Wednesday, June 23, 2010

apa aku masih lupa berterima kasih

sekali lagi aku memegang anugerah dekan..apa lagi agaknya masih belum hilang kegusaran yang berpusar pusar di dalam benak aku

inshalllah jika aku berusaha sekali lagi semester depan..sekali lagi aku bakal juga memperolehi kejayaan..

aku tahu aku makin letih dan untuk meneruskan satu tahun setengah lagi seumpama mendakit gunung duri

aku hilang semangat...aku hilang keinginan aku hilang tumpuan

aku letih letih letih...

apa kah tak cukup 6 minggu cuti

bukan letih itu yang aku maksudkan

aku letih terpaksa mengharungi sekali arus deras untuk ke mercu

aku letih
letih
letih

atau aku sudah lupa berterima kasih untuk meneruskan perjuangan ilmu..berjihad kepadaNYA..

Friday, June 11, 2010

ayah

hari ini hari aku teringat ayah...sikit pun tak bersabit dengan hari ayah yang akan di sambut bulan ini..tapi sebab aku terima sekali keputusan semester aku..

kalau ada ayah..dia lah yang paling seronok..sebab seingat aku..sejak aku tadika lagi..segala pencapaian aku..ayah lah yang paling sibuk...

setiap kali aku cemerlang..aku kongsi dengan ayah..dan ayah cukup bangga dengan aku..
mahu tidaknya..aku bekerja sebagai kerani pun bangganya macam aku jadi engineer atau pun pilot..aku tau teringin sungguh dia..anaknyer menjadi pilot...

aku tahu ayah lah yang mencorakkan aku jadi sebegini berani...lantang bercakap dan..dan cukup suka membaca..

ayah sentiasa percayakan aku..sentiasa bakar keberanian..sentiasa bercerita tentang kecemerlangan kecemerlangan orang orang berjaya..

aku kerap di lintasinya dengan memberi aku peringatan dan peringatan walaupun sudah lama ayah pergi..

dia lah yang suruh aku bersabar bila nakhoda ku hilang kemudi..

dia lah yang tegas dalam membiarkan aku memilih apa jua yang aku suka..

dia suka aku membuat kesalahan dan beringat dari kesalahan..cara dia membesarkan aku ..dengan ketegasan yang aku sendiri tidak faham....

malam ini..aku sangat rindukan ayah..

Sunday, June 6, 2010

bila agaknya tuhan akan makbulkan doa ku yang ini

masih terngiang ngiang bila Dr Huzaimah bercerita tentang masalah bumiputera aka orang islam di sabah, kesian mereka, untuk mencari orang yang pandai ugama sangat payah di sana, ada lah seorang bangsa indonesia yang mengajar mereka sedikit asas ugama islam, cara sembahyang, halal dan haram sedikit sedikit, surau mereka juga daif, yang sedihnya tanah wakaf perkuburan orang islam juga tiada.

Dr bersama sahabat yang pergi ke sana mengumpul duit dari kawan kawan yang ada dan berusaha mendapatkan sekeping tanah untuk di jadikan tanah wakaf bagi perkuburan orang islam.

sedih sungguh...Dr seorang perempuan boleh kuat untuk membuat perkara sebegitu...Ya Allah panjangkan lah lagi usia Dr. Tunggulah bila aku siap belajar nanti aku ingin menyertai Dr.

Aku hairan apa terjadi pada kerajaan yang bising ya amat amat ingin memperjuangkan nasib bumiputera dan orang orang melayu.

gempak sungguh mereka di pekan..1 malaysia sana 1 malaysia sini tolong lah perhati yang sini sikit orang orang di pendalaman

sanggupkah aku korbankan keluarga aku untuk kelantangan suara aku ini..

sanggupkah kekasih aku memlepaskan aku pergi untuk bertabligh begitu jauh

apakah akan di kabulkan doa aku oleh tuhan untuk menyertai Dr ?