

Wednesday, October 27, 2010

kekuatan doa


biasakah kita rasakan bila berdoa kita merasa tenang

kadang kadang kita mengadu kepada kawan apa yang tersirat di dalam benak kita, bukan penyelesaian yang kita impikan, dapat tumpang kawan mendengar sudah cukup untuk meringankan kesesakan yang menghimpit hati kita

kadang kadang tak semua dapat diluahkan, masih kita simpan sedikit agar rahsia peribadi tidak terus di telanjangkan

masih ada tersisa yang tak dapat di keluarkan

tetapi

jika galakkan diri kita untuk berdoa, perasaan yang lebih tenang dapat kita perolehi

syaratnya

jangan putus harap

syaratnya

kita redha

syaratnya

kita amat amat berharap

kita maklum apa jua yang terlintas secara jahar, lisan dan tersembunyi, satu pun tidak terselindung , maka kita amat pasrah dalam mengangkat doa

dan tahu kah...kita

jika rajin berdoa

dan rajin memerhati

banyak doa doa kita di makbulkan

melimpah ruah dalam setiap langkah kehidupan


cubalah

Tuesday, October 26, 2010

sebarkan kata dia atau mereka

Salam peringatan…..

''Jangan Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana….
Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan…& perfume anda adalah kapur barus..

'' Jangan Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana….
Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung…

'' Jangan Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana….
Tempat Peristirehat anda yang terakhir adalah Kubur..

'' Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana…..
Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga....


'' Saya bersumpah Demi ALLAH S.W.T , Demi ISLAM dan Demi ajaran AGAMA,
Saya akan menyebarkan mesej ini ke 15 teman2 saya..
Apabila Saya melanggar Sumpah saya ini, Maka MUSIBAH akan selalu menimpa saya...
Saya akan selalu GAGAL dlm usaha dan segala CITA-CITA takkan pernah terwujud.''


para yang akhir tu saya memang tak perkenan - sebab
1) bersumpah ?
2) musibah boleh datang ikut ikutan..mesej ?
3) usaha kita boleh gagal...ke kalau kita tak buat seperti yang di suruh ?
4) ish ish ish..!!!

Monday, October 25, 2010

doa doa buat kawan kawan yang sedang sangat berdukacita

Doa untuk penakhiran hidup yang baik – husnul khotimah


اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ


“Ya Alloh, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”



Bacalah DOA ini ketika kau sangat berduka cita


لاَ إِلَھَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِیْمُ الْحَلِیْمُ، لاَ إِلَھَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِیْمِ، لاَ إِلَھَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِیْمِ

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Agung dan Maha Lembut, Tiada
Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak
disembah selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan ‘Arasy yang mulia”


اللَّھُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَیْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِي كُلَّھُ، لاَ إِلَھَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan (segala urusanku) kepada
diriku walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain
Engkau“


لاَ إِلَھَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِیْنَ

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah
termasuk orang-orang yang dzalim“


اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِھِ شَیْئاً

“Allah, Allah adalah Tuhan-ku, aku sedikitpun tidak menyekutukan-Nya”

Sunday, October 24, 2010

handphone

ha ah tu lah gambar yang menunjukkan handphone anak aku yang bongsu yang tak mukalaff lagik (erti mukalaff ialah sempurna akal bagi mereka yang tidak tahu lah), kalau orang melayu cakap selemban, doktor kata retard, tapi aku kata dia lambat sedikit, orang yang ada anak anak istimewa ini akan faham apa yang aku rasakan, anak aku ini bagi aku memang istimewa kerana mereka ada satu sifat yang payah nak cari di dunia ini..."jujur dan ikhlas", kalau mereka memuji, pujian itu ikhlas, kalau mereka kata benda tu salah, jujur juga kritikan mereka, mereka tak pandai membodek atau pun berbohong, tiada sifat sifat sebegitu dari diri mereka, malahan mereka tak faham juga sifat sifat begitu, tapi mereka mudah perasa, jika di marah, mereka faham kena marah tap tak faham kenapa kena marah....

panjang lebar pulak penerangan aku...

handphone tu dari kepunyaan kakaknya yang aku beli masa umurnya 16 tahun, kemudian aku beri pula pada abangnya...

anak aku ini sering bertanya bila dia akan dapat handphone macam adik beradik yang lain...akhirnya

suami aku beli handphone baru dan abang dapat guna handphone ayah ...dan dia pun akhirnya dapat handphone abangnya...

suami aku pun beli pulak pelan 5 dalam satu, senang nak call anak beranak katanya...percuma kalau cakap berapa lama pun...nak guna 3 g pun percuma..senang sikit...dan lebih murah kata ayahnya tanpa sedikit pun terlintas di hati yang anak bongsunya itu akan menggunakan handphone hingga memeningkannya...

di dalam handphone tu pulak ada nombor kami anak beranak dan nama kawan kawan aku...

oleh kerana kawan kawan aida yang berumur tak sampai 5 tahun memang tak ada handphone...anak aku yang tidak tahu apa dia "bill"...telah membenarkan kawannya bercakap dengan kawan kawan aku sorang demi sorang...sebab sifat muliannya yang suka berkongsi walaupun kawan aku pun hairan..mana anak aku dapat kredit yang banyak nak berborak dengan mereka

tak cukup dengan itu..aku pun di call nye tak kira waktu...

dan ...bill alahai...kesian suami aku....dan berderet deret nombor nombor kawan aku tertera d bill itu...nak marah pun tak boleh..mau tak mau kena settle kan juga

dan...terpaksalah aku delete..nombor nombor kawan kawan aku yang ada di dalam handphone tu...takut di ganggunya kawan kawan aku...

alahai anak aku...dan handphone..dan aku..terpaksa lah menerangkan kepadanya..kenapa tak boleh bercakap dengan kawan kawan aku lagi...?

alahai...alahai...alahai...anak ku...

A.Rahman - Lanchang Kuning




cubo dongar pantun pantun dio tu...pengajaran pun..

gembira .....cheh

kalau kita ada 300 juta dalam bank dan ada kawan ada 30 ringgit sahaja dalam bank agaknya gembira tu boleh berbeza

bila di tujah pertanyaan...agaknya di kawin sebab harta untuk cari kebahagian

aku gelak sahaja

sebab aku tahu...aku jarang ada duit berlebih setiap bulan apa lagi 30 juta dalam bank

tapi aku rasa tahap gembira aku...kadang kadang melampaui batas...

bukan aku kata...bukan duit

hati

hati kita memilih kebahagian dengan bersederhana

atau hati kita pilih kebahagian dengan material


kalau kita faham...sangat faham..yang harta kita...kaya kita..suami berpangkat kita..kereta kita..rumah kita..mudah sangat jadi fitnah...

lebih baik tiada dari ada

kita hidup tak lama...

aku jangka hidup aku pun mungkin paling lama kut 15 tahun lagi...seram ...memikirkan

jangka hayat abadi kita di sana...dan untuk kesana...kita kena berhati hati meniti batas kehidupan

yang tersorok di hati kita...yang terpalit dalam dairi hidup kita...mohon lah kita taubat sentiasa...

takut..gembira dunia 1 sen pun tak berguna di sana...

Thursday, October 21, 2010

anakku sakit


apa agaknya perasaan ibu ibu lain yang berjauhan dengan anaknya....

beberapa kali panggilan dari anakku yang jauh merintih sakit....apakah anak aku tidak tahu setiap panggillannya menyiat nyiat kan perasaan aku...

tidakkah dia tahu..jika boleh ingin aku terbang sepantas kelip mata berada di sisinya..

tidakkah dia tahu...jika sudah berjauhan..sakit senang hendaklah di usaha dengan daya sendiri...

apa lah daya seorang ibu yang jauh 500 batu darinya akan dapat perbuat..kecuali doa doa yang selalu aku baca mohon kasih allah..kasihanilah anakku....

tidakkah dia punyai seorang sahabatnya yang perihatin untuk membawanya ke kelinik atau hospital..

dia perlu teman yang memimpinnya ke sana...

inilah sebahagian kisah hidup duka seorang ibu apabila anak anaknya merantau mencari ilmu..derita anaknya sakit akan lebih membuat seorang ibu itu lebih sakit hatinya..perasaannya..nalurinya..apalagi jika ada sesiapa yang menyakiti hati anaknya...

sabarlah hendaknya

Monday, October 18, 2010

kecewa

kecewa meranduk sanubari aku, nak ku tulis pun tak kan dapat menterjemahkan segala rasa aku

tapi aku tau perasaan ini terbit dari diri aku juga

nak tambah kecewa atau nak hilangkan rasa kecewa aku juga lah tuannya

hari ini aku nak layan rasa kecewa dan tambah rasa kecewa

esok bila aku bangun perasaan yang menguasai akal ini akan aku simpan dalam kotak

Friday, October 15, 2010

Wednesday, October 13, 2010

Maher Zain_-_Insha Allah




enjoy this

alahai anak dara aku


maaa...nak kawin

tapi jangan cerita ngan ayah dulu..nak cakap ngan mama jer

apa..? kor baru umur 18tahun..sekolah pun tak abih lagi..ni mama bagi can kor kerja tapi rupanya dah jumpa calon nak kawin !

orang mana ?

orang kedah..tu yang kak long tak nak balik kl dah ?

alahai..anak aku...!

aku dah berangan anak aku nanti kalau kawin aku nak panggil kumpulan zapin..

alahai anak aku

mama tak kumpul duit lagi ?

Tuesday, October 12, 2010

fitnah atau gossip

boleh ke gossip aka fitnah jadi memayahkan orang yang di kata, aku ambik contoh paling simple dan paling ringan yang aku baru lalui, tidak tepat ke muka aku tapi cukup untuk aku keji sifat gossip berakhir dengan fitnah, boleh ke, driver boss aku yang berhenti sendiri dan tak mahu cakap sepatah haram pun mengapa dan menerangkan sebab musababnya tetapi cerita yang kurang sedap sampai ke telinga boss aku, boleh ke aku pujuk boss aku biarkan kata kata orang, tapi takkan bekas pemandu nyer itu akan bercakap seperti itu, biarkan gossip melanda aku kata, ia tak akan menyusahkan dirinya...

malangnya..telah pun menyusahkan boss aku bila hari ini aku terdengar dari mulut suami aku...sorang pun tak hendak bekerja dengan boss aku di sebabkan boss aku tak bayar kerja lebih masa...

apa ? kata aku..macam mana cerita fitnah ni boleh tersebar...yang buat bayaran dan perkiraan bayar lebih masa ni aku yang punya kerja...boss tolong bayar kan aja..

sedangkan 10 minit lebih masa pun aku kira dan bayar..itu atas arahan boss sendiri...kalau ikut kan pejabat aku sendiri pun tak buat begitu..10 minit..20 minit semuanya tu tak boleh di kira hanya..30 minit ke atas...baru boleh buat permohonan untuk di bayar gaji lebih masa...

memang memang...dah tak dapat pengganti pemandu boss aku...alahai ...gossip dah jadi fitnah..dan pulak dah menyusahkan boss aku...

memang mulut mulut tak berajar..kurang ajar...sebarkan fitnah ikut sedap mulut
dan driver driver tu...melayu..bangsa aku yang sepatutnya islam..

bercampur baur tapi yang pasti geram


mau tak geram, tinggal satu lagi paper yang dahlah maha dahsyat KEPERLUAN keteperincian dan ketelitian amat di PENTINGKAN, ingat kan 6 hari sebelum di hantar cukup masa untuk menyiapkan projek

tapi pejabat ini pulak menghadapi budget 2011, semalam aku balik pukul 2.00 pagi, pagi ini sudah tentu lagi sekali 2.00 pagi hinggalah ke hari jumaat, hari perbentangan belanjawan,

ini aku tidak terterka...nak cakap apa...nak sesal apa...rosak rosak hancur hancur program

boleh ke aku siap projek dan hantar hari ahad pagi...rasa nak aku lantun lantunkan diri aku ke dinding...

geram..sesal..bercampur baur di dalam hati aku ini...tapi yang pasti..GERAM...

Monday, October 11, 2010

cakap lah kalau mabuk baik lah diam..tapi orang mabuk...


akak seri dah tua baru belajar...hurmmm

nak buat macam mana datang seru nya sekarang

nasib baik kak seri tak tua sangat ye ...sambung belajar tak sibuk ke

eh..belajar ni ikut umur ke

eh bukan maksud saya begitu..ye lah ..dah tua tua..tanggungjawab yang lain banyak..bila belajar nanti macam sia sia je kan..

eh sia sia ke belajar

...sengih jer...dan aku bun angkat kaki...

aku memang tak tunggu lama bila orang buka topik aku belajar masa dah tua tua ni..dalam kelompok masyarakat melayu aku yang begini..nampak lah sebahagian pemikiran yang senteng ...nak buat macam mana..keluarga mereka tidak mengambil kira kira..kata kata hikmat orang melayu yang lebih bijak pandai yakni...belajar lah sampai ke liang lahad...

entah lah..mungkin dia dah nampak .aku dah dekat dekat nak sampai ke liang lahad...

Sunday, October 10, 2010

tekanan dan kawan


eeeeeee geramnya kak seri tak bagi lagi feedback esok last day macam mana ni Jue, Wati, sabar, kak seri memang macam tu, nampak jer dia buat buat bodoh tapi dia tak pernah tak siapkan kerja, dia masalah mental..

apa masalah mental dia...

dia tak boleh perform kalau tak kerja dalam pressure

otak dia fungsi ketika masa pressure

tak percaya tanya kawan rapat dia, Lia

Lia pernah cerita ....dia main facebook , main forum..main main jer masa group study..tapi bila dia dah masuk pressure...6 jam menaip..tak bercakap...siap dengan dia punya reference .....tu yang Lia sakit hati..sebab..Lia ingat boleh ikut dia..main facebook..main forum..macam macam main..tapi ...bila dia masuk gear..berdesup..kerja dia siap..kita yang terkulat kulat...jadi..biar jer dia..

Ha kan kak Jue dah cakap, siap gak report 40 muka, walaupun semalam apa benda pun dia kata tak siap lagi...macam tu lah dia buat kerja...


Memang masalah Kak Seri ialah ..boleh perform kalau ada tekanan...

macam artis..jawab kak seri..

tapi..bukan artis kekwat ...tolong ye..

artis..penulis..para pereka..mereka akan menulis..mengubah..mencipta..bila ada rasa tekanan..

tekanan oleh rasa kasih..

tekanan oleh rasa kecewa

tekanan oleh rasa rindu

tekanan oleh rasa rasa yang hanya mereka yang faham...

dan aku ingat ...aku tidak serupa mereka...


dan lia, jue dan wati..semester depan..kita satu group lagi..mau ka...


Mau mau kak seri..tapi kali ni..kami cuba buat buat derk jer...

Friday, October 8, 2010

Aku buat ini bila aku di dalam tekanan


hari ini adalah salah satu hari yang paling aku rasa tertekan, biasalah bagi pelajar jarak jauh akan ada ketika dan saat mengalami tekanan yang seperti ini , yang sedang aku harungi sekarang ini....dan ada yang ku dengarkan patah semangat dan berhajat untuk menggugurkan semester...dan ia pasti berlaku kepada sesiapa sahaja yang tak mampu meredah lautan bergelora tanpa kelengkapan..

kerja kerja projek masih berlambak lambak lagi, dan aku ada kurang 48 jam hendak menyiapkan kerja kerja itu semua...

dah ketika ini hati aku masih sangat sangat tertekan untuk membelek kerja apa lagi untuk aku keluarkan segala mala yang unik dan kritis dan berpandangan jauh juga untuk menyetarafkan aku bagi menjelmakan kerja kerja seorang mahasiswa...

dan aku buat ini..

aku luahkan perasaan kepada seseorang yang aku sayang..

aku telefon guru agama ku yang boleh ku panggil ibu...maka setelah 15 minit..hilang lah keresahan yang melanda hati aku..

dan aku sudah dapat menyiapkan kerja yang berbelas muka untuk di semak..

alhamdulillah...rupanya bercakap dengan seorang senior dapat juga hilangkan rindu pekat kepada seorang ibu...malah mengembangkan hati untuk terus menongkah gelombang yang besar

apa lagi kalau kita pasrahkan diri kepada tuhan

Sunday, October 3, 2010

kalau kau sedih

kalau kau sedih sudah tentu aku juga tak gamak melukai hati mu jua menambah sedih dan duka yang menyelimuti tebal keranay kau lah yang meletakkan harga seorang insan bernama isteri itu di tempat yang tinggi...tanpa kau siapalah yang dapat menghargai aku

namun biarlah mereka membebani hati mu dan janganlah kerana mereka yang serong kita harus menghilangkan akhlak yang mulia dan keikhlasan hati kerana kita hanya manusia yang tiada kuasa mengetahui yang tersirat di dalam hati

berlapang dadalah dan fikirlah yang baik baik sesungguhnya optimis perkara yang baik menukar aura dan energi yang memberi kan kekuatan di hati...

Friday, October 1, 2010

ekamus

http://hotfile.com/dl/71405352/43d98a7/eKamus5.02.06_Portable.zip.html


orang email kat group ...maka Seri pun kongsi

yang lain dari yang lain sebab ni dia ada terjemah bahasa melayu ke arab (asas ler)


besar juga saiz fail dalam 70mg cuba lah, Seri sudah pun mencuba



(p/s sedaya upaya guna bahasa melayu, cuba lah pula nak guna yang tinggi tinggi)

Thursday, September 16, 2010

Wednesday, September 15, 2010

agaknya lah

berbalik kepada ramadhan dan shawal...dua bulan ini adalah bulan ibadah...

berpuasa 30 hari sarat dengan ibadah ibadahnya..dan shawal di sambung pula dengan satu kewajiban mohon maaf dan memanjangkan sillaturahim di teguhkan dengan puasa 6

tu kesah tauhid...dan tak ramai yang ambil peduli...kut lah

sebab rata rata yang aku nampak juga dapat rasa mereka sangat gembira...terlepas dari belenggu ramadhan..

macam iblis..

sedangkan ramadhan itu lah..bulan yang teramat rahmatnya kepada umat manusia..aku kena heboh hebohkan di sini..sebab aku tau ada juga kenkawan yang singgah dan membaca di sini..

tolong lah kabarkan pada kawan.kawan..kita ni orang islam...hiburkan lah diri macam orang orang islam juga..

yang ada anak..asuh lah bagi pandai sepandainya dan ambil alih rancangan tv kita yang dapat mengasuh ramai lagi minda mereka

cuba bagai tau aku..adakah bulan shawal ni bulan mati..bulan orang mampos..tapi 3 drama tv yang aku tonton..semuanya mampos..apa mesej yang hendak di sampaikan..

dahlah tak di terangkan pada umat islam yang menonton bahawa shawal adalah bulan kemenangan di mana setelah kita bersungguh sungguh dengan penuh sedar memohon maaf dan bertaubat dan berdoa dan berperibadi mulia moga di ampunkan...kita moga menang pulang sesuci kain putih bila doa di makbulkan..taubat di terima..fitri tu maknanya fitrah kita ...pulang ke asal..pulang sebersih bersihnya..

agaknyalah..mereka dah tak heran tentang dosa..pulak pahala...apa ...apa tu semua..

Tuesday, September 14, 2010

betul lah tu

pagi ini pujian melambong kepada pasukan polis kita

betul lah tu apa yang di rasakan oleh sesetengah puak politik kita

kalau secekap itu dalam tak sampai seminggu hampir dapat selesai kes sosilawati

maka kes atlantuya itu sepatutnya seharusnya dan sewajibnya dapat di selesaikan dengan cekap jua

agaknya

lepas ni kat surau surau kecik di seluruh malaysia ni ada bahan baru untuk di war warkan oleh uztaz uztaz tu ye...

dengar dengarkan aje lah..

Monday, September 13, 2010

gelak aku sekali lagi hari ini

rupanya kematian sosilawati di kaitkan pulak dengan atlantatuya oleh parti parti politik...gelak aku, dan buta ke hati orang orang niih, yang mati ni bukan sorang cek kak ooi, empat orang sekali,

sah ...konpem...ahli politik yang mana boleh di gemburkan di gemburkan..

jantan betina...mulut macam sial...betul betul lah

malaysia..kor nak jadi apa dah ...aku tetap gak mulut nak jahat tak kisah lah..sebab aku rakyat yang nampak...

kalau mak aku..dah di laga laga kan kepala..

tapi jiran aku pulak..aku cili cilikan anunya...ya lah...sekarang ni memasing bebas sangat kat alam sebelah sini..

tolol

nak hormat keluarga yang berempat ni pun tak terbuat...macam mana nak memerintah ...

alahai...macam sial betul..

sebelum maghrib hari ini


semalam bertolak dari gurun dalam jam 8.30 pm..dan tersangkut dari changkat jering dengan perlahannya, pemandangan biasa lorong kecemasan untuk mereka yang tidak sabar dengan perjalanan sesak dan kesabaran teruji sekali lagi, mengensot sedikit demi sedikit hingga kejang kaki suami, anak mohon tukar untuk membantu ayahnya, ayahnya, suami aku yang gagah takkan di benarkan sesiapapun untuk ambil alih, syukur alhamdulillah, sekali lagi kami selamat di bawanya pulang kerumah dan jam menunjukkan sudah 4.30 pagi, 8 jam, memang rekod, syukurlah ketika jalan ketiga di buka di seberang perak yang menyebabkan kelancaran perjalanan hingga ke kuala lumpur

sumpah serapah kepada kerajaan yang tidak mahu perhatin kepada puluhan ribu kereta yang terperangkap apakah menghancurkan kesabaran yang kita semai selama sebulan yang lalu, namun bila melihat plus membuka jalan ketiga di seberang perak, hilang rasa keciwa timbul pula rasa syukur atas keperihatinan mereka

baru sedikit teruji terlempias segala amarah, apakata kita kena uji bila kita kena pijak pulak oleh depa depa entahlah politik malaysia, dengan jelas rakyat nampak siapa yang galak dan siapa yang kena gelak..dan kami esok kena tetap cari rezeki

Saturday, September 4, 2010

Sujud sahwi



(kali ini Kak Seri nak berkongsi tentang kealpaan). Allah Maha Besar, lengkapnya ugama kita ini sehingga dalam kealpaan pun ada cara untuk mengatasinya.

Sujud sahwi

Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.

Doa sujud sahwi adalah seperti berikut:

Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."
Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu.

Sujud Sahwi Kerana Kelebihan

Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.

Sujud Sahwi Kerana Kekurangan

Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.

Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu

Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat.

Keraguan ada dua jenis:
Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.

Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.

Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi

Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja, dan ia belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya, maka ia wajib kembali kepada rukun yang tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia sudah berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dengan rukun pada rakaat berikutnya itu. Pada kedua-dua hal ini, wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya.
Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka harus pula melakukan salam sekali lagi.

Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja, maka batallah solatnya.

Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab'adh tersebut, maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi.
Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam.
Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya, maka sunat ab'adh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.

Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.

Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.

Friday, September 3, 2010

Tazkirah Pagi Jumaat ini


Assallamualaikum semua,

Untuk jumaat ini, ini lah tazkirah terbaik bagi pendapat kak seri untuk di kongsikan dengan semua sahabat seislam...

Malam tadi malam jumaat terakhir di bulan Ramadhan di dalam lingkungan 10 hari terakhir yang barokah....kak nita harap semua telah berdoa bersungguh sungguh malam tadi....


Allah tutup aib hamba Nya.

Pada zaman Nabi Musa AS, bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, "Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami". Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.

Nabi Musa berdoa, "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur 'alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha'.. wal bahaaim ar rutta'..
wal masyaayikh ar rukka'.." Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal
awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, "Ilaahi.. asqinaa"..

Allah pun berfirman kepada Musa, "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian".

Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, karena engkaulah hujan tak turun". Seorang lelaki menjeling ke Kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksud.

Ia berkata dalam hatinya, "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun". Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , "Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku".

Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, "Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia". Allah berfirman, "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu".

Musa berkata, "Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu". Allah berfirman, "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?"

Begitulah baiknya Tuhan..kalau lah dibuka aib kita setiap kali kita melakukan dosa, tentu lah malunya manusia. Tetapi dengan rahmatNya di tutup aib bahkan sekiranya bertaubat dan Allah ampunkan dosa2 bahkan bila taubat di terima, akan di padam segala keaiban tersebut.

Moga di bulan Ramadhan ini kita mengakui semua dosa-dosa kita, ditaubatkan sungguh2 kerana kemuliaan Ramadhan itu, Allah berjanji
melalui kekasihnya Rasulullah, diantara keistimewaan Ramadhan, bulan diampunkan semua dosa2 dan bulan akan dikabulkan semua doa2..."Ya Allah, melalui mukjizat RasulMu, ampunilah segala dosa2 kami yang terdahulu mahupun yang kemudian, yang tersembunyi mahupun yang nyata, yang kami ketahui mahupun yang tidak kami ketahui, yang disengajakan mahukan yang tidak disengajakan.Sesungguhnya kemuliaan bulan ini, moga sudilah Engkau mengampuni kami wahai Tuhan."

Di antara ujian Allah kepada manusia
setiap kejadian Allah tentukan dengan bersebab,
padahal Allah boleh melakukan tanpa sebab
agar menjadi ujian kepada manusia,
apakah manusia mentuhankan Allah
atau mentuhankan sebab.

Jazakallah

Kak Seri berkongsi...

Friday, August 27, 2010

Tazkirah malam ini

sebelum lupa baik saya catat dulu

romadhan - rok mim dod (alif) nun

rok - Rahmat Allah

mim - Magfirah -Keampunan dari Allah

Dod - Domanallah - pembebasan dari seksaan (seksaan kubur)

Nun - Nikmat Allah (Amiin)

Memang benar berlimpah limpah dengan rahmah allah bulan ramadhan ini, lihat lah rezeki rezeki kita..sihat kita, sahabat sahabat kita, nyawa kita dan kesudian allah memanjangkan umur kita untuk ramadhan ini agar dapat kita mohon kan berbanyak banyak keampunan...ramai kawan kita yang tidak sempat untuk bertemu ramadhan ini..tak gitu

Bulan ini marilah berbanyak banyak berdoa agar kita menjadi suci bersih bila masuk bulan shawal nanti dan berdoa terus dapat bertemu di ramadhan yang akan datang

Dod - pembebasan seksaan ahli kubur..(dalam bulan ini lah mereka mereka di rehatkan)..Alhamdulillah. Ingat lah siksa kubur ini nyata. Marilah kita renungkan adakah kita salah seorang penerima seksa kubur, berbaktilah di dunia ini agar kita di jauhi dari siksaan ini.

Nun - Nikmat allah...lihat lah sendiri akan hikmah hikmah Allah bulan ramdhan ini..kita dapat semeja makan dengan anak anak sebanyak dua kali sehari..sewaktu berbuka dan bersahur..dan inshallah mereka makan dengan berselera sekali..komplen pun tak dak...apakah kita mahu nafikan lagi nikmat allah ke atas diri kita..jadi lah hambanya yang banyak banyak bersyukur dan berbudi...

dan pesan saya pula sebab jarang sangat tok tok tazkirah pesan pada anak anak buahnya ialah..buat lah sesuatu itu dengan meletakkan Allah di hadapan kita..kerana dengan itu kita mudah ikhlas dan telus dalam melaksanakan segala perbuatan kita..jauh dari riya..ujub..tinggi diri..rasa bagus ...

kita ini..hamba yang jika tiada rahmah allah..apalah kita..

banyak lagi lah kalau nak kupas...

Rahmah allah tu ja dah rasanya tak terhingganya

Mengapa saya sangat positif, kerana saya YAKIN akan janjiNya....

di harap kamu juga

rasakan...rasakan ....kemanisannya


(i will get back on dal),...cee you soon

Nuzul Alquran




Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Oleh
Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Senarai Surah di Dalam Alquran

SENARAI SURAH DAN MUKASURAT DALAM AL-QURAN
SURAH-SURAH

1. AL-FAATIHAH (7 ayat) - mukasurat 1

2. AL-BAQARAH (286 ayat) - mukasurat 2

3. ALI’ IMRAAN (200 ayat) - mukasurat 50

4. AN-NISSA’ (176 ayat) - mukasurat 77

5. AL-MAA’IDAH (120 ayat) - mukasurat 106

6. AL-AN’AAM (165 ayat) - mukasurat 128

7. AL-A’RAAF (206 ayat) - mukasurat 151

8. AL-ANFAAL (75 ayat) - mukasurat 177

9. AT-TAUBAH (129 ayat) - mukasurat 187

10. YUNUS (109 ayat) - mukasurat 208

11. HUD (123 ayat) - mukasurat 221

12. YUSUF (111 ayat) - mukasurat 235

13. AR-RA’D (43 ayat) - mukasurat 249

14. IBRAHIM (52 ayat) - mukasurat 255

15. AL-HIJR (99 ayat) - mukasurat 262

16. AN-NAHL (128 ayat) - mukasurat 267

17. AL-ISRAA’ (111 ayat) - mukasurat 282

18. AL-KAHFI (110 ayat) - mukasurat 293

19. MARYAM (98 ayat) - mukasurat 305

20. TAHA (135 ayat) - mukasurat 312

21. AL-ANBIYAA’ (112 ayat) - mukasurat 322

22. AL-HAJ (78 ayat) - mukasurat 332

23. AL-MUKMINUN (118 ayat) - mukasurat 342

24. AN-NUR (64 ayat) - mukasurat 350

25. AL-FURQAAN (77 ayat) - mukasurat 359

26. ASY-SYU’ARAA’ (227 ayat) - mukasurat 367

27. AN-NAMIL (93 ayat) - mukasurat 377

28. AL-QASAS (88 ayat) - mukasurat 385

29. AL-‘ANKABUT (69 ayat) - mukasurat 396

30. AR-RUUM (60 ayat) - mukasurat 404

31. LUQMAN (34 ayat) - mukasurat 411

32. AS-SAJDAH (30 ayat) - mukasurat 415

33. AL-AHZAAB (73 ayat) - mukasurat 418

34. SABA’ (54 ayat) - mukasurat 428

35. FAATIR(45 ayat) - mukasurat 434

36. YAA SIIN (83 ayat) - mukasurat 440

37. AS-SAAFFAAT (182 ayat) - mukasurat 446

38. SHOD (88 ayat) - mukasurat 453

39. AZ-ZUMAR (75 ayat) - mukasurat 458

40. AL-MUKMIN (85 ayat) - mukasurat 467

41. FUSSILAT (54 ayat) - mukasurat 477

42. ASY-SYURA (53 ayat) - mukasurat 483

43. AZ-ZUKHRUF (89 ayat) - mukasurat 489

44. AD-DUKHAAN (59 ayat) - mukasurat 496

45. AL-JAATHIYAH (37 ayat) - mukasurat 499

46. AL-AHQAAF (35 ayat) - mukasurat 502

47. MUHAMMAD (38 ayat) - mukasurat 507

48. AL-FAT-H (29 ayat) - mukasurat 511

49. AL-HUJURAAT (18 ayat) - mukasurat 515

50. QAAF (45 ayat) - mukasurat 518

51. ADZ-DZAARIYAAT (60 ayat) - mukasurat 520

52. AT-TUUR (49 ayat) - mukasurat 523

53. AN-NAJM (62 ayat) - mukasurat 526

54. AL-QAMAR (55 ayat) - mukasurat 528

55. AR-RAHMAAN (78 ayat) - mukasurat 531

56. AL-WAAQI’AH (96 ayat) - mukasurat 534

57. AL-HADIID (29 ayat) - mukasurat 537

58. AL-MUJAADALAH (22 ayat) - mukasurat 542

59. AL-HASYR (24 ayat) - mukasurat545

60. AL-MUMTAHANAH (13 ayat) - mukasurat 549

61. AS-SAFF (14 ayat) - mukasurat 551

62. AL-JUMU’AH (11 ayat) - mukasurat 553

63. AL-MUNAAFIQUUN (11 ayat) - mukasurat 554

64. AT-TAGHAABUN (18 ayat) - mukasurat 556

65. AT-TALAAQ (12 ayat) - mukasurat 558

66. AT-TAHRIIM (12 ayat) - mukasurat 560

67. AL-MULK (30 ayat) - mukasurat 562

68. AL-QALAM (52 ayat) - mukasurat 564

69. AL-HAAQQAH (52 ayat) - mukasurat 566

70. AL-MA’AARIJ (44 ayat) - mukasurat 568

71. NUH (28 ayat) - mukasurat 570

72. AL-JINN (28 ayat) - mukasurat 572

73. AL-MUZZAMMIL (20 ayat) - mukasurat 574

74. AL-MUDDATHTHIR (56 ayat) - mukasurat 575

75. AL-QIAAMAH (40 ayat) - mukasurat 577

76. AL-INSAAN (31 ayat) - mukasurat 578

77. AL-MURSALAAT (50 ayat) - mukasurat 580

78. AN-NABA’ (40 ayat) - mukasurat 582

79. AN-NAAZI’AAT (46 ayat) - mukasurat 583

80. ‘ABASA (42 ayat) - mukasurat 585

81. AT-TAKWIIR (29 ayat) - mukasurat 586

82. AL-INFITAAR (19 ayat) - mukasurat 587

83. AL-MUTAFFIFIIN (36 ayat) - mukasurat 587

84. AL-INSYIQAAQ (25 ayat) - mukasurat 589

85. AL-BURUUJ (22 ayat) - mukasurat 590

86. AT-TAARIQ (17 ayat) - mukasurat 591

87. AL-A’LAA (19 ayat) - mukasurat 591

88. AL-GHAASYIYAH (26 ayat) - mukasurat 592

89. AL-FAJR (30 ayat) - mukasurat 593

90. AL-BALAD (20 ayat) - mukasurat 594

91. ASY-SYAMS (15 ayat) - mukasurat 595

92. AL-LAIL (21 ayat) - mukasurat 595

93. ADH-DHUHA (11 ayat) - mukasurat 596

94. AL-INSYIRAAH (8 ayat) - mukasurat 596

95. AT-TIIN (8 ayat) - mukasurat 597

96. AL-‘ALAQ (19 ayat) - mukasurat 597

97. AL-QADR (5 ayat) - mukasurat 598

98. AL-BAYYINAH (8 ayat) - mukasurat 598

99. AZ-ZALZALAH (8 ayat) - mukasurat 599

100. AL-‘AADIYAAT (11 ayat) - mukasurat 599

101. AL-QAARI’AH (11 ayat) - mukasurat 600

102. AT-TAKAATHUR (8 ayat) - mukasurat 600

103. AL-‘ASR (3 ayat) - mukasurat 601

104. AL-HUMAZAH (9 ayat) - mukasurat 601

105. AL-FIIL (5 ayat) - mukasurat 601

106. QURAISY (4 ayat) - mukasurat 602

107. AL-MAA’UUN (7 ayat) - mukasurat 602

108. AL-KAUTHAR (3 ayat) - mukasurat 602

109. AL-KAAFIRUUN (6 ayat) - mukasurat 603

110. AN-NASR (3 ayat) - mukasurat 603

111. AL-MASAD (5 ayat) - mukasurat 603

112. AL-IKHLAAS (4 ayat) - mukasurat 604

113. AL-FALAQ (5 ayat) - mukasurat 604

114. AN-NAAS (6 ayat) - mukasurat 604

di ceduk dari sini - http://bliss-infinity.blogspot.com/2009/02/senarai-surah-dan-mukasurat-dalam-al.html

Saturday, August 21, 2010

Ambik dari sini

Suka juga berkongsi di sini untuk mengitarkan kealpaan kita kepada kekhusukan sembahyang bila kita tidak tahu apa yang kita baca...


Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat

Makna bacaan dalam solat..

Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Thursday, August 19, 2010

EGO

EGO seorang manusia yang bernama isteri

Boleh kah seorang isteri memasang ego ?

Apa ke jadahnya ego ini. Ego dalam pengertian rumahtangga...tidak mahu beralah akan pegangannya ke atas kehendak kehendaknya (seorang isteri)

Bolehkah kita memasang ego demi kesejahteraan rumahtangga...bagi Seri..jikalau kehendak itu tidak berpasakkan agama..maka bodoh lah seorang isteri itu dan rugi lah dirinya yang memegang watak isteri.., bila kita berkeputusan degil, hendaklah kita sandarkan kewarasan degil itu dari segi syarak dan tuntutan agama.

Isteri yang berwawasan, cerdik, cemerlang sifatnya adalah lambamg kesejahteraan sebuah keluarga, tunggak kejayaan sebuah keluarga juga keamanan sebuah keluarga. Ia amat memerlukan pengorbanan seorang isteri dan hanya isteri yang waras layak memegang ego.

Ego seorang isteri yang waras, sesekali tidak akan dia benarkan anak anaknya melihat kekurangan suaminya, dia rela keras hati demi menjaga hati anak anaknya. Anak anak di larang sekali memikul masalah hatinya walaupun dia sendiri lemas tidak dapat menguruskan.

Isteri yang hanya nampak kekurangan suami, bagai di butakan hatinya malah tidak dapat dia meraih kesempatan yang turun yang diberikan sepercuma itu. Setiap bencana adalah ujian memertabatkan dia ke peringkat yang lebih tinggi.

Masalah seorang isteri kerana melihat kekurangan kekurangan suaminya adalah kerana sentiasa menginginkan suami idealistic dan dia akan kecundang akhirnya. Mana mungkin kita mendapatkan suami yang kita inginkan sedang suami kita juga tidak mendapat seorang isteri yang dia inginkan.

Kita manusia, kelemahan adalah pakaian kita.

Pertama tama...ketika menginjaki alam perkahwinan...apa kah berlaku paksaan ke atas diri kita..jika tidak ..maka kita sudah akur akan sumpah setia kita kepada Allah s.w.t. untuk menjadi seorang isteri yang taat lagi sabar akan ujian Allah ke atas diri kita.

Maka selalulah kita paling paling kebelakang dan ingat ingatkan janji janji kita..sebelum kita duduk di bawah bendera munafiq...

Saturday, August 14, 2010

mari kita buat sesuatu

apa pemerintah buat untuk basmi kemiskinan ...

ke patut kita tulih apa patut orang sesama islam buat
untuk bantu orang islam lain

aku ingat sangat hari motivasi tu kenen orang orang macam aku

kalau hendak berbuat baik katanya mula dari yang
kecil..ini barah baik bukan barah jahat..

barah tu merebak ..menular..memakan apa yang ada..

apa benda aku merepek

contoh..nak buat baik..buat baik kepada anak anak dan
suami di rumah..

lepas tu kita buat baik dengan jiran
lepas tu kita buat baik dengan orang sekariah kita

perkara baik dia melarat..dari sebuah keluarga ke sebuah
keluarga yang lain

aku tak tahu korang tapi..kalau bulan puasa aku suka buat
sejenis kuih dengan banyak ...kalau aku ada masa lah

aku hantar 5 rumah jiran aku dan sudah semestinya aku
dapat 5 jenis kuih hari itu...

itu baru buat satu kerja.. kerja mudah..

kalau kita kemana mana ingat pada mereka..ada buah
tangan..tak perlu lah mahal atau banyak..

dan begitulah mereka membalas pula..

apa kata kita engsot sikit..kita buat lebih baik tahun
ini

ajak kawan kawan kita..kumpul duit 50 ringgit sorang..

dapat dalam 20 orang dah ada 1000 ringgit..

cariklah budak anak yatim kat kariah kamu nu...


macam kg aku ada 5 orang anak yatim...pak dah tak dak ...
mak melecun lagi...muda muda dari aku..
tapi sebab sayang kan anak depa tak nak menikah lagi...

maka beri setiap anak ..200 ringgit...alhamdulillah tahun
ni..depa senyum lebaq sikit ....

apa kata..

aku dah mula..

dah dapat dah seribu..tapi bukan dari 20 orang..dari 8
orang ja...

saja...sebab tahun ini..masuk ramdhan ke 15
aku ada mid term..4 paper PULAK..ganasnya
...tak ada masa ..dah....

pikir pikir kan lah..

duit kita banyak dan makan mewah mewah..lagi lega hati
kita kalau kita suka bersedekah..

jadi...kalau dok tanya apa pemerintah buat..tanya
balik..kita buat apa... nak tolong depa depa ni..

kalau duk langgut ja macam tu..pi mampuih lagi baik..



p/s chek baru balik dari gurun..tu speaking tu.

Rasa rasa aku di bulan takwa ini

apa yang dapat aku raih dari ramadhan ini, sebagai orang yang mahu menafsir akan bulan takwa di ertikan sebagai hari hari beribadah, dari tempoh hari pertama aku atur agar hari yang aku lalui dengan penuh kesabaran, ketekunan dalam ibadah, perjalanan hidup harian yang aku applikasikan dengan mendahulukan Islam semata dan ini rasa ideal bagi setiap muslim

makan jadi menu utama dalam hidup anak anak aku, aku sederhanakan dengan sajian aku, tiada yang mewah dan tiada yang berlebihan, bila merintih lapar kata aku, lapar itu hanya satu dari banyak rasa yang perlu kita ada di dalam bulan ramadhan, lapar itu mengajar kita bersabar, bertimbangrasa dan bersyukur

keluarga aku, aku ajar dengan lebih melembutkan lidah, mengutamakan perlakuan yang berteraskan perjalanan hidup islam walaupun terlalu compang camping namun aku tetap berusaha meletakkannya sebagai pokok utama agenda agenda yang di lalui di pikul dengan tawaduk dan aku masih lagi memegang tali tali janji, ini juga janji janji aku supaya keluarga lebih bersabar dan bertenang tenang bila bercakap kerana keluarga itu lah yang terdekat di hati mereka dan keluarga lah tempat mereka bertenang tenang

aku juga tempatkan dekat di sudut hati aku perasaan rindu pada ibu, dan ayah dan ibu mertua awal awal lagi aku memanjat doa dan aku harap di perkenankan allah doa doa aku buat mereka mereka yang aku sayangi yang telah pun di ambil pergi dan sesungguhnya aku juga akan menyusul kemudian


dan ini baru RAMDHAN YANG KETIGA


p.s. tak suka guna huruf besar..rebellious dalam bahasa..

panggillah sayang

Panggilan terbaik yang kita mahu dari orang lain terhadap diri kita namun kita akan berdukacita jika gelaran dan jolokan yang berunsur negatif di berikan pula kepada diri kita

Di ketahui juga, Rasullullah s.a.w., memanggil dengan nama nama yang baik serta indah belaka kepada sesiapa sahaja

Saya juga suka mengikuti sunnah itu apabila rakan rakan yang namanya kurang wajar dengan keperibadian mereka, selalu saya beri nick nick indah supaya rakan rakan cukup suka apabila kita memanggil dengan kata gelar yang saya gubah khas untuk mereka yang menyerlahkan keperibadian mereka contohnya..yang tertib selalu (YTS), yang teramat cantik (YTC).

Walaupun saya juga pernah menerima jolokan negatif untuk diri saya, saya tidak mudah melenting apabila saya faham ianya umpama “qolqolah “ yakni melantun semula tepat kepada pemanggil ..namun ada jolokan negatif itu menyelamatkan saya..contoh “samseng” kerana masyarakat di tempat saya tidak berapa gemar menyerang saya... malah mengelak untuk berbalah dengan saya..

Keperibadian seseorang itu di nilai dari apa yang terpancar dari lidahnya, jika keras keluar, maka pengertian hidup mereka juga keras yang ini sangat terserlah kerana inilah juga peribadi saya yang dahulu di mana saya rajin bersingsing lengan dengan sesiapa sahaja yang menguis saya.

Kadangkala saya hairan dari pemerhatian saya terhadap masyarakat saya, mereka adalah masyarakat kuat bersangka, namun sangkaan mereka cenderung negatif.. dan penyebarannya luas dan pantas tidak seperti penyebaran ilmu atau applikasi ilmu terhadap keperibadian mereka yang buruk buruk itu adalah berita sensasi buat mereka

Kesedaran ini menggalakkan sahabat sahabat rapat saya tidak mudah alah dengan tusukan tusukan pedih dari masyarakat yang tidak memahami apa yang kami lakukan , perkara yang baik lambat dapat di terima, perkerjaan amal lebih payah untuk di telah, mengapa agaknya masyarakat cenderung ke arah negatif, apakah masyarakat kita berbudaya kurang percaya, bila agaknya ia mula menular, bagi saya, yang sudah buruk di buang, agar tumbuh yang baru..yang menjernihkan juga menenangkan

Saya sangat gembira apabila sahabat saya yang mengenali saya memberitahu saya betapa kerana sikap saya yang tidak mudah melenting kala kini terhadap segala gejala fitnah, di tambah pula segala lemparan tuduhan yang bukan bukan yang terlempar akan terlerai hancur kerana penyebar fitnah hilang cerita dan sandaran palsu mereka umpama periga buta yang kering tanpa mata air

Makin ramai yang sedar bahawa mereka adalah salah seorang penyumbang kekuatan kepada penyebaran fitnah dan mereka mula meninggalkan kumpulan itu dan bergabung dengan samseng yang memang samseng jika kecelaruan palsu di perbesarkan tanpa usul periksa.

Apa yang perlu kita perbuat, tegas saya kepada mereka adalah, tolong jangan percaya cakap orang lain sehingga kamu bertemu dan mendapat kan penjelasan dari yang di tuduh..dan selalunya cerita yang di dengar adalah 150% tokok tambah yang berbeza umpama langit dengan bumi...inshallah..lorong panas masyarakat saya sudah nampak teduhnya...dan saya sangat bersyukur..dan kiriman kiriman salam kepada saya dari sahabat dari masyarakat yang makin membukit....Ujar saya...biarlah saya meneruskan pertapaan ini..dan bila sampai waktu saya akan bersama mereka semula.. Kerana kadangkala menyepikan diri lebih waja kekuatannya dari bersilat di tengah masyarakat yang belum masak untuk menerima budaya mulia.

Wednesday, August 11, 2010

Malam Ramadhan Pertama

tarawikh masih belum dapat sambutan sepenuhnya di kawasan aku

permulaan yang baik dengan ayat alquran yang tidak pendek dan juga tidak panjang

selawat yang jelas lagi bertajwid

kumpulan tadarus yang besar buat tahun ini 4 kumpulan...kembang hati aku


itu UNTUK malam pertama...

Tuesday, August 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

entahlah...tapi itulah kurniaanya...ria hati bukan kepalang

berpuluh email aku kirimkan ke ratusan kenalan jua sahabat mengucapkan selamat menyambut Ramadhan...Marhaban Ya Ramadhan...

seronok sangat aku

sangat sangat seronok

semoga Ramadhan bulan Takwa akan mengorek dan memuntahkan segala gala ibadah penuh takwa penuh ikhlas penuh telus dari aku...agar segala ibadahku di terima allah...Amiiin...

Monday, August 9, 2010

ya, memang selalunya begitu

agaknya kenapa kan kita mungkin tertanya tanya tapi pada orang yang dah mula faham tak lagi ia menjadi masalah atau halangan

bila tuhan beri banyak rezeki kemudiannya di turunkan pula dugaan untuk mengambil semula yang di berikan

adakah kita mula kecewa atau tersenyum kerana begitulah kehendaknya

sudah masuk tahun yang ke entah berapa kali maka sebelum ianya berlaku lagi

aku dulu kan yang paling aku sukai...bersedekah! kemudian ku tunggu apa yang akan di berikan dan dengan tenang...aku bersyukur kerana kepayahan itu turun ketika aku ada bekalan yang di beri awal lagi untuk aku mengayuhnya

Alhamdulillah...makin aku di sedarkan...

Monday, August 2, 2010

bulan ini

aku dapat duit lebih banyak....aku termenung ....selalunya duit banyak ini aku kongsi dengan ibu...aku bukan antu duit..pulak duit sebanyak ini...aku tak suka simpan ...suka sangat belanja..almaklumlah..setahun sekali aku tak payah kira sangat apa yang hendak aku belanja...

bulan ini dengan duit banyak ini..60 peratus bagi kat suami..mesti dia hantar perbaiki kereta klassik aku ..penghawa dingin dah lama rosak..mungkin bulan ini dapat lah aku duduk dalam kereta yang berhawa dingin...alhamdulillah..sejuk anak anak aku..

20 peratus...simpan untuk hari raya....10 peratus untuk aku joli sampai tak hingat dunia..5 peratus untuk anak anak aku ...dan 5 peratus buat kawan kawan yang kematian suami dan ada anak dan masih lagi berstatus single...

dan malam ini aku makan ikan bakar 2 ekor sorang..sungguh mewah aku malam ini...hurmm...alhamdulillah...

Friday, July 30, 2010

kadang kadang

seronok sangat sampai tegang muka dek ketawa dari pagi sampai petang di pejabat...setiba di rumah otak yang tadi terang boleh jadi berserabut...dengan leter orang ini dan anak anak yang melaung laung macam tarzan carik jane di dalam rumah yang kecik..

dan kadang kadang....teringin sangat bungkus baju..ambik bas pergi jauh dan hilang resah gelisah buat sementara waktu

aku pernah sekali nekad berbuat begitu...tapi bila duduk di setesen bas bangang yang mungkin muncul satu jam lagi yang memang tak faham ketengangan hati aku memberi aku peluang untuk berfikir

...terlintas si bongsu dengan memang sifat tidak mukalaffnya..ria sungguh beliau

...terlintas suami yang kuat bercerita itu ini pada aku ...

....terlintas anak sulung ku yang kuat tergelak walau pun tawar sungguh lawak aku

..dan terus aku heret beg besar ini balik kerumah kerana aku tahu aku tidak boleh gembira duduk jauh dari mereka ....biarlah malam ini aku peluk hiruk pikuk dengan penuh keselambaan...

lantak lah...asal mereka semua di depan mata aku...

Thursday, July 29, 2010

tak mudah

kadang kadang terasa sangat sangat payah belajar secara e jarak jauh ini, pulak bagi orang orang seperti aku, bekerja, sudah berumahtangga dan punya anak anak.

jikalau kerja "assignments" di beri, banyak pulak menimbun, bukan susah untu air mata tumpah

di tambah kan pula kerja di pejabat tidak boleh pulang awal, bayangkan sampai rumah pukul 10.00 malam...

terdaya kah nak menaip assignment pulak dah masuk semester tujuh ini, lebih kritis, lebih analitikal...

iye, malam ini air mata ku tumpah

rasa seluruh tubuh aku seperti di cucuk cucuk dengan jarum...kalau aku tak kuat hati sudah tentu aku melompat ke katil..

tapi deadline nyer esok pukul 12.00 malam...dan esok aku sekali lagi akan pulang dari pejabat pukul 10.00 malam..

biarlah airmata aku tumpah..mungkin lebih bugar untuk dia berjaga malam ini..

Wednesday, July 28, 2010

kejam untuk kebaikan

bukan mudah nak menegur sahabat...

kasar bunyi nya

kak mari kita ke surau untuk berdoa..

tak mahu

terbeliak matanya

aku kaki surau tapi ada malam nifsu syaaban aku tak mahu

apa merasuk aku..tidak dia berkata terus tapi cara ia berkata..menggugah hati aku


bila kita berhenti berdoa

bila kita ada hari sangat istimewa untuk berdoa kecuali ramadhan kata aku


dia pun faham maksud aku
jangan taksub
doa itu wajib kata aku

kalau kita tidak berdoa tanda apa aku baling kan soalan itu kepada beliau

tanda sombong..jawabnya

pandai kata aku

kita apa

kita hamba

kita hamba jangan lupa budi...

orang berbudi sentiasa bersyukur apa lagi berdoa untuk memohon maaf setiap detik setiap hari..


pandai kata aku..eh bijak...

akak mohon maaf akak memang tak boleh pergi .....

saja jawab kasar...saja nak kamu faham...setiap hari ada lah hari istimewa buat kita berdoa..

dalam ria..apa lagi dalam duka...kepadanya lah kita panjatnya segalanya agak kita sentiasa terbimbing dan tidak tersasar dalam beribadah...

alhamdulillah..kejam aku ada kebaikan..

me

talking about me again and again, looking back what i have been through, i am doing okey, maybe excellent, life has been very good, thanked god, family life, it has been 2 full years, my son has not gotten any attack, my youngest daughter has started to read and loving it, she has been singing too, feel like recording it, but the embarassment she will have to face one day listening to what she has sang, stopped me. No, let her be, she love singing, or we called making loud noises, and she is singing now and both my husband and me understand ...scarcely...rasa sayang eh..rasa sayang eh..full blast..while taking a bath, while coloring her book or while playing the computer games..


again..i am content..

dia


dari huruf ke huruf sehingga habis dari muqqadam dan 30 juz alquran..di tunjukkan yang mana satu ada tajwid yang mana tiada..dari resam majid hinggalah resam uthmani di tunjukkan kepada kami..

sanggup kah kamu belajar dengannya

namun dengan cara itu..dari 2002 sehingga kini kami terusan belajar..dan segala mala tajwid melekat terus ...habis tajwid..di asuh pula kami dengan talaqi dengan beliau..sudah juz 15 aku..

caranya memang sesuai sungguh buat orang tua tua karat kecekapan untuk belajar tajwid

tak ada yang rasa muak belajar dengan beliau...

bismillah itu pun di tunjukkan di mana tajwidnyer apa lagi setiap huruf dari alfatiha hingga lah ke surah annas...

cukup puas hati kami belajar dengan beliau walaupun pelajaran kami selama 8 bulan sahaja setahun

you got a daughter ?

when they are babies...you adored them and dressed them
when they are toddles...they became your pet
when they are teenager...why changed your attitude ?

not me

and I am very lucky not to change my attitude towards her

and whatever she shared is treasures to mee

their heartache, heart broken, fighting with girlfriends, get caught by the town policeman, get mugged, get physical in bullying other girlfriends

whatever not she shared it with me

and I...need a huge group of friends to update me with advice to handle this things..

and at the end...you feel happier..

try it ...

Sunday, July 25, 2010

and life is....

and life is like that

you have friends that make you feel good,

you have friends that make you feel great,

you have friends that make you cried at night,

you have friends that make you know love existed,

you have friends that make you who you are

and the most greatest things is it makes you want to live longer...

am i good enough to feel like this

this is my seventh semester (should be six but then all in the class are from 7th semester)..i managed to cut one semester..by doing more paper in each semester

i have now know which friends should stay in my group..not dropping them as friends but mere study group...

i have now know when to enjoy life better, with family, friends and studies and definitely working hard...

i am content today!

parentless

it has been hard to pronounce the word that you are parentless, but each word that blurted out their faces dances in front of you...

it has been more than good 40 years with them....

i cant recall what they have done for me during my babyhood ...

i remember them as good friends , good listener, good facilitator..execellent parents

two days ago my husband uncle passed away...one of the many uncles that he has


and again..i need to say i am uncleless so do auntieless

and here i have seen, they are doing big gathering by the hundred of their grandparents, uncles, cousin, nephews...

i am glad i have still a few cousin that is still alived...and going one by one by the day...

i am only in my 40s..

none of them died from accident....of old age and normal death...

me next

Monday, July 5, 2010

tak perlu lah...

bila aku duduk duduk berfikir dengan jujur, aku faham benar perjalanan hidup aku, aku bukan baik sangat, apa lagi pandai sangat. rumahtangga yang aku layari ini pun bukan aku jaga dengan tekun, banyak bocor nya di sana sini, pulak dugaan dugaan payah juga sering datang dan payah pulak ia pergi.

nasib munkin, aku masih ada kawan karib, aku pulak tak lah di simpan untuk menjadi kawan karib, jarang aku beralah, keras kepala, degil dan suka dengan keputusan sendiri, pulak jarang menyesal...dan mereka masih bersabar sangat...

Sunday, July 4, 2010

pernah tak kau cuba rasakan

bila nyawa kawanku di rentap...aku guna rentap bukan untuk menyalahi takdir atau qada tapi aku ingin pasakkan perasaan itu kedalam benak degil aku

umurnya baru 25tahun...masih keras nakalnya...masih berapi lidahnya

tak semena mena dengar sakit sakit nya tapi..bila 16 jun itu berita beliau pergi bergejolak rasa aku

sayang mudanya

terkedu..sebelum aku mengucapkan inna lillah

bukan aku tak pernah sedar aku akan mati

tapi..sekarang aku rasa..bila bila aku boleh mati..

Wednesday, June 23, 2010

apa aku masih lupa berterima kasih

sekali lagi aku memegang anugerah dekan..apa lagi agaknya masih belum hilang kegusaran yang berpusar pusar di dalam benak aku

inshalllah jika aku berusaha sekali lagi semester depan..sekali lagi aku bakal juga memperolehi kejayaan..

aku tahu aku makin letih dan untuk meneruskan satu tahun setengah lagi seumpama mendakit gunung duri

aku hilang semangat...aku hilang keinginan aku hilang tumpuan

aku letih letih letih...

apa kah tak cukup 6 minggu cuti

bukan letih itu yang aku maksudkan

aku letih terpaksa mengharungi sekali arus deras untuk ke mercu

aku letih
letih
letih

atau aku sudah lupa berterima kasih untuk meneruskan perjuangan ilmu..berjihad kepadaNYA..