Tuesday, April 27, 2010

sujudlah aku


Tuhaan...rindu aku tidak tertera, kehidupan yang keras ku lalui dan harungi dengan mengharapkan redha jua kasih sayang mu...

Tuhaaan..kerana Mu lah aku sentiasa meletakkan dahi di lantai yang sejuk dan keras ini tidak lain kecuali rindu yang teramat amat sangat

Tuhaan..dugaan datang dan pergi..rindu yang terperap tak pernah lega..

Tuhaan kalau ada kirannya rahsia melepaskan rinduini...bisikkan kepada ku ...

Tuhan terima lah doa hamba mu di malam yang makin dingin dan sunyi ini...

lega kan rindu ini..

...........degil..............


boleh degil...boleh keras kepala ....walasal berpulang dengan pahala.....bolehkah degil berpulang pahala...sudah tentu...degil kepada kegagalan...keras kepala pada nasib..mana kan tau tidak mencuba..manakan berjaya jika degil bukan inti nya..kenapa agaknya edison beribu kalau mencuba bulb lampunya...degil lah tu..degil dari mahu berhenti mencuba..keras kepala dari segala tohmahan yang melembing datangnya...

maka dengan itu...terus kan kedegilan kamu jika kamu berada di jalan yang benar...

Monday, April 26, 2010

Sesiapa teringinkan slides 125 muka

Pembetulan dalam Jawi baru.


Kamu, Boleh lah menghantar email kosong kepada kaktora@yahoo.com.sg

Dengan tajuk - Hantar Slides Jawi

Sunday, April 25, 2010

Doa - dari pandangan Dr MAZA...(di petik dari Blog beliau)

Jawapan Dr MAZA:

Saudari, semoga Allah merahmati kita semua. Untuk menjawab kemusykilan saudari itu, saya nyatakan seperti berikut:
1. Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.

Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya)
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).

Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.
2. Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya. Firman Allah:
(maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).

FirmanNya juga: (maksudnya)
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).
Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.

3. Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah. Sabda Nabi s.a.w:

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

4. Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. Sabda Nabi s.a.w :

« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).

5. Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia.
Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w :

« “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).

6. Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam. Sabda Nabi s.a.w :
“Doa itu adalah ibadah” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak. Firman Allah: (maksudnya):

“Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka” (Surah al-Ahqaf, 5-6).

7. Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.

Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.

8. Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.

9. Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.

Semalam Seri tidur dengan berkeadaan letih yang amat amat.....namun dalam layangan mata nan amat mengantuk ..Seri berdoa...

pagi ini..Seri yang tidak perasan dengan doa yang telah di makbulkan itu bangun dengan biasa..namun apabila tersedar bahawa doa telah di perkenankan..alhamdulillah..berdiri diri bulu roma Seri tanda kesyukuran yang amat amat sangat...

Saturday, April 24, 2010

workshop doktor jawi

gila keputusan yang aku buat, tulat salah satu paper final aku, aku tetap tahu aku ingin di perkenalkan semula dengan huruf huruf jawi, terlalu teringin mengikuti kelas jawi, malah di sebut pulak dengan kelinik dr jawi, tentu lah banyak pesakitnya..sudah tentu aku salah seorang yang tenat,...Uztaz Azman Ahmad, malah editor untuk kamus jawi dari DBP sekarang jadi lecturernya, alhamdulillah, masuk saja dah ria dengan keringanan penerangan Uztaz tentang huruf jawi, setiap kali habis di terangkan kami kena buat ujian, cukup 5 ujian Uztaz akan menyambungkannya pula semula...

gila fikir aku, buku PEM belum aku sentuh, tapi sudah aku tengok minggu ini, kemudian di tambahkan lagi kerana seronoknya memperolehi ilmu jawi, esok aku nekad untuk hadir lagi ...penting bagi aku melengkaplan ilmu jawi ini..PEM boleh tunggu...tapi aku khuartir..sangat sangat...tapi aku tetap akan pergi esok...getus aku..

aku ingin berkongsi di sini ....hadirlah..sesiapa yang ingin memperbaiki bahasa jawinya perlu datang..90 peratus peserta terdiri dari guru guru agama...dan fasih dengan tulisan jawi...namun..90 peratus juga yang masih silap...

tulisan jawi berera baru...memudahkan kita membacannya ...40 syarat pendita Zaaba di kemaskinikan sehingga tinggal 20 sahaja...dan setelah satu hari suntuk ....aku makin faham..mengapa ada va, pa, fa, dan letak mana kaf dan qaf...alhamdulillah aku tambah lagi satu ilmu sebelum pulang...

ku letakkan blog Uztaz Adnan semoga sesiapa yang berminat bolehlah menghadiri klinik dr jawi...Blog: http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com - orang batu kurau tu...

Friday, April 23, 2010

mandrem


apa patut aku buat, mandrem jer, apa tujuan mandrem kalau bukan nak menguasai hati, perasaan, pikiran seseorang tu, betul tak, sudah tentu betul...jadi kalau anak yang baik baik tiba tiba dah tak dengar cakap, asyik melawan, pulak dah berani jegil mata, apa lagi yang boleh di buat, kita sebagai ibu, mandrem jer, ilmu kan banyak, apa yang patut kita tunggu, makan hati tengok anak yang kita bela dan belai bagai menatang minyak yang penuh tiba tiba dah tak dengar sepatah haram cakap kita, mandrem jer long

selamat pagi semua


syukur allahamdulillah
subhanallah, walhamdulillah, walaaillahaillaullah wallaahuakbar,
pagi ini aku bangun dengan selimut tenang
ada pancaran ria di celah celah urat hatiku
hati yang keadaan ria jika ia ria dan sengsara bila ia sengsara
dan sekali lagi aku di anugerah rasa ria yang tak tertera
bau ria yang menyerap di segenap anggota dan urat segala
dan sebagai hamba yang miskin lagi tidak berdaya
ku ucapakan dengan syukur alhamdulillah dengan menyujudkan segala anggota dan rasa

Thursday, April 22, 2010

apa ni

apa agaknya kita patut rasa kalau kita seorang rakyat yang sayang pada negara ini yang mahu melayu umno dan orang melayu pas dan orang melayu pkr pokoknya orang orang melayu ini lihat dalam satu arah, memajukan melayu, memertabatkan melayu, menaikkan taraf islam itu agama dan bukan budaya di pakai bila perlu, di sorok bila malu.

bukan tak ada melayu yang haru dalam umno, bukan tak ada melayu yang kayu dalam pkr tapi kenapa boleh jadi fanatik, tu parti politik yang tak akan di jadikan tonggak dalam menegakkan kehidupan islam seharian, adakah orang melayu umno doanya tertolak dan doa orang pkr di terima semua, iyer jike mereka semua ikhlas bekerja di dunai ini untuk allah dan demi allah dan kerana allah.

Allah Hu Akbar...

apa yang penting


keharmonian hati
ketenangan jiwa
keikhlasan bekerja
kejujuran berkawan
tidur yang tenang
mimpi yang murni
ilmu yang berkat
amal yang suci
rasa yang ria
dan yang paling penting
RedhaNya atas kewujudan aku di dunia ini

luluh


luluh hati ini
biarlah dia hancur
biarlah dia bersepai
biarlah jadi debu
biarlah jadi sebu
sebab janji
sebabitu maruah ku
apalah lagi yang berharga
bagi orang miskin
lagi tidak berilmu
lagi melarat
kecuali satu
pegang pada janji
amanahku

Wednesday, April 21, 2010

syukur alhamdulillah


sekali lagi aku merasakan Allah s.w.t, sangat sangat mengasihi ku, sekali lagi otak aku di kuasakan untuk memahami, mengerti dan menejelaskan situasi demi situasi dengan tegak teratur, aku sendiri tiada kepercayaan pada diri, namun acapkali, Allah s.w.t. menunjukkan kuasanya dengan mengiyakan kuasanya ke atas diriku...

aku hamba yang lemah tidak pernah dapat menjangkau kuasa allah ke atas diri ku kecuali berkali kali dan saban kali ..aku sungguh sungguh bersyukur...

Tuesday, April 20, 2010

wangi

sesiapa sahaja di mukabumi ini ingin hidup yang wangi dan mudah, aku yang sudah merentasi 4 setengah abad makin faham bahawa segala perkara yang tidak wangi, tidak mudah adalah karunia yang tidak terhingga, kata pepatah melayu masakan dapat sagu jika tidak di pecahkan ruyungnya, kefahaman ini sepatutnya menjadikan orang yang lebih berilmu dan juga berpengalaman dan mudah faham akan kehidupan ini ada banyak asam garam sebelum kita jadi insan yang kamil. Untuk menjadi Insan yang Kamil, asuhan asuhan secara tidak langsung ini mensucikan lagi hati kita untuk menyelami apa itu redha dan ikhlas. Semoga rakan rakan yang melalui kampung ku ini akan dapat berfikir sejenak sesungguhnya kehidupan yang tidak wangi adalah satu cabang anugerah yang tidak ternilai untuk mencanai sebuah jiwa besar.

Di Pondok Kecil (Ae Man Feat Bazli UNIC) - reedit

untung lah orang yang masih berayah, boleh di peluk di cium, di pandang, di sembah adat, namun ramai merasakan beban di masa mereka masih hidup, sedangkan kata Nabi Mohd s.a.w., segala isi rumah dan hartanya adalah hak ayahmu jua....kedaifan dalam ilmu kehidupan ini bakal menghunjamkan kita kedalam api neraka kerana terlalu sibuk memertabatkan kehidupan sementara

Monday, April 19, 2010

Belah lah

konon dia suruh kita belah lah supaya kita tak mempersia siankan hidup kita, bagus lah, dia sedar diri, tapi bila kita dah berbelit dengan perasaan, bukan senang nak belah macam tu jer, hanya dengan kekuatan iman dan jalan agama yang jelas, kita tidak akan memandang ke belakang lagi. Cinta cintun tu kalau kita layan, padahya buruk dan bertambah parah belaka. Pulang lah ke arah cara tuntutan kehidupan islam. Berpeganglan kepada Alquran dan Hadis hadis yang berlambak lambak ada. Buat lah iktibar dalam meneruskan kehidupan. Sesungguhnya kita mati sekali namun kena hidup dua kali.....dan lagu ini sungguh sungguh nostalgia buat saya...

lepaskan saya......



boleh kah sesiapa yang terbabit dengan perasaan mencampakkannya dengan senangnya...kalau benar lah...maka mudah lah penagih yang menjalinkan emosi dengan dadah meninggalkannya...

kata kata guru psychology ku...

sangkar


bila kau merasakan kau berada di dalam sangkar dan ianya amat melemaskan apakah yang patut kau lakukan untuk membuang perasaan itu

cuba cari dan lihat jauh di lubuk hati mu apakah benar kau berada di dalam sangkar dan tiada ruang untuk melepaskan diri

kalau kau mau tahu ada hikmah bila kau rasa kau terkurung kerana sebenarnya kau di lindungi oleh banyak tangan yang sangat sangat mahu melindungi mu

monolog



aku suka bermonolog dengan perasaan, setaraf dengan bermuhasabah diri, kritikal dalam memandang diri, tujuan utama, paling kebelakang dan lihat apa yang aku terjah semalam, faedah atau sampah, mudah sebenarnya kalau hati itu jadi tenang bila labuh senja, maka banyak faedah yang aku lakukan, tapi gelisah resah masih lagi berlegar legar maka hari harus aku tersilap langkah.

dan sangat mengharapkan bila terbit pagi, janji janji menebus balik kekurangan dan khilafan semalam dapat mengubat resah dan menjadi kan aku sekali lagi tenang..

Saturday, April 17, 2010

nostalgia lagu ini - teluk bayur


terima kasih

tuhan
terima kasih memberi perasaan ini
terima kasih kerana deria rasa ini masih bekerja
terima kasih kerana hikmah hikmah yang tidak di ketahui aku
terima kasih kerana aku hamba yang masih di dalam perhatian mu
terima kasih kerana membina kekuatan aku terhalus mungkin aku merasainya

Butterflies Bunches Colorful Violet Images

Friday, April 16, 2010

lebih sedap dari cokelat


kadang kadang benda yang tersedap kita hilang punca, seketika aku ingin menjamah sarapan pagi tanpa ingin berkongsi kerana aku terlalu lapar, namun detik hati kecik aku berkata, lebih lazat jika di kongsi, aku menenung tiga ketul kuih di dalam piring, aku terpandang rakan ku yang duduk di rumah sewa yang sudah tentu belum sempat menjamah apa apa kerana aku tahu dia terpaksa berada di pejabat seawal awalnya kerana ada mesyuarat, aku tegur, lalu ku hulur piring kuih aku yang belum lagi di jamah oleh aku, dia membalas dan tersenyum, "terima kasih kerana mendengar doaku", aku memang tak sempat bersarapan dan sangat lapar sekali....

alhamdulillah..aku mendengar doanya..dan aku rasa kuih ku yang paling sedap yang aku jamah hari ini...betul lah..benda yang di kongsikan itu lebih sedap rasanya kerana berserta RahmahNya..

berbagai rasa


aku sendiri sangat tau aku tidak dapat mengawal personaliti aku apa lagi yang rapat dengan aku mereka sedar aku ada 100 sifat wanita mulia dan 100 peratus sifat wanita jalang dan aku tau hanya kekuatan iman meletakkan aku di jalan yang selamat..

ingatlah kawan aku bukan keseorangan berpenyakit demikian, jadikan agama tiang mu, juga asuhan baik mu, gigit lah kuat kuat dengan segala tenaga yang ada pada mu kerana sifatnya sangat liar dan payah nak di kendalikan...mudah terjerumus dan menjadi penyesalan yang menekan nekan sejarah kehidupan..

apakah ini yang ku rasakan

Night Thunder Storm Lightning Images apa kah photo di atas sedang menggambarkan perasaan aku yang sedang menggelegar ?

sesekali kita berjiwa begitu

sesekali kita jadi layu

sesekali kita mau jadi hantu

sekali lagi ke garisan penamat

bulan peperiksaan

sebagaimana yang aku dan kamu juga tahu

untuk sampai ke garisan ini bukan mudah

banyak rasa kecewa lagi marah

banyak kepenatan yang di gagah

banyak kesakitan dan payah

perlu di lalui


namun bila tiba harinya

gugur

begitu mudah

gugur rasa kecewa, marah, payah

yang tinggal harapan..