Thursday, March 24, 2011

cakap cakap pasal bangsa aku yang melayu yang layu

oooh...penceramah dari kelantan lagi ke
iye kalau ada 30 penceramah di jemput kat kampung aku ni tiga suku ada lah dari kelantan
kenapa tanya sebahagian ahli surau..dah pengerusi suraunyer oran kelanta dan kenal orang orang dari sana..di ambil nyer lah..
kan kita duduk kat selangor..bising sorang kariah lagi
kenapa tak ambik orang selangor
mahal ..orang selangor ramai yang jadi celebriti penceramah..
ooooh....

tetapi..ada pulak
amik orang kelantan..kan orang kelantan warak warak orangnya..
muntah darah pun boleh aku
orang melayu aku..lihat warak orang kerana pakainnya dan dari negeri mana
mari
kata aku
kita ambik setiap anak kelantan yang hilang diri dan kita banding kan pula dengan anak selangor

hish orang melayu aku..
tak sedar sedar..
bangsa melayu tu tak kira mana datangnya..ramai yang layu layu belaka

meh tengok dalam universiti pula
aduiyai..
kalau gini lah keluarnya mahasiswa...boleh ranap bangsa melayu aku
tak ada etika..aduiyai..dan lebih dari setengah begitu...
2 kali alahai..aku jadi kelu

mereka bangsa aku..aku dari bangsa ini dan kami ramai yang layu

cakap lah..sebab sedap nak cakap

aku bukan orang politik sebab bila orang kata "Rous wrote
"tak nak ke parti Babi Negara (BN) upah aku berlakon dlm filem lucah lain...rupa aku ada la sikit mcm ahli parlimen......hehehehehe...." aku sedih sangat aku jadi emotional...

aku bangsa melayu dan sayang kan orang orang melayu...orang orang melayu kini dah tak takut tuhan..sebab itu bila mencemuh macam tiada neraka untuk orang orang mencarut..

ramai jerkah aku sebab kenapa kau pertahan kan sangat bangsa kamu...bukan ke islam yang patut kita utamakan...

aku sayang bangsa aku yang sepatutnya islam.jika melayu mereka..islam lah mereka..tak di pisahkan kecuali mereka yang suka sangat bercakap dengan sedap tanpa ada perkiraan langsung dalam perbuatan..

aku tahu..aku sangat mendukung islam dan aku memang tak terpanggil langsung untuk menukar bangsa..

macam mana nak tahu kita sabar

orang kata aku penyabar, gelak besar aku, aku penyabar, tak payahlah, berapa ramai orang pernah aku hamput sampai nak terkentut pun mereka tak berani. aku pernah hamput budak buat tak senonoh di dalam lrt. aku pernah debig budak sekolah menengah yang potong line aku masa aku naik bas. aku pernah jerkah peraba miang. aku pernah belasah sex maniac yang tunjuk kote kat aku. aku pernah bertumbuk bila budak jantan yang mengurat tak bagi salam dengan menarik rambut tocang aku. dan hari ini orang kata aku sabar.

aku kata, belum kena tempat untuk aku bersilat, jadi tak nampak lah taring tajam aku. yang pernah engkau lihat menjadi terkelu melihat aku sabar bila di jerkah suami, sabar bila adik menhidung tinggi dan fitnah orang kampungku.dan banyak lagi peristiwa tak menggugah mood aku. aku bukan sabar, aku buat tak tahu. tak jadi kudis kata aku. adik beradik kemana nak mendabik dada. dulu melantak nasik lauk ikan kering cekik leher pun aku yang menggorengnyer. suami yang menjerkah pun aku tak buat tahu. bukan tak pernah tahu aku pernah melempar pinggan ke dinding bila ketika aku makan mencarik pasal dengan aku. pantang aku masa makan di depan rezeki berleter leter tak pandai bersyukur dengan nikmat allah. aku menjadi rimau bila dan ketika yang aku pilih.

dan memang aku tahu aku bukan penyabar.