Tuesday, May 11, 2010

bagaimana lah agaknya

hari ini bercerita dengan kawan, dia bermasalah kerana isteri tidak memahami gaya dia bekerja.

dah makin parah kata dia

apalah agaknya yang boleh jadi parah di kerjakan dengan perangai seorang perempuan

mungkin aku tidak di besarkan dengan perangai perempuan jelik maka aku sendiri tidak tahu berperangai jelik

cemburu, entahlah sebab aku percaya sangat pada kekasihku juga suamiku

ada pernah, dia cuba cuba berkawan dengan perempuan, dia konon konon sorok sorok perbualan, dia konon konon sorok sms untuk melihat hati ku tapi berhenti kerana aku tetap aku

aku pulak di marahi anak kerana tidak bersikap cemburu, entahlah mungkin ketika tu aku sedang menghadapi cabaran yang lebih besar jadi ku kesampingkan rasa jelek tersebut..dan ianya hilang kerana ianya membuang masa kata suamiku

tapi bila aku mendengar cerita kawanku, cemburu isterinya menghalang untuk dia bekerja dengan cemerlang , menyekat kebebasan membuat keputusan

kalau begitu cemburu isterinya harus di ubati

di ubati dengan mengajarnya mencintai Allah, memberi keyakinan terhadap dirinya bahawa suami bukan milik mutlak satu orang isteri kerena dia boleh memilih untuk beristeri isteri isteri

memilikkan suami menyusahkan diri sendiri juga keluarga, manakan bahagia kalau sentiasa mencemburui pasangannya

manakan gembira setiap kali suami bepergian hati penuh syak wasangka yang menekankan

malanglah sikap seorang isteri yang tidak dapat membahagiakan pasangan apalagi diri sendiri

bagaimana agaknya seorang suami dapat meneruskan kehidupan bekeluarga jikalau pasangan sudah menjadi duri di dalam daging

bagaimana lah agaknya hendak hidup bersama dengan seseorang yang tidak lagi bekepercayaan terhadap dirinya apalagi untuk mengasihinya tanpa sempadan

malang oh malang lah

No comments: