Tuesday, April 29, 2008

Nota dari Rosliza - Ringkasan untuk topik Surat

http://www.4shared.com/file/45754774/906ccfec/nota_BBM_from_regina_on_surat.html?dirPwdVerified=c838619c

1. browse ke bawah sikit

2. tunggu sebentar sehingga keluar perkataan download.

3. klick download ...dan ianya akan buka ke doc file.

kalau ada masalah..telefon kak nita kalau tak ada kredit..tepek kat shoutbox.

Mari menjawab soalan

Bab 6 - Surat

November 2005 - Soalan - Beri 5 perbezaan antara surat rasmi dengan surat perdagangan.

1 - Tiada pengakuan bertanggungjawab

2 - Dokumen kekal dengan bukti buti yang nyata ke atas maklumat maklumat yang di sampaikan kepada rakan diaga

3 - Gaya susunan nya berbeza (surat rasmi - pendek dan ringkas)

4 - Tiada garis lintang di atas kepala surat

5 - Matlamat juga berbeza

Monday, April 28, 2008

Kena tahu lah ni

website untuk contoh UCAPAN majlis rasmi

http://www.ubd.edu.bn/about/voice/pembseminar%20brunei%20darussalam%20jepun.pdf

boleh download dan print

KATA KATA PUAN ...sebelum peperiksaan

Subject: BBM411 Top
From: Saliza Ismail (lf1b1_bbm411)
Date: 17-Apr-2008 11:37 AM
Salam Buat Semua...

Pertamanya saya hendak ucapkan selamat membaca.

Baiklah untuk peperiksaan akhir:
1. bacalah dari bab surat rasmi dan perdagangan hingga tajuk akhir (kertas kerja).
2. Ingat betul-betul tentang kata salutasi protokol yang saya letakkan dalam bahagian ucapan.
3. Ingatkan format bagi kedua-dua taraf hadirin untuk tajuk-tajuk seperti ucapan, taklimat, kertas kerja, kertas cadangan, skrip pengacaraan.Ia perlu untuk soalan esei (bahagian B). (kadang-kadang ia juga ditanya dalam bahagian A).
4. Harap tulis dalam perenggan yang sesuai (bahagian A dan B).
5. Jangan gunakan singkatan.
6. Tulisan mesti kemas.

Akhirnya, selamat menjawab soalan peperiksaan. Semoga berjaya.

Bab 13 - Kertas Kerja

BAB 13 KERTAS KERJA

13.1 PENGENALAN

Kertas kerja amat penting kerana ia adalah suatu dokumen yang disediakan secara lengkap berkenaan acara yang yang sudah dirancang supaya dilaksanakan. Pada peringkat perancangan sebelum ini , dokumen yang terlibat mungkin hanya kertas minit yang dicatat daripada mesyuarat perancangan yang dijalankan. Menurut maimunah (1993), tujuan umum penulisan kertas kerja ialah:
a. mengeluarkan idea dan data tertentu mengenai sesuatu tajuk kepada sasaran tertentu.
b. Menambah pengetahuan tertentu kepada sasaran
c. Menggalakkan perbincangan, diskusi serta penyelidikan susulan dalam bidang-bidang tertentu

Kertas kerja merupakan hasil penulisan yang dikemukakan kepada kumpulan/sasaran tertentu dalam sesebuah diskusi/forum/bengkel/seminar/konferensi. Kertas kerja juga dibentangkan untuk urusan-urusan lain seperti perancangan projek/kajian/penyelidikan sesebuah agensi, jabatan, institusi atau organisasi tertentu. Kertas kerja seminar dan kertas kerja untuk membentangkan cadangan sesuatu projek mempunyai penekanan yang berbeza-beza.

13.2 KERTAS KERJA SEMINAR
a. tajuk
b. nama penceramah
c. nama institusi
d. abstrak/sinopsis/ringkasan
e. pengenalan
f. perkaedahan
g.keputusan
h. keputusan
i. perbincangan
j. rujukan
k. lampiran

13.3 PENULISAN KERTAS KERJA

1. mengenal pasti sasaran
a. khalayak/sasaran langsung/serta-merta
b. pembaca umum

2. mengenal pasti bentuk penulisan
a. kertas kerja tinjauan
kertas kerja yang memberi panduan bagi menerokai bidang-bidang pengetahuan baru.

b. kertas kerja deskriptif
kertas kerja yang memperincikan sesuatu perkara.

c. kertas kerja penjelasan
kertas kerja yang memberi penjelasan yang terperinci tentang seseuatu perkara.Contoh : Kenaikan harga petrol

d. kertas kerja perumusan
kertas kerja yang mencadangkan tindakan-tindakan tertentu.


13. 4 MENGENALPASTI BAHASA YANG DIGUNAKAN

a. penulis hendaklah mematuhi peraturan tatabahasa dan gaya penulisan yang digunakan.
b. Gaya penulisan yang baik mematuhi ciri-ciri:
i- keseragaman-tanda baca, ejaan, cara menulis petikan, rujukan
ii- kebolehbacaan-pemilihan perkataan , istilah laras, retorik dan wacana yang sesuai dengan latar belakang pembaca/sasaran
iii- memenuhi kehendak pembaca- menggunakan laras formal dan jelas.

13.4 MENGENAL PASTI TEKNIK PENULISAN

a. ditaip di atas kertas A4
b. ditaip langkau dua baris
c. rupa huruf Arial
d. saiz font 12
e. petikan-petikan yang melebihi dua baris handaklah diketengahkan dan ditaip langkau satu baris
f. panjang sesebuah kertas kerja seelok-eloknya tidak melebihi 4000 patah perkataan.

13.5 MENGENAL PASTI BAHAGIAN-BBAHAGIAN KERTAS KERJA

a. bahagian sinopsis
merupakan abstrak kertas kerja. Bahagian ini amat penting untuk memberi gambaran umum terhadap isi kertas kerja. Panjang synopsis tidak melebihi 200 patah perkataan.
b. bahagian pengenalan
merupakan mukadimmah iaitu bahagian yang menerangkan latar terhadap kandungan kertas kerja yang lazimnya tidak melebihi dua muka surat.

c. bahagian utama
merupakan bahagian yang meliputi huraian, tajuk keterangan, penjelasan, dan sebagainya yang dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil

d. Bahagian penutup
Bahgian ini memuatkan rumusan, atau saranan (jika ada) dan ringkasan kertas kerja berkaitan.

e. Bahagian lampiran
Meliputi rujukan, gambarajah, glosori dan sebagainya.

13.6 PROSES UMUM PENULISAN KERTAS KERJA

Terdapat tiga peringkat :

a. proses sebelum menulis
i- menentukan tujuan utama penulisan.
ii- Mengumpulkan data terkini melalui rujukan perpeustakaan dan penyelidikan
b. proses semasa menulis
i- merangka draf kertas kerja yang melibatkan perkembangan idea dengan penulisan dari segi pemilihan kata, istilah, laras, retorik, wacana, penstrukturan ayat, penbinaan perenggan, penyampaian idea, dan pemilihan jadual.
ii- Menentukan pecahan idea yang ditulis dalam satu ayat dan pecahan-pecahan ideanya dihuraikan dalam satu perenggan.
iii- Memastikan kewujudan kesinambungan dalam penulisan.
iv- Memastikan istilah-istilah teknikal diberi penjelasan.

c. proses selepas menulis
i- sebelum ditaip/dicetak, perlu disunting.
ii- Pastikan kertas kerja memenuhi kehendak khalayak.

Bab 12 - Kertas Cadangan

BAB 12 KERTAS CADANGAN

12.1 PENGENALAN

Kertas cadangan merupakan satu daripada aspek penulisan teknikal iaitu bentuk penulisan yang berkaitan dengan fakta semata-mata dan bertujuan untuk memaklumkan pembaca sasaran supaya menerima sesuatu perancangan, penyelidikan atau penjualan yang dicadangkan seterusnya mempengaruhi mereka sama ada untuk membaiki keadaan, menyokong sesuatu perancangan atau menerima sesuatu tawaran perkhidmatan.

12.2 PRINSIP ASAS PENULISAN KERTAS CADANGAN

a. mengetahui pembaca anda
b. mengetahui tujuan penulisan anda
c. mengetahui subjek penulisan anda
d. menyusun bahan penulisan anda
e. menulis secara objektif
f. menggunakan bahasa yang standard
g. menggunakan format yang betul

12.3 PENYEDIA KERTAS CADANGAN

Kertas cadangan disediakan oleh oleh orang perseorangan atau secara berkumpulan. Di dalam semua bidang, penyediaan kertas cadangan biasanya ditangani oleh pihak yang bertanggungjawab di dalam membuat sesuatu keputusan, antaranya pengurus, eksekutif, lembaga pengarah, ketua-ketua pertubuhan, ketua-ketua masyarakat dan sebagainya.

12.4 JENIS KERTAS CADANGAN

a. kertas cadangan perancangan
b. kertas cadangan penyelidikan
c. kertas cadangan penjualan

12.5 FORMAT PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN

Bahagian Awal:
a. muka surat hadapan
b. surat Iringan
c. penghargaan
d. senarai kandungan
e. abstrak
Bahagian Kandungan:
a. bagaimana dilaksanakan
b. bila dilaksanakan
c. apakah bahan/kaedah/siapa personel yang terlibat
d. apakah kemudahan-kemudahan sedia ada
e. berapakah masa yang diperlukan
f. berapakah biaya yang diperlukan (justifikasi)
g. pakah hasil/faedah yang bakal diperolehi

Bahagian Kesimpulan:
a. betapa perubahan /penyelidikan perlu dilakukan
b. mengapa proposal itu mesti diterima
c. meyakinkan pembaca sasaran bahawa cadangan itu merupakan perancangan /penyelidikan/ penjualan terbaik.

Bahagian Akhir:
a. bahagian memasukkan lampiran

12.6 PENGGUNAAN BAHASA DALAM KERTAS CADANGAN

Penggunaan bahasa kertas cadangan:

1. Banyak menggunakan ayat aktif berbanding ayat pasif.
2. Bahasa yang ringkas dan padat kerana ia bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang pembaca sasaran supaya mereka menerimanya.
3. Sekiranya mempunyai tentatif /atur cara program, tuliskan dalam bentuk tentatif program.
4. Penggunaan nombor dan subnombor seperti 7. dan 7.1,7.2 dan sebagainya boleh digunakan.
5. Penggunaan huruf a hingga z juga boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara.

Bab 11 - Taklimat...(ingat ni..hafal ni..format dan isinya)

BAB 11
BAHASA, PROSEDUR PENULISAN DAN PENYAMPAIAN TAKLIMAT
1.0 PENGENALAN TAKLIMAT
Satu aktiviti pengucapan awam. Ia juga dipanggil syarahan dua hala kerana diakhir sesi taklimat akan diadakan sesi soal jawab.

Tujuan taklimat- memaklumkan.
• Kandungan taklimat:
• 1.Apa yang hendak dimaklumkan
• - memberitahu maklumat.
• -pihak yang menyampaikan taklimat.
• 2.Apa yang khalayak ingin tahu
• Penyediaan teliti-data penyelidikan,soal selidik dan sbgnya


2.0 SALUTASI DAN PROTOKOL
Salam pembuka –
-bergantung kepada jenis taraf hadirin yang
hadir.

Penggunaan protokol-
-Rujukan Kehormat yang bersesuaian.


3.0 PRINSIP AM DALAM PENYEDIAAN TAKLIMAT
• Persediaan:
• 1. mengenal pasti khalayak/audien
• 2.mengenal pasti suasana taklimat
• 3. Peringkat taraf hadirin

4.0 FORMAT PENULISAN
• 1.Format taklimat Satu Peringkat Hadirin
• Tajuk
• Salam/salutasi protokol
• Kata-kata aluan, pengenalan diri/organisasi dan ringkasan taklimat.
• Isi/kandungan
• Penutup
• Sesi soal jawab.

• 2. Format taklimat Dua Peringkat Hadirin
• Tajuk
• Salam/salutasi protokol
• Puji-pujian
• Ringkasan sembah taklimat
• Isi/kandungan
• Penutup
• Sesi soal jawab


5.0 TATACARA PENYAMPAIAN

Kemahiran Penyampaian:
• A. kemahiran mentakrif- memberi takrif, definisi kepada sesuatu tajuk/konsep
• B. Kemahiran menjelaskan- memberi penerangan kepada sesuatu perkara yang berlaku.
• C. Kemahiran menunjukkan- memberi demonstrasi/tunjuk cara
• D. kemahiran membezakan- memberi penerangan kepada dua perkara
• E. kemahiran menceritakan- memberi penerangan yang bersifat kronologi
• F. kemahiran melaporkan- memberi laporan – laporan tahunan

Kemahiran penguasaan suara:
• mulakan taklimat dengan nada/intonasi suara yang rendah.
• tinggikan nada/intonasi apabila mengutarakan maklumat penting/ semasa sesi soal jawab
• Kembali kepada nada/intonasi rendah apabila penghujung taklimat.

Bahasa taklimat:
Gaya bahasa-berhubung dengan taraf hadirin.
A. Golongan pertama-tersusun, tepat, kemas dan nada formal dan serius.
B. Golongan kedua-campuran formal dan tidak formal, bersahaja, dan dicampuri dengan unsur jenaka.

Bahagian dua..sila hafal..

Bab 11

Bab 10 - Ucapan Majlis Rasmi - fokus ni tolong..

BAB 10
BAHASA, PROSEDUR PENULISAN DAN PENYAMPAIAN UCAPAN MAJLIS
RASMI

1.0 MAJLIS RASMI SATU TARAF DAN DUA TARAF HADIRIN
Satu taraf hadirin-
Tetamu yang hadir dalam majlis terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang berperingkat menteri, orang-orang kenamaan, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, ketua jabatan/swasta dan sebagainya.

Dua taraf hadirin-
Tetamu terdiri daripada dua peringkat:
1. Raja-raja yang memerintah dan raja Muda/Tengku Mahkota.
2. pemimpin-pemimpin kerajaan, menteri, orang-orang kenamaan, dan sebagainya.


2.0 SALUTASI DAN PROTOKOL
Cara mengamalatkan seseorang.
Kaedah sapaan :
1. rujukan kehormat + gelaran + nama
Contoh : Y.B. ENCIK CHIA KWANG CHYE

2.rujukan kehormat + gelaran warisan kanan + gelaran kurniaan + nama
Contoh: YM Tengku Tan Sri Dato' Seri (Dr.)Ahmad Rithauddeen Al-Haj bin Tengku Ismail

3.rujukan kehormat + gelaran kurniaan + gelaran warisan bukan kanan + nama
Contoh: Y.B. DATUK SERI SYED HAMID BIN SYED JAAFAR ALBAR


4. rujukan kehormat + gelaran ikhtisas + gelaran kurniaan kanan + gelaran kurniaan + gelaran akademik + gelaran keagamaan + nama
Contoh: Y.B DATO' IR. MOHD. ZIN BIN MOHAMED
YG. BHG. DATO’ SERI PROF. DR. IBRAHIM ABU SHAH

PROTOKOL
Asal Greek – protos dan kola dan bermaksud pelekat yang pertama. Masyarakat Greek menggunakan kedua-dua istilah ini semasa berbahas mengenai peraturan undang-undang mereka.
Mengikut amalan sekarang, protokol bermaksud peraturan-peraturan yang boleh diterima oleh semua pihak sama ada dalam amalan hubungan antarabangsa, hubungan harian dalam masyarakat, pelbagai istiadat, majlis rasmi/tidak rasmi yang berbentuk formal.


3.0 PENYEDIAAN TEKS
Format ucapan:

• 1. Tajuk
TEKS UCAPAN UCAPAN PERASMIAN
OLEH
TEMPAT
TARIKH
MASA
• 2. Sapaan/ salutasi berprotokol
SENARAI NAMA TETAMU MENGIKUT PANGKAT/KEUTAMAAN
-MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGANJUR (PERASMI/TETAMU)

• 3. Kandungan
-MENGIKUT OBJEKTIF MAJLIS
-MENGIKUT PENGANJUR MAJLIS (PENGALAMAN PERSIAPAN MAJLIS)
-MENGIKUT KESESUAIAN MAJLIS
-MENGIKUT MASA MAJLIS
-MENGIKUT PESERTA MAJLIS

• 4. Penutup
- MEMOHON MAAF
- HARAPAN
- PERASMIAN

JENIS-JENIS UCAPAN:

1.Ucapan alu-aluan, selidik orang/kumpulan yang hendak diraikan.
2. ucapan pengenalan, ucaplah secara ringkas dan elakkan menyentuh isi-isi pokok yang dibicarakan oleh penceramah.
3. ucapan penyampaian anugerah, elakkan emosi, utamakan pencapaian dan merit penerima.
4. ucapan menerima anugerah, terapkan perasaan keharuan serta nilai yang anda berikan kepada anugerah itu.
5. ucapan selepas makan malam, sampaikan secara ringan, bersahaja, serta wujudkan suasana humor.


4.0 TATACARA PENYAMPAIAN
1. Aspek lisan
-kemampuan perucap dalam penggunaan bahasa – jelas, menarik, sesuai dengan audiens, dan berkaitan dengan sesuatu keadaan.
2. Aspek bukan lisan
-Gerak badan
-Sentuhan
-sifat fisiologi
-sifat suara
-penggunaan ruang
-penggunaan masa
-sahsiah rupadiri
-hubungan mata

Kaedah-kaedah penyampaian:
1.Hafalan-perucap menulis kemudian menghafal seluruh ucapannya.
2.Spontan- perucap berucap seringkas mungkin dan seumum mungkin bagi mengelakkan kekaburan maklumat. Gunakan pengalaman peribadi untuk merangka isi ucapan.
3.Membaca teks- kaedah paling lumrah-menumpukan perhatian kepada manuskrip dan sekali sekala memandang audiens.

Merujuk rangka- perucap menyediakan rangka ucapannya dengan memilih kata-kata kunci bagi intipati ucapannya. Cara ini sangat ekspresif dan akan menghasilkan ucapan yang bersahaja, dapat mengekalkan hubungan mata, dan mudah mengubahsuai fakta. bagaimanapun kesan-kesan ini dapat dicapai sekiranya perucap telah membuat persediaan yang lengkap sebelumnya.

Bab 09 - Majlis Rasmi - Pengacaraan

BAB 9
BAHASA, FORMAT PENULISAN DAN TATACARA PENYAMPAIAN PENGACARAAN MAJLIS RASMI

1.0 PENGACARA

Pengacara merupakan orang penting dalam sesebuah majlis. Ini kerana tanpa pengacara, sesuatu majlis tidak boleh berlangsung. Bilangan pengacara boleh terdiri daripada seorang atau dua (pengacara bersama). Pengacara juga mesti arif dengan latar majlis (rasmi, separa rasmi dan juga tidak rasmi), objektif (tujuan sesuatu majlis itu diadakan) dan hal ehwal program majlis (atur cara majlis). Skrip pengacaraan sesuatu majlis perlu mengikut atur cara kerana ia telah ditetapkan dan para tetamu telah diberikan kad mengenai ataur cara tersebut.
Pengacara juga mesti mempunyai ketrampilan dalam penggunaan bahasa sama ada
dalam lisan atau tulisan. Ketrampilan ini penting memandangkan focus majlis tertumpu kepada pengacara. Jika berlaku sesuatu perkara yang tidak dijangka, pengacara itu dapat mengatasi masalah dengan baik. Mereka juga perlu mengetahui protokol, etiket sosial, cara berpakaian dan sebagainya.Pengacara juga dikenali sebagai juruacara @ Master Of Ceremony (mc).

2.0 PERATURAN BERLISAN, SALUTASI, DAN PROTOKOL

Salutasi bermaksud cara mengamalatkan seseorang. Perkataan mengamalatkan menunjukkan cara kita menyebut pangkat, jawatan, anugerah, dan nama seseorang dengan betul. Taraf hadirin penting dalam konteks budaya di Malaysia. Justeru, skrip pengaracaraan dapat membantu pengacara menyediakan salutasi dengan menggunakan protokol yang betul. Adalah salah jika pengacara itu tersilap menyebut nama tetamunya betul.
Pengacara boleh mulakan salutasi dengan salam dan seterusnya kata-kata aluan kepada jemputan kehormat, penganjur majlis, dan para hadirin mengikut kesesuaian majlis dan juga mengikut susunan protokol. Cara menulis juga perlu diperhatikan.

Contoh Salutasi Satu Taraf Hadirin:
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Yang Berhormat Dato’ Ismail Tan Sri Shafie
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,
Yang Berbahagia Dato’ Haji Yusof Nayan,
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Setar,
Ahli-ahli Majlis Perbandaran Kota Setar,
Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri
dan Persekutuan,
Tetamu kehormat, tuan-tuan, puan-puan yang
dihormati sekalian.
Contoh Salutasi Dua Taraf Hadirin

1. Yang Di-Pertuan Agong Malaysia XIII
DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
 Raja Permaisuri Agong
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah

 Sultan Selangor
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin
Idris Syah Alhaj Ibni Almarhum Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj

2. Yang Amat Berhormat
Dato’Seri Dr Mohd Khir bin Toyo
Menteri Besar Selangor

Yang Berbahagia
Dato’Seri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah
Naib Canselor, UiTM


3.0 JENIS MAJLIS

• Skrip pengacaraan akan berbeza mengikut majlis:
• A. Majlis rasmi- Majlis perasmian/penutup, majlis taklimat kompleks, majlis penganugerahan, dan melibatkan kedua-dua taraf hadirin.

• B. Majlis tidak rasmi -gabungan formal dan tidak formal- majlis sosial, majlis perpisahan, majlis taklimat ringkas, majlis hiburan, dan hanya melibatkan satu taraf hadirin (tetamu hanya golongan biasa sahaja).


4.0 FORMAT PENULISAN

• Bahagian 1: Tajuk majlis
Tajuk majlis terletak bahagian atas skrip pengacaraan.

Nama majlis
Tempat
Tarikh
Masa


• Bahagian 2: Kandungan
(perlu mengikut atur cara majlis-Contoh 1 taraf hadirin)
1. pengumuman umum
2. ketibaan tetamu kehormat
3. kata alu-aluan
4. bacaan doa (lihat kesesuaian majlis)
4. ucapan penganjur/perasmi
5. penyampaian hadiah/cenderamata


• Bahagian 3 : Penutup
salam penutup/perpisahan
jamuan

• (Berbeza mengikut taraf peringkat hadirin)

5.0 TATACARA PENYAMPAIAN

Pengumuman masa-anggaran sahaja. (15 minit sebelum majlis bermula) ia juga sebagai panduan kepada pengacara.Teks pengumuman perlu dibuat bagi pengacara.
Contoh:

Hadirin diminta bangun apabila pengumuman ketibaan tetamu kehormat.


Gaya penyampaian:
• Nada yang sesuai.
• Gerak laku ketika bertutur.
• Pemilihan perkataan yang mempunyai kesantunan.
• Membina ayat dengan ayat aktif.
• Gunakan bahasa kiasan.
• Amalkan bahasa yang mudah.
• Membuat penutup dengan menyatakan harapan.

Kesalahan yang perlu dielakkan

 Elakkan pembaziran perkataan.
 Elakkan klise.
 Elakkan ulangan yang tidak perlu.
 Terlalu merendah diri.
 Berpura-pura.
 Pujian melambung.
 Terlalu banyak menggunakan badan
 Sindiran
 Penggunaan tatabahasa yang tidak betul.
 Kurang membuat hubungan dengan jemputan- memandang ke bawah.
 Elakkan daripada cuba mengawal ketenangan.

Contoh penulisan skrip pengacaraan:

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN
DATARAN PUTRAJAYA
2 JANUARI 2008
8.30 PAGI

Pengacara Perkara Catatan
P1 (jika pengacara adalah bersama) Pengumuman Ketibaan Tetamu


P2 Kata alu-aluan

Sunday, April 27, 2008

Lagi..on resume

2. Resume kronologikal
Resume ini merupakan resume yang paling banyak sekali digunakan. Maksud Kronologikal ialah setiap maklumat pengalaman kerja ditulis mengikut susunan tahun dari yang terdahulu sehinggalah terkini. Setiap maklumat pengalaman dan kemahiran kerja dijelaskan dengan begitu padat dan berkait dengan kerja yang dipohon. Contohnya:





Jawatan: Ketua Jabatan Korporat Syarikat Petronas

PEKERJAAN

1996-2006 Penolong Ketua Jabatan Perhubungan TV3
1991-1996 Pegawai Perhubungan Penerangan Radio Televisyen Malaysia
1985-1991 Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Nestle

KEMAHIRAN i) merangka strategi/dasar Perhubungan Awam syarikat
ii) merangka pelancaran hari Mesra Pelanggan
iii) mengadakan sidang akhbar berkait dengan pelancaran
produk syarikat
iv) merangka slogan syarikat

3. Resume Fungsional
Resume jenis ini melihat kepada kemahiran yang mempunyai potensi dengan pekerjaan yang dipilih. Format ini amat berguna dalam menyokong kebolehan calon yang terhad latihan kerja/praktikal atau pengalaman kerja yang berkait. Namun sebelum itu, pastikan anda merujuk laman web berubung bidang yang anda pilih.

Contoh 1:
2006 Pengawai Perhubungan Awam Syarikat Multinasional
Tugas-Tugas:
i) mengemaskinikan profil syarikat
ii) membuat perubahan dasar etika pekerja syarikat
iii) mengadakan hari penerangan produk syarikat

Contoh 2:
Objektif – Jawatan Pegawai Pemasaran

Kemahiran Penulisan

Kemahiran Pemasaran

kemahiran Komunikasi

Kemahiran Pengurusan Perniagaan

Kemahiran Komputer

4. Resume Pencapaian
Resume ini digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon yang cukup besar. Ia digunakan untuk melihat pencapaian bidang tugas pekerjaan atau akademik. Ia digunakan sebagai alternatif kepada kronologikal dan Fungsional apabila pencapaian calon lebih terarah kepada sesetengah kemahiran atau kategori pengalaman. Lebih kepada tokoh-tokoh besar mengikut bidang/pengalaman calon. Contohnya pencipta sesuatu sistem/dasar yang diiktiraf.

5. Resume Harvard
Resume ini amat ringkas. Namun calonnya perlu mempunyai pengalaman kerja yang luas dan profesional.


Contohnya:
Ahmad Fatimi Abd. Karim
___________________________________________________________________________
Tarikh lahir: 27 Januari 1964 Kuala Lumpur

Kediaman: Kuala Lumpur

Pendidikan: 1974-1988 University Iowa
Sarjana Muda Kimia Petroleum

1988-1990 Universiti Tokyo
Phd. Kimia Petroleum

Pengalaman:

6. Resume Gabungan Resume ini lebih mengutamakan kemahiran yang ada pada calon. Ia ditulis dalam bentuk perenggan. Tidak mementingkan tahun. Lebih banyak menerangkan potensi calon. Antara penulisannya ialah:
i) objektif
ii) ringkasan kelayakan
iii) Pencapaian professional
iv) sejarah bekerja
v)Pendidikan

Contoh:
Ringkasan Kelayakan
Kelayakan akademik tertinggi, berpotensi, professional, dengan kejayaan pencapaian dalam penstrukturan bank, latihan, dan komunikasi antara industri.

Kekuatan utama ialah kepimpinan, kemahiran komunikasi cemerlang, berdaya saing, bekerjasama, dan memahami persekitaran kerja. Kemahiran internet dan komputer.

7. Resume Sasaran
Resume ini lebih menfokuskan kepada pengalaman dan kemahiran yang berkait dengan kerja yang dipohon.
Contoh:
• nama dan alamat
• Ringkasan kelayakan professional
• Badan professional
• Pengalaman professional
• Pendidikan

8. Resume Kreatif
Resume ini digunakan oleh calon golongan kreatif professional. Antaranya pelukis, pengiklanan, jurugambar, penghias, pelakon, dan sebagainya.

Resume mereka lebih ke arah grafik, warna, teknik tulisan, kertas yang bersaiz besar daripada biasa. Ia lebih menonjolkan unsur kreatif calon yang mungkin menarik hati majikan. Jelasnya ia bergantung kepada kemahiran tatabahasa penulis. Hasil-hasil kerja turut dilampirkan dalam pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada bidang yang dipohon oleh calon.

8.3 PROFIL ORGANISASI

Profil Organisasi merupakan gambaran umum maklumat yang paling lengkap berkaitan dengan sesebuah organisasi.

Tujuan profil:
1. memberikan penerangan jelas kepada umum tentang organisasi sama ada pihak kerajaan, syarikat swasta, badan bukan kerajaan (NGO) seperti persatuan/yayasan
2. Memastikan segala perubahan syarikat diketahui oleh masyarakat.

Format Profil Organisasi:

1. Latar belakang organisasi- Sejarah penubuhan dan nama pimpinan tertinggi organisasi.

2. Objektif-misi-visi
Objektif-merupakan matlamat yang harus dicapai
Misi-merupakan matlamat yang melalui proses pencapaian atau sebaliknya.
visi-merupakan matlamat masa hadapan yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi.

3. Faedah kepada pekerja
Keselamatan
Peningkatan sistem pergajian
Kebajikan
Insuran
Pinjaman
kemudahan prasarana

4. Jumlah pekerja
Hieraki/carta organisasi pekerja disusun untuk memudahkan pemahaman masyarakat luar organisasi. Jumlah pekerja juga dinyatakan untuk menunjukan peningkatan organisasi melalui sumber tenaga manusia. Pembahagian pekerja mengikut jabatan/kementerian memudahkan pihak tertentu untuk berurusan.

5. Lokasi organisasi
Alamat dan lokasi organisasi perlu dinyatakan untuk kegunaan pihak yang berurusan dengan organisasi tersebut. Di dalamnya juga dinyatakan talian hubungannya. Ia memudahkan pihak lain untuk mendapatkan maklumat organisasi.

6. Pencapaian organisasi
Setiap organisasi yang terkenal mempunyai pencapaian dan sumbangan yang harus dinyatakan dalam sesebuah profil. Tujuannya untuk menunjukkan keberkesanan operasi organisasi tersebut. Pengiktirafan peringkat Kebangsaan
Pengiktirafan peringkat Antarabangsa.

Boleh juga dimasukkan perkara-perkara di bawah:
1. Budaya korporat organisasi
2.Latihan
3. Logo
4. Falsafah
5. Piagam Pelanggan- yang berkait dengan perkhidmatan kepada pelanggan.

8.2 Jenis jenis

8.2 JENIS-JENIS RESUME

Sebenarnya tiada format yang terbaik dalam menghasilkan resume yang sesuai untuk setiap keadaan/pekerjaan. Ada setengah resume dapat memenuhi keperluan seseorang calon pekerja. Penggunaan corak dan bentuk penulisan adalah yang paling penting untuk difikirkan memandangkan resume adalah untuk ‘mengiklan’ diri seseorang calon kepada majikan. Oleh itu, aspek majikan merupakan aspek pertama dalam resume.
b
Berikut adalah jenis-jenis resume:

1. Resume Asas:
Resume ini kebanyakannya digunakan oleh seseorang calon yang tiada asas kemahiran atau pengalaman kerja yang sedikit. Ia hanya merangkumi aspek peribadi, pendidikan, aktiviti semasa belajar, pengalaman kerja, dan perujuk kepada calon. Namun sekiranya calon mempunyai sedikit pengalaman sewaktu belajar, boleh dituliskan di dalam resume. Namun, tidak boleh calon itu meletakkan maklumat yang palsu. Perwatakan peribadi hanya membantu untuk memberitahu majikan sahaja. Ini adalah contoh resume asas:

CONTOH PENULISAN RESUME ASAS:

ALAMAT PEMOHON

DATA PERIBADI
NAMA
ALAMAT
TEL
NO KAD PENGENALAN
UMUR
TEMPAT LAHIR
JANTINA
STATUS PERKAHWINAN
WARGANEGARA
KESIHATAN
KEGEMARAN
BAHASA PERTUTURAN
BAHASA PENULISAN


TAHAP PENDIDIKAN
PENCAPAIAN TERTINGGI
PERKARA YANG TELAH DIPELAJARI


AKTIVITI KO-KURIKULUM
JAWATAN TERTINGGI


PENGALAMAN KERJA


PERWATAKAN PERIBADI


SUMBER RUJUKAN

contoh..

Iklan: Pegawai Penerangan Syarikat Pemasaran

Jenis Penerangan

Buletin Madah
Editor Penerbitan Buletin Madah, UiTM

Tugas
1. menghasilkan berita
2. mengedit berita
3. mencari berita
4. mereka muka hadapan

Kemahiran
1. pembuat keputusan
2. bekerjasama dengan rakan sekerja
3. boleh berbahasa dan menulis bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

Jika calon ingin mengaitkan semua kemahiran yang telah difikirkan, gunakan penggunaan ayat aktif. Abaikan penggunaan kata yang berbunyi seperti menolong, dipertanggungjawabkan, dipinjamkan dan sebagainya. Berhubung dengan pekerjaan sama ada berbayar atau tidak berbayar perlulah dinyatakan.
nama majikan
lokasi/alamat
tarikh
tajuk
secara ringkas nyatakan pengalaman kerja
mendalam tentang pencapaian.

4.Aktiviti- boleh disenaraikan sebagai lampiran sebarang aktiviti yang berkaitan sama ada memegang sebarang jawatan atau sumbangan menjadikan organisasi itu lebih baik/berjaya.

5-minat- nyatakan minat/kegemaran anda jika resume anda mempunyai pengalaman yang terhad. Senarai lebih mendalam minat anda seperti membaca karya Syed Hussin Al-Attas/program sukan tennis daripada membaca dan bermain sukan.

Bab 08 - Resume dan Profil Organisasi

BAB 8 RESUME DAN PROFIL ORGANISASI

8.0 PENGENALAN

Resume merupakan satu alat komunikasi yang digunakan oleh kebanyakan calon pekerja. Ia juga dipanggil sebagai curriculum vitae (cv). Selain itu, ia membantu para calon semasa memohon pekerjaan sama ada yang diiklankan atau menerusi orang terdekat.

Kepentingan resume memang jelas kerana ia dapat menjimatkan masa bagi penemuduga/majikan. Resume juga dapat menjelaskan maklumat calon pekerja dengan cara yang cukup padat dan ringkas. Resume yang baik dapat menjelaskan semua maklumat itu dalam masa beberapa minit sahaja. Melalui penulisan resume juga, para penemuduga/ majikan dapat menjangka calon pekerja pilihan. Secara tidak langsung, majikan dapat melihat kelayakan dan pengetahuan yang ada pada calon pekerja.

Perkataan resume berasal daripada perkataan bahasa Latin, résumer yang bermaksud ‘untuk mengambil kembali’. Mengikut Kamus Dewan, resume bermaksud ringkasan. Ringkasan ini boleh difahami segala maklumat seseorang dituliskan secara ringkas. Namun tidak bermakna segala yang penting dan berguna bagi kegunaan calon pekerja ditinggalkan.

8.1 TUJUAN RESUME

Resume dihasilkan untuk mendapatkan temu duga dan bukannya pekerjaan. Secara ringkasnya, apa yang diperlukan dalam sesebuah resume ialah kemahiran, pendidikan, dan pengalaman yang memenuhi kehendak majikan. Jadikan semua maklumat itu sebagai perkara utama. Apa yang penting, resume dapat membezakan seseorang calon daripada yang lain. Oleh itu, tugas seseorang calon mestilah menghasilkan resume terbaik demi memenuhi prospektif majikan yang berkait dengan pengalaman, kemahiran dan potensi yang boleh disumbangkan oleh seseorang calon pekerja.

Kandungan resume:

1. Peribadi dan maklumat untuk dihubungi- nama penuh, alamat terkini, no.telefon, dan alamat email (pilihan).

2. Pendidikan- Menulis perkara yang positif dalam kelayakan akademik dan juga aktiviti kurikulum. Gambarkan kelayakan akademik dengan menulis GCPA dan juga memaparkan tugas/jawatan semasa dalam persatuan.

i) Universiti dan kelayakan akademik/CGPA.
ii) Kaitan Sijil kelayakan akademik dengan bidang yang dipohon.
iii) Penulisan/Penerbitan
iv) Pengalaman dengan badan profesional
v) Sijil berkait dengan kelayakan bahasa – IELTS, TOFEL dan sebagainya.

3. Pengalaman- Tugas yang berkait dengan tugasan praktikal (hands-on) merupakan pengalaman yang paling penting bagi majikan. Jika sekalipun bidang anda tidak begitu benar-benar menepati pekerjaan yang diiklankan, namun anda boleh mengaitkan kemahirannya.

Contoh..lihat di atas

Contoh Surat Beradat...Ingat...salutasinya..(tips)

Contoh Surat Beradat

Daulat Tuanku bertambah-tambah daulat!

Tersembah ke bawah Duli Telapakan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Sulaiman ibni al-marhun Sultan Abdul Aziz, D.K, K.C.M.J., Yang Dipertuan Negeri Indera Sakti, Darul Intan yang bersemayam diatas takhta singgahsana Kerajaan di istana Kayangan dengan penuh kebesaran dan kemuliaan serta selamat sejahtera. Amin.

Amma Ba’du, ampun tuanku! Adalah patik Dato’ Safri Ali bin Othman, bagi pihak Jawatankuasa Pusat Pertandingan Pembangunan Silat Antarabangsa merafakkan sembah menjunjungi kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku mempersilakan Duli Yang Maha Mulia, Tuanku mencemar Duli untuk menyampaikan Titah serta hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan tersebut di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 9 Julai 1998 jam 9.00 pagi.

Amma ba’da ‘ithanai’l- mudzkurrah, ampun tuanku, dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan bertambah serilah lagi majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan pembangunan Silat Antarabangsa itu. Had inilah sahaja patik berdatang sembah, dipohonkan sembah ampun dan timbang kurnia daripada Ke Bawah Duli jua, adanya.

Adalah patik dengan penuh hormat yang taat setia ke bawah Duli Tuanku.


(Dato Safri Ali bin Othman)
Pengerusi,
Pertandingan Pembangunan Silat Sedunia,
Kuala Lumpur.

Bab 7.0 Surat Beradat

7.0 SURAT BERADAT

7.1 PENGENALAN
Surat beradat ialah surat yang diutuskan oleh rakyat kepada raja, orang kenamaan kepada raja-raja, raja kepada orang-orang kenamaan, di antara raja yang memerintah kepada kerabat di raja dan di antara raja-raja yang memerintah sesama raja.

Pengirim dan Penerima
 1. Rakyat kepada orang besar-besar yang bergelar.
 2. Rakyat dan orang besar-besar yang bergelar kepada Sultan.
 3. rakyat jelata kepada pegawai-pegawai tinggi.
 4. rakyat kepada Perdana Menteri

Permohonan surat beradat meliputi empat perkara:
i) permohonan dan pengaduan terhadap sesuatu perkara.
ii) Perkara yang dipohon/ diadu biasanya besar dan penting
iii) Bahasa yang digunakan hendaklah halus dan lembut sebagai tanda hormat kepada orang yang dituju dan sesuai pula dengan pangkat dan kedudukan penerima.
iv) Surat itu biasanya mengandungi hujah-hujah dan keterangan yang berkesan.

7.2 FORMAT SURAT BERADAT
Penulisan surat beradat hendaklah mematuhi format berikut:
 a.kepala surat- menggunakan perkataan Arab yang membawa maksud yang baik / mengikut kehendak pengirim surat. Penggunaan kata-kata pujian tentang penerima surat/doa untuk penerima surat
 Tujuan untuk memuliakan penerima surat.
 Surat yang ditiru daripada surat kiriman arab dan parsi.

Contoh : Waliyu’l hasanat- penghulu segala kebaikan.
 Ya Rafiu’l-darajat – ketinggian darjat/kedudukan
 Ya Rahim- yang penyayang
 Ya ‘Aziz – yang mulia
 Ya Karim- yang mulia
 Ya Taj al-Wafar

b.alamat surat – merujuk kepada nama/ gelaran dan alamat:
i) mengikut Sultan negeri-negeri/ kerabat diraja
ii) mengikut nama pembesar negeri/pemimpin/wakil rakyat
iii) jabatan

Contoh:
Mengadap ke majlis yang mulia Dato Setia Wangsa, yang beristirehat di Kampong Ladang, Kuala Terengganu, dengan sejahteranya. Amin.

c.maksud surat- tujuan surat beradat
-bercemar duli = Sultan/raja menghantar surat kepada sesebuah organisasi/ individu untuk melakukan lawatan kerja.
-mencemar duli = surat dihantar untuk mempersilakan Sultan/raja untuk lawatan kerja.
Sebelum sesuatu tujuan atau maksud surat ditulis, wujud perkataaan Arab iaitu Amma ba’du (adapun selepas itu) sebagai tanda pujian-pujian dari awal hingga akhir inti surat.

Contoh:

Daulat tuanku bertambah-tambah daulat!

d.menamatkan surat dan tanda tangan – mempunyai penutup yang bergantung kepada pengirim surat beradat.

Contohnya:
-Sekian dimaklumkan
-Saya/ patik sudahi dengan sembah dan takzim
-Demikianlah sahaja patik maklumkan. Disudahi dengan ingatan tulus ikhlas yang berkekalan dan diharapkan sentiasa dalam keadaan sihat ‘afiat arif waras aman sentosa, adanya.

-Had inilah sahaja, patik pacal yang hina berdatang sembah dan dipohonkan sembah ampun dan timbang kurnia daripada ke bawah Duli jua, adanya


7.3 PENGGUNAAN BAHASA DALAM SURAT BERADAT
a. bahasa Arab - dalam kepala surat
b. bahasa Melayu lama
c. bahasa Sanskrit
d. bahasa istana
e. bahasa biasa

CONTOH:

a.al-mustahiqah
b.ya qadiyal hajat
c.amma ba'du
d.patik pacal yang hina
e.menjunjung kasih
f.adalah patik dengan penuh hormat dan setia
g.daulat Tuanku bertambah-tambah daulat


7.4 PERATURAN PENULISAN SURAT BERADAT KEPADA YANG DI-PERTUAN AGONG

1. Lafaz Bismilah Al-Rahman Al-Rahim
2. Perkataan Mengadap
3. Kata puji-pujian-Nama penuh Seri Paduka Baginda Tuanku dan Pangkat/anugerah dan pujian di atas pemerintahannya.

 Contoh:
 Dengan hormatnya, patik merafakkan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhana

Wataala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Tuanku dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam selamat dan kesejahteraannya.

4.Salam Pembuka Penuh- Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
5. Kandungan / isi surat
6. Penutup surat
7. tandatangan dan jawatan


ASPEK BAHASA DAN BUDAYA

 Kandungan bahasa berbunga-bunga kerana pengaruh terjemahan bahasa arab dan parsi.
 Penggunaan bahasa mestilah bersesuaian dengan penerima. Jika Seri Paduka Baginda Tuanku, bahasa dirajanya hendaklah ringkas dan mudah difahami.
 Penulisan surat beradat menunjukkan aspek budaya yang tinggi kerana mengambil kira penerima surat sebagai orang yang perlu dihormati dan disanjungi.
 Budaya Melayu yang mementingkan institusi Kesultanan Melayu

Tips - untuk surat formal

Lebih mudah jika kita dapat menghafal akan format ini dan juga bila soalan di kemukakan mengenai surat perdagangan, apa yang perlu kita buat ialah..

Kumpulkan semua persamaaan

dan

Kumpulan semua perbezaan

dengan membuat "table"

Contoh

Perbezaan Surat Perdagangan dan Surat Rasmi

1. Banyak menggunakan istilah-istilah perdagangan dan perniagaan.
2. Bahasanya jelas dan menarik perhatian.
3..
4...

Persamaan dalam Surat Perdaganan dan Surat Rasmi

1.subjek atau perkara.
2.pembaca atau penerima surat.
3.matlamat
4.gaya/susunan

begitu lah lebih kurang contohnya...baca lah nota puan

Bab 6 - Surat (Segala Posting ni dari forum Puan Saliza)

BAB 6
BAHASA DAN FORMAT PENULISAN SURAT-MENYURAT RASMI DAN PERDAGANGAN

6.1 PENGENALAN

A. SURAT RASMI
Merupakan satu bentuk perhubungan bertulis yang mempunyai banyak faedahnya.

Dalam urusan-urusan rasmi, iaitu berhubung dengan pejabat-pejabat kerajaan, syarikat perniagaan, badan berkanun, institusi pengajian tinggi dan persekolahan.
Berkaitan dengan hal-hal (x) selain peribadi dan perseorangan.

FORMAT SURAT RASMI:

Surat rasmi sangat ringkas, tegas dan terus kepada maksudnya.
Terdapat 3 format:

1. format rasmi berdasarkan Surat Pekeliling Jabatan Perdana Menteri 1980.
2. format rasmi berdasarkan Surat Pekeliling Peperiksaan,Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Format penulisan surat mengikut 1 dan 2 di atas:

a.Alamat pengirim
b.Garisan panjang melintang
c. Nama dan alamat penerima
d.Tarikh
e.perkataan mengadap surat.
f. kepala surat/perkara
g.Pendahuluan.
h.Isi
i. penutup.
j.pengakuan bertanggungjawab.
k.tandatangan.
l.Nama pengirim (huruf besar).

3.Format rasmi dengan tambahan ciri
Format ini agak banyak berbanding dengan format biasa di atas.

a. nama pengirim
b.alamat
c.nombor telefondan kawat/faks
d.garis pemisah.
e.nama penerima
f.alamat penerima
g.rujukan tuan dan rujukan kami.
h.tarikh.
i.Melalui dan salinan
j. Jawatan dan alamat
k.kata pendahuluan
l.tajuk.
m.pendahuluan.
n.Isi.
o.penutup
p.cogan kata
q.pengakuan bertanggungjawab.
r.tandatangan.
s.Nama dan jawatan.
t.salinan kepada (s.k)


B. SURAT PERDAGANGAN
Untuk menyampaikan maklumat.
Adalah dokumen kekal, bukti-bukti yang nyata ke atas maklumat-maklumat yang disampaikan kepada rakan niaga.

4 pertimbangan:
1.subjek atau perkara.
2.pembaca atau penerima surat.
3.matlamat
4.gaya/susunan

FORMAT SURAT PERDAGANGAN

a. kepala surat (letterhead)
b.tarikh.
c.Nombor fail (pilihan)
d.Sulit dan peribadi (pilihan)
e.Alamat
f.Baris untuk Perhatian (U.P.) (pilihan)
g. Kata-kata Aluan (pilihan)
h.Tajuk/Perkara (pilihan)
i. Isi kandungan
j.Penutup surat (pilihan)
k.Tandatangan (TIDAK PERLU JIKA ADA CETAKAN BERKOMPUTER)

C. PENGGUNAAN BAHASA SURAT RASMI DAN PERDAGANGAN

Surat rasmi
 Bahasanya ringkas dan padat dan menepati maksud serta mudah difahami.
 Pengggunaan nama sapaan biasanya tuan/puan sahaja
 Struktur ayatnya pendek

Surat perdagangan
 Banyak menggunakan istilah-istilah perdagangan dan perniagaan.
 Bahasanya jelas dan menarik perhatian.
 Penggunaan nama sapaan untuk penerima berdasarkan kedudukan dan taraf

Aspek penulisan kedua-dua surat yang perlu diberi perhatian:

1. Penggunaan kata ganti diri.- Bergantung kepada nama penerimanya. Biasaanya kata ganti nama yang berbentuk neutral ialah Tuan atau Puan.

2. Penggunaan hukum D-M. Di=diterangkan manakala M=menerangkan. Anda perlu tahu menggunakan ungkapan yang sesuai. Contoh: Restoran Zulkifli dan bukan Zulkifli Restoran.

3. Penggunaan kata sendi dari/daripada/di/pada/ke/kepada. Kata sendi ini perlu tepat semasa anda menggunakannya. Contoh: daripada – untuk orang
dari- untuk tempat dan masa

4. Penggunaan ejaan atau singkatan.- Ejaan perlu betul memandangkan banyak perkataan Inggeris yang diterima sebagai perkataan bahasa Melayu.

5. Penggunaan partikel pun.

6. Penggunaan nama khas- Kata nama untuk jalan, tempat dsbgnya.

7. Pengunaan huruf satu k atau dua k – satu k bukan perbuatan manakala dua k untuk perbuatan. Contoh: Kebanyakan bukan kebanyakkan.

8. Penggunaan ungkapan khusus:

-permulaan- Merujuk kepada perkara di atas, Dengan hormatnya, perkata di atas dirujuk.

-perenggan kedua- Untuk makluman tuan, Untuk pengetahuan pihak puan, Akademi Pengajian Bahasa ingin memaklumkan bahawa

carry marks..updated 27

No. matrik Jumlah(60%) *
2007101987 22.1
2007101939 22.9
2007101963 24.1
2007101989 24.1
2007101983 27.3
2007102007 27.3
2007101915 29.9
2007244554 30.1
2007101923 30.7
2007101965 31
2007101995 33.3
2007101919 34.5
2007101981 35.5
2007101937 36
2007101925 36.7
2007101947 37
2007101911 38.1 Kak Nita
2007101917 39.3
2007101979 39.5
2007101957 40

Wednesday, April 23, 2008

Saya akak mengemaskan blog ini selepas exam

Maaf ya sahabat..selepas exam sosiology ka..media ka..tengok lah kalau saya boleh bagi masa..

Saturday, April 12, 2008

BAB 4 ANALISIS TEKS

BAB 4 ANALISIS TEKS

Dua aspek dalam menganalisis teks:

1. Leksikal :
a. Pengulangan (repitisi) – perkataan yang sama diulang-ulang dalam pembinaan teks tersebut untuk menunjukkan wacana tersebut masih memperkatakan aspek yang sama.

b. Sinonim – perkataan seerti yang dijumpai dalam pembinaan teks.

c. Antonim – perkataan berlawan yang digunakan untuk menunjukkan bahawa teks ini masih mempunyai pertalian walaupun unsurnya berlawanan.

d. Hiponim – mempunyai unsur umum dan khusus.

e. Kolokasi – penggunaan perkataan lain yang menggambarkan maksud yang sama dalam pembinaan teks.

2. Nahu/tatabahasa

a. Penggantian (substitusi) – perkataan lain yang masih merujuk kepada perkataan yang digantikannya.

b. Penghilangan (elipsis) – unsur frasa atau klausa itu mengalami proses penghilangan.

c. Rujukan (promina) – unsur sebelum (anafora) dan unsur sebelum (katafora).
Kata ganti nama, kata ganti tunjuk, kata ganti milik.

d. Kata penghubung (konjungsi) – kata penambah, kata musabab, kata pembeza, kata tempoh.


Contoh Analisis Teks:
(cerakin teks terlebih dahulu mengikut perenggan dan bilangan ayat)

P1.1 Isu perpaduan kaum di negara ini mendapat perhatian pelbagai pihak sejak akhir-akhir ini. 2. Keadaan ini memberikan gambaran seolah-olah hubungan antara kaum di negara ini semakin renggang.
(dipetik dari Dewan Masyarakat, Januari, 2007)


Prggn Alat Kohesi Contoh

P1.1 Pengulangan negara ini

2. Anafora keadaan ini


Teks ini jelas memperlihatkan bahawa jalinan ayat-ayatnya masih mempunyai kesinambungan (koherensi). Kedua-dua ayat menunjukkan maklumat yang sama walaupun dalam setiapnya mempunyai baru.

Maklumat lama Maklumat baru

Isu perpaduan kaum di negara ini perhatian pelbagai pihak sejak akhir-akhir ini

Keadaan ini (isu perpaduan kaum) memberikan gambaran seolah-olah hubungan
antara kaum di negara ini semakin renggang.

Wednesday, April 9, 2008

Soalan Exam April 2007 - Wancana

Huraikan maksud aspek aspek wacana di bawah ini.

a) Kohesi
Kohesi yang terdiri daripada leksikal dan nahu, kita dapat melihat koheren ayat/perenggan dalam sesebuah petikan

b) Koherensi

Koherensi pula merujuk kepada pertalian yang wujud di antara satu unsur dengan unsur yang lain dalam satu ayat dan satu perenggan dengan perenggan yang lain.

Untuk lebih memahami koheren sesebuah wacana kita perlu melihat ciri ciri yang tersebut di bawah.

1. Bertautan:
-tautan ialah perhubungan ayat dengan ayat antara satu sama lain melalui aspek tatabahasa/nahu dan leksikal. Dengan mengkaji kedua-dua unsur ini, petikan teks itu jelas mempunyai koherensi. Maknanya, petikan itu masih menceritakan makna yang sama walaupun penggunaan perkataan/leksikalnya berbeza.

2. Bertujuan:
-Setiap ayat dalam sesebuah perenggan mesti menunjukkan tujuannya. Maksudnya, setiap penulisan mesti mempunyai tujuan penulis atau untuk pembacanya. Misalnya, petikan akhbar tentang Kempen Melawat Malaysia 2007, penulis mesti mengutarakan tentang kempen tersebut, apa yang dipromosi, atau apa sahaja yang berkait. Dan menepati dengan sasaran khalayaknya, pembaca (dalam atau luar negara).


3. Bermaklumat:
-Setiap teks mestilah mempunyai maklumat. Maklumat yang dimaksudkan ialah maklumat baru. Maklumat baru ialah maklumat yang tidak mengalami pengulangan dalam teks. Jika pernah diulang, maklumat itu dipanggil maklumat lama. Untuk memastikan teks itu mempunyai maklumat baru, kita boleh melihatnya sewaktu analisis kohesi. Maksud pengulangan bukan bermakna perkataan itu diulang tetapi maksud ayat yang diulang-ulang. Jika banyak maklumat lama, maka teks itu tidak koheren.

4. Berketerimaan
-Teks yang baik ialah teks yang boleh diterima oleh khalayaknya. Ini kerana teks dihasilkan untuk dibaca oleh sasaran khalayaknya. Jika hasil tulisan itu tidak dibaca atau didengar, maknanya mereka tidak menerima teks tersebut. Secara tidak langsung, ia menjaga nilai teks itu.

5. Berurutan:
-teks itu dapat dilihat dari aspek jalinan fikiran atau idea yang dikembangkan untuk membentuk jalan cerita, peristiwa, atau maklumat. Jika terdapat penyelewengan dari segi idea yang disusun sudah tentulah idea itu tidak akan berurutan. Para khalayak sudah pasti tidak akan memahami yang dibaca atau disampaikan kepadanya.

6.Berkeadaan:
-Sesebuah teks itu dilihat dari aspek penyampaiannya. Cara penyampaiannya sesuai ataupun tidak dengan situasi penyampaian atau ujaran. Maknanya, jika khalayak itu merupakan kanak-kanak, sesuaikah penyampaiakan teks yang dibaca atau didengar itu mengikut kelayakan umur mereka. Penggunaan perkataan, jalan cerita, idea dan sebagainya dikira untuk melihat aspek keadaannya.

7. Keutuhan
-Maksud wacana utuh ialah wacana yang tidak mengulangi maksud ayat sebelumnya.
Contoh:
Dia membaca sepanjang hari. Dia membaca dari pagi hingga ke petang.
-Wacana ini tidak utuh kerana mengulangi maksud ayat sebelumnya. Frasa sepanjang hari diulang semula melalui frasa dari pagi hingga ke petang.

Wancana

Dari Puan Saliza

BAB 3 PENGENALAN BIDANG WACANA

3.0 PENGENALAN

Bidang wacana merupakan bidang yang baru di Malaysia. Ia lebih menjurus kepada bahasa ujaran penggunaan sebenar dalam konteks sosial dan budaya. Apabila sesuatu wacana dikaji, kita akan dapat memahami apa yang ingin disampaikan kepada pendengar mahupun pembaca. Wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku dan seterusnya. Malahan satu perkataan juga boleh jadi wacana dalam konteksnya.

Dari sudut fungsinya, wacana merupakan satu fokus khusus tentang penggunaan bahasa. Ini kerana wacana merupakan penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam konteks situasi pertuturan.

Pada umumnya, ayat berfungsi sebagai satu unsur dalam kesatuan yang dilahirkan oleh jalinan ayat-ayat yang menyampaikan maklumat tentang sesuatu topik. Apabila kesatuan ini memperlihatkan hubungan yang bergabung secara logikal di antara butir-butir fikiran dan perkembangan akaliah di dalamnya, kesatuan ini dinamakan wacana atau teks. Data sebenar itulah yang dinamakan sebagai wacana.

3.1 KLASIFIKASI WACANA

Media penghasilan
Jenis wacana yang dihasilkan

Media penghasilan
a) Lisan (spoken) sangat produktif dalam kehidupan
turut dilestarikan melalui alat sebaran am (tv, radio, dll)
untuk memahami wacana lisan, penerima (sasaran) itu perlu mendengarnya.

b) Tulisan (written)- disampaikan oleh pengguna secara bertulis
pewacana tidak mempunyai konteks langsung dengan pembaca dan dari segi tempoh masa.
penulis ambil masa yang panjang untuk menghasilkan wacana tersebut.
kerap juga dikaitkan dengan monolog non-interaktif
ini kerana secara luaran monolog mungkin bersifat satu hala manakala wacana lisan kerap dikaitkan sebagai wacana interaktif

3.2 JENIS WACANA YANG DIHASILKAN
a)Laporan
Beri/dedahkan maklumat tentang sesuatu perkara
Setiap penutur tunggal
Kedudukan (wibawa, autoriti) penutur tidak setara dengan khalayak
Tema ditentukan

Lazimnya pelaporan mengikut kronologi perbandingan keadaan, rujukan, pada peristiwa yang berlaku dan konsep berterusannya berlaku sesuatu perbuatan.

b) Pemerihalan
· Merupakan lanjutan daripada laporan dan lebih terperinci
· Pewacana berharap dapat pindahkan keseluruhan idea/mesej kepada khalayak bagi menimbulkan gambaran yang jelas dan memperoleh kefahaman.
· Wacana yang memerlukan penghuraian tentang sesuatu isu atau masalah.

c) Penjelasan
· Lebih mendalam daripada deskripsi
· Lazimnya beri penjelasan sebab dan akibat
· Wacana majikan dan pekerja, guru dan murid, kementerian dengan masyarakat.

d) Penghujahan
· wacana yang banyak menggunakan proses mental yang mempunyai penaakulan (reasoning)
· Ada yang menamakannya PEMUJUKAN RASIONAL (rasional atau tidak rasional) contoh : Iklan
· Merupakan permulaan pendapat wacana tentang sesuatu perkara berdasarkan fakta-fakta yang diketahui. Fakta-fakta itu diproses untuk dijadikan hujah dengan ambil kira keselarasannya dengan idea yang hendak diucapkan.

e) Tunjuk cara.
· Banyak digunakan dalam buku panduan atau mengenai sesuatu (contoh: manual, resipi)

f) Pendedahan
· Wacana berita (media massa atau media elektronik)
· Wacana media massa banyak menggunakan tanda baca untuk menggantikan perkataan yang dipotong dalam memastikan pembinaan ayat-ayatnya masih difahami oleh pembacanya.

g) Penceritaan
· Narasi atau naratif
· Unsur peristiwa yang disampaikan secara kronologi.
· Lebih daripada laporan dan mempunyai ciri cerita.
· Wacana cerpen atau novel


3.3 KOHEREN

Koheren merujuk kepada pertalian yang wujud di antara satu unsur dengan unsur yang lain dalam satu ayat dan satu perenggan dengan perenggan yang lain. Unsur-unsur inilah yang kita telah bincangkan iaitu analisis kohesi. Melalui analisis kohesi yang terdiri daripada leksikal dan nahu, kita dapat melihat koheren ayat/perenggan dalam sesebuah petikan. Untuk kita memahami lebih makna koheren, anda perlu mengetahui ciri-ciri wacana:

Ciri-ciri wacana mengikut Beaugrande dan Dressler (1981):

1. Bertautan:
-tautan ialah perhubungan ayat dengan ayat antara satu sama lain melalui aspek tatabahasa/nahu dan leksikal. Dengan mengkaji kedua-dua unsur ini, petikan teks itu jelas mempunyai koherensi. Maknanya, petikan itu masih menceritakan makna yang sama walaupun penggunaan perkataan/leksikalnya berbeza.

2. Bertujuan:
-Setiap ayat dalam sesebuah perenggan mesti menunjukkan tujuannya. Maksudnya, setiap penulisan mesti mempunyai tujuan penulis atau untuk pembacanya. Misalnya, petikan akhbar tentang Kempen Melawat Malaysia 2007, penulis mesti mengutarakan tentang kempen tersebut, apa yang dipromosi, atau apa sahaja yang berkait. Dan menepati dengan sasaran khalayaknya, pembaca (dalam atau luar negara).

3. Bermaklumat:
-Setiap teks mestilah mempunyai maklumat. Maklumat yang dimaksudkan ialah maklumat baru. Maklumat baru ialah maklumat yang tidak mengalami pengulangan dalam teks. Jika pernah diulang, maklumat itu dipanggil maklumat lama. Untuk memastikan teks itu mempunyai maklumat baru, kita boleh melihatnya sewaktu analisis kohesi. Maksud pengulangan bukan bermakna perkataan itu diulang tetapi maksud ayat yang diulang-ulang. Jika banyak maklumat lama, maka teks itu tidak koheren.

4. Berketerimaan
-Teks yang baik ialah teks yang boleh diterima oleh khalayaknya. Ini kerana teks dihasilkan untuk dibaca oleh sasaran khalayaknya. Jika hasil tulisan itu tidak dibaca atau didengar, maknanya mereka tidak menerima teks tersebut. Secara tidak langsung, ia menjaga nilai teks itu.

5. Berurutan:
-teks itu dapat dilihat dari aspek jalinan fikiran atau idea yang dikembangkan untuk membentuk jalan cerita, peristiwa, atau maklumat. Jika terdapat penyelewengan dari segi idea yang disusun sudah tentulah idea itu tidak akan berurutan. Para khalayak sudah pasti tidak akan memahami yang dibaca atau disampaikan kepadanya.

6.Berkeadaan:
-Sesebuah teks itu dilihat dari aspek penyampaiannya. Cara penyampaiannya sesuai ataupun tidak dengan situasi penyampaian atau ujaran. Maknanya, jika khalayak itu merupakan kanak-kanak, sesuaikah penyampaiakan teks yang dibaca atau didengar itu mengikut kelayakan umur mereka. Penggunaan perkataan, jalan cerita, idea dan sebagainya dikira untuk melihat aspek keadaannya.

7. Keutuhan
-Maksud wacana utuh ialah wacana yang tidak mengulangi maksud ayat sebelumnya.

Contoh:
Dia membaca sepanjang hari. Dia membaca dari pagi hingga ke petang.
-Wacana ini tidak utuh kerana mengulangi maksud ayat sebelumnya. Frasa sepanjang hari diulang semula melalui frasa dari pagi hingga ke petang.

Soalan Retorik dalam Exam Oktober 2006

Soalan nya ...

Jelaskan maksud retorik di bawah ini

a) Retorik Penceritaan
Penceritaan/naratif
Boleh ditemui dalam laporan akhbar, aktiviti, minit mesyuarat, ceramah atau syarahan yang menerangkan sesuatu.
Penceritaan meliputi cerita pendek, sejarah, autobiografi, penglipur lara, novel, drama, hikayat, dan sebagainya.
Penceritaan mesti mempunyai permulaan, pertengahan, dan pengakhiran.

Contoh: Autobiografi chef Wan : Dari Paris, menaiki pesawat Iberia (penerbangan Sepanyol), Wan menuju ke Barcelona. Kunjungan akhir Wan di sini enam bulan sebelum Sukan Olimpik 1992. Lama juga tu. Penerbangan satu setengah jam dan sebaik tiba di lapangan terbang, Wan terus ke hotel La Rambla di tengah Barcelona.


b) Retorik Pendedahan
Pendedahan [ekspos]
Penulisan paling umum dan asas.
Tujuan menyampaikan idea dan pandangan tentang sesuatu
Menginterpretasikan peristiwa-peristiwa tertentu seperti sejarah
Menganalisis masalah sosial, isu politik
Menghuraikan hasil kajian
Menerangkan konsep
Memberikan definisi


Contoh: Kini kita dapati sambutan terhadap kegiatan seni teater masih belum memuaskan. Masyarakat kita masih melihat aspek teater sebagai suatu seni semata-mata sedangkan seni teater banyak memberikan ilmu pengetahuan kepada mereka. Antaranya dari segi kebudayaan, adab resam, kisah kehidupan masyarakat dahulu dan sebagainya.

Retorik retorik politik masa kini banyak menggunakan retorik pendedahan.


c) Retorik Penghujahan
Menyakinkan pembaca terhadap kewajaran sesuatu perkara dan seterusnya bersetuju dengan perkara itu.
Terdapat dua cirri utama:
Penulisan itu mesti mengandungi gagasan atau usul
Harus disertakan dengan bukti.

Contoh: Malaysia telah menuju ke arah status negara industri. Walau bagaimanapun, masalah kekurangan tenaga teknokrat dan professional merupakan kekangan yang perlu ditangani segera. Masalah ini akan menyebabkan Malaysia ketinggalan berbanding Negara yang telah maju. Laungan Wawasan 2020 pasti hanya akan tinggal sebagai laungan semata-mata.

Biasa lah ni, sesiapa yang ada menghadiri ceramah ceramah politik masa PRU12 hari, amat di biasakan dengan retorik penghujahah, kalau tak percaya download lah ceramah ceramah Anwar.

d) Retorik pemerian

Bertujuan untuk memerihalkan sesuatu.
Penulisan itu semata-mata cerminan benda atau perkara sebenar yang diperihalkan, iaitu penulisan yang memaparkan sesuatu sebagaimana adanya.
Terbahagi kepada dua jenis:
Bersifat saintifik dan fakta-penulisan yang berasaskan fakta sebenar yang ada pada sesuatu objek.
Bersifat imaginatif- memberikan gambaran yang abstrakyang memerlukan audiens menggunakan daya imaginatif dan daya fikir untuk menghayatinya.

Contoh: Penjenayah yang dikehendaki itu berumur dalam lingkungan 25-30 tahuan. Tinggi 6’ 3”, berkulit cerah, berbadan gempal, mata berwarna coklat, berkepala botak, dan terdapat tanda hitam sebesar syiling 50 sen di pipi sebelah kiri.

Kalau dalam buku buku seks ringan, kita akan di perihalkan bagaimana langkah demi langkah di lakukan untuk menaikkan mood dan suasana si pembaca. Contoh, aku lihat bebayang Su dari sudut ku, bayangan tubuhnya yang ramping, alur nya yang mengiurkan, alur nya yang mengkal dan segar..dan berbagai lagi untuk ..contoh contoh ini amat berjaya dalam retorik pemerihalan.

RETORIK


RETORIK (FROM PUAN SALIZA)

2.0 PENGENALAN

Sejarah retorik
Abad ke 5 S.M – penduduk Yunani mengatakan retorik dilahirkan sebagai suatu seni yang tersendiri.
Retorik digunakan untuk memberi nasihat dalam kasus perundangan.
Retorik diperluaskan melampaui peristiwa-peristiwa perundangan dan politik – iaitu situasi menyakinkan dan memujuk.

Zaman pertengahan – awal kurun Masihi (0-800 M).
Masyarakat kristian hanya menghuraikan kitab dan mempertahankan ‘wahyu’ yang dapat diterima akal sahaja.

Masyarakat Islam menggunakan retorik khutbah dan berdoa dalam ajaran mereka.

Zaman moden
Alat untuk mentafsir maklumat tentang masyarakat.
Disiplin ilmu
Alat komunikasi – penutur tempatan dan antarabangsa.


2.1 DEFINISI RETORIK

Raminah Hj. Sabran (2002) :
retorik menyentuh hal yang berkaitan dengan cara menyampaikan pendapat, idea atau saranan.
Menghuraikan sesuatu dengan jelas dan menarik.
Penulis dapat mempersembahkan pemikirannya, tanggapannya, atau perasaannya dengan jelas dan gaya yang berkesan.

Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Abd. Aziz (1999):
Retorik berasal daripada perkataan Greek, iaitu ‘oratori’ yang bermaksud seni berpidato.
Pemakaian kata yang indah-indah dalam pidato.

2.2 CIRI-CIRI RETORIK

Pengetahuan mengenai bahasa dan penggunaan bahasa yang baik.
Pengetahuan mengenal objek tertentu yang akan disampaikan dengan bahasa.

2.3 KEMAHIRAN RETORIK
Penguasaan tatabahasa
Penguasaan pelbagai ragam bahasa
Ragam bahasa ialah kepelbagaian bentuk bahasa yang diucapkan oleh pemakainya untuk tujuan tertentu.
Za’ba (1962): ragam bahasa sering digunakan dalam percakapan untuk menguatkan tujuan kata dan mempertajamkan hasilnya kepada pembaca dan pendengar.
Contoh : Bahasa Sindiran- Buah langsat kuning mencelah,
Keduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
Contoh: Ragam bahasa dalam Komunikasi Elektronik- “may b dia bz cz….”
Penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik.
Penguasaan corak dan bentuk tulisan.

2.4 JENIS RETORIK
i)Pendedahan [ekspos]
Penulisan paling umum dan asas.
Tujuan menyampaikan idea dan pandangan tentang sesuatu
Menginterpretasikan peristiwa-peristiwa tertentu seperti sejarah
Menganalisis masalah sosial, isu politik
Menghuraikan hasil kajian
Menerangkan konsep
Memberikan definisi

ii)Penghujahan
Menyakinkan pembaca terhadap kewajaran sesuatu perkara dan seterusnya bersetuju dengan perkara itu.
Terdapat dua cirri utama:
Penulisan itu mesti mengandungi gagasan atau usul
Harus disertakan dengan bukti.

iii)Pemujukan
Bermatlamat untuk memujuk pembaca atau pendengar berbuat sesuatu seperti yang diharapkan oleh penulis.
Terdapat 3 ciri-ciri khusus :
Penulis perlu mengusulkan tindakan atau langkah kepada audiens
Bukti dan tujuan perlu diadun dengan kemas.
Gaya penyampaian dan saranan mestilah berkesan, imaginatif, dan emotif.

iv)Pemerian
Bertujuan untuk memerihalkan sesuatu.
Penulisan itu semata-mata cerminan benda atau perkara sebenar yang diperihalkan, iaitu penulisan yang memaparkan sesuatu sebagaimana adanya.
Terbahagi kepada dua jenis:
Bersifat saintifik dan fakta-penulisan yang berasaskan fakta sebenar yang ada pada sesuatu objek.
Bersifat imaginatif- memberikan gambaran yang abstrakyang memerlukan audiens menggunakan daya imaginatif dan daya fikir untuk menghayatinya.
Contoh: pemerian tentang kejujuran, kebijaksanaan, keyakinan seseorang dan sebagainya.
Penulis harus memerihalkan sesuatu dengan terperinci.

v)Penceritaan/naratif
Boleh ditemui dalam laporan akhbar, aktiviti, minit mesyuarat, ceramah atau syarahan yang menerangkan sesuatu.
Penceritaan meliputi cerita pendek, sejarah, autobiografi, penglipur lara, novel, drama, hikayat, dan sebagainya.
Penceritaan mesti mempunyai permulaan, pertengahan, dan pengakhiran.


2.5 CONTOH PENULISAN JENIS RETORIK

Retorik pendedahan
Contoh: Kini kita dapati sambutan terhadap kegiatan seni teater masih belum memuaskan. Masyarakat kita masih melihat aspek teater sebagai suatu seni semata-mata sedangkan seni teater banyak memberikan ilmu pengetahuan kepada mereka. Antaranya dari segi kebudayaan, adab resam, kisah kehidupan masyarakat dahulu dan sebagainya.

Retorik penghujahan
Contoh: Malaysia telah menuju ke arah status negara industri. Walau bagaimanapun, masalah kekurangan tenaga teknokrat dan professional merupakan kekangan yang perlu ditangani segera. Masalah ini akan menyebabkan Malaysia ketinggalan berbanding Negara yang telah maju. Laungan Wawasan 2020 pasti hanya akan tinggal sebagai laungan semata-mata.

Retorik pemujukan:
Contoh: Inilah peluang untuk anda memiliki Contoh: Inilah peluang untuk anda memiliki kereta Proton pada harga yang paling rendah. Kunjungilah pengedar kereta Proton yang berhampiran dan rebutlah peluang ini sebelum terlambat dan sementara stok masih ada.

Retorik pemerian:
Contoh: Penjenayah yang dikehendaki itu berumur dalam lingkungan 25-30 tahuan. Tinggi 6’ 3”, berkulit cerah, berbadan gempal, mata berwarna coklat, berkepala botak, dan terdapat tanda hitam sebesar syiling 50 sen di pipi sebelah kiri.

Retorik penceritaan:
Contoh: Autobiografi chef Wan : Dari Paris, menaiki pesawat Iberia (penerbangan Sepanyol), Wan menuju ke Barcelona. Kunjungan akhir Wan di sini enam bulan sebelum Sukan Olimpik 1992. Lama juga tu. Penerbangan satu setengah jam dan sebaik tiba di lapangan terbang, Wan terus ke hotel La Rambla di tengah Barcelona.


2.6 CONTOH PENULISAN RETORIK LISAN

Retorik Lisan- bahasa yang digunakan dalam perbualan seharian atau bahasa kolokian.
Za’ba – gaya mulut (lisan) dan gaya surat (tulisan)
Contoh : tak (tidak), jugak (juga)

i)Lisan klasik – ayat panjang, berulang, dan berbelit-belit
Contoh: Maka titah Sultan Iskandar Syah, “Baik tempat ini. Sedang pelanduknya lagi gagah. Baik kita perbuatkan negeri”.

ii)Lisan moden- laras bahasa yang lebih pelbagai.
Aspek perkataan dan penyebutannya juga telah diubah suai.
Contoh bapak [bapa], jugak[juga], bukak[buka].
Menerima pengaruh Inggeris.


2.7 BENTUK DAN GAYA RETORIK
Gaya retorik ialah gaya bahasa yang maknanya diertikan menurut bentuk lahirnya. Gaya ini didasrkan kepada pengaruh pilihan kata yang tidak lazim atau susunan ayat yang luar biasa.

Asyndeton- pengulangan tanpa kata hubung.
Contoh: segala sakit, senang, susah, payah,suka, dan duka ditanggungnya sendiri saja.

Polysyndeton-gaya yang menyambungkan kata, frasa, dan klausa dengan kata hubung.
Contoh: wang dan harta dan pangkat dan kemewahan, semuanya menggelapkan mata hatinya.

Euphemism- ungkapan yang mengandungi isi atau pengertian yang kurang menyenangkan .
Contoh: Ayahnya telah pergi mendahului kita.

Paradoks- sesuatu yang bertentangan atau menyalahi pendapat umum, yang mustahil kebenarannya.
Kucing bertanduk dua.

Litotes-merendahkan tanpa menggunakan kata-kata yang bermakna sebaliknya menggunakan semacam gaya atau pengucapan lain.
Contoh: “Berapa agaknya gaji tuan sebulan?”
“Adalah kira-kira cukup makan”.

Tautologi-pengulangan yang tak perlu.
Contoh: Dia sendiri memegang bahu saya dengan tangannya.

Inversion-menimbulkan kesan tertentu dengan susunan ayat diterbalikkan atau disongsangkan.
Contoh: Duduk di kerusi rotannya, dia….
Dia duduk di kerusi rotannya.

Apostrophe- ucapan yang secara langsung tidak ditujukan kepada hadirin, sebaliknya kepada sesuatu yang tidak hadir dalam majlis.
Contoh: Hai angin yang lalu, sampaikanlah rintihan jiwaku ini kepadanya…

Tuesday, April 8, 2008

Soalan Kertas Oktober 2007


Soalan keluar dalam kertas BM411 – Oktober 2007

Jelaskan bentuk-bentuk makna yang wujud daripada hubungan semantik.

Berikan (2) dua contoh untuk setiap bentuk tersebut. (10) markah

Jawapan
a) Hiponim


Hiponim - kata kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna.
Contoh: (i) kenderaan (kereta, motorsikal, basikal, beca, kapal terbang),
(ii) Perabot ( katil, meja, almari, meja kopi, meja makan, meja solek, kerusi)


b) Polisim

Polisim - satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak.
Contoh: mentah
(I)mempunyai set makna yang berikut:belum masak atau masih muda/putik (buah-buahan), tidak masak betul (barang yang dimasak) tidak atau belum dimasak (barang makanan), belum diproses (bahan galian dan sebagainya),
(ii) Belum matang. Masih belum berpengalaman dalam menjalani kehidupan..

c) Meronim - Meronim ialah perkataan-perkataan yang menunjukkan sebahagian daripada.

Contoh: (i) kereta - stereng, engin, karburator, kusyen, cermin
(ii) kek – tepung, gula, bikarbonat, esen vanilla

d) Homograf - kata-kata yang sama ejaannya, tetapi sebutannya berbeza.
Gejala ini timbul kerna huruf e mewakili dua bunyi, iaitu e-taling atau e-pepet.
Contoh:
(i) semak (belukar)
(ii) semak (meneliti atau memeriksa semula), bela-memelihara, bela-menuntut bela/balas, pelekat-kain sarung, pelekat-gam.

e) Homofon

kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna.
contoh: massa dengan masa

Semantik

Apa yang kita perlu tahu tentang Semantik

Semantik

Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang semantik.

Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna.

Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.

Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapnya.

Semantik

Semantik merupakan salah satu bidang yang termaktub dalam bahasa melayu. Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna ayat dikenali sebagai bidang semantik. Kata “semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’. Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seperti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.
Kajian mengenai makna kata boleh dibahagikan kepada aspek-aspek berikut :-

§ makna denotasi dan dan makna konotasi
§ makna dalam konteks
§ hubungan makna dengan kebudayaan
§ perubahan makna
§ bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.
§ seerti dan rujukan
§ perkataan
§ ayat
§ peribahasa (termasuk simpulan bahasa)
§ unsur semantik dalam nahu

Semantik dapat juga ditakrifkan sebagai kajian makna linguistic bagi kata, frasa dan ayat. Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya, tetapi juga makna perkataan. Otak kita menjadi stor kepada ayat-ayat yang bermakna ini. Storan maklumat serta morfem ini dipanggil leksikon atau kosa kata.

1. Perkataan

· Perkataan, menurut pandangan ahli-ahli bahasa, adalah unit bahasa yang terkecil yang mengandung makna.


· Dalam pada itu, Lyons dalam bukunya Introduction of Theoretical Linguistics (1968), berpendapat bahawa perkataan merupakan suatu ‘tanda’ yang mencakupi dua bahagian, yakni bentuk dan maknanya.

Contoh: kata ‘beras’, misalnya, ada bentuk be – ras dan maknanya ‘padi yang sudah dikupas kulit dan sedia untuk dimasak’.

· Ada juga perkataan dalam bahasa Melayu yang ada satu bentuk tetapi maknanya yang banyak.Hal ini akan terbukti jika dicari makna bagi perkataan – perkataan tersebut dalam kamus.

Contoh: seperti kata dalam, semak, dan rendang

· Ada juga perkataan yang berkongsi dan bertindan makna dengan kata yang lain kerana dalam semua perkataan ini ada komponen makna yang berkaitan dengan hal penyuaraan.
Contoh: perkataan bercakap berkongsi dan bertindan makna dengan kata bisik, jerit, teriak

Demikian juga mawar, teratai, orkid, semua bertindak makna dengan satu sama lain kerana memiliki dalamnya makna umum bunga.

· Oleh sebab ada pelbagai jenis kata, bentuk kata, makna yang pelbagai, maka kata-kata dalam bahasa Melayu seperti dalam bahasa-bahasa lain dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (makna yang sama), antonim (makna yang berlawan), hiponim (bentuk yang sama tetapi makna yang berbeza) dan sebagainya.

2. Konteks dan Makna

· Dalam hal komunikasi, konteks merupakan suatu faktor yang amat penting (Leech, Semantics, 1974).Mengikut pengalaman bahasa ada banyak ketika kita rasa bingung akan makna dalam sesuatu ujaran atau tulisan kerana kurangnya maklumat kontekstual. Dengan mengambil kira konteks, unsur ketaksaan, makna yang pelbagai dapat dielakkan, walaupun ada pengguguran beberapa komponen dalam ujaran atau tulisan kita. Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya .

Contoh: dalam ujaran, Kamal! Kambing!, makna yang hendak disampaikan ialah ‘Kamal, tolong halau kambing – kambing itu’ yang mungkin mahu masuk ke dalam kebun, rumah, atau tempat, bergantung pada tempat ujaran itu dilafazkan.

· Konteks memainkan peranan untuk menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan makna.

· Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi perkataan dalam satu – satu ujaran atau tulisan.
Contoh: untuk membezakan golongan kata untuk menentukan makna, seperti dalam kata ‘bilas (basuh / cuci)’ sebagai kata kerja dan ‘bilas (kabur)’ sebagai kata adjektif.

· Konteks menjadi amat mustahak dalam hal homonim. Umpamanya, untuk membezakan antara haus sebagai rasa dahaga atau berkurangannya besar kerana tergosok, kita perlu lihat pada konteks penggunaan ayat atau ujaran tersebut.
Contoh: ‘Kami semua rasa haus, selepas berjalan kaki ke rumah’ maknanya ialah rasa dahaga.

· Makna kata tidak akan menjelma selain dalam konteks pengunaan perkataan atau ayat dalam ujaran atau tulisan.
Contoh: ujaran kata ‘cantik’, amat kabur maknanya, kecuali dinyatakan dalam satu konteks seperti diucapkan untuk memberitahu orang lain akan kecantikan seseorang atau pandangan, benda dan sebagainya, atau untuk memberi penghargaan .



3. Perubahan Makna

· Oleh sebab bahasa bersifat dinamik, maka perkataan yang menjadi unit asas kepada bahasa, sentiasa mengalami perubahan. Hal ini sudah sejak dahulu lagi diamati oleh pengkaji bahasa. Menurut mereka, terdapat banyak factor yang merangsangkan perubahan. Makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubunan sosial masyarakat.


· Ullmann dalam bukunya Semantics: An Introduction to the Science of Meaning (1962), misalnya memberikan enam sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa. Sebab-sebab utama adalah sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar, keperluan untuk kata baharu.

· Bloomfield dalam bukunya Bahasa (1933) pula ada menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurutnya, makna kata boleh disempitkan dan diperluaskan. Selain itu, ada metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi yang juga menandakan perubahaan-perubahan dalam sesuatu bahasa.

· Makna kata berubah kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri. Ini bermaksud, makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan sosial masyarakat.

Contoh :

Ø Kata belayar : pada satu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layar, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak menggunakan layar tetapi menggunakan kuasa tenaga.

Ø Kata rawat : Makna umum adalah menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna barunya sekarang meliputi merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri).


Ø Kata tangan: pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makna diubah untuk mencakup makna ‘menguruskan’, mengendalikan’, dalam ayat seperti ‘Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini’. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa.

Ø Kata taman : pada masa dahulu hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘kebun bunga’, tetapi maknanya sekarang diperluaskan untuk mencakup makna tambahan seperti ‘ kawasan perumahan’, kawasan perindustrian’ dan ‘kawasan alam semula jadi seperti Taman Kinabalu. (sebab sebab kemajuan sains dan teknologi).

Ø Kata datuk : kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk bapa ayah atau ibu seseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa – jasa mereka.
Ø Kata kebal : berubah daripada makna asal kuat dan kukuh dalam bidang ketenteraan menjadi kereta kebal.

§ Bahasa juga berubah kerana sebab – sebab sosial. Peredaran masa menyebabkan munculnya bidang – bidang baharu dalam satu – satu budaya masyarakat bahasa. Faktor – factor seperti emosi, tabu menjadi punca perubahan makna dalam bahasa. Perubahan – perubahan ini berlaku kerana ungkapan yang digunakan dahulu membawa konotasi negatif, dan dengan demikian perlu diubah menjadi lebih halus atau yang tidak membawa unsur negatif

Contoh: ungkapan orang gaji kini berubah menjadi pembantu rumah, budak pejabat bertukar menjadi pelayan pejabat, dan Hari Buruh menjadi Hari Pekerja.

§ Unsur larangan atau tabu juga menyebabkan perubahan perkataan. Umpamanya, tidak sopan kalau dikatakan ‘saya hendak kencing’ di khalayak ramai, tetapi ungkapan buang air atau ‘ saya hendak ke tandas’. Kini kata tandas pula membawa makna yang tidak begitu sopan, maka sudah ada ungkapan bilik air yang digunakan untuk tujuan yang sama, iaitu kencing atau buang air kecil. Ada juga ungkapan bilik selesa yang digunakan untuk merujuk kepada konsep tandas. Pilihan perkataan atau ungkapan seumpama ini, sebenarnya merujuk kepada gejala yang disebut segai eufemisme, yakni penggunaan bahasa secara halus dan sopan.

4. Makna denotasi dan konotasi

§ Denotasi ialah makna tersurat . Denotasi juga dikenali sebagai makna kamus, makna kognitif, makna rujukan, makna konseptual dan makna ideasional
Contoh : Ayam tambatan: Ayam yang ditambat atau diikat dengan tali atau lain-lain alat pengikat.


§ Konotasi pula ialah makna tambahan, atau makna tersirat. Istilah lain untuk konotasi ialah emotif atau makna evaluatif
Contoh : Ayam tambatan: Orang harapan/penting di dalam satu kumpulan, pasukan.

§ Terdapat kata-kata sinonim (seerti) yang mempunyai makna denotasi yang sama, tetapi makna konotasi yang berbeza.

Contoh : Kata wafat, mati, meninggal dunia, mampus membawa maksud denotasi yang sama iaitu jasad dan roh terpisah.

§ Tetapi dari segi denotasi, wafat untuk tokoh-tokoh ulama terhormat dan disegani, meninggal dunia untuk sebutan yang sopan, mati untuk sebutan umum dan mampus untuk sebutan yang lebih kasar.

5. Hubungan makna dengan kebudayaan

§ Penggunaan dan pemilihan perkataan juga berhubung dengan kebudayaan sesuatu masyarakat.

Contoh :
Engkau/kau: digunakan dalam hubungan yang rapat yang tidak formal dan untuk menimbulkan kemesraan.


Awak/anda: Digunakan dalam hubungan biasa (anda lebih rasmi).
Tuanku: Digunakan oleh orang biasa untuk merendah diri apabila berhubung dengan golongan raja

6. Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik

Bentuk-bentuk makna kata yang timbul daripada hubungan semantik ialah sinonim, antonim, hiponim, meronim, polisim, homonim, homofon dan homograf.

Ø Sinonim - kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.
Contoh: sang suria = matahari, hangat = panas

Ø Antonim - merujuk kepada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan.
Contoh: Pandai lawannya bodoh, Putih lawannya hitam.

Ø Hiponim - kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna.
Contoh: kenderaan (kereta, motorsikal, basikal, beca, kapal terbang),Perabot ( katil, meja, almari, meja kopi, meja makan)

Ø Meronim - Meronim ialah perkataan-perkataan yang menunjukkan sebahagian daripada.
Contoh: stereng, engin, karburator, kusyen, cermin, menjadi meronim kepada perkataan kereta.

Ø Polisim - satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak.
Contoh: Kata mentah mempunyai set makna yang berikut:belum masak atau masih muda/putik (buah-buahan), tidak masak betul (barang yang dimasak) tidak atau belum dimasak (barang makanan), belum diproses (bahan galian dan sebagainya), belum matang pemikiran.

Ø Homonim - Dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada dari segi sebutan, ejaan, atau kedua-duanya, dan mempunyai makna yang berbeza.
Contoh: pasang I - jodoh atau kelamin, pasang II - naik atau bertambah (air l laut), pasang III - tembak (meriam), pasang IV - berhias (badan)

Ø Homonim terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
i. homofon - kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna.
contoh: massa denan masa
ii. homograf - kata-kata yang sama ejaannya, tetapi sebutannya berbeza.
Gejala ini timbul kerna huruf e mewakili dua bunyi, iaitu e-taling atau e-pepet.
Contoh: semak (belukar) dengan semak (meneliti atau memeriksa semula), bela-memelihara, bela-menuntut bela/balas, pelekat-kain sarung, pelekat-gam.
iii. Homonim - mempunyai sebutan dan ejaan yang serupa.
contoh: daki I – kotoran, daki II – panjat.

Kesalahan Semantik dalam Bahasa

Oleh sebab maklumat semantik amat penting dalam bahasa, maka hal makna dalam ayat harus diberi perhatian oleh pengguna bahasa. Jika aspek makna tidak diambil kira dalam binaan atau ujaran ayat, maka ayat – ayat yang diujar atau dibina akan merupakan ayat yang taksa, atau tidak benar.

Berikut adalah contoh ayat-ayat yang tidak betul dari segi semantik walaupun memenuhi aturan nahu.

Ø Mereka – mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini.
Ulasan : Mereka – mereka dalam ayat di atas adalah kelebihan semantik, yakni makna yang berlebihan, yang sebenarnya tidak diperlukan.

Ø Ibubapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi.
Ulasan : Tidak jelas siapa yang meninggal dunia, samaada ibu kepada bapa Ali atau kedua-dua ibu dan bapanya yang meninggal dunia.

Ø Ayah menghadiahkan saya jam tangan..
Ulasan : Ayat di atas perlu diperbetulkan menjadi “Ayah menghadiahkan sebuah jam tangan kepada saya” atau “ Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan”.

KESIMPULAN

Seperti yang dihuraikan tentang kajian mengenai semantik, maka jelaslah bahawa aspek makna menjadi penting dalam bahasa, dan jika tidak, bahasa yang digunakan mungkin hanya betul dari segi nahu tetapi tidak boleh difahami manusia kerana bahasa itu tidak menjelaskan maknanya, atau kabur, taksa , dan kerana ada pertentangan makna serta unsure kelewahan dan seumpamanya. Semantik juga merupakan bidang ilmu yang penting bagi mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Dalam bahasa melayu ianya dapat ditelilit dari aspek-aspek seerti dan rujukaan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahsan (termasuk simpulan bahasa), dan unsure semantik dalam nahu. Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin byak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapnya.