Saturday, December 19, 2009

Maal Hihrah 1431

beriya iya aku ingin memulakan hidup baru, terpanggil aku berniat untuk mengurangkan dari berbuat kesalahan, aku yang suka berbuat sesuatu kerana ingin mengumpula pahala sering lupa pahala itu lupus jikalau sering berbuat dosa

maka senarai niat aku

- yang terutama jangan mengumpat
- jangan duduk dengar orang mengumpat
- jangan sokong cakap orang yang sedang mengumpat

lari kerana duduk tinggal akan menjadikan aku ahli pengumpat

untuk tahun ini, aku cuba yang ini dulu...

Thursday, December 10, 2009

Nasib Baik

nasib baik hari ini segala yang aku fikirkan akan menjadi buruk dan teruk tetapi apa yang aku sangka tidak begitu rupanya

dalam hidup kita kadang kadang kita letak meletakkan kesempurnaan yang tinggi di dalam impian kita, pekerjaan kita, kehendak kita terhadap keluarga kita

kita manusia, tak kan sempurna, batas akal kita, bakal pengalaman kita tidak akan dapat menjangkau ke segala ruang lingkup kehidupan

maka berpada padalah dalam menyiksa orang dan yang lebih teruk menyiksa diri sendiri atau orang orang yang kita kasihi

Saturday, December 5, 2009

satu lagi langkah

selepas peristiwa kejam itu, pandangan aku pun berubah, ketika aku melayan amarah yang terpancar dari kalbu, aku puas sangat, tapi pabila aku melihat anak aku menutup mukanya dan dengan perlahan umpama berbisik , mama kenapa, mama kenapa, aku kemudian sendiri jadi sedih melihat diri aku.

perlukah aku berubah sikap,

bukankah segala kejadian itu telah di timbang akan kekuatan aku

mudah aku menukar sikap dan perinsip yang aku bina bertahun tahun lamanya

peristiwa kejam itu selayaknya berhikmah pemangkin, pemotivasi bukannya menukar aku jadi sahabat akrab syaitan, aku amuk apa sahaja yang aku ingin amuk, hari ini hari terakhir aku menjadi sahabat syaitan

aku bersalah dengan anak anak aku yang tetap menurut kan kata kata gila aku, mereka sebahagian perjuangan hidup aku, mengapakah mereka jadi mangsa unggul aku, mereka patut di sayangi, di fahamkan bukan jadi pemampan letusan emosi aku,

maafkan ibu