Saturday, May 31, 2008

apa saja yang terlintas sekarang

tengahari tadi aku menyaksikan lagi sekali adik aku menikah..pernikahan yang ketiga kali..dan dia akan memulakan kehidupan dengan lelaki yang ketiga..dengan tambahan 5 anak..

apakah aku kagum dengan keberanian adik aku.. atau aku cemburu dengannya.. aku pun tak tahu.

dia yang termuda bila memulakan gerbang perkahwinan sedang aku masih lagi terkial kial menjalani kehidupan sebagai seorang pekerja.. dan aku masih lagi solo ketika dia mahu memulakan perkahwinan yang kedua..

apakah nasibnya malang atau beruntung aku pun tak tahu..

dia selalu bernasib baik.. ada sahaja lelaki yang ingin mengambilnya menjadi isteri.. mungkin kerana wajahnya yang manis atau pun mulutnya yang manis

itu pun aku tak tahu..

yang aku tahu adik aku..pemecah tradisi keluarga aku.. bercerai berkahwin bercerai berkahwin bercerai dan berkahwin lagi.. umurnya baru menjangkau 40an..sudah tiga kali bertukar suami..

yang juga aku pasti..dia terlebih lebih pengalaman dari aku...

Wednesday, May 28, 2008

Permata buat Isteri



Wahai isteri isteri..jadi lah isteri yang di sayangi suami..

DOSA GUGUR APABILA SUAMI ISTERI BERSALAMAN

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. " Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami. Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami.

Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua. Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga. Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya." Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan

Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,

Taubat dengan dosa-dosa yang silam kepada Dzat yang memiliki mu.

Tuesday, May 27, 2008

Pandang ke belakang

Dalam kita sibuk mencari kehidupan yang lebih baik, dalam kita alpa memgejar impian, pandang lah kebelakang, siapa dan apa yang kita tinggalkan, adakah ia bersabit dengan amalan kita yang lebih baik ? adakah keluarga kita yang kita sayangi ? Adakah hilangnya budi bahasa kita ? Berbaloikah segala pengorbanan yang kita lakukan untuk mengejar sesuatu yang belum tentu berpulangkan kejayaan atau peningkatan dalam apa jua bidang.

Tenunglah wajah wajah orang kita kasihi, wajah wajah yang memberi makna kepada jiwa dan kehidupan. Ingatlah di saat kita terjunam..merekalah yang paling pantas akan berada di sisi kita. Wajarkah kita korbankan mereka ?

Kak Seri berkongsi...pandangan..

Monday, May 26, 2008

Sabar

Seri mudah memberi nasihat kepada sahabat dan rakan untuk bersabar. Setiap kali di timpa masalah berat, sabar lah dahulu yang Seri hulurkan dari mulut ini.

Dugaan bagai dugaan menimpa Seri, sabar itu lah yang mampu di pegang di samping berusaha dan berdoa.

Inshallah mudahlah berbagai cabaran yang datang..di hadapi

Namun cabaran terkini hanya Allah sahaja yang tahu, sedikit pun bukan tertakluk dengan dugaan yang melibatkan fizikal...

Hanya yang melaluinya..sahaja tahu..fizikal itu mudah..

Semoga lepas lah Seri dengan dugaan yang ini..

Seri sedar bukan mudah nak di angkat jadi orang orang terpilih

Kekuatan jiwa lah kini di perjuangkan..

Sunday, May 25, 2008

Kita..

petang tadi..ku temani ayahku menggunting rambut..siapa lagi kalau bukan anak anaknya yang menemaninya..tapi bukan itu yang jadi bahan cerita ku untuk malam ini..

ketika aku menemani ayahku..aku terlihat suratkhabar dengan tajuk besar Samsiah Fakeh...setahu aku tak ramai yang tahu tentang sejarah wanita ini...suratkhabar minggu lepas..

Aku baca ceritanya..cerita konon benar dari penulisan orang muda...hanya allah lah yang lebih tahu benar atau bohongnya cerita tentang dirinya..

aku tahu aku tak akan seberani dia..yang sanggup hidup sedemikian rupa..entahlah...zamannya yang penuh dengan penterjahan sikap nasionalis..didalam urat darah yang mengalir dan tak ramai wanita yang sanggup menghadapinya...hidup sepertinya..

perjalanan 4 kali berkahwin mungkin tak semudah itu di zamannya..kehilangan anak satu demi satu..tak akan jadi mudah bagi naluri seorang ibu waima keras mana pun hatinya..

terpaksa melarikan diri dari pihak kerajaan dan hidup di dalam keadaan yang mengancam nyawa..di dalam hutan..hidup sebagai..gerilya.. wanita yang paling terkenal di malaya ketika itu..siapa lagi kalau bukan Samsiah Fakeh...

Namun yang paling membuka hati ku..sejarahnya tinggal dalam buku..perjuangannya juga tinggal dalam buku..yang akan ingat akan dirinya belum tentu 10 orang.

... yang amat amat terpanggil ialah pabila si penulis menuliskan akan keadaan Samsiah sekaran ini.. berumur 86 tahun.. terpaksa di bersihkan dirinya.. tidak lagi sihat. atau segagah mana lagi dan... itu lah KITA...

sekuat mana pun kita muda muda dulu..tak akan gagah mana bila tiba tuanya kita nanti. oleh itu dengan rasa sedar.. janganlah kita lanyakkan diri kita yang masih muda dengan segala mala hal duniawi semata mata... segagah mana kita pun..kalau kita bergomol dengan dosa... maka tua nanti adakah kita sempat untuk mencucinya.

cakap masa sihat tak sama bercakap semasa uzur.. cakap semasa ada duit ..tak akan sama bila kita bercakap ketika duit tak lagi memberi makna..

maka isilah masa sewaras warasnya...

kak seri berkongsi sebuah lagu..sam saimun..lagu malar segar..



beundur dulu..Kak Seri...

Friday, May 23, 2008

You are my friend

Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ?? Mereka berkedip bersama..... ......, Bergerak bersama..... ....., Menangis bersama..... ......, Melihat bersama dan.........tidur bersama..... ..... Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain..... PERSAHABATAN seharusnya seperti itu......... .... Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN............ .

Hari ini adalah MINGGU KAWAN SEDUNIA............

maka saya pun berkongsi

my friend said Syarifah Nur said :-

"RAHSIA CINTA

Kuasa paling kuat dalam dunia adalah CINTA. Manusia sanggup melakukan apa sahaja demi cinta. Ramai manusia mati bukan di sebabkan kurang makan, TETAPI kurang kasih sayang.

Lakukan apa saja dengan perasaan SAYANG. Sayang diri anda. Buang perasaan benci, sudah pasti sayang akan datang.

Mulakan perasaan kasih sayang dengan anda menyayangi diri anda. sayang boleh dipupuk, jadi pupuklah minat dan sayang kepada setiap apa yang dilakukan. Jika sayang belum menjelma mulakan dengan perasaan kesihan atau simpati.

"Love Will Give You Wings"

Bandingan orang mukmin dalam saling cinta mencintai, berkasih sayang dan berhubung mesra ibarat satu badan , bila sakit satu anggota maka berajak-ajaklah anggota lain untuk menanggong derita dan berjaga malam."

Thank you for sharing Nur.

Thursday, May 22, 2008

Zikir - Di petik dari http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Zikir berasal dari kalimat ذكر، يذكر، ذكرا yang membawa maksud mengingat sesuatu atau menyebutnya selepas terlupa atau berdoa kepada Allah. Zikir juga membawa maksud mengingat sesuatu atau menghafaz sesuatu. Juga dapat dimaksudkan dengan sesuatu yang disebut dengan lidah atau suatu yang baik. (Rujuk al-Qamus oleh Fairuz Abadi, Lisanul Arab, dan Mu’jam al-Wasit)

Menurut Imam an-Nawawi, “Berzikir adalah suatu amalan yang disyari’atkan dan sangat dituntut di dalam Islam. Ia boleh dilakukan dengan hati atau lidah. Afdhalnya dengan kedua-duanya sekali”. (Rujuk: al-Adzkar, m/s. 23)

Zikir juga bermaksud solat, membaca al-Qur’an, bertasbih, berdoa, bersyukur, dan taat. (Rujuk: Lisanul Arab)

Zikir menurut syari’at ialah setiap ucapan yang dilakukan bagi tujuan memuji dan berdoa. Iaitu lafaz yang digunakan untuk beribadah kepada Allah, berkaitan dengan pengangungan terhadap-Nya dengan menyebut nama-nama atau sifat-sifat-Nya, memuliakan dan mentauhidkan-Nya, bersyukur dan mengangungkan Zat-Nya, membaca kitab-Nya, dan berdoa kepada-Nya. (Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyah, jil. 21, m/s. 220)

Imam an-Nawawi di dalam kitabnya, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya zikir tidak hanya tasbih, tahlil, dan takbir, bahkan zikir ialah setiap amalan ketaatan yang dilakukan kerana Allah”. (Rujuk al-Adzkar, m/s. 7)

Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, “Zikrullah juga bermaksud berterusan melakukan perkara yang wajib atau yang sunat seperti membaca al-Qur’an, membaca hadis, dan mengikuti majlis-majlis ilmu. Seperti yang dinyatakan di dalam Kitab Nuzhatu al-Muttaqin; Zikir meliputi solat, membaca al-Qur’an, berdoa untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta menuntut ilmu.” (Fathul Bari, 11/250)

Perintah, Galakkan, Dan Saranan Berzikir

“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (menyebutlah nama) Allah, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.” (Surah al-Ahzab, 33: 41-42)

Ayat ke-42 ini mengisyaratkan bahawa berzikir kepada Allah subhanahu wa Ta’ala boleh dilakukan dalam apa jua waktu.

“(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Ali Imran, 3: 191)

Ayat ini dengan jelas menyebutkan bahawa berzikir kepada Allah subhanahu wa Ta’ala dapat dilakukan dalam segala situasi dan kadaan, sama ada di ketika berdiri, atau duduk, atau ketika sedang berbaring.

Ganjaran Bagi Mereka Yang Berzikir

Allah subhanahu wa Ta’ala amat menyukai golongan yang sentiasa berzikir dan mengingati-Nya. Pelbagai ganjaran dan kedudukan tertentu akan diberikan kepada individu yang sentiasa menjaga dan melaksanakan zikir dengan sebaik-baiknya. Sebahagiannya, dapat kita lihat melalui beberapa dalil sebagaimana berikut,

Allah Menyediakan Ampunan Dan Pahala;

“Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (al-Ahzaab, 33: 35)

Dimasukkan Ke Dalam Golongan Ahli Zikr;

“Dari Abi Sa’id dan Abi Hurairah radhiallahu ‘anhuma (r.a.) bahawa Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Bila seorang suami membangunkan isterinya pada malam hari, kemudian keduanya solat dua raka’at, niscaya keduanya dicatat termasuk laki-laki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah.” (Riwayat Abu Dawud, 2/33, hadis no: 1309, Ibnu Majah 1/423, hadis no:1335, dan Al Hakim 2/452, hadis no: 3561)

Allah Sentiasa Mengingati Mereka Yang Berzikir;

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (al-Baqarah, 2: 152)

Menurut Sheikh Abdur Rahman bin Nashir as-Sa’di dalam menafsirkan ayat tersebut (Rujuk: Tafsir as-Sa’di), “Zikir kepada Allah subhanahu wa Ta’ala yang paling istimewa adalah zikir yang dilakukan dengan hati dan lisan iaitu zikir yang menumbuhkan ma’rifat kepada Allah, kecintaan kepada-Nya dan menghasilkan ganjaran yang banyak dari-Nya. Zikir adalah puncaknya rasa syukur, oleh kerana itu Allah memerintahkan hal tersebut secara khusus, kemudian memerintahkan untuk bersyukur secara umum seraya berfirman, (maksudnya) “Dan bersyukurlah kepada-Ku”, maksudnya, terhadap apa yang telah Aku nikmatkan kepada kalian dengan nikmat-nikmat tersebut dan Aku jauhkan dari kalian pelbagai jenis kesulitan. Syukur itu dilakukan dengan hati berbentuk pengakuan atas kenikmatan yang diperolehinya, dengan lisan berbentuk zikir dan pujian, dan dengan anggota tubuh berbentuk ketaatan Allah serta kepatuhan terhadap perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.”

Hati Orang Yang Berzikir Dikurniakan Ketenangan;

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan beramal sholeh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.” (ar-Ra’d, 13: 28-29)

Diberi Kejayaan Dan Keberuntungan;

“Hai orang-orang yang beriman. Apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu berjaya.” (al-Anfal, 8: 45)

Melindungi Diri Dari Gangguan Syaitan;

Banyak sekali zikir-zikir dan doa dari hadis-hadis mahupun al-Qur’an yang menjadi panduan buat kita untuk menjauhkan diri dari gangguan syaitan dalam keadaan dan waktu-waktu tertentu. Sebagimana contohnya adalah ayat al-Qursi dan doa-doa yang lain.

“Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.” (az-Zukhruf, 43: 36)

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan azd-Dzikr (al-Quran), dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (al-Hijr, 15: 9)

Zikir Menghapuskan Dosa;

Rasulullah shollahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah seseorang manusia mengamalkan satu amalan yang lebih menyelamatkan dirinya dari azab Allah iaitu dengan Zikrullah.” (Rujuk: Shahihul Jami’, no. 5644, oleh al-Albani)

Berzikir Dengan Perlahan Dan Merendah Diri Adalah Sunnah

Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan berzikirlah (sebutlah) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan senja, dan janganlah kamu menjadi orang yang lalai.” (al-A’araf, 7: 205)

Imam al-Qurthubi al-Maliki ketika menafsirkan ayat ini berkata:

“وَدُونَ الْجَهْر - Dunal Jahri - (tidak mengeraskan suara) maksudnya ialah: tidak meninggikan suara, iaitu cukup dengan memperdengarkan diri sendiri, sebagaimana firman Allah: ‘dan carilah jalan tengah di antara keduanya itu.’ Maksudnya: antara mengeraskan suara dan merendahkannya. Dan ayat ini menunjukkan bahawa meninggikan suara ketika berzikir adalah terlarang.” (al-Jami’ Li Ahkam al-Qur’an, oleh al-Qurthubi al-Maliki, 7/355)

Imam Ibnu Katsir menafsirkan ayat ini dengan berkata:

“Maksudnya: berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan rasa harap dan takut, dan dengan suaramu (lisanmu) tanpa mengeraskannya, oleh kerana itu Allah berfirman:

“dan dengan tidak mengeraskan suara”, dan demikianlah yang disunnahkan, hendaknya zikir itu (dengan suara) tidak seperti suara memanggil, dan suara yang terlalu keras, oleh kerana itu tatkala para sahabat bertanya kepada rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam, dan mereka berkata: Apakah Tuhan kita itu dekat, sehingga kita bermunajat (berdo’a dengan berbisik-bisik) kepada-Nya ataukah jauh sehingga kita memanggilnya? Maka Allah turunkan firman-Nya:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku itu dekat, Aku mengabulkan permohonan orang yang memohon, bila ia memohon kepada-Ku.” (al-Baqarah, 2: 186). (Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, oleh Ibnu Katsir 2/281). Inilah keterangan Ibnu Katsir secara lengkap, dan pada penjelasanya ini, beliau menyebutkan tiga bentuk suara: suara yang tidak keras dan sewajarnya, yang beliau ungkapkan dengan بالقول لا جهرا, panggilan/seruan نداء dan suara yang terlalu keras بليغا جهرا, dan suara yang tidak sampai pada tingkat panggilan dan juga tidak terlalu keras, inilah yang dimaksudkan dalam hadis-hadis dan ucapan para ulama’ yang menjelaskan dibolehkannya mengeraskan suara, bukan seperti yang dilakukan oleh kebanyakan masyarakat masa ini dengan mengadakan kumpulan-kumpulan zikir berjema’ah yang diketuai oleh seorang tekong dengan menggunakan pembesar suara.

Di antara dalil-dalil yang menguatkan pendirian dan prinsip ini adalah hadis riwayat Khalifah Mu’awiyah bin Abi Sufyan radhiallahu ‘anhuma, ia menuturkan:

“Sesungguhnya Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam pernah keluar rumah menuju ke suatu halaqah (perkumpulan) sebahagian sahabatnya, kemudian beliau bersabda: Apakah yang membuat kalian duduk-duduk? Mereka-pun menjawab: Kami berzikir kepada Allah dan memuji-Nya atas hidayah beragama Islam yang telah Ia karuniakan kepada kami. Beliau bersabda: Demi Allah, benarkah kalian tidak duduk-duduk melainkan kerana itu? Mereka menjawab: Demi Allah, tidaklah kami duduk-duduk melainkan kerana itu. Beliau bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya aku tidaklah bersumpah kerana mencurigai kalian, akan tetapi Malaikat Jibril datang kepadaku dan mengkhabarkan bahawa Allah Azza wa Jalla membangga-banggakan kalian di hadapan para malaikat.” (Riwayat Muslim 4/2075, hadis no: 2701)

Seandainya para sahabat yang duduk-duduk berjamaah ini berdizikir dengan diketuai oleh seorang tekong, dengan satu suara (jama’i), dan satu bacaan, dan dengan mengeraskan (menguatkan) suara, niscaya Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam tidak perlu bertanya kepada mereka tentang apa yang mereka lakukan. Hal ini (sebagaimana dikatahui bersama) kerana rumah Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam melekat dengan dinding masjidnya, sehingga bila zikir mereka bercirikan zikir yang dikuatkan/dilagukan dengan suara yang tinggi, sudah tentulah akan terdengar oleh beliau shollallahu ‘alaihi wa sallam, dan beliau tidak perlu lagi bertanya tentang apa yang mereka lakukan.

Juga sama-sama kita renungkan pertanyaan para sahabat kepada Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam: “Apakah Tuhan kita itu dekat, sehingga kita bermunajat (berdo’a dengan berbisik-bisik) kepada-Nya ataukah jauh sehingga kita memanggilnya?”

Bila perbezaan antara ketiga-tiga jenis suara ini telah jelas, maka mari kita renungkan hadis berikut:

“Dari Abi Musa rodiallahu ‘anhu ia berkata: Kami pernah bersama Rasulullah dalam suatu perjalanan, kemudian orang-orang mengeraskan suara takbir mereka, maka Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Wahai para manusia, kasihanilah dirimu dan rendahkanlah suaramu! sesungguhnya kamu tidak sedang menyeru Zat yang tuli dan tidak juga jauh. Sesungguhnya kamu sedang menyeru Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat.” (Riwayat al-Bukhori, 3/1091, hadis no: 2830. Dan Muslim, 4/2076, hadis no: 2704)

Imam an-Nawawi menjelaskan maksud hadis ini dengan berkata:

“Kasihanilah dirimu, dan rendahkanlah suaramu, kerana mengeraskan suara, biasanya dilakukan seseorang, kerana orang yang ia ajak berbicara berada di tempat yang jauh, agar ia mendengar ucapannya. Sedangkan kamu sedang menyeru Allah Ta’ala, dan Dia tidaklah tuli dan tidak juga jauh, akan tetapi Dia Maha Mendengar dan Maha Dekat …Sehingga dalam hadis ini ada anjuran untuk merendahkan suara zikir, selama tidak ada keperluan untuk mengerasakannya, kerana dengan merendahkan suara itu lebih menunjukkan akan penghormatan dan pengagungan. Dan bila ada kepentingan untuk mengeraskan suara, maka boleh untuk dikeraskan, sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis.” (Syarah Shahih Muslim, oleh Imam an-Nawawi 17/26).

Dari keterangan Imam an-Nawawi ini kita dapat menyimpulkan bahawa pada dasarnya setiap orang yang berzikir itu adalah dengan merendahkan suaranya, kecuali bila ada alasan untuk mengeraskannya, sebagai contoh misalnya apabila seorang imam yang hendak mengajari dan menunjukkan makmumnya wirid-wirid dan zikir-zikir yang dahulu diucapkan oleh Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam, sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam asy-Syafi’ rahimahullah. Hal ini sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat Ibnu Abbas rodiallahu’anhu di ketika dia menjadi imam dalam solat janazah dan hendak mengajarkan kepada makmumnya bahawa disunnahkan membaca al-fatihah dalam solat janazah:

“Dari Thalhah bin Abdillah bin ‘Auf ia berkata: Aku pernah mensolati jenazah di belakang (berjamaah dengan) Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma, maka beliau membaca surat al-Fatihah (dengan suara keras), kemudian beliau berkata: Agar mereka mengetahui bahawa ini (membaca al-fatihah dalam solat jenazah) adalah sunnah).” (Riwayat Bukhori, 1/448, hadis no: 1270)

Adapun hadis Ibnu Abbas rodiallahu’anhu:

“Bahawa mengeraskan suara ketika berzikir sebaik sahaja orang-orang mendirikan solat fardhu selesai, biasa dilakukan pada zaman Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam, dan Ibnu Abbas berkata: Dahulu aku mengetahui bahawa mereka telah selesai dari solatnya, bila aku telah mendengarnya (suara zikir).” (Riwayat Bukhori, 1/288, hadis no: 805. Dan Muslim 1/410, hadis no: 583)

Berikut ini adalah perkataan Imam asy-Syafi’i rahimahullah Ta’ala dalam menafsirkan hadis tersebut, “Bahawa beliau shollallahu ‘alaihi wa sallam mengeraskan suaranya dalam beberapa waktu sahaja, ini adalah bagi tujuan mengajari (menunjukkan) sahabatnya cara berzikir, bukanlah bererti mereka (Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam dan sahabatnya) sentiasa mengeraskan suaranya. Beliau (asy-Syafi’i) berkata: ‘Saya berpendapat bahawa seorang imam dan makmumnya hendaknya mereka berzikir kepada Allah, sebaik sahaja selesai menunaikan solatnya, dan seharusnya mereka merendahkan suara zikirnya, kecuali bagi seorang imam yang ingin agar para makmumnya belajar (zikir) darinya, maka ia boleh mengeraskan zikirnya, hingga bila ia sudah merasa bahawa mereka telah cukup belajar (memahami zikirnya), ia kembali merendahkannya.’” (Syarah Shahih Muslim oleh an-Nawawi 5/84. Dan Fathul Bari, oleh Ibnu Hajar al-‘Asqalani, 2/326. Rujuk juga kitab al-Umm oleh asy-Syafi’i, 1/126-127)

Kesimpulan Imam asy-Syafi’i ini didukung oleh beberapa hal berikut ini:

“Diriwayatkan dari Qais bin ‘Abbad ia berkata: Dahulu para sahabat Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam tidak menyukai untuk mengeraskan suara pada tiga keadaan, iaitu: di saat berperang, menghadiri janazah, dan pada saat berzikir.“ (Riwayat Ibnu Abi Syaibah, 6/143, no: 30174, Al Baihaqi 4/74, dan Al Khathib Al Baghdadi dalam kitabnya Tarikh baghdad 8/91)

Imam an-Nawawi dalam kitabnya, at-Tahqiq berkata:

“Disunnahkan untuk berzikir dan berdo’a setiap kali selesai solat (lima waktu) dan hendaknya ia merendahkan suaranya. Bila ia seorang imam dan hendak mengajarkan makmumnya (bacaan zikir) maka ia boleh untuk mengeraskan suaranya, kemudian bila mereka telah cukup belajar (apabila makmumnya telah memahami zikirnya), ia kembali merendahkannya (suaranya).” (at-Tahqiq oleh an-Nawawi: 219).

Ucapan beliau pada kitab ini, menjelaskan maksud dari ucapan beliau pada kitab-kitabnya yang lain, hal ini kerana kitab at-Tahqiq adalah antara salah satu buku yang paling akhir yang beliau tuliskan, sehingga pendapat beliau dalam buku ini harus didahulukan berbanding pendapat beliau pada buku-buku yang lainnya, terlebih lagi apabila dibandingkan dengan kitabnya Syarah Shahih Muslim. (Rujuk: Muqaddimah kitab at-Tahqiq oleh Syeikh ‘Adil Abdul Maujud).

Maka dengan penjelasan ini juga menunjukkan bahawa amalan kebanyakan masyarakat pada hari ini yang menguatkan dan meninggikan suara di kala ketika berzikir adalah suatu kesilapan, kesalahan dan perbuatan yang menyalahi petunjuk as-Sunnah dan wahyu. Serta menyelisihi kalam dan pendirian para imam yang terawal.

Sebagai kesimpulan, kaedah yang benar adalah melaksanakan zikir dengan suara yang perlahan, cukup untuk kita sendiri yang memahami dan mendengarnya. Tidak perlu dikeraskan suara, apatah lagi dilagukan zikirnya dengan nada dan irama-irama yang tertentu.

The Pretty Lady

Once upon a time a big monk and a little monk were traveling together. They came to the bank of a river and found the bridge was damaged. They had to wade across the river. There was a pretty lady who was stuck at the damaged bridge and couldn't cross the river. The big monk offered to carry her across the river on his back. The lady accepted. The little monk was shocked by the move of the big monk. 'How can big brother carry a lady when we are supposed to avoid all intimacy with females?' thought the little monk. But he kept quiet. The big monk carried the lady across the river and the small monk followed unhappily. When they crossed the river, the big monk let the lady down and they parted ways with her.

All along the way for several miles, the little monk was very unhappy with the act of the big monk. He was making up all kinds of acussations about big monk in his head. This got him madder and madder. But he still kept quiet. And the big monk had no inclination to explain his situation. Finally, at a rest point many hours later, the little monk could not stand it any further, he burst out angrily at the big monk. 'How can you claim yourself a devout monk, when you seize the first opportunity to touch a female, especially when she is very pretty? All your teachings to me make you a big hypocrite The big monk looked surprised and said, 'I had put down the pretty lady at the river bank many hours ago, how come you are still carrying her along?'

[This very old Chinese Zen story reflects the thinking of many people today. We encounter many unpleasant things in our life, they irritate us and they make us angry. Sometimes, they cause us a lot of hurt, sometimes they cause us to be bitter or jealous .. But like the little monk, we are not willing to let them go away.We keep on carrying the baggage of the 'pretty lady' with us. We let them keep on coming back to hurt us, make us angry, make us bitter and cause us a lot of agony.Why? Simply because we are not willing to put down or let go of the baggage of the 'pretty lady'. We should let go of the pretty lady immediately after crossing the river, that is after the unpleasant event is over.This will immediately remove all our agonies.There is no need to be further h urt by the unpleasant event after it is over.]
Science is organized knowledge. Wisdom is organized life.

Wednesday, May 21, 2008

Apa yang hendak kita perbuat


Hari ini, aku di peringatkan semula, kesihatan adalah satu kekayaan. Anugerah tertinggi. Apakah seorang yang banyak hartanya akan gembira tanpa kesihatan yang baik.

Benarlah,

Tidak akan bererti kehidupan tanpa kesihatan yang baik. Bagaimana kita hendak beramal, bekerja, bercinta tanpa kesihatan.

Oleh itu, jaga lah -

1- Rezeki yang halal
2- Pemakanan
3- Tambahan (exercise)

Akak yang sudah tua ini patut patutlah berhati hati dengan umur yang makin meningkat juga tubuh yang makin mengembang. Semua faktor untuk patah lebih awal.

Mari lah kita hidup secara sihat..zahir dan batin.

Ingat mengingatkan..membawa bahagia.

Tuesday, May 20, 2008

Sila Semak UITM portal

Keputusan-Bila akak semak hari ini di student portal di beritahu ialah pada 9 - 15 Jun. Jangan lupa semak untuk pre registration.

Kau yang bernama seri

http://www.4shared.com/file/48238968/7ed325e7/Kau_Yang_Bernama_Seri_-_Handy_Black.html

selepas Kak dengar lagu dari penyanyi asal...lagi..berdegar jantung akak...so kongsi kongsi boleh lah download jika sudi

Monday, May 19, 2008

Bersama


Cuti selama tiga hari bersama keluarga selepas peperiksaan..buat pertama kali terasa seronok, lebih lagi dari seronok dari yang sebelum belumnya. Dapat melihat anak anak ku bergaduh dan menyelesaikan masalah mereka sendiri. Aku biarkan mereka menjerit jerit dan menangis. Enak mendengar suara mereka. Beginilah agaknya rasanya perasaan suami suami yang selalu bertugas jauh dari rumah tangga..sesekali dapat balik bertemu keluarga alangkah seronoknya..hanya allah sahaja yang tahu.

Ku renung wajah suami ku, hairan dia melihat ku, sengaja kata ku, sengaja melihat wajahnya dengan benar benar melihat. Jarang aku merenung suami aku sebegitu ketika dia jaga. Ketika ini aku rasa aku masih berkesempatan, aku ambil peluang yang di beri. Makin lama makin kami jarang merenung sesama sendiri.

Aku berusaha juga membaca novel yang aku pinjam bila ada masa terluang, aku ingin mengisi masa yang ada dengan sepenuh penuhnya. Meleleh air liur ketika berada di perpustakaan dengan berbagai bagai buku, namun aku berjanji hanya akan membacanya ketika cuti semester. Nah, sekarang aku berkesempatan melakukannya, namun terasa hambar pula.

Aku teringin melakukan sesuatu yang lebih memberi makna, maka aku berbisik ketelinga suami ku, aku ingin keluar bersiar siar dengannya, malangnya belum sempat kami keluar, hujan pula turun dengan lebat.

Entah kenapa aku meresah sana dan sini, apa yang tak cukup di dalam jiwa aku, entah aku pun tak tahu.

Bosan bukan lah pula halnya, jiwa aku yang tak puas. Entah apa lah yang di hendaknya.

Maka aku mencoret sepatah dua kata di sini...agar hilang sedikit bosan yang melanda..

Sunday, May 18, 2008

...hari ini...



Indahnya..gambar.suamiku membantu anak perempuan bongsu ku menumbuk daun inai dan tolong memakainya..ketika aku sibuk memasak untuk makan tengahari..

Anak ini yang aku hadapi dilema ...

Anak ini ketika ku tahu aku mengandungkannya...perkara pertama yang tak ku buat ialah bersyukur..

Dilema demi dilema...cukup lah sudah dua kali aku melahirkan melalui pembedahan..tak mahu rasanya kali ketiga di kerat...lagi..

Suami ku membungkam perasaan. lama..kami tak lagi berbincang..aku dengan keputusanku..namun..entah kenapa..masuk minggu ke lapan..aku pulak berkeras ingin menyimpannya..

pening ....

...maka aku mengadu..demi aduan aku persembahkan...dalam tangisan..dalam tidurku ..agar di beri hidayah..naluri keibuan telah pun..menapak di jiwaku...aku taubat...aku tahu aku tak bersyukur...aku tak berterima kasih...rezeki yang di beri..marah yang di balas...

suami ku pun mengalah...di biarkan dia hidup...di biarkan aku dengan keputusanku..

suami aku cukup serik melihatku payah...aku senyum..aku pasrah...

teringat aku..di kelahiran anak ku yang pertama...aku yang tengah kesakitan menolak ubat penahan sakit (morphin)..aku mahu tahan kesakitan ini sendiri.tujuannya supaya aku cepat pulih...akibatnya aku jatuh demam...namum..ketika aku mengigil kesakitan aku berdoa kepada tuhan untuk meringankannya..dan sekonyong koyong datang beribu ribu malaikat yang meniup dingin di perut yang di kerat 10 inci itu...tersenyum senyum aku...

aku tetap menolak ubat penahan sakit tetapi mengambil ubat deman. Inshallah esoknya..aku mula berjalan perlahan lahan..dan 3 hari selepas pembedahan aku di lepaskan pulang kerumah..setelah aku di kurung selama 56 hari di dalam hospital...
hanya allah sahaja yang tau kegembiraan aku..saat aku masuk kereta dan bernafas dengan debu kota..

namun...anak yang ketiga ini..tak mungkin lagi..menyusahkan aku..aku sudah pintar mengawal kesakitan...

bersambung..

Saturday, May 17, 2008

Ibu --- Selamat Hari Ibu...




1 May ibu pergi meninggalkan aku...sudah hampir 7 tahun..namun.terasa baru semalam..aku amat mengerti hanya orang yang pernah kehilangan orang yang disayangi akan faham apa perasaan aku..

kehilangan yang total tak sama seperti putus cinta...mudah di ubati bila ada pengganti..

dan aku hilang arah beberapa tahun...

tahun pertama ibu pergi..rumahtanggaku bagai di pukul tsunami..suami ku terasa dia kehilangan isteri..anak anak ku seperti kehilangan ibu...aku tidak sedar apa yang berlaku...aku masih tidak ingat apa yang berlaku ...kata suami ku...dua tahun lamanya...selepas ibu pergi..rupanya. kesedihan aku yang begitu melarat ...menyakitkan ramai pihak...

yang masih aku ingat..aku pulih .bila anak bongsu aku menarik tanganku untuk membeli juadah berbuka puasa...aku tersentak...aku terjaga...

bila aku pulang kerumah ku lihat langsir yang sudah lusuh..rumah ku kusam dan tidak bernyawa...anak bongsu ku membawa ingatan ku pulang kerumah..dan aku pulih tahun itu..

teruknya aku...

sesekali terlempar kenangan langsir hijau yang lusuh masih dalam ingatan..

...kenangan itu..membangkitkan kesakitan aku di tinggalkan ibu..

..ibu ku yang lembut dan punyai senyuman yang menawan
..ibu ku punya kesabaran terbukti kerna punya anak sedegil aku
..ibu ku punya masakan yang terenak di dunia..
..ibu ku adalah isteri tersabar di dunia dan terhebat di cekerawala ini..
..ibu ku.sahabat paling setia..kepada aku juga kawan kawannya
..ibu ku.manusia paling ikhlas yang pernah aku jumpa
..ibu ku kasih kepada anak anaknya tak berbelah bagi setiap anak nya

ibu

alfatihah...

Lega ?



Semalam, aku menyiapkan tugasan terakhir yang mesti di siapkan, semua pelajar semester satu 2007101...mesti menghantar tugasan itu sebelum pukul 12.00 malam..

tepat jam pukul 12.00 malam..deadline untuk aku menghantar tugasan keramat ini...aku masih lagi menyemak...berpeluh peluh.aku di malam yang makin suam...anak aku yang sedang memainkan lagu tema handphone nya aku mohon tutup..suami aku yang baru balik dari surau ..pun aku mohon jangan menganggu aku...akhirnya..pukul 12.08.pagi..aku berjaya menghantar email ke..lecturer ku...Encik Farami..fuyoh..lega...kemudian perlahan aku menghantar sms supaya Lecturer aku tahu aku sudah pun menghantar tugasan terakhir ...

Lega..aku melepaskan nafas lega....adakah aku ..akan lega....

dan hari ini...hairan dan tak dapat aku nafikan..untuk menghilangkan bosan..aku mencari buku..untuk dibaca..aku cuba membaca novel...alahai..kenapa keseronokan aku hendak membaca novel ini..hilang sama sekali...

Sekali lagi aku sibak sepipi ke sepipi ..hmm penulisnya..ahli sasterawan negara..Abdullah Hussein..Temanya..Imam.genrenya mesti lah masalah sosial dan ugama..sah.memang kegemaran aku membaca novel novel sedemikian..namun.novel itu..masih lagi tidak memberahikan..dan kemudian aku terpandang pula selonggok buku ilmiah yang belum berkesempatan aku membacanya..hmmm...kesitu lah fokus ku mengarah....

beginilah agaknya..bila dah di asuh mencari pengetahuan....dan ianya mula menyelinap kedalam darah aku..buku buku sebegitu lebih menyeronokkan..

aku lebih teruja mengangkat buku setebal 3 inci itu kepangkuan ku kemudian..ku sibak dan ku baca..sepipi..ke sepipi..aduh..lebih mengenyangkan...

sudah bertukar selera agaknya...mungkin hujung bulan ini aku akan pulangkan semua buku buku novel yang aku pinjam tanpa membacanya ....hmmm apa sudah jadi...

Puteri kawan sekuliah aku telah berjanji kami akan bertemu dalam masa 2 minggu lagi...kami..pun tak boleh lagi di pisahkan dengan gedung buku yang begitu mengiurkan..jadi..ke Perpustakaanlah kita lagi..

bersambung

Friday, May 16, 2008

Happy Teachers Day

I made 4 calls to our Lecturer..today

Puan Nora...she is the most happiest lecturer on earth that I had known in my entire life..not only that she is the most different strict lecturer...but the way she pushes us to change our attitude towards the subject that we are taking ..keep us awake with the most assignment papers that we need to prepare..she is definitely will be missed deeply...

Encik Norsham...the lecturer that has the confidence on the students than students themselves..he will be missed

Puan Saliza...oh god...she was so happy to receive my email, she said it has been long long time ago that she received the greeting "Happy Teachers Day" since the day she has been the lecturer, the students does not treated them, da lecturers as techears anymore...but father..has taught me.."anyone who has guided us..educated us"..thanked them and Allah for giving us the opportunity to be their students...and that ..I remembered...and of course...Puan is one of a kind..cool..and ...god knows..let me keep this to myself...She will be missed too..

Encik Farami..yes sir...my speech tutor...he placed the crictic so subtle..yet true..
yes sir, you will definitely be missed by us too..

Happy Teachers Day...you will be missed...and we missed you very very much

What do you think ?


First day in the Fakulti..awesome...for someone like me, very aged and married, the first thought that cross my mind, can I go through this semester ? Am I suppose to be here ?

First day being a student in a University..a dream come true..I wish my mother is here..first drop of tear..I wish my mother knew I hope she knew..

First assignment..oh gosh b gosh...

No more empty weekends

No more CSI's, House, Desperate housewives,

No more time for small talk with the children, my father..my beloved most understanding husband beneath the winds..(thank god)



but...

the final...exam...push us to the wall...to the sky..to the centre of earth...

and

today...we have managed to complete our first semester...

and

the worst part

waiting for the results...

but friends

we are still in one piece...



to be continued...

Apa yang telah terjadi pada kita

Kita (kau dan aku) tujuan utama semasa mendaftar untuk melanjutkan pelajaran. Sudah barang tentu masing masing dengan tujuan dengan matlamat yang berasingan. Umur dan latarbelakang juga ternyata berbeza beza, apa lagi dari mana sudut geografi yang kita diami.

Dalam arena epjj ini kita dapat di satukan dengan hanya satu harapan, lulus cemerlang.

Dalam harapan penuntut baru dan suasana baru, harapan kita begitu kental pada hari pertama kita menghadiri seminar.

Dalam masa 5 minggu seminar dua pula di adakan, sudah mula wajah wajah nya berkurangan..masih ku ingat si kiut putih kuning..tinggi lampai tak lagi hadir di salam semua kelas..

begitu cepatkah kita berubah...

apalagi di dalam seminar ketiga..makin kurang lah wajah wajah di dalam kelas

semasa pepereksaan akhir ..ada juga wajah wajah yang tidak tampil...

begitu lah resam epjj kata Puan yang amat ku sanjungi itu..

apakah..harapan sebesar gunung uhud itu jadi dataran...

semudahitu kah..

aku dan yang masih tinggal amat amat berharap..dapat lah kami bersatu dalam 8 semester lagi...

inshallah..

Kak Nita..

Latest time to submit Encik Farami assignments



Dear All,

Our kind sir has given an added time to submit the assignments.

We will have the time until 12.00 pm tonight (Malaysian time please).

I hope you will be able to complete this last assignments.

I wish you happy weekend.

Apo lai ha...I missed you all and hope to see you again in July 08...

Selamat Bercuti cuti...

ps...Puan Nora tanyo..bila mau gather gather...

Thursday, May 15, 2008

How are all of you doing ?

Me..

How about my speeches..

let me share..

speech one...

remember my persuasive speech that day...I try to persuade all of you..women to revert to alQuran..to be a good..obedient wives...

and you all give me that most crumpled looks.....and some did stared to me..thinking..Kak Nita..you must be one mad woman..

and how did I reacted ....as if I am one of the men..persuading the woman to give out their signing rights..

listen girls..Perlis has been the first country is taken that right from the first wife...

so...do you think is there any win win situation

Monday, May 12, 2008

Elaboration on the assignments

1. Persuasive speech. Write something that you are good at, something that you can persuade public, something very dear to your heart. Something that you believe in. Something that no one can change your mind. Try to persuade someone that will believe you. (easy right ...)

2. Credibility of a speaker. Can a speaker convinced you ? Why, why do you trust his words, his charisma, his intelligent, his character ? When we did our assignment speech based on the video that day ? Did any of the speech convinced you ? What is the characteristic that can convince you ....write it down...

3. This is the best...based on the experienced...we can write this part basically from our experienced, remember our first speech, we are scared, no preparation, shy, lack of time, lack of practice...write it down..how did we encounter this problem..write it down..

4. This is better, we basically improved in our second speech..we knew the strategy, we become better..

That's about it...

C ya..

Final Assignments - Effective Speaking

1 - dari pada speeh kita - persuasive..boleh buat juga

2 - dari kritik kita kat video video tu

3 - dari pengalaman kita pada speech pertama

4 - dari pengalaman kita pada speech kedua..


semua tu ulang tayang..mana ada susah..

Friday, May 2, 2008

Selamat Menduduki Peperiksaan

Kepada adik adik semester 1 - kelas a dan b

Kak Nita dan contributor laman ini puteri dan aini hendak memohon maaf dari ujung rambut sehingga ke hujung kaki atas segala kelancangan bahasa Kak Nita dan kami berdua secara sengaja atau tidak.

Kak Nita sedar dan pasrah bahawa kita hanya lah anak anak di bawah cekerawala yang maha luas ciptaannya tidak akan lepas dari silap bahasa dan gaya.

Kak Nita juga manusia..

Kak Nita menyusun sepuluh jari memohon maaf dari adik adik semua.

Semoga kita bertemu lagi ....

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Wassallam

Kak Nita

kaktora@yahoo.com.sg

Taklimat

Yang perlu di ingatkan perbezaan taklimat - taklimat ada sessi soaljawab. (Yang lain sama)

Pengenalan
1 pengucapan awam
2 syarahan 2 hala
3 sessi soal jawab

tujuan - memaklumkan
format satu taraf
1 tajuk
2 salam salutasi protokol
3 kata aluan
4 isi kandungan
5 penutup
6 sessi soal jawab

format dua taraf
1 tajuk
2 salutasi protokol *
3 puji pujian *
4 ringkasan sembah taklimat
5 isi kandungan
6 penutup
7 soal jaab

salutasi protokol
1 salam pembuka taraf
2 pengunaan protokol (rujukan kehormat yang bersesuaian)

perinsip am
1 perinsip am
2 mengenal pasti khalayak
3 mengenal pasti suasana taklimat
4 peringkat taraf hadirin

tatacara
1 kemahiran penyampaian
2 memberi takfrik definisi kepada tajuk
3 menjelaskan kepada sesuata perkara
4 menunjuk cara - demonstrasi
5 kemahiran meringkaskan membezakan
6 melaporkan

gaya bahasa
1 tersusun tepat kemas formal dan serius
2 format bersahaja

penguasaan suara
1 mula dengan intonasi suara rendah
2 tinggi pada maklumat penting
3 rendahkan bila penghujung

selamat malam semua..selamat mengambil peperiksaan esok 2 May 2008

Thursday, May 1, 2008

Ucapan

definasi
1 ucapan bermaksud penglahiran idea idea secara lisan dan di ujarkan secara berpidato sehala di hadapan penonton.
2 ia sejenis karangan berformat
3 secara am ucapan menggambar seseorang bercakap tentant sesuatu perkara di hadapan khalayak ramai
3 ucapan di kemukan berdasarkan tema dan agenda sesuatu majlis yang melibatkan ucapan berkenaan
4 memerlukan kemahiran aspek pertuturan dan ekspresi yang berkesan
5 menarik dapat menguasai perhatian penonton
6 penulisan yang berkualiti (ucapan,organisasi ucapan,gaya penyampaian)
7 salutasi yang sesuai - satu taraf dua taraf

def taraf hadirin
1 tingkatan kedudukan mertabat atau darjat seseorang yang hadir dalam majlis
2 harus di ketahui supaya protokol atau salutasi di susun berdasarkan kehadiran tetamu
3 kesantunan berbahasa dapat di pelihara dengan sempurna

satu taraf
tetamu yang hadir terdiri daripada pemimpin yang berperingakt menteri
orang kenamaan
pegawai pegawai tinggi kerajaan mau swasta
ketua ketua jabatan

dua taraf
pertama
1 tetamu yang hadir terdiri daripada raja raja
2 raja muda
3 tengku mahkota
4 agung
5 perdana menteri
6 ketua menteri sesebuah negeri

makna protokol
1 peraturan peraturan yang boleh di terima oleh semua pihak
2 dalam amalan hubungan antarabangsa ..hubungan harian..istiadat..majlis rasmi..
3 berbentuk formal

format
1 tajuk
2 oleh
3 tempat
4 tarikh
5 masa

sapaan salutasi
1 terimakasih kepada pengerusi majlis
2 senarai nama tetamu..ikut pangkat

kandungan
1 objektif
2 penganjur majlis
3 kesesuaian
4 masa
5 peserta

penutup
1 memohon maaf
2 harapan
3 perasmian..etc etc


tatacara penyampaian
1 aspek lisan - jelas menarik sesuai dengan audiens
2 aspek bukan lisan - gerak badan,suara, pengisian ruang,masa,sahsiah rupadiri,hubungan mata, fisiologi
3 kaedah 2 penyampaian
- i hafalan
- ii spontan
- iii sesekali pandang atas
- iv ucapan bersahaja
- v merujuk rangka - pilih kata kunci bagi intipati ucapan espresi
- vi dapat mengekalkan hubungan mata
-vii mudah mengubahkan kesesuain ucapan (fakta)
-viii persedian lengkap
- ix keyakinan diri

jenis jenis
1 alu aluan - kumpulan yang hendak di raikan
2 ucapan pengenalan
3 penyampaian anugerah - memberi anugerah
4 menerima anugerah - ucapan terima kasih
5 selepas makan malam - orang yang di raikan atau peristiwa yang di raikan - kahwin company dinner
6 perasmian - ucapan perasmian
7 perpisahan - yang meninggalkan dan yang ucapan perpisahan dari rakan yang tinggal





satu taraf


format
1 tajuk -

akan di lompat sikit..sebab dah mula mengantuk giler

saya akan meneruskan dengan ucapan kemudian taklimat

yang lain lain..baca lah sendiri..dah tak larat..

Profil organisasi

Profil organisasi
def
1 gambaran umum tentang organisasi
2 maklumat lengkap
3 mengenai sebuah organisasi

tujuan
1 penerangan jelas kepada umum
2 perubahan syarikat di ketahui ramai

format sebuah profil organisasi
1 latar belakang organisasi - sejarah penubuhan
2 objektif misi visi - matlamat sesebuah syarikat
3 faedah pekerja - kebajikan, latihan,
4 jumlah pekerja - masukkan hieraki
5 lokasi
6 pencapaian - tambah cawangankan keuntungan

tambahan
1 budaya korporat
2 latihan
3 logo
4 falsafah
5 piagam pelanggan

Resume

Resume
1 alat komunikasi calon pekerja
2 nama lain - cv
3 memohon pekerjaan
4 mengiklankan diri

kepentingan
1 menjimatkan masa penemuduga
2 menjelaskan maklumat calon
3 padat dan ringkas
4 latar belakang /kelayakan/pengalaman pekerja
5 majikan dapat melihat kelayakan
6 melihat pengetahuan pada calon pekerja termasuk pengalaman

tujuan
1 mendapatkan duga bukan dapat kerja
2 pengalaman yang terdapat di resume memenuhi kemahiran kehendak majikan

apa patut ada dalam resume
1 kemahiran
2 pendidikan
3 pengalaman
4 kelayakan
5 potensi
6 peribadi
7 aktiviti
8 minat

kandungan resume
1 maklumat peribadi
2 pendidikan
3 pengalaman
4 aktiviti
5 minat


jenis jenis resume
1 asas - lihat nota Puan Saliza
2 kronologikal - maklumat pekerjaan kerja di tulis mengikut yang terdahulu hingga terkini
3 fungsional - kemahiran yang mempunyai potensi dengan pekerjaan yang dipohon bagus untuk menyokong kebolehan calon yang terhad
4 pencapaian - menumpukan pencapaian calon yang cukup besar - pencipta dasar
5 harvard - pengalaman kerja dan pendidikan profesional yang luas dan professional
6 kreatif - lebih kreatif professional pelukis pengiklanan penghias - resume special sikit dalam erti kata kreatif
7 gabungan - lebih mengutamakan kemahiran yang ada di tulis dalam bentuk perenggan
8 sasaran - lebih memfokuskan kepada pengalaman dan kemahiran yang berkait dengan kerja yang di pohon

Surat beradat - ulangan

pengenalan
surat yang di utuskan -
1 rakyat kepada raja
2 orang kenamaan kepada raja
3 raja kepda orang kenamaan
3 raja sesama raja
4 raja kepada kerabat di raja

format
1 kepala surat - tujuan memuliakan..bahasa arab..maksud yang baik - Ya rahim..ya aziz..ya taj al wafar
2 alamat surat - merujuk kepada nama ..gelaran..
3 maksud surat - tujuan surat beradar..bercemar duli..mencemar duli
4 menamat surat dengan tanda tangan ...dengan tanda tangan ..demikianlah sahaja patik ..saya sudahi dengan sembah dan takzim..


tujuan
1 permohonan dan pengaduan mesti lah besar
2 perkara besar dan penting
3 bahasanya halus dan lembut tanda hormat yang ada kesesuaian dengan pangkat dan kedudukan
4 surat ada hujah dan keterangan berkesan

penggunaan bahasa
1 bahasa arab
2 bahasa melayu lama
3 bahasa sanskrit
4 bahasa istana
5 bahasa biasa

aspek bahasa
1 berbunga bunga terjemahan bahasa arab dan parsi
2 bersesuaian dengan penerima
3 aspek budaya yang tinggi - hormati..
4 mementingkan institusi kesultanan melayu



peraturan penulisan surat beradat kepada DYMM di pertuan agong
1 lafaz bismillah
2 perkataan mengadap

peraturan penulisan surat beradat kepada yang di pertuan agong
1 lafaz bismillah
2 perkataan mengadap
3 kata puji pujian dama penuh seri oaduka
4 salam pembuka penuh - Assalamualaikum Warahmatuhlaahi Wabarakatuh
5 kandungan
6 penutup surat
7 tandatangan dan jawatan

Segala mala nota pendek yang sempat untuk di masukkan malam ini

Surat Rasmi
1 perhubungan bertulis
2 berhubung dengan pejabat kerajaan badan berkanun institusi pengajian tinggi etc
3 Ringkas padat tegas dan terus kepada maksudnya
4 Bukan urusan peribadi atau perseorangan

Surat Perdagangan
1 menyampaikan maklumat
2 dokumen kekal
3 bukti yang nyata
4 kepada rakan niata
5 tidak terikat denganformat atau peraturan tertentu

perbezaan surat perdagangan dengan surat rasmi
1 bahasa menarik ada penggunaan bahasa teknikal
2 tiada cogankata
3 tiada garisan melintang
4 kepada surat mengikut taraf kedudukan
5 tiada pengakuan bertanggungjawab

bahasa

surat rasmi
1 ringkas padat menepati maksud mudah di fahami
2 sapaan biasa - tuan puan
3 struktur ayat pendek

perdagangan
1 bahasa jelas dan menarik perhatian
2 sapaan mengikut kedudukan taraf
3 banyak pengunaan istilah istilah perdagangan dan perniagaan

Format ada banyak
sila lah rujuk kepada nota yang di tepek

Format surat rasmi ada 3
1 berdasarkan surat pekeliling, jabatan perdana menteri 1980
(tujuan supaya terdapat keseragaman pada semua kementerian dan agensi kerajaan)

2 berdasarkan surat pekeliling peperiksaan kementerian pendidikan malaysia
(tujuan peperiksaan)

3 format surat rasmi dengan tambahan ciri