Wednesday, May 26, 2010

murung

bolehkah murung selama lamanya
kemurungan itu berlaku bila merasakan diri sudah tidak berdaya saing dan menjadi masalah pada diri sendiri
rasa rendah diri yang teruk dan kekecewaan yang berpanjangan menjadikannya lebih kritikal
bukan mudah hendak memulihkan diri bila di dalam tahap kemurungan yang teruk
jangan layan hati, ingatlah segalanya ada had, dah percaya akan janji Allah s.w.t.

Sunday, May 16, 2010

maka ianya perlu di gunakan

setelah perjumpaan prestasi dengan pegawai terbesar pangkat di dalam jabatan, maka aku jath murung yang teramat sangat, bukan jatuh di bawah 1 tapi jatuh lebih teruk dari itu, kemurungan aku menyusahkan semua, hilang selera makan, hilang kecerian, hilang keseronokan bekerja apalagi keseronokan untuk memikirkan apa yang harus aku lakukan untuk memperbaiki prestasi kerja aku.

aku masih murung, tapi aku mula carik carikkan apa yang telah di bincangkan, teruk benar rupanya prestasi aku, mata orang memandang nampaknya jelas yang aku tidak memberi yang terbaik sedangkan aku rasa masih baik.

entah mungkin perkara perkara yang tidak terlintas di hati di bentangkan begitu menyebabkan kita hilang pertimbangan apa yang tengah berlaku, rupa orang memandang dengan 2 mata bersalut 2 makna aku yang bekerja semata mata.

jika benar aku salah, tanpa niat aku ingin membuat salah, sebab aku tekun benar hidup tak mahu membuat sesuatu yang akan di persoalkan di kemudian hari.

sepatutnya aku terus berpegang erat kepada tujuan aku bekerja. Buat yang terbaik kerana allah dan demi allah.

Entahlah...sekarang aku harus membangunkan kekuatan diri aku semula.

Tuesday, May 11, 2010

bagaimana lah agaknya

hari ini bercerita dengan kawan, dia bermasalah kerana isteri tidak memahami gaya dia bekerja.

dah makin parah kata dia

apalah agaknya yang boleh jadi parah di kerjakan dengan perangai seorang perempuan

mungkin aku tidak di besarkan dengan perangai perempuan jelik maka aku sendiri tidak tahu berperangai jelik

cemburu, entahlah sebab aku percaya sangat pada kekasihku juga suamiku

ada pernah, dia cuba cuba berkawan dengan perempuan, dia konon konon sorok sorok perbualan, dia konon konon sorok sms untuk melihat hati ku tapi berhenti kerana aku tetap aku

aku pulak di marahi anak kerana tidak bersikap cemburu, entahlah mungkin ketika tu aku sedang menghadapi cabaran yang lebih besar jadi ku kesampingkan rasa jelek tersebut..dan ianya hilang kerana ianya membuang masa kata suamiku

tapi bila aku mendengar cerita kawanku, cemburu isterinya menghalang untuk dia bekerja dengan cemerlang , menyekat kebebasan membuat keputusan

kalau begitu cemburu isterinya harus di ubati

di ubati dengan mengajarnya mencintai Allah, memberi keyakinan terhadap dirinya bahawa suami bukan milik mutlak satu orang isteri kerena dia boleh memilih untuk beristeri isteri isteri

memilikkan suami menyusahkan diri sendiri juga keluarga, manakan bahagia kalau sentiasa mencemburui pasangannya

manakan gembira setiap kali suami bepergian hati penuh syak wasangka yang menekankan

malanglah sikap seorang isteri yang tidak dapat membahagiakan pasangan apalagi diri sendiri

bagaimana agaknya seorang suami dapat meneruskan kehidupan bekeluarga jikalau pasangan sudah menjadi duri di dalam daging

bagaimana lah agaknya hendak hidup bersama dengan seseorang yang tidak lagi bekepercayaan terhadap dirinya apalagi untuk mengasihinya tanpa sempadan

malang oh malang lah

Monday, May 10, 2010

jangan kedekut

boleh ke kedekut dengan ilmu
boleh kut ramai yang buat
nak minta ajar itu ini tak leh
mesti ada sahaja penghalang
kenapa ye
kedekut yek

kenapa takut pada benda yang boleh mendatangkan pahala
bila kita berkongsi ilmu bukan kah itu sedekah jariah
ianya berkembang pesat walau pun kita dah mati
entahlah

jangan kedekut ilmu
kongsikan
jangan takut mereka lebih pandai kerana ilmu kamu kerana kepandaian dia kerana ilmu yang kamu kongsikan akan dapat juga habuannya

jangan kedekut ilmu
yang memahamkan dia bukan kamu kamu tahu tak...!!

Sunday, May 9, 2010

hidup..aku ingin terus hidup

dulu aku teringin mati
ikut ibu ku yang pergi
dunia tak rasa berguna
hati rasa hampa

hari ini aku ingin hidup
melihat anak anak ku membesar depan mata
mungkin nasib ku baik aku beroleh cucu pula

mungkin aku dapat melaksanakan keinginan aku yang satu
menulis untuk masyarakat
dari kaca mata yang tulus dengan penuh cinta kasih
agar masyarakat tak rindu ingin mati
atau di landa hampa

sebagai ibu

mungkin kita tidak nampak dengan jelas apa yang kita perbuat kepada anak anak kita. kita memang susah nampak dengan jelas apa peribadi mereka. jika kita faham anak anak kita ada peribadi mereka sendiri jika kita imbas imbas kembali mereka.

along, sayang sangat adik adiknya, adik adiknya sudah tentu lah tidak tahu. along sendiri tidak tahu yang dia mengasihi adik adiknya. sebagai ibu kita tahu bila along sanggup belasah kawan kawan si bongsu yang tak sampai 5 tahun umur mereka sebab panggil adiknya bodoh...memang aida sibongsu lembab..masyarakat tidak faham apa yang di lalui oleh aida kerana fizikal aida lengkap...ketika dia kesekolah adiknya bila dia terdengar cemuhan kawan kawan aida dia sekali hendak membelasah budak budak yang belum baligh tu..tu lah kasih kaklong..dan adik adiknya tak tahu...

angah , sebagai lelaki memang tak faham apa tu kasih sayang, tapi bila aida kena buli..dia si kurus tu konon nak tolong..

selalu saya pesan pesan...along dan angah jangan masuk campur pergaduhan aida kerana kawan kawan aida tu belum baligh dan cukup fikir lagi..tapi kasih abang dan kakak sentiasa ingin membela aida...

sebagai ibu..saya faham angah tidak akan berebut rebut untuk mengambil makanan di majlis majlis kerana sifat semulajadi nya tidak suka berebut..termasuk lah di dalam sukan..bila di adakan perebutan gula gula di hari sukannya..beliau tunggu sehingga habis orang yang berebut ambil gula gula...nasib baik lah ada tinggal sebiji dua lagi buat dia...bagi dia..kalau dah tak ada..tak ada lah..nak berebut..maaf la...sebagai ibu..risau juga anak lelaki yang tidak bersifat kompetitif...risau sungguh

aida..si bongsu...ini lagi merisaukan..kalau ada sebeg gula gula..satu lorong budak budak di sini merasa gula gulanya..

kalau kita si ibu bercakap anak kita dermawan..tentu orang sindir..tetapi ini jiran jiran yang marah dengan sifat aida yang dermawan kerana mereka tau..budak budak tu tak memperdulikan aida jika aida tidak mempunyai apa apa ....

sifat sifat ini banyak yang tidak di ajar tapi timbul dari diri mereka sendiri dari kecil...munkin along dari nenek nyer yang pengasih...angah dari atok nyer yang sangat berdisiplin dan aida dari tok wannya yang di gelar atok kaya..kerana setiap hari jumaat..di sedekahnya duit kepada budak budak...

yang baik kita simpan dan yang buruk kita bincangkan dengan anak anak...

yang sangat aku gembira..si along belajar macam gila...macam aku juga...

Saturday, May 8, 2010

Al Fatiha Ibu

Alfatiha Ibu
Rindu tak perlu lah ku nyatakan di sini. Orang yang kehilangan ibu akan mengerti. Di sini ingin ku kongsikan apa yang telah ibu lakukan yang menjadikan aku orang yang payah di mengertikan oleh ramai.

Kerana mu jua ibu
Aku yang cukup marah bila orang berterima kasih kerana pertolongan yang aku sendiri tidak mengharapkan pembalasan kerana sering lihat ibu juga adalah wanita yang paling ikhlas di muka bumi ini

Aku yang cepat melenting bila orang membicarkan yang jelik diri orang lain adalah kerana ibu yang tidak pernah mahu menceritakkan kejelikan orang yang sentiasa menindas ibu

Aku yang tidak faham penat kerana ibu yang tidak pernah penat membelah dugaan dugaan yang keras dalam hidup ibu dan ibu tidak berubah sedikit pun malah lebih pemaaf

Aku yang sentiasa di puji kerajinan bekerja kerana ibu sentiasa mencari kerja walaupun ibu boleh berehat

Aku yang sedaya upaya taat pada suami kerana ibu sentiasa akur walaupun aku juga tahu kerenah ayah

Segala gerak geri ibu menjadikan aku yang hari ini

Semoga aku jadi contoh terbaik untuk anak anak aku seperti dirimu menjadikan aku ...aku

kalau boleh


cuti semester ni nak jadi isteri dan ibu yang terbaik selama 2 bulan, nak balas balik segala kekurangan perhatian untuk suami dan anak anak....

tapi kan...sahabat sahabat yang sudah grad mula menghantar nota nota lama untuk di ulangkaji...

entahlah..

Wednesday, May 5, 2010

Siap lagi satu semester


Siap semester 6, semester 7 pulak, jadi balen lagi 3 semester dan aku masih belum mau menerima hakikat penitik sudah makin hampir. Aku tau bukan kurang pengorbanan yang aku korbankan, keluarga aku, kawan kawanku, kakak dan abangku, pejabat ku, semuanya tidak kurang perlu berkorban untuk aku.....

tapi aku belum mahu meninggalkan menara gading ini...so pelan yang berikut...MBA..he he he..