Tuesday, October 27, 2009

apa guna di upload doa tersebut

kesian kawan kawan yang nak menghadapi pepereksaan tapi di ganggu pulak oleh perasaan yang boleh menghancurkan fokus..

semoga berdoa doalah kawan kawan yang menghadapi masalah ini untuk menetapkan hati dan perasaan mereka agar berupaya menelaah

kak seri faham benar perasaan ini

pulak kak seri adalah orang yang kalau sekali jatuh cinta..sampai bila bila itulah cintanya..tu ler boifren..dan sekarang tulah suami...

bukan tak pernah di cuba..5 tahun terpisah..tanpa berita..itu juga di ingat..itu juga di harap..

dan allah memperkenankan doa..bertemu tanpa di duga..

dan sudah 18 tahun termeteri..hidup berumahtangga...

paling lama bergaduh..3 jam..

semoga..kalian juga bertemu suami yang kamu hajati..

dan satu lagi

kita manusia

tidak sempurna

kesampingkan kekurangan dan meriahkan kehebatan..

Doa untuk menyetabilkan perasaan jika putus cinta

Sunday, October 25, 2009

sayu atau sesal atau putus asa

bila kita di landa perasaan begini, yang penting jangan menyendiri, carilah kawan yang dapat memulihkan perasaan ini, jika ada suami, carilah suami, jika ada sahabat yang baik, carilah mereka, menyendiri akan menambah kebebalan di dalam hati.

yang pasti kita tahu, berpaling ke belakang adalah membuang masa kecuali kita mengambl iktibar pekara bodoh yang lepas janganlah di ulang.

lagi satu apa yang berlaku semalam bukanlah titik tolak nyawa kita yang terakhir.

kita ada peluang walaupun nampaknya tidak akan memberi pulangan apa apa...

perjuangan di teruskan
yang tertinggal kita kutip..sedikit demi sedikit..walaupun terasa membuang masa..berbuat sesuatu dan memulakan satu langkah baru tidak membuang masa tapi percubaan untuk mengurangkan jurang yang terlepas..maka mulakan dari hari ini..sekarang..

kejap lagi, esok atau lusa akan menyebabkan kita masih bertangguh

kekuatan untuk keluar bukan terletak di tangan orang lain kecuali diri sendiri..

percayalah..masih ada masa selagi nyawa belum di tenggorokan..

memang lah lemah nak melangkah..tapi langkah mula itu lah yang terpenting..

jika di tinggalkan kekasih..
cuba lihat kebaikkannya..bukan keburukkannya..
kebaikan..kau berpeluang melihat diri kau sebenarnya sakit...sudah tentu lah sakit..
lebih sakit dari terpotong jari sendiri..tapi..teruskan hari ini dengan melihat kedepan tanpanya...

dan yang lain lain...lebih mudah...hutang..markah rendah..kematian..semuanya..perlu di letak tepi untuk memulakan langkah ke depan..jadi kan iktibar..tapi berilah diri mu peluang untuk teruskan kehidupan..rindu..sudah tentu lah rindu...jadikannya ia kekuatan..

ingat..

tujuan kita di turunkan ke muka bumi ini bukan untuk mengeluh dan merengek...

lihat lah...kekuatan kekuatan yang ada di dalam diri untuk terus maju ke depan..

Thursday, October 22, 2009

beginilah rasanya

mendapat markah yang rendah bukan lah aku..namun semester ini menjadikan ianya sejarah..markah yang paling teruk yang pernah aku capai..

perasaan perasaan kecewa menempel nempel di dalam jiwa..rasa dan raga
ingin mati atau di benamkan dasar laut lagaknya

namun

bila aku di beri peluang merasai mati...(dalam mimpi)..maka bertukar terus hati ini

yang penting

bukanlah markah yang tinggi

tapi menjadi orang berbudi untuk di bawa bekal kemudian hari..

Tuesday, October 20, 2009

telah

ku takut telahan aku tentang kamu adalah benar
kerana aku masih lagi mempercayai mimpi
khayalan lebih menenangkan
kerana ia mengagumkan

aku telah di hampar di permaidani rindu
dengan selimut mu yang mengkhayalkan yang melenakan

dan biar kah aku berteduh sembentar sebelum jaga

Monday, October 19, 2009

tuhan

tuhan

syukur di limpahkan aku dengan perasaan

dan sekarang aku tengah merasai

begitulah hebatnya

penangan cinta

Sunday, October 18, 2009

why is it too difficult

too difficult to enjoy shawal in peace

and i am soo glad shawal end today

(monolog)

Saturday, October 17, 2009

and class for semester 4 end this week



see your all in semester 5

and all the debates with all the lecture end as well

one of my favourite lecturer

you can see his charismatic features

and I wish him well always..

that is the only different that if you compare what you go through your primary or secondary scholl...

you wont meet your lecturer again because each of them teach difference specialities..

Wednesday, October 14, 2009

putus sudah kasih sayang

Cinta

Ramai pandai bercakap, cintai lah tuhan mu. Terdayakah kita. Pernahkah kamu tahu atau mengalami anugerah kasih sayang yang di karuniakan allah taala kepada kita. Cinta kasih yang di anugerahkan amat kuat, berbanding segala kekuatan di dunia ini. Betapa kita tahu jatuhnya empayar sebuah negara kerana cinta dan vice versa.

Cinta ini bagai merosakkan segala mala deria fikir seorang manusia. Hilang kekuatan seseorang kerana cinta, punah maruah manusia kerana cinta. Kekecewaan putus cinta adalah siksaan terdahsyat di dunia ini.

Bukan tak ada yang sanggup mengambil nyawa, dahsyat kekuatan cinta ini. Sedahsyat kekecewaan yang menimpa. Gila kita di buatnya.

Namun, hilangnya sebuah cinta ini dengan mudah dari kalbu, bila sudah sampai tempoh dan allah menarik nya dari seseorang, maka terlerailah..jangan di paksakan cinta ke atas yang tidak sudi, bukan boleh di paksa paksa atau di buat buat. Dan jangan memaksa diri.

Cinta itu anugerah, dah bukan hak mutlak..ia datang dan pergi, berbahagialah pada seseorang yang dapat mengalami dan memiliki sepanjang hayat ...tapi..janganlah berdukacita pabila ianya meninggalkan kita..bersyukurlah dia pernah hinggap dalam kehidupan kita di mayapada yang sementara ini.


Kak Nita berkongsi perasaan...

lauanzalna...bacalah ketika kau mahu pecah kan kebuntuan




Al-Hasyr - Ayat 21 - 24 (anti depressant)

21. sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau melihat Gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. dan (ingatlah), misal-misal Perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
22. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang mengetahui perkara Yang ghaib dan Yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
23. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya.
24. Dia lah Allah, Yang menciptakan sekalian makhluk; Yang mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut Yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama Yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadanya Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

Tuesday, October 13, 2009

corak nya sama

aku dah menganjak ke semester 4, maka sudah 3 kali aku menduduki final dan aku sudah dapat menelah corak final ku

bulan final ini aku akan di datangi segala mala muntah masalah kejiwaan di mana aku akan menjadi tidak tentu arah

bulan final ini akan menyebabkan orang di sekitar aku akan mula menyusahkan benakku

dan setiap kali aku akan merayu rayu kepada Mu..tenang kan lah diri ku
aku hamba Mu yang lemah dan sering menzalimi diri memohon kekuatan di kurniakan kepadanya untuk sekali lagi melalui ujian ini..

dan corak ini belum lagi berubah...

dan aku juga pasrah...

sudahlah tu

kita masih lagi mengharapkan kasih sayang sesama manusia
kasih sayang itu di yakini anugerah dari allah
kadangkala kasih sayang itu di beri kemudian di ambil semula
maka berusahalah kita untuk terus mengekalkan atau mencari jalan untuk dia mekar semula
jika benar iannya anugerah dan kemudian di ambil semula
kena lah bersikap redha
kena lah memahami ianya datang dan pergi
kerana manusia itu tetap hamba
lemah dan sentiasa mengharap

dan aku sudah letih untuk menanti kasih manusia yang aku beri dengan wewangian di dalam dupa emas namun di balas dengan tuba

biarlah aku berduka seketika

sedih di sebabkan orang yang sangat kita percayai akan memahami kita mengherdik kita
kita mohon di pertimbangkan tapi amarah menguasai suasana
perkara terbaik
diam

walaupun dalam lubuk hati terluka
untuk apa dipanjangkan luka
kalau diikutkan perasaan
hancur dan punah lah sebuah bahtera
yang dibina berdekad lamanya

biarlah kita mainkan perasaan
agar waktu jadi pengubat
dan kita buangkan perasaan
dan gantikan dengan redha

maka satu lagi kegetiran kita anggap satu lagi kasih sayang di pakaikan kepada kita

Thursday, October 8, 2009

and the end is coming near

one paper that i sat for final last sunday was the worst paper that i have sat in all examination...

and the thought was wrong again

and i managed...

the thought was so scarry and i have been in so many shoes but this the scariest

now I know what is the feeling when you do not know what you are expecting in an exam or you dont even know to read the question be it to answer and write in that language

you should know what by now...

Arab language..

my friend who has learnt arabic language since she is 6 years laughed at my face..and you expect to score within 3 months..she rolled and chuckled on the couch

trying to fly to the moon have more logic than my expection to score..she lulled again..that was sick..scarring your friend like that..and I said to her..that will be a day you need to congratulate me..

and it is true enough..the interest grew

now I am more interested in getting the primary school and secondary books now..
it provoke my interest to the core..as a start..you should start from the very bottom

let see...you wait Syarifah Nur..

Monday, October 5, 2009

group study

yang paling penting mereka satu kepala dengan kamu, kalau kamu malas jangan susahkan group..belah

tapi kalau kamu kurang faham tapi rajin dalam group..maka kamu layak berada dalam group

kalau kamu adalah tukang karut dalam kumpulan ...berpada pada kebanyakkan group kantoi sebab dari group study jadi group tukang karut

kalau ada sorang nampak macam ketua tapi tak leh bangkang pulak..tinggal kan dia sebab group ni bukan ada kuasa veto

kalau ada orang tu sorang jer buat kerja yang lain dapat tempias kalau dia bagi..antara kamu adalah penempias atau kamu yang teruk kerja..alamat tak lama lah group tu..sebab yang cerdir dan rajin akan belah sebab group tu langsung tak ada manafaat buat dia

atau yang kaki terima tempias jer manjang akan di peti sejukkan kan..

apa apa pun..group study ini..mesti lah yang rajin kerja dan tau bila nak berhenti dan tau bila nak berbincang dan tau bila nak berlawak..group macam ni..selalu lah mereka akan dapat A setiap kali peperiksaan ...bukan sorang jer yang dapat tapi satu group tu..kenapa kak nita cakap begini..inilah group kak nita..markahnya lebih kurang sama dan tak sapa tertinggal kerana kak nita bukan calang calang garang...he he he..