Thursday, October 13, 2011

bila tiba tiba aku jadi sangat penakut

kalau dah begini banyaknya kerja yang tidak memuaskan hati...kenapa aku masih mahu memikulnya

hari ini aku mahu lari dari segala galanya

letih dan muak

Saturday, October 8, 2011

kenapa tetiba hari ini aku menulis lagi

lama aku tak kesini sibuk sangat ke? terus terang aku bukan sibuk sangat tapi hilang nafsu untuk terus menulis. bukan tak ada cerita nak aku kongsi di sini tapi aku hilang fokus kenapa aku mesti berkongsi.

hari ini hati aku sendu. menghadirkan diri di sekolah anakku, hari kantin, tapi aku tak peduli sangat akan hari kantin kerana aku lebih suka memperhatikan anak aku, buah hati aku. mungkin ada dari kamu yang bahagia melihat orang yang kamu sayang berkelakuan di hadapan mata kamu dan sudah tentu akan ada yang mengguriskan hati jika perlakuan mereka itu mengazabkan hati kamu.

aku perhati, budak budak sebaya anak aku tak ada yang merapati dia, aku tahu anak aku tak sempurna akal, tapi dia seorang yang baik hati. akhirnya ada dua tiga pelajar yang 5 tahun lebih muda itu menjadi pilihan dia untuk berbicara.

anak aku tak popular di sekolah. tak macam aku. sentiasa ada kawan rapat. anak aku tak dapat menikmati siapa sahabat dalam kehidupannya. beginikah cara pembangunan awal hidup akan di lalui oleh anak aku.

bagaimanakah carannya aku dapat mengajar aidaku untuk beperkerti selayaknya untuk mendapat menawan hati seorang kawan.

atau memang beginilah cara pembesarannya yang harus di lalui oleh seorang yang tidak sempurna akal.

atau terlalu awal buat aku membuat telahan untuk kehidupan anak aku yang baru bermula.

tapi aku sangat sendu hari ini