Wednesday, October 14, 2009

putus sudah kasih sayang

Cinta

Ramai pandai bercakap, cintai lah tuhan mu. Terdayakah kita. Pernahkah kamu tahu atau mengalami anugerah kasih sayang yang di karuniakan allah taala kepada kita. Cinta kasih yang di anugerahkan amat kuat, berbanding segala kekuatan di dunia ini. Betapa kita tahu jatuhnya empayar sebuah negara kerana cinta dan vice versa.

Cinta ini bagai merosakkan segala mala deria fikir seorang manusia. Hilang kekuatan seseorang kerana cinta, punah maruah manusia kerana cinta. Kekecewaan putus cinta adalah siksaan terdahsyat di dunia ini.

Bukan tak ada yang sanggup mengambil nyawa, dahsyat kekuatan cinta ini. Sedahsyat kekecewaan yang menimpa. Gila kita di buatnya.

Namun, hilangnya sebuah cinta ini dengan mudah dari kalbu, bila sudah sampai tempoh dan allah menarik nya dari seseorang, maka terlerailah..jangan di paksakan cinta ke atas yang tidak sudi, bukan boleh di paksa paksa atau di buat buat. Dan jangan memaksa diri.

Cinta itu anugerah, dah bukan hak mutlak..ia datang dan pergi, berbahagialah pada seseorang yang dapat mengalami dan memiliki sepanjang hayat ...tapi..janganlah berdukacita pabila ianya meninggalkan kita..bersyukurlah dia pernah hinggap dalam kehidupan kita di mayapada yang sementara ini.


Kak Nita berkongsi perasaan...

No comments: