Sunday, April 19, 2009

Semoga segala kerja kuat kita tak sia sia


Salam Semua Rakan dan Taulan Group 3A,3B dan 4A


Semoga segala penat lelah kita selama 4 bulan lepas harus waima wajib kita muntahkan di dewan peperiksaan.


Semoga segala galanya berbaloi atas usaha kita yang begitu memerlukan pengorbanan masa , perasaan juga yang hampir dengan kita.


Semoga kita berbuat sehabis daya kita.


Semoga tiada satu pun mental block "retrieval problem"


Semoga kelancaran berfikir kita tidak terbatuk batuk di hari penting ini.


Selamat Menghadapi Peperiksaan


Jika kau susah..aku di dalam perahu yang sama...


Wassalllam

Sunday, April 12, 2009

Sedih juga

Peribadi

Terperanjat juga dengan kenyataan sebegitu. Tak terlintas langsung di dalam hati kerana bukan kerana itu aku mohon pertolongan.

"Sudah balasan adik terpaksa menjaga ayah yang tua" "Dulu adik yang menyusahkan mak ayah, sekarang terima lah padahnya"

Begitu aku di tuduh

Aku memohon kepada abang membawa ayah ke hospital kerana aku tak berkesempatan. Masa bagi aku terlalu sempit.

Ialah ku kenang semula aku yang terpaksa duduk lama dengan ibu dan ayah kerana tak sampai hati meninggalkan mereka, namun, lain pula yang di rasakan oleh abang aku.

Bukan kerana nak menyeksa, tak terlintas di hati, kerana kasih, kerana tak mahu mak ayah tak terbela.

Aku bukan orang kaya yang dapat membantu dengan banyak, dengan adanya aku di situ, dapat lah aku membiayai semuanya.

Emak dan Ayah tak perlu keluar banyak, semua kutanggung suami isteri. Sehingga seringgit pun tak dapat ku simpan, malah meminjam lagi kepada orang kalau mak ayah keperluan.

Aku tak cuak, di tuduh begitu, namun aku sedar begitulah pandangan seorang abang yang sesekali menghulur pertolongan kepada orang tua.

Berperang perang sesama mereka untuk membawa ayah ke hospital walaupun dalam setahun tak sampai 2 kali.

Takpalah..

Kalau begitu perasaan mereka aku terimalah hukuman tuhan ini dengan rela hati...

Jaga lah anak anakmu supaya takut takut mereka pula mendera kalian di hari tua...

Monday, April 6, 2009

harapan baru

...paling aku jauhkan dari blog aku ini ialah ...pandangan aku tentang politik..namun sebagai rakyat aku tetap berharap ada kebaikan yang bakal menyelubungi malaysia..aku berdoa..

..maka dengan ini telah pun dia mengambil alih seperti di janjikan dan kemudian mentadbir sebaik baiknya..

..walau pun aku tersengih sangat sinis..sahabat aku amat benci akan sengih ini kerana..seakan menyindir..dengan sedar..

..ialah sapa tak nak menyindir..kalau kobaran darah kau nak memerintah tapi isteri kau sebegitu juga bogel kepalanya..tertayang lehernya dan dadanya yang mengajah besarnya..

..lantak lah..

aku harap kor jangan lupa pemimpin yang cekap di mulakan dari dalam rumah..baru lah aku yang tua..makcik yang makin menggigil tahu kau jantan yang gantang yang bakal menerobos mayapada ini dengan kegagahan yang waras...

...aku bagi masa lagi buat kau..buktikan lah ye...

Saturday, April 4, 2009

sedikit lagi..pengajaran


..sedikit pengajaran dalam semester tiga ini...


bagi aku..segala yang pedih peri itu adalah dugaan dan keseronokan itu adalah godaan...


ada kala kita perlu bertegas tegas...ada kala kita perlu merendah rendah ...ada kala kesabaran hanyalah jawapan..


..siapa kawan dan siapa lawan bukanlah perlu di dalam perjalanan mencari ilmu...adalah terlebih baik menapis siapa yang berlu di bawa berbicara dan siapa yang perlu kita diam apabila dia berbicara..


semoga aku berjumpa lagi kalian semua di dalam semester empat...


KU DOAKAN SEMOGA KALIAN SEMUA SUKSESS MENGHADAPI FINAL DI BULAN APRIL DAN MEI INI..


semoga bertemu kembali...