Sunday, July 27, 2008

Solah

Berkongsi...

Salam kepada Pengunjung Seri...

27 Rejab...tarikh mulia umat Islam. Di sana sini ada sahaja ceramah yang mengimbau kembali akan sejarah terutama, termulia umat Islam. Solah di perkenalkan kepada umat Islam.

Israk = perjalanan insan termulia, kekasih Nya, Al Amin Pembawa wahyu tuhan kepda umat Islam.

Seri rasa tak perlu lah kita sekali bercerita tentangnya. Namun yang perlu di ketengahkan peringatan tentang solah.

Seri meletakkan diri sebagai salah seorang Islam yang di pertanggungjawabkan memperingati sesama Islam dan terutamanya diri sendiri.

Acapkali kita terdengar, terbaca , terlihat dan mungkin mengalami sendiri jenayah yang makin meleluasa di daerah yang di injaki kita.

Setiap kali tanpa gagal, berdetik hati kita betapa kucar kacirnya penghidupan rakyat Malaysia yang makin tidak selamat.

Apa kena mengena dengan Solah.

Solah adalah perkaras terasas, tiang tegap kita juga pendirian kita. Goyah tiang seri ini, goyah lah semuanya.

Ibarat sebatang gigi sakit, kecundang lah seluruh badan.

Solah itu di bahaskan, terbukti juga akan kebenarannya, pengawal nafsu, pengawal segala perbuatan mungkar.

Sebagai umat islam, umat yang numoro uno sepatutnya, mengeraskan pendirian tanpa berbasa basi di dalam pengerjaan solah inshallah adalah titik tolak untuk mengawal malah mungkin berjaya melumpuhkan jenayah. Sekecil kecil jenayah sehingga ke sebesar kepala mak bapak.

Solah itu jauh perginya. Ia nya bermula dengan disiplin, penyerahan diri kepada Yang Teramat Agung dan tempat manusia memandang kembali, adanya aku di bumi ini ada sementara, dan segala perbuatan aku di hitung, yang zahir apa lagi yang terlintas di hati.

Wassallam

Seri

Tuesday, July 22, 2008

Perasaan

Salam Semua,

Masuk semester dua ini, ada sedikit perbezaan, mungkin banyak juga jika di renungkan dalam dalam. Keceriaannya tak sama, keseronokkannya tak sama, keghairahannya juga tak sama.

Kalau dulu hari pendaftaran, bari hari menanti suami datang masuk meminang tapi semester kedua di mulakan dengan anti climax yakni mengadap iclass, anti klimakxnya di sebabkan kekucar kaciran yang berlaku di hari tersebut. Yang mengajar tak berapa pasti yang belajar pula makin keliru.

Masuk hari seminar pertama, sakit migrain pula menyerang dari pagi hingga ke petang. Suasana dalam kelas yang panas menambah sakit kepala. Panadol yang di telan juga tidak memberi sebarang kesan.

Tambahan pula 2 mata pelajaran pertama, ya allah, penuh dengan data data yang begitu laju di bincangkan menyebabkan hati bertambah celaru dan otak semakin bingung.

Pulang sahaja ke rumah yang ku cari adalah bilikku. Bilik yang menenangkan dan yang menyamankan.

Kesian anak anak, tak lebih dari 10 perkataan yang terpacul dari mulut untuk menanyakan khabar mereka untuk hari itu. Masing masing makin akur ibunya tak banyak waktu seperti dulu.

Esoknya, di pejabat, aku masih lagi lemah dek hentaman migrain. Pagi pagi Isnin ini lagi aku di arahkan mengadap ketua jabatan ku, macam macam yang di arahkan aku perbuat dan secepat mungkin pula jawapan yang perlukan di serahkan kepadanya.

Minggu ini, bagai menduga 150% kesabaran dan kewarasan aku.

Aku harap esok makin tenang.

Seri

Tuesday, July 15, 2008

Peluang

Kita telah di beri peluang untuk membaiki diri, selagi nafas di pinjamkan. Jika semalam kita melihat ke belakang, biarkanlah jika semata mata untuk mengambil iktibar, bukan mencerca akan kesalahan yang di lakukan bukan juga untuk menyalahkan orang.

Selain dukacita akan kenaikan harga barang dan gaji yang masih di takuk lama, apakan kita lupa untuk bersyukur di dalam dukacita yang makin mencengkam.

Apa perlukah kita lemparkan segala kesalahan kepada pemimpin atau kita ambik peluang dalam keperitan hidup dengan banyak banyak mengkaji semula cara perbelanjaan kita. Hikmah itu datang bukan semata terpampang dengan kegembiraan, selalunya ianya datang dengan kehambaran kehidupan yang tampak menyesakkan.


Contohnya, minggu lepas ketika Seri sesat jalan , dan makin jauh sesat, entah mana jalan yang perlu di ambik , terlalu banyak bulatan menyebabkan makin lama makin jauh perginya, terlempar kami di pangkal jalan.

Pertama yang keluar dari mulut Seri adalah keluhan, namun cepat cepat pula berterima kasih kerana kalau tidak makin jauh ke dalam Klang lah Seri sesat.

Makin mudah mencari tempat yang di tuju setelah jalan yang di lalui adalah jalan yang biasa Seri tempuhi.

Begitulah kehidupan, jika besok dah makin senget dan hampir rebah dek sebab pegangan yang makin menyerabutkan...pulang lah ke pangkal jalan. Ambik lah jalan yang mudah faham dan terang benderang.

Seri

Friday, July 11, 2008

Tamadun Islam dan Tamadun Melayu

Pendahuluan

Ia banyak berkisar tentang perbincangan istilah.

Terdapat berbagai bagai istilah yang di kaitkan dengan tamadun.

Antara yang sering di gunakan ialah Madana, Umran, Hadarah, Civilization juga Peradaban.


Tamadun itu di katakan berbeza beza tafsirnya dengan disiplin ilmu masing masing. Definasinya juga berbeza beza dari persepsi dan dari pelbagai dimensi.

Tamadun itu -

  • berasal dari arab daripda perkataan mudun dan madain.
  • madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
  • perkataan ingeris civilization berasal dari bahasa greek civita yg bermaksud bandar
  • tamadun juga diertikan peradaban

Definasi umum kensep tamadun*bukan hanya mementingkan pencapaian lahiriah seperti kesanian dan pembinaan kota semata-mata tetapi mesilah diiringi pencapaian aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

Friday, July 4, 2008

iclass Portal -

Salam semua,

Kak dah masuk

di dalam semua forum

yang dah ada information ialah kelas Thinking and Writing skills dah ada 4 chapter di letakkan di dalam sana..

untuk memudahkan masuk ke sana..ikut ler..url ini

zazzz

http://epjj.ined.uitm.edu.my/

walaupun lembab..nak buat macam mana...ini ler jalan menuju ke iclass..

Kak Seri lihat..belum ramai yang register di dalam kelas A..

ada 8 orang ..ada 10 orang dan dalam lagi satu kelas ada 12 orang....

jangan lengah..lagi hai kawan kawan...



Seri

Pesanan

Salam,

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..." Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik..

Cara mendapatkan surat pengesahan dari UITM untuk pengeluaran EPF

kepada sesiapa yang berminat
1) bayar dulu di Bank Islam
2) bawa bank in slip
3) bawa cetakan dari bursary dari website pengesahan bayaran dah di buat
4) bawa cetakan dari website yang menunjukkan kita telah mendaftar matapelajaran yang akan di ambil

bawa semua 2 - 4 ke Bendahari, Dwelling 7 (tel no - 55225360)

Hari Ahad ni buka sehingga 12.00 tengahari.

Surat untuk di berikan ke KWSP akan di cetak pada hari yang sama.

Majulah student untuk negara ....