Tuesday, February 7, 2012

menziarah

anak rasa aku tidak bertindak benar apa yang aku putuskan

kenapa agaknya aku tidak mahu menziarah kawan suami ku yang meninggal dunia dan jarak nya tak sampai 200 meter dari rumah

kenapa agaknya anak aku tidak faham bahawa aku tidak di wajibkan untuk menziarah arwah

orangnya lelaki ...menjelaskan

ayah sudah pun menziarah..ku jelas lagi

dan aku tidak suka berkumpul kumpul di sana kerana di sana ada banyak ruang fitnah

setiap wanita yang datang menziarah di telek dengan mata lelaki yang kurang ajar

setiap wanita yang ingin menghadiahkan yasin..tetap kena jaga suara

setiap wanita yang ingin menatap wajah arwah adalah kena tahu tidak di benarkan

dan banyak lagi perkara perkara yang tidak di bolehkan di praktikkan oleh orang orang aku

dan bagi aku sangat wajar menjauhkan diri kerana jenazahnya lelaki...

dan bagaimana harus aku fahamkan anak aku yang aku tidak menziarah tetapi hadiah fatiha telah aku laksanakan dari rumah yang jaraknya 200 meter ni..

dan aku juga terselamat dari menghabiskan harta anak yatim piatu...

Saturday, February 4, 2012

Media Law

There are many ways to learn this subject. The semester that I took Media Law was the worst nightmare to me. I cannot memorise all the cases in addition to ensure which case applies to the the story. I am sure I am going to put some of the politicians into different cases. It has happened during the exam on the chinese wars.

Then I started to read some books that clarifies the matter. One of the best book to start you with the Media Law will be Tom Crone - Media Law, then followed by Akbar dan Kuasa, two best book for you to know how the Media Law grow, and the rest, read and read.

I got A for this paper....so could you...

English Language pembelajaran dalam gaya dan nada Bahasa Melayu

Aku bercita cita untuk mengajar anak anak melayu atau malaysia yang lemah bahasa inggeris dalam nada dan gaya bahasa melayu.

Siapa yang mengikuti aku akan tahu aku ada seorang anak (OKU)..dalam sangat lemah dalam pembelajaran (sakit demam panas semasa umur 6 bulan).

Dia sangat berminat dalam bahasa inggeris tetapi susahnya untuk dia faham bahasa itu dengan pembelajaran gaya dan stail bahasa inggeris.

Cuba kita capai buku Grammar...bagaimanalah anak aku yang separuh tahu dalam bahasa malaysia untuk belajar bahasa inggeris...

oleh itu aku akan guna cara aku dan gaya aku mengajar bahasa inggeris dalam nada dan gaya melayu supaya dia faham dan fasih pula menggunakan bahasa inggeris kerana sudah dapat di fahamkan akan cara cara bahasa inggeris berfungsi.

Doakan aku ye agar berjaya.

sulit dan rahasia

manalah akan aku tahu yang tuhan telah memilih adik adik aku untuk dicubakan kesakitan ke atas mereka

aku yang sibuk dengan cancer aku dan sangat dijaga rapi oleh perubatan tidak sangka kedua dua adik aku jauh lebih tenat dari aku

memandang mereka berdua rasa sangat hiba kerana terasa amat benar bahawa rahasia rahasia tuhan, hanya Allah lebih mengetahui perjalanan hidup insan

meletakkan kita hanyalah hamba yang sangat lemah dan sangat sangatlah berharap akan keampunan dan perlindungan dari Allah Taala Jua

bila terserempak dengan orang orang yang sombong lagi sangat menyakitkan hati, terdetik dalam hati, apalah yang mereka akan dapat dengan menyombongkan diri, sedangkan nafas ini tiap detik berketik atas izinNya