Tuesday, February 23, 2010

kerja

kita orang perempuan tidak pernah putus kerja, kerja di rumah dari pagi sampai malam ada sahaja kerja yang perlu di siapkan

kalau bekerja pula tambahan di syarikat swasta..untuk berhenti minum pun tekadang lupa sudah masuk waktu makan tengahari

kalau di tambah pula belajar..tak ada ruang untuk berehat..

kalau tiada suami dan anak anak yang membantu mau tegedang di tengah muka pintu pengsan keletihan

orang perempuan , kalau sakit pening demam, tak ada can nak berehat lama, tetap kena bangun dan buat kerja..

alhamdulillah kerja kerja ini memberi keseronokan dalam kehidupan jika kita tau..sesaat kita ikhlas..tak ada tara karuniannya dari Allah Yang Maha Membalas

Sunday, February 21, 2010

bukan mudah

ramai lupa diri bila bercita cita tinggi dan kemudian berjanji akan berbuat apa sahaja bila memohon untuk masuk ke pusat pengajian tinggi, belajar sambil bekerja tidak mudah itu memang kenyataan keseronokan hari pertama hilang bila mana di susunkan apa yang perlu kami buat untuk satu semester

pelajar pelajar baru seperti kami terutama semester aku , 2007101 ramai yang sedar hal ini, bayangkan hanya tuhan sahaja yang tahu pengorbanan pengorbanan pelajaran jarak jauh dan terutama kami yang e learning

aku hanya dapat bercakap dari pemerhatian aku dan aku juga tahu dalam bentuk apa jua pun rasanya tanggungjawab itu sama beratnya bagi semua yang mencari ilmu dalam pelajaran jarak jauh

sudah menganjak ke semester lima hari ini dan aku perasan 20 peratus dari jumlah pelajar sudah pun hilang

hilang di sebabkan tidak dapat meneruskan perjalanan sukar dan keadaan keadaan yang tidak mengizinkan, kami yang dalam 40 orang sudah pun tinggal tidak sampai 30 orang

dikejutkan dengan pengumuman pensyarah aku hari ini kelas kami dalam 24 orang tidak ku sadari sudah mengunjur hampir setengah

perjalanan tidak mudah..kegigihan..tanggungjawab..perngorbanan setiap semester mencatu kami kami memang letih

dugaan dugaan hidup, sakit..deman letih..pening..tekanan dari keluarga..tekanan dari kerja..tekanan tekanan ini tidak pernah mahu bersimpati dengan kami yang lelah mengejar assignmen..mengejar mid term ..bersedia utnuk final dan kami masih mahu mengejar untuk cemerlang..

yang tinggal dalam semester lima ini..aku tahu..bukan calang calang orangnya..

dan hari ini aku lihat..mereka yang tinggal masih adalah orang orang cekal dari hari pertama kami meletakkan diri di dalam kelas..

alhamdulillah..semoga kalian makin tabah dan aku harap masih membantu aku kerana yang masih menunggu memang makin ganas kata pensyarah ...

terima kasih rakan rakan sekelas yang sama membahu meneruskan perjalanan yang bersisa 4 semester lagi..semoga kita akhiri semester ini dengan cemerlang sekali lagi..

Wednesday, February 17, 2010

gitulah

bila kekecik dulu kita rapat benar ngan abang abang kita jugadengan adik adik kita, kita tak berhenti berkelahi walau mulut ibu dah nak rabak dan telinga kita dah pekak kena leter dan dah lali kena kutil.

kita juga tahu bila kita besar abang abang kita terlalu sibuk dengan kehidupan sendiri dan adik kita pun gitu juga, iyalah mereka orang orang sibuk dan kita tidak pulak.

bila kita lihat abang abang kita dan adik adik kita punya anak yang pandai pandai belaka belajar di luar negara, mesir, jepun, australia, anak kita masih lagi tahap oku dan kena banyak sabar sebab macam macam penyakit menyerang mereka, rezeki mereka kata kita biarlah, kita usaha lah tahap sedikit yang kita ada yang kita upaya

tapi bila dia kata anak kita bodoh dan anak mereka pandai sebab mereka..kita pun ringan mulut kata baiklah dia mengucap semula kerana tiada ada daya upaya kita sebagai manusia kecuali dengan izin allah

kita lagi redha kita selalu di timpa berbagai bentuk masalah supaya tangan kita ringan sangat untuk di angkat memohon doa kerana kita tahu kita tak upaya di dunia ini melainkan allah.

baiklah kita begini sahaja yang banyak masa nak mendidik anak anak kita yang masih baru bertatih tatih membac walaupun dah berbelas tahun umurnya..

kita tahu langit yang mendung dan langit yang cerah kita tak upaya nak mengubahnya tapi lebih senang menghadapi hari dengan tenang dengan redha supaya hidup ini lebih banyak bersyukur dari banyak mengomel kerana kita tak lama di sini.

Monday, February 15, 2010

kalut

kalau uztazah aku yang siang malam ajar, baca, telek alquran juga terpempan dengan ulusan ulasan di media elektronik tentang anwar.

aku pun diam.

di ulas di keletek aku dengan macam macam pertanyaan.

aku terus diam.

kenapa tanya dia.

saya tak tahu apa apa, saya tak mahu percaya apa apa, apa lagi persoal apa apa.

saya sudah tak percaya pada tiang pengadilan kita di sini.

saya tunggu saja pengadilan di sana.

saya mahu tenang.

saya patriotik.

saya tak mahu cantas kepala sesiapa kerana saya belum yakin perjuangan dia.

memang dia dulu idola saya.

memang dia dulu buat saya tunggu bila dia berbahas.

saya mahu tunggu dan lihat.

itu jer buat masa ini.

Tuesday, February 2, 2010

sayu

sayu hati aku bila sahabat aku tidak dapat menghubungi aku sebelum berlepas pulang ke luar negara,

aku lihat smsnya aku berselisih 20 minit lewatnya..aku yang mungkir janji kerana tidak melihat telefon bimbitku, janji ku aku akan sentiasa memeriksa telefon bimbit aku di ketika waktu istirehat..

aku telefon juga walaupun telah ku baca sms nya yang terakhir..aku akan "check in" sejam lagi..sedangkan aku sudah lewat 1 30 jam..

kakaknya yang menjawab...

dia sudah lama masuk..

aduh

aku pun tau..

kita payah keudara dan jarak masa tak pernah mengizinkan
apa lagi bertemu

kapan lagi kau akan pulang ke Malaysia..aku akan menuruti mu..

janji aku entah kesekian berapa...

namun sekarang aku sayu

biarkan aku

Monday, February 1, 2010

aku kalah kah

aku jatuh sakit, tidak berdaya melakukan banyak perkara yang aku suka, terutama belajar, setiap kali aku menelaah, sakit kepala aku bukan kepalang, dan aku mengalah dengan berehat, makin hari , makin aku kurang memegang buku buku aku, genap 10 hari aku tidak berdamping dengannya,

aku merenung nasib mereka yang berada di keadaan yang sama dengan aku, aku masih bernasib baik, keluarga yang penyanyang, kawan kawan yang pengasih masih setia menghulur bantuan

aku perlu lawan kelemahan yang makin menganjur aku beralah terus..