Wednesday, September 30, 2009

11 shawal pun meninggalkan aku

dan aku juga sudah menyelak kelendar ...hmm tak lama lagi 1 Zulkaedah... laju masa meninggalkan manusia

aku sungguh sedih kerana aku tak kan boleh mengulang masa lagi ...aku bukan takat sedih tapi aku menyesal kerana banya masa terbazir dengan sengaja

apa perlu aku jawab nanti..

aku leka menonton tv...berbagai rancangan yang melalaikan...dan aku pun teruja bersama rancangan rancangan yang di susun..begitu jernih sehingga tak terbayang kocak kotornya..

bila ku selak kelendar..maka aku pun terkedu..apa..sudah 11 shawal..begitu mudah aku melupakan setiap hari nyawa yang di pinjamkan belum dapat setara dalam penimbangan amal..

nak kata apa..menyesal pun tak berguna..

Monday, September 28, 2009

final...giler..

melambak group assignment .....

muntah darah pun tak guna...masa mestilah di pilih guna sebijak bijaknya..

dan jangan pergi satu pun rumah terbuka



masa macam kilat meninggal kan aku...kalau masa macam emas bagi sesetengah orang..bagi aku..macam nyawa aku di rengut rengut..


dan..baru kejap tadi..terima panggilan telefon..orang penang nak singgah datang..

rasa nak aku hantukkan kepala aku biar terbelah...

sabar jer lah ...

ya allah ya tuhanku...

beri jalan ..beri hidayah.....

hanya pada mu aku bermohon..kekuatan untuk tidak mudah lelah..dan mudah hilang sabar..

kepada mu ya allah..pimpin lah aku..

aku benar benar hilang arah..

Sunday, September 27, 2009

minggu seterusnya ...monolog aku dengan cabaran ke final

pagi ini aku bergegas bangun..ye...sekali lagi kantoi subuh..

kalau di bawa berbincang maka akan berkeputusan aku lemah

lemah dalam menguasai akal

nafsu menang lagi

dan

sentiasa menang

apa..

zulaikha akhirnya di terima yusuf...

di bicarakan zulaika ini perempuan yang curang..

mana taknya dia sudah bersuami

apa kah kategori zulaikha di zaman ini

tapi di muliakan allah taala kemudiannya dimana dia berjaya juga mempersuamikan yusuf...

ye apa maksud aku..

kau lah yang menyiratkan dan menyudahkan apa yang terjerat

kau tau

dengan tidak menjamah makan malam maka mata kau terus berjaga...kau tau kan..dengan perut kosong siapa lah yang dapat melelapkan mata..

maka aku pun mengisi ruang blog ini dengan perasaan kudus mengenai apa yang aku rasakan dan ku jelmakan di ruang ini

aku rasa sangat sangat terpinggir...aku yang melarikan diri dari orang ramai namun kadang kadang merasakan kesunyian ini tidak berbaloi..

mungkin aku mula menjalani tekanan dari segala mala assignment yang belum berhujung berpangkal menyukarkan fokus aku terhadap apa jua

dengan perasaan terendah diri yang nihil tidak dapat menguasai bahasa arab pulak akan menduduki final 7 hari lagi..hentakan yang aku sendiri tak terjangkakan melangkaui batas tenang..aku pasrah dan mengalah sebelum waktu..aku rasa bukan aku..

masa yang ada aku paksakan untuk menguasainya..

semua aku salahkan..hari raya ini
tetamu yang tak henti datang
dan cuaca panas yang begitu meregut ketenangan aku berfikir..

dan aku masih lagi tercakar cakar cari jalan untuk memulakan satu permulaan..

dan aku sangat sangat mengah..

aku tau kau tau apa yang aku alami...

tapi aku belum pasrah..

Friday, September 25, 2009

selepas 6 Shawal

apa yang dapat aku raih dari shawal ini, sebagai orang yang mahu menafsir akan hari raya. di ertikan sebagai hari kemenangan, dari tempoh hari yang kita lalui dengan penuh kesabaran, ketekunan dalam ibadah, perjalanan hidup harian yang kita applikasikan dengan mendahulukan Islam semata. ini yang ideal.

keluarga aku, aku ajar dengan lebih melembutkan lidah, mengutamakan perlakuan yang berteraskan perjalanan hidup islam. walaupun terlalu compang camping namun aku tetap berusaha meletakkannya sebagai pokok utama.

hari raya aku sambut bawah sederhana, tidak terburu buru dalam merencanakan apa yang perlu aku persembahkan di hari raya, masih juga aku gunakan matlamat ibadah semata.

mandi pagi raya, bersolat sunnah hari raya, memohon maaf dengan semua saudara mara yang ada dan yang menziarahi, menghantar sms sebanyak yang boleh, menelefon saudara mara.

aku letakkan jauh di sudut hati aku perasaan rindu pada ibu, dan ayah atau ibu mertua. awal lagi aku berhari raya dengan mereka, aku harap di perkenankan allah doa aku buat mereka mereka yang aku sayangi yang telah pun di ambil pergi.

dan selepas itu hari raya yang berlalu amat hambar sekali kecuali ada 2 peristiwa yang amat bermakna buat suami ku dan sudah tentu aku.

luahan hati abangnya dan luahan hatinya..

jauh di sudut hati...berbaik baik lah mereka..kerana ahli syurga adalah ahli ahli yang membuang jauh yang keruh..dan sentiasa mengambil yang jernih...aku harap mereka faham..

Friday, September 18, 2009

jarang aku kongsikan

satu kasih sayang yang utuh
boleh hilang
boleh ada
kalau kita mahu dia ada
ada
kalau kita mahu dia hilang
terbang

hilang hilang hilang..

Lusa kita Raya

tak perlu lah aku gunakan berbagai nama untuk hari raya...makin aku serabut..biarlah aku ikutkan kata yang orang ramai mudah..hari raya..nan tambahkan lagi..aidil fitri..ada juga aku dengar hari lebaran..minal hi walfa izin..ada dah tambah lagi dengan taqabal mina wan minkum..ada tambah tambah lagi..makin maju makin panjang melela..

tak pa lah dengan aku..Selamat Hari Raya faham dah aku..

kenapa pulak yang ini kau tak sibuk pasal bahasa tanya rakan ku..

aku kata di sebabkan terlalu banyak tatabahasanya..makin tak indah raya aku..so

aku balik ke asal..zaman R Azmi.. Selamat Hari Raya Aidil Fitri..


aku makin sayu pulak tahun ini..lebih sayu lagi..aku terbaca pagi tadi di suratkhabar..

mati lagi..sedih kan..mati sebab kemalangan...ajal dah..tapi


malas lah pulak aku nak masuk bab qadha dan qadhar..

tapi

kan boleh di ubah dengan doa..



Tapi cuba tengok yang banyak yang mati kemalangan..adakah di sebabkan di pandu dengan cermat atau cuba jadi keluang man kat jalan..

boleh jelaskan ?

Thursday, September 17, 2009

jangan mengada

kenapa guna bahasa berbelit
tujulah cara mudah
tepat
dan
jelas

kata sesetengah orang

bagi aku kalau boleh diindahkan bahasa untuk sampai juga tujuan lebih manis lebih molek lebih kaya

sebab tu kita ada pantun, ada seloka, bidalan, peribahasa, simpulan bahasa, ada gurindam, ada syair dan mungkin ada banyak lagi yang aku tak tahu

indah budaya kita

nak marah pun ada bahasa
ketika gembira
ketika meminang
ketika berduka
banyak niat dan hajat
dengan sabar kita berkata

sabar kita tak terhingga

patutlah..

indah..sungguh indah

kaya sungguh kaya budaya kita


sibuk dengan tarian pendet pasal apa ?

Tulat kita raya

di malam jumaat terakhir di dalam bulan ramadhan..

sila pulun..

doa

zikir

niat

hajat

taubat..

Wednesday, September 16, 2009

salah faham itu maklum

kalau sekumpulan dari mereka yang sangat sensitif tentang budaya mereka, lagu mereka, sempandan negara bangsa mereka itu bukan perkara baru

kalau aku yang kerdil ini sentiasa di salah ertikan sedangkan aku satu bahasa, satu negara, satu budaya..

maka salah faham itu maklum

marah itu juga maklum
kurang waras
ikut perasaan
bertambah marak dalam gerombolan

dan mereka bukan sebahagian
tidak juga satu rasa apalagi cita cita

murung

murung
kau beri aku kekuatan
dan juga segunung kesakitan
dan selautan kewarasan
dalam membenamkan
kemurungan

dia datang
merayap masuk
tanpa salam
dan kau hadapi
ketika baru sedar dari mimpi ngeri

itulah keagungannya

ambil masa

hendak lah kau meniti niti perasaan itu dengan berhati hati
berkeadaan rapuh dan mersik
jangan lupa nafsu lah yang menjerumuskan
ini adalah rintangan rintangan yang di jangkakan
bila lepas dari titian sengsara
kau beroleh satu ketenangan

biar di ogah ogah
biar di gelakkan
biar di sakitkan
titi perlahan lahan

ambil masa

Tuesday, September 15, 2009

mudah

iman konon kata kuat kita pegang
tusukan godaan kita kata kuis dengan kelingking
orang menari kita lintang pukang


memang kita bukan cerah cerah bangang

memang bangang

mood berayun

marah

mood kita sangat mudah di rosakkan, mudah bagi orang menaikkan darah kita atau pun menyakitkan hati kita, kenapa agaknya

kerana kita terlalu peduli dengan kata kata mereka tidak kira benar atau pun salah

bila difitnah mudah sangat naik anginnya

kita rasa marah yang teramat amat kerana perkara itu langsung tidak benar , benar ke

kita terlalu mudah sakit hati bila dapat tahu ada orang bercakap di belakang kita ataupun menyindir kita dengan serkap jarang melenting lenting jadinya

mudah sangat

tetapi di dalam bulan ramadhan yang mulia ini boleh ke kita biarkan dengan rasa sabar

boleh gelak besar

memang payah, belum ada lagi yang saya nampak yang akan mengundur diri atau berkata, maaf saya sedang berpuasa

orang orang kita..teori sebesar tsunami...pratikal jauh sekali..payah

kenapa

------------------------------------------o ---------------------------------------

kesian

orang orang kita bukan kedekut cuba lihat banjiran pengemis sedekah bulan puasa ini


semalam, ada seorang perempuan yang sihat sejahtera, memimpin seorang buta pergi dari meja ke meja orang berjual dan si buta akan menghulur sepek tissue dan kamu tahu apa terjadi..sudah tentu orang orang kita yang pemurah akan menghulur duit jauh lebih besar dari harga sepek tissue apalagi di depan mata khalayak ramai..

mengapa tidak ada seorang pun yang menyuruh si buta dan si perempuan tegap itu menghulurkan sebarang kenyataan yang mereka adalah dari jabatan atau cawangan orang orang buta..

sebagai orang waras saya tahu mereka bukan dari situ..

-------------------------------------- o -------------------------------------------

meroyan


semalam mood terburuk aku keluar...

namun aku perempuan beremosi

okey ke..

Sunday, September 13, 2009

kita mengalah bukannya dayus

tercalar habis hati kita di buat tempat terajang
kesungguhan kita berbuat baik
duri juga di balas orang

kita di injak injak
waras juga yang membalas
kita di bakar bakar
air juga yang kita siram

apa kata anak bangsa kita
dayus sungguh ayah kita
berkeris simpan di mana
berpencak untuk kenduri kawin semata

kita orang berbudaya
ilmu di junjung
bukanya rasa

orang datang menanya
sirih diulur pembuka kata
orang haus di ajak minum
orang lapar di beri makan

orang menjelir kita tersengih
orang meludah, merah muka kita
salah tari bukannya kita
halus sungguh pekerti
anak bangsa mencebir lagi
dayus sungguh kita ye ayah

namun tahukah anak ku..sekali kita meluka..ubatnya tiada
parutnya kekal
untuk berbaik semula tiada
sampai 7 keturunan berdarah berdarah tiada henti juga
mau kah kita ?

pulang lah ke pangkal jalan..

..kesian adik aku yang sorang ini...tiga kali kena terjahan terjahan dugaan..
dulu aku dengar dengar..aku tengok tengok dari jauh

..di pesan pesan arwah ibu..tengok adik mu..tengok adik mu..itu lah yang ku buat tengok tengok..lihat lihat..

..hari hari hujung arwah ayah juga berpesan..tengok adik mu..tengok adik mu..

..bila kaklong datang mengadu..

..adikmu..sekali lagi ..

..seakan ada sebuah batu di letakkan di dalam jantungku..berat..berat sekali..

..hari ini di atur Allah untuk aku bertemu..

..di beri ruang pula untuk bersendirian dengannya..

..pulang dik..pulang..jangan menolak realiti..hadapinya..dan faham akan tujuan dugaan yang menimpa jemala diri mu..

..dulu memang akak lepaskan kau bersendirian untuk buat terhabis baik..namun amanah ayah dan ibu tak dapat ku biarkan kau bersorangan kali ini untuk membuat keputusan..

..janji kepada ku..pulang..

..dugaan itu mengikat kita..aku tak dapat lari dari menyampaikan amanah amanah mulia dari kedua ibu bapa ...amanah..ini sekarang aku serahkan..aku fahamkan kau..

..jangan lari lagi dari menerima amanah yang tertulis ini..

..hadapinya..

..biar semalam jadi sejarah..di kenang jangan di ulang..pantang..

..hari ini realiti..hadapi..kuasai..fahami..

..esok yang mendatang akan jadi lebih tenang sebab kau sudah faham..

..sekarang..aku dah buka hijab janji..

..kau akan nampak sendiri..
..lusa kau kan aku asuh..dan hak yang aku simpan ini..pulang ke gagang..

..alhamdulillah..

..keris masuk ke sarung..
..sirih bertemu kapur
..bagai pinang di belah dua
..sama cantik sama padan..


..biarkan kakak tidur sekarang..

Thursday, September 10, 2009

Resepi Kek Kukus Koko

resepi ini ku ambik dari penjaga anakku Aida 10 tahun yang lalu. sesiapa yang berminat hendak memasak kek dan tak risau batat atau tidak cubalah resepi ini. aku yang tak pandai masak kek pun dah beberapa kali berjaya.

Kek Kukus Koko Makcik Eta (nama pun sama dengan nama ku)

500 gram Butter - 2 ketul butter
2 cawan tepun gandum - blue key bagus.
1 cawan koko
3 cawan gula ..manis ye..memang ler
1 cawan air
Esen Vanilla - kasik wangi giler
Soda Bikarbonat - sikit jer tau..
Baking powder
6 biji telur ayam..

Cara..

1) Butter (2 sekali), 1 cawan air, 1 cawan koko, 1 cawan gula di masak hingga cair..

2) Blenderkan 2 cawan gula hingga halus dan pukul dengan 6 biji telur hingga kembang

3) koko yang di cair mesti dah di sejukkan tuangkan ke dalam dalam adunan tepung dan masukkan esen vanila, baking powder, soda bikarbonat.

4) masuk dalam bekas yang boleh di kukus

5) Kukus lah..sekurang kurangnya 2 jam....saya suka kukus hingga 4 jam..

6) Kalau nak buat chocolate fudge dan tuang atas kek koko tadi pun boleh..

chocolate masakan seketul di masukkan kedalam periuk bersama condensed milk..tak payah gulla pun..buat double boiling..sampai cair semuannya...tengok ikut suka likat..maka curahkan di atas kek tersebut...gerenti...gerenti sedap...di sebabkan kesedapan chocolate tu...

apa tu double boiling..(periuk kecik masuk kedalam sebuah periuk yang lebih besar yang di rebus air..letak periuk kecik ke dalam periuk besar itu..tak kena api tau..)..

okey..bila saya rasa tiba masanya nanti saya kongsi masak tomyam campur termudah boleh siap kurang 20 minit....ramai kawan kawan saya berterima kasih kerana..mudah dan sedap...kata mereka lah..

Kampung siapa tahun ni bang ?

Balik kampung

Mungkin rasa ini benda remeh, tapi ramai juga yang berperang kampung mana yang patut di rayakan dulu.

Selagi lagi aku puji suamiku, tak pernah dia bertegang urat, kampung mana patut kami rayakan di hari raya pertama. Tak pernah. Selalu aku pujuk beraya di rumah ibu ku dulu, maka dia juga tidak pernah membantah.

Ad satu tahun aku sendiri memberi dia peluang beraya dulu di rumah ibunya di Utara. Tapi tahun yang aku pilih tahun malang buatku, ibu ku di serang angin ahmar di hari raya pertama.

Maka sekali itu sahaja ku beri peluang, namun, dia tetap tidak pernah membantah.

Apabila ibuku pergi. Raya tahun itu kami rayakan dulu di rumahnya. Selang selepas itu, ibunya pula pergi.

Aku dulukan pula ayahku. Macam biasa di ikutkan kehendak aku.

Bila aku tanya abang tak marah, di balas senyuman tembus ke dalam hati.

Tahun ini tahun pertama kami berdua tiada ayah dan tiada ibu. Yang lebih malang buat aku ialah sebelah mak, mak aku tunggal kecuali 2 adik tiri sahaja, sebelah ayah aku habis semua. Aku miskin saudara mara. Yang tinggal sepupu sepapat sahaja , pun perlahan lahan dah mula meninggal kan aku, yang tua tua habis di ambil pergi.

Pantang aku melihat orang tua, aku tenung sehingga orang tua tua pula tersipu sipu malu, aku suka melihat rambut putih mereka, kedut kedut di muka , tangan mereka, tanda umur dan di selaputi dengan pengalaman, hanya allah yang tahu rasa aku.

Jika bertemu kawan kawan lama ibu, tak pernah aku lupa untuk menggomol mereka. Masyarakat melayu yang tak biasa di cium di rangkul. Tapi itu lah kerja aku. Walaupun mereka menjerit jerit tapi aku tahu..mereka gembira kerana memperlakukan seperti mereka sebahagian dari keluargaku.

Jika sesekali aku terpaksa lalu di kawasan perumahan ibu ayah ku...ada sahaja yang menjerit jerit memanggil..itulah tinggal kawan kampung ku...kawan kawan ibu...tak kurang yang menangis jika dapat bertemu aku...kerana teringat ibuku nak buat macam mana wajah aku saling tak tumpah wajah ibu..

Dari cara aku berjalan..dari cara aku bertudung..dari cara aku tersengih...ke kampung ayahku itu juga cerita mereka..ke kampung ibu juga itu kata mereka...anak neng esah..sebijik macam neng esah....berbangga juga aku mempunyai wajah ibu..bukan kerana cantiknya..tapi budi pekerti ibu....semua yang kenal semua yang memberi tabik , ibu mu seikhlas wanita kami pernah temui di dunia ini...Amiin...

Oh ya balik kampung...bila aku dan suami mula merasakan kami berdua .adalah pekan dan adalah kampung kemana sahaja kalau berdua itulah dunia kami.....anak anak pun cemburu...sebelum lupa..sudah 18 tahun kami begitu..

Indahnya...

maruah

hari sedih aku, aku tidak memulakan hari ini untuk sedih atau di tempeleng..

tak sangka begitu sekali rendahnya mertabat seorang pekerja yang telah bertungkus lumus untuk membuat terhabis baik untuk majikan

namun bila di beritahu..siapa pun di sini tiada maknanya jika mereka tidak memberikan pulangan revenue..

apa maksudnya begitu kalau aku bekerja di bahagian pentadbiran dan memang tidak membawa pulangan revenue

mengapa pagi pagi mengeruhkan perasaan seorang pekerja yang belum pukul 8.00 menjejak kaki supaya dapat memenuhkan jam bekerja 8.00 jam sehari...sedangkan..ramai yang lain..angkat kaki dan tidak mempedulikan sudah cukup 8.00 jam untuk hari itu..

apa ke jadahnya menjentik aku yang datang awal selalu..jatuh sakit tiga tahun sekali pun payah..

entah lah..hari ini maruah aku di enjak enjak..

RIAK - dont waste our life

Give yourself 5 minitues to read the article below...how scary it is .....so make sure what we are doing...is only for HIM...nothing else matters..

RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN

ADAKAH rahsia yang tersimpan di antara diri kita dengan Allah Taala? Menyembunyikan amal kebaikan dari pengetahuan orang lain. Sungguh berat untuk dilakukan kerana lumrahnya manusia memang suka kepada puji-pujian. Berbeza jika seseorang itu melakukan kejahatan, dia akan bersusah-payah menyembunyikan kejahatannya itu daripada pandangan manusia.

Bersyukurlah kerana Allah SWT menghijab segala aib kita daripada mata manusia. Apakah rahsia yang anda sembunyikan itu? Jika ia suatu kejahatan, maka banyakkanlah istighfar, kalau rahsia itu adalah amal ibadat yang ikhlas, maka bersyukurlah kerana Allah SWT menunjukkan diri anda.

Al-Shaikh Muhammad Salih Al-Munajjid menukilkan dalam kitabnya Silsilah A’mal al-Qulub: "Imam al-Mawardi menghasilkan penulisan yang banyak dalam bidang tafsir al-Quran, fiqah dan cabang ilmu lainnya. Namun tiada satu pun karyanya yang diterbitkan semasa hidupnya, melainkan ketika saat akhir hayatnya. Beliau berkata kepada sahabatnya "Semua buku itu adalah hasil karyaku, aku berwasiat kepadamu jika aku sedang menghadapi nazak, letakkanlah telapak tanganmu pada telapak tanganku. Jika aku menggenggamnya ketahuilah bahawa tidak ada satu pun daripada hasil tulisanku itu diterima oleh Allah Taala. Bawalah buku-buku itu ke sungai Tigris dan campakkanlah ia semua ke dalamnya. Sebaliknya, jika aku membuka tanganku, maka ketahuilah bahawa semuanya diterima Allah Taala sebagaimana yang kudambakan dari-Nya." Ternyata Imam al-Mawardi membuka tangannya dan sesuai dengan wasiatnya buku beliau telah diterbitkan.

Cukuplah hanya Allah SWT yang tahu segala amal baik yang dilakukan. Ini bukan bermakna kita tidak boleh menghebahkan amal berkenaan. Ia tidak salah jika diniatkan untuk memberi teladan kepada orang lain dan supaya syiar Islam dapat dijadikan contoh manusia seluruhnya. Tetapi bagaimana dengan risiko sifat riak yang merosakkan amal?

Jika kita tidak mahu terjebak oleh penyakit berbahaya ini, sebaiknya kembalilah mengulang kaji pelajaran ikhlas yang pernah membuat Saidina Abu Hurairah RA amat tertekan ketika menyebut tentang hadis Rasulullah SAW berikut ini. Dikatakan bahawa beliau kerap menangis kerana takut ketika membacakannya.

Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya "Apa yang engkau lakukan dengan nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab "Nikmat itu saya pergunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT berfirman "Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang sebegitu ke atas mu." Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka.


Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya "Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata "Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman "Engkau dusta! Sebenarnya engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun disebut orang sebegitu kepadamu." Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya "Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab "Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana. Allah SWT berfirman "Engkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka." Hadis riwayat Imam Muslim

Bolehkah kita terhindar daripada niat yang lain selain untuk Allah SWT? Betapa ruginya jika amal itu bagai debu yang berterbangan. Firman Allah Taala yang bermaksud "Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan." (Surah Al-Furqan: Ayat 23).

Hasutan syaitan ke atas orang yang beramal tidak akan berhenti. Adakalanya kita berasa malas melakukan ibadat kerana ada bisikan yang mengatakan "Untuk apa beramal jika hati tidak ikhlas, tentu tidak diterima oleh Allah."


...shared by Islamic ebook

Wednesday, September 9, 2009

Duit Zakat sebenarnya sapa yang punya ?

Zakat,

Dah mula ramai aku dengar orang mendengus dengus tentang duit zakat

Dan aku mula terpikir, apa hal nye dalam pentadbiran baitulmal

Apakah yang memegang jawatan itu jahil jahil benar

Jika benar lah

Aku sangat sangat hiba...dan aku pun berdoa ....

Tuesday, September 8, 2009

alahai..aku kantoi lagi

Semalam tanggungjawab aku dan beberapa kawan lain untuk menyediakan more (sedikit juadah selepas tarawikh). Aku sorang yang bekerja di KL yang lain lain semuanya bercuti.

Di sebabkan itu aku ada keringanan untuk menyediakan juadah sekadar mampu masa dan mampu harga. Aku teringat , ketika perjumpaan buka puasa tempohari aku buat sosej koktel untuk anak anak buah aku yang lebih 20 orang dan koktel sosej aku lenyap dengan pantasnya.

Oleh itu, menu termudah aku ialah sekali lagi sosej koktail untuk surau kali ini. Sahabat aku yang bercuti memberi bantuan dengan menggoreng sosej itu sahaja pesan ku, yang lain lain aku ingin menyumbangkan tenaga.

Sebab aku di pekan, untuk mendapatkan timun jepun lebih mudah, aku terus kerumah sahabatku untuk memulakan tugas. Beres dan jam menunjukkan pukul 6.10 pm.

Masih awal. Sebenarnya bukan ini semua yang ingin ku kongsi. Tetapi cerita di bawah ini. Di taman perumahan ku ada beberapa anak yatim, dan kami menyayangi mereka semua. Kami bertiga bergilir dalam memberi bantuan. Yang sorang dah di belikan baju raya kata sahabat ku. Yang tiga lagi macam mana. Aku sanggup ambil seorang sahaja lagi memandangkan tahun ini aku sekeluarga perbelanjaan terlalu rencam. Yang sorang lagi sahabat aku bersetuju kerana anaknya hanya seorang.

Kawan ku berkongsi, salah seorang anak yatim itu terlalu seronok dapat makan sosej koktel kami. Sedangkan kami, tak merasakan bahawa itu perkara mewah. Kami berpandangan, terasa sesal kerana sepatutnya di sebelah kan dahulu untuk mereka mereka.

Alahai..kesal kami. Yang menambah sesal....kenapa tidak terlintas langsung..bukankah mereka ini adalah tujuan kami berkebajikan.....


Alahai ....

Monday, September 7, 2009

jangan ambil ringan

bila dulu kita punyai teman (suami/isteri) di dalam suasana suka atau duka, namun masih juga ada yang meneman.....hari raya ini terasa begitu hambar namun kita letak wajah terberani kita di depan anak anak...supaya mereka tidak turut sedih seperti kita.

..namun bila kita kesorangan..kesunyian itu memurungkan kita..di hiris hiris sembilu jantung kita..ngilu dan pedih ...tiris sesulur salur darah kita..

walaupun masih ada ibu dan ayah meneman, juga kawan kawan sepekerjaan atau juga jiran jiran terapat...manakan sama suami kita .terbayang dirinya yang tergesa gesa kelewatan hendak ke masjid..salah kita juga..endakkan dia juga malam tadi..

anak anak kita jual dengan mercun dan bungaapi..tersunggin sebentar..namun merembeh air mata panas..terkenang..tak sikit pun rungutnya atau pun suaranya yang tinggi itu menemani kita di pagi raya..tapi..gelak senyumnya..juga kelam kabutnya..memerlukan kita di saat dia kelewatan..alangkah kalau boleh dia di kembalikan ke pangkuan kita..

kita memang membahagiakan mereka..suka atau duka..kerana kita lah pentadbir karamah mereka..kita..menjaga makan pakainya..menjaga ekonomi jangan terlebih belanja..duit yang kita sorok dua tiga ringgit itu sentiasa membantu dia dalam keadaan terkepit..mana nak di cari pentadbir yang berpandangan jauh..walau pun kita tau dia sendiri tidak pernah mau memaksa..kita yang rela..

tapi..kita selalu leka..menjaga kasih sayang kita kepada dia..jarang kita bersolek lawa kalau dia pulang lewat..ataupun..menunjukkan manis jika sekali lagi dia salah beli barang yang kita pesan sedang mereka sudah pun cuba sedaya upaya mereka...kita lupa mereka berbeza sifat dari kita..kita cerewet dan remeh..supaya pekerjaan menjadi lebih halus..mereka ..cepat pantas dan keras..itu adalah hukum alam..kekayaan ilmu allah taala untuk melengkapkan sebuah rumah tangga...kita lupa..

malam ini..pulang abang dari tarawikh..kita sambut dia....dan pasang dengan terhabis mesra...walaupun kita tau sangat..leka mereka di surau..banyak yang bergebang hal semasa..

apasalahnya..memujuk rayu suami yang tuhan anugerahkan kepada kita..dan hak dia di atas diri kita..terlalu besar habuannya..

bulan ramdhan bulan ibadah..memanjang manjangkan kasih sayang adalah ibadah yang mudah...jangan sia siakan..orang terpenting dalam hidup kita..dan jangan ambil ringan yang mereka sentiasa akan di sisi kita..

kita termanggu dan menulis kerana kawan baru kehilangan suami dan umurnya tak jejak lagi 40..ternampak nampak akan dia..di ambil suami setiap hari..bagaimana kini ?

hati kita ngilu mengenang ngenang..malam ini..kita nak pimpin tangan abang..

Bila kau benar benar boleh...


Bila kau boleh

Kadang kadang kita rasa dan juga ingat, juga kita fikir kita sudah jauh berubah dari dulu, kita lebih sabar, lebih tenang, lebih berpengalaman. Kadang kadang kita juga fikir kita tidak akan bertindak keras sebegitu lagi. Almaklumlah kita sudah berubah, sudah insaf, sudah taubat dan tidak akan terlintas akan menjelajah semula ke daerah bengang.

Pukulan fitnah boleh di tepis dengan mudah, serangan serangan liar kita jentik dengan kelingking. Mudah, kita rasa mudah dan hati juga mudah berbunga konon kita telah sampai daerah tenang. Daerah yang sepatutnya juga melambangkan kematangan diri kita.

Namun kekurangan yang satu satu ini rupanya telah membuktikan dengan nyata, perjalanan kita masih jauh. Jauh benar, memalukan juga, di harap masih berpeluang untuk terus memuhasabahkan diri. Kerana daerah nipis ini akan membuktikan kematangan kita yang sebenarnya. Maka hendak lah sentiasa rasa rendah diri, malah terus terusan merendah diri bahawa kita masih lagi hina dan masih menzalimi diri.

Yakni bila sahabat yang paling akrab menegur kita, atau anak muda yang baru setahun jagung hidup, bernas jawapan yang di berikan kepada kita, merobek rasa kita, jauh lebih teruk dari hentakan fitnah dan serangan palsu. Ia lebih jauh menusuk kedalam kalbu. Maka hati juga mula berkata kata.

Selagi kita tidak boleh membenarkan hati kita menerima teguran dengan berlapang dada, jangan harap kita sudah berada di daerah tenang kerana emosi kita sebenarnya bila bila akan meletus lagi, buat masa ini ianya hanya berkedaan pendam. Kita kena jujur pada perasaan kita. Untuk menipu perasaan bengang kita, kita hanya mengheret jauh lagi satu kejahilan.

Oleh yang demikian......pulun lagi ler...

Sunday, September 6, 2009

nick@katagelar

Panggilan terbaik yang kita mahu dari orang lain terhadap diri kita namun.kita akan berdukacita jika gelaran dan jolokan yang berunsur negatif di berikan pula kepada diri kita

Di ketahui juga, Rasullullah s.a.w., memanggil dengan nama nama yang baik serta indah belaka kepada sesiapa sahaja

Saya juga suka mengikuti sunnah itu apabila rakan rakan yang namanya kurang wajar dengan keperibadian mereka, selalu saya beri nick nick indah supaya rakan rakan cukup suka apabila kita memanggil dengan kata gelar yang saya gubah khas untuk mereka yang menyerlahkan keperibadian mereka contohnya..yang tertib selalu (YTS), yang teramat cantik (YTC).

Walaupun saya juga pernah menerima jolokan negatif untuk diri saya, saya tidak mudah melenting apabila saya faham ianya umpama “qolqolah “ yakni melantun semula tepat kepada pemanggil ..namun ada jolokan negatif itu menyelamatkan saya..contoh “samseng” kerana masyarakat di tempat saya tidak berapa gemar menyerang saya... malah mengelak untuk berbalah dengan saya..

Keperibadian seseorang itu di nilai dari apa yang terpancar dari lidahnya, jika keras keluar, maka pengertian hidup mereka juga keras yang ini sangat terserlah kerana inilah juga peribadi saya yang dahulu yang rajin bersingsing lengan dengan sesiapa sahaja yang menguis saya.

Kadangkala saya hairan dari pemerhatian saya masyarakat saya adalah masyarakat kuat bersangka, namun sangkaan mereka cenderung negatif.. dan penyebarannya luas dan pantas tidak seperti penyebaran ilmu atau applikasi ilmu terhadap keperibadian mereka

Kesedaran ini menggalakkan sahabat sahabat rapat saya tidak mudah alah dengan tusukan tusukan pedih dari masyarakat yang tidak memahami apa yang kami lakukan , perkara yang baik lambat dapat di terima, perkerjaan amal lebih payah untuk di telah, mengapa agaknya masyarakat cenderung ke arah negatif, apakah masyarakat kita berbudaya kurang percaya, bila agaknya ia mula menular, bagi saya, yang sudah buruk di buang, agar tumbuh yang baru..yang menjernihkan juga menenangkan

Saya sangat gembira apabila sahabat saya yang mengenali saya memberitahu saya betapa kerana sikap saya yang tidak mudah melenting kala kini terhadap segala gejala fitnah, di tambah pula segala lemparan tuduhan yang bukan bukan terlerai hancur kerana penyebar fitnah hilang cerita dan sandaran palsu mereka

Makin ramai yang sedar bahawa mereka adalah salah seorang penyumbang kekuatan kepada penyebaran fitnah dan mereka mula meninggalkan kumpulan itu dan bergabung dengan samseng yang memang samseng jika kecelaruan palsu di perbesarkan tanpa usul periksa.

Apa yang perlu kita perbuat, tegas saya kepada mereka adalah, tolong jangan percaya cakap orang lain sehingga mereka kamu bertemu dan mendapat kan penjelasan dari yang di tuduh..dan selalunya cerita yang di dengar adalah 150% tokok tambah yang berbeza umpama langit dengan bumi...inshallah..lorong panas masyarakat saya sudah nampak teduhnya...dan saya sangat bersyukur..dan kiriman kiriman salam kepada saya dari sahabat dari masyarakat yang makin membukit....Ujar saya...biarlah saya meneruskan pertapaan ini..dan bila sampai waktu saya akan bersama mereka semula.. Kerana kadangkala menyepikan diri lebih kekuatannya dari bersilat di tengah masyarakat yang belum masak untuk menerima budaya mulia.

Friday, September 4, 2009

apa ini

apa kerjanya government public relations

bukankan mereka yang sepatutnya bekerja keras memahamkan rakyat apa yang sedang berlaku..

kemelut politik yang caca marba lintang pukang makin berleluasa dan makin mengudis di setia peringkat rakyat

dari sekecik kecik di sekolah rendah dan sebesar besar pekerja pekerjaa awam sendiri

elok sangatke berdiam diri..atau pun suara mereka tidak di dengari dalam kebisingan pihak pihak politik penjual perasaan

kerajaan adalah pilihan rakyat...bukan sebaliknya..

kenapa aku tak dengar suara ikhlas mengatakan kerajaan ada agenda tersembunyi namun hanya rakyat lah mereka berjuang...

hika kiri kanan atas bawah..tujuh penjuru aku berpaling..rakyat tidak lagi berpuas hati..

tiada ketelusan

mementingkan kroni

mementingkan kaum keluarga

segela gala tuduhan yang bakal meranapkan kerajaan yang di bina sejak 1957..

wahai government PR di manakah kalian..sekarang bukan zaman termenung..kerja terlalu banyak..

jangan lah berdiam diri sehingga aku tercari cari dari celah kebisingan suara rakyat yang makin tidak puas hati..

sokongan rakyat menjadikan kau teguh

sekongan rakyat menjadikan kau pemerintah

sokongan rakyat dapat kita meneruskan segala dasar yang belum selesai..

biarkan senyuman itu menjadi sedekahmu selalu

jika kita mulakan senyuman jangan pula harap senyuman balas, di pejabat aku sendiri tak semua membalas senyuman aku, hari ini aku sengaja ingin lakukan sedekah yang sering di pertusukkan ke dalam lubang telinga aku..

aku mulakan dengan senyuman dengan tersenyum di depan lif..ramai yang senyum kembali..entah apa lah yang mereka fikir tentang diri aku hari ini..tapi ..inshallah..10 orang aku senyum 10 senyum kembali sambil beberapa kali membalas pandangan..makin lama makin lebar senyuman mereka dan ada yang menampakkan gigi...

perasaan aku...kalau bahasa inggeriss "priceless"...tak tergambarkan..

sesampai di tingkat aku..aku sangka lebih mudah ..silap...10 orang..kurang dari 3 senyum semula..namun mereka semua itu bukan rakan rakan satu jabatan....

di jabatan aku..aku lemparkan senyuman..dan semua..membalas balik..dan ada yang tanya..malam jumaat yea...aku pun menakal sama..dah tau..gaharu pula..berkekek kekek aku gelak sambil meninggalkan mereka semua..sedangkan semalam..suami ku pulang dari tarawikh aku pun tak sedar lagi...sedar sedar..dah 5.00 pagi..

rupanya..mudah untuk memberi sedekah..hanya jangan harap semua akan membalas balik...

begitulah kita perlu lakukan dalam hidup...membuat jasa pada keluarga, sahabat, masyarakat dan negara..jangan lah mengharap sangat apa yang kamu akan dapat..

biarkan diri kita di terujakan dengan apa yang akan bakal kita dapat..

dulu aku berdukacita di sebabkan seorang sahabat yang hebat bertukar musuh yang paling menyedihkan..kerana segala rahsia diri aku di ketahuinya bagai belakang tangan .aku biarkan dia bakar fitnah satu taman perumahan aku..aku biarkan ...tetapi..akhirnya kebenaran yang tak payah aku serlahkan..timbul dengan terang benderang dan aku kini kasihankan dia..

tapi..aku tidak sangka tuhan ganti beri aku seorang sahabat yang aku tidak sangka langsung terlalu inginkan aku sebagai sahabat..walaupun dia jauh di seberang lautan..namun..aku di bekali email selalu..

bertukar tukar kata kata nasihat...patriotik...nasionalisma..sering menjadi isi pokok email kami..

aku panjatkan syukur..kerana gantinya adalah lebih cemerlang..orang yang berilmu..dan kalau aku nyatakan kepada kalian..dia adalah..asalnya lecturer aku..

aku sedar sekarang..dugaan itu di atasi dengan sabar..keindahan yang tak terperi bila yang kita akan terima nanti..tak pernah terlintas dalam akal kita yang sejengkal..

Wednesday, September 2, 2009

words cant describe

when you have a friend that is far away maybe more than 1000 miles from you
when you know your friend doesnt has anything in common
when you know you love to see her appearing in your email
when you look forward of hearing about her even from other friends
and you dont have any vested interest ...nothing..zilch..
but..it changes your mood from best to bestest..everytime you have news from her

but the feelings ...words cant describe ...is how happy and glad that you know each other

it must be a gift from god because both of you feel the same...it clicks it chemestrize..it is perfect..

words cant describe..even I tried..