Friday, November 26, 2010

LUPA itu anugerah

untuk tidak lagi mengingatkan sakitnya bersalin

untuk tidak lagi rindu dendam kepada bekas kekasih, suami, anak yang pergi, ibu, ayah, sahabat

untuk tidak lagi resah pada kesalahan lampau yang memunahkan hidup kini

untuk tidak lagi membolak balikkan hati yang berdilema

adalah untuk mengubatkan perasaan yang tersagat luka

dan ubat yang paling ampuh adalah

LUPA

dan lupa itulah anugerah

untuk mendatangkan ingin seorang wanita beranak lagi makanya lupa pada kesakitan walaupun peristiwa sakit masih terlintas di dalam fikiran dan perasaan

untuk mendatangkan ingin untuk mencintai dan di cintai datangnya lupa yang dulu merasa benci untuk bercinta lagi

untuk mendatangkan insaf supaya moga taubat di datangkan lupa benci pada peristiwa namu di heret dengan insaf

LUPA...

jangan lupa adalah UBAT adalah anugerah Allah pada setiap insan

Wednesday, November 17, 2010

apa kamu berani

yang pegangan politik kamu apa ?

bukankah sekarang zaman bertengkar

sedangkan kata kawan saya, di bawah bendera manakah akan kita berdiri di padang mahsyar nanti

tidak pun ada sedikit pun sandarannya yang kita perlu mengagungkan parti politik kita yang kita sendiri tidak banyak tau jika hanya berada di tebing gelanggang

pesan arwah ayah

"politic is dirty" dan ayah sudah pun lama pergi

entah apa agaknya yang bernyala nyala di dalam perut aku

kisah politik amat dekat dengan jiwa aku, benci benar aku akan fanatiknya orang kepada parti hingga jadi buta perbuatan dan sikap

makin aku tahu makin aku tak mahu tahu

tapi aku pesan pada kawan yang sangat negatif , takkan berubah walau 1000 tahun lagi,

namun aku percaya, nak mengubah sesuatu belum tentu boleh di lakukan dalam 10 dekad, namun sejarah membuktikan, sudah banyak perubahan perubahan politik boleh berlaku

selagi ada orang yang bernafas dan bersifat macam aku selagi itu lah usaha untuk menyatukan kawan berlainan percaya tetap di lakukan

tak siapa yang benar benar betul kecuali Allah dan Rasulnya

apa agaknya bermain di dalam kepala

ketika awal pagi khutbah di baca dan di tekan tekankan akan perpaduan ummah dan ironiknya ketika membahagikan kurban menjadi bahan kata orang yang boleh menggalakkan perpecehan ummah

nafsu

jika tidak terkendalikan memang manusia boleh punah

lidah

jika mahu tampak hebat dalam berkata sahabat juga menjauhkan diri

perbuatan

apa lagi mau di kata

semua itu hanya akan terjadi pada mereka yang lupa dan tidak dapat mengendalikan perasaan dan nafsu yang tamak

dan akhirnya yang punah ranah tuanpunya diri

agaknya apa lah yang bermain main di kepala bila tidak mengawal rakus diri ketika nyawa di hujung senja hanya untuk otak, lidah, ekor binatang.....Astaghafirullah...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Salam semua pembaca,

Untuk merasakan keseronokan pada hari ini, beberapa perkara perlu dilakukan untuk mengisi hari yang mulia dengan di dahulukan dengan mandi sunat pagi raya, bersolat subuh dan berdoa dan memohonkan ampun saantero dunia, mengikhlaskan segala perbuatan dan membuang semua kenangan pahit supaya hati jadi sebersih bersihnya seperti sesorang yang telah mendapat haji yang mabrur

Bagi mereka yang menyempurnakan hari ini dengan mengorbankan binatang, akan lebih terasa kemeriahannya, ditambah lagi dengan bersama sama masyarakat melapah, menyiang, memasak dan juga bersedekah pada yang berhak.


Jika tidak berkesempatan, untuk berkoban, apa kata, tafakkur sebentar dan lihat apakah pengorbanan pengorbanan kita adalah untuk allah semata mata...


Wassallam

Tuesday, November 16, 2010

Petua Mencuci Hati

Cara aku

1) Ingat akan kasih Allah s.w.t. kepada kita kerana setiap kali kita membuat kesalahan, kita memohon keampunan dari allah. JIka di ikutkan terlalu banyak cara untuk memohon kemaafan hingga mungkin tiada ruang tinggal untuk dosa lekat pada diri kita, oleh itu, jika ada kesalahan manusia ke atas kita, layak lah kita memaafkan mereka kerana dosa mereka tidak lah sebesar mana dari mendapat rahmah allah bagi oran gorang yang pemaaf

2) Jika lidah melafaz kita ikhlas hendaklah ianya berserta dengan hati dan perasaan kita, lidak mudah melafaz ikhlas tapi ikhlas kah kita jika dendam bertompok tompok di dalam diri kita

3) Bila sudah memaafkan, sepatutnya sudah hilang semua ingatan buruk dan peluang sahabat atau rakan untuk memdapat kepercayaan kita sudah terbuka dengan luas

4) Pepatah melayu, yang buruk di jadikan sempadan (yakni landasan supaya tidak terkena kali kedua) yang baik di jadikan tauladan (yakni di ikuti akan kebaikannya)

5) Ingatkan diri, ada kah aku layak mendapat syurga sedang dendam kesumat bertompok tompok di dalam hati, layakkah orang yang banyak dendamnya itu menjadi penghuni syurga

6) Membantu dan jangan lah berharap balas, walau pun daripada anak, atau pun dari sahabat atau pun dari orang orang bawahan kita, seronokkah kita di balas jasa oleh manusia lain sedangkan balasan tuhan adalah yang kita mahukan


yang penting, sucikan diri (berwudu selalu) sucikan hati (bersyukur selalu) sucikan jiwa (tafakur selalu) sucikan rasa (kepadanya kita serahkan jiwa raga)

Sunday, November 14, 2010

Labbaik Allah ~ Beautiful Arabic Nasheed~ Muslim Spiritual

Zulhijjah dan kelebihannya untuk di raih


Kelebihan 10 hari-hari pertama Zulhijjah


Beribadah 10 hari awal Zulhijjah di Tanah Suci.

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.

Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.


Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”. Puasa ini adalah bagi mereka yang tidak berwuquf di padang Arafah.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”. Di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

Friday, November 12, 2010

Pengulangan Peringatan

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Monday, November 8, 2010

janji

janji aku pada diri aku semasa aku merasakan ada kekurangan ketika aku sibuk belajar

...aku ingin menyebut nyebut nama mu selalu...
...aku akan kurangkan tidur dan selalu berjaga di dini hari mu
...aku akan kurangkan nafsu nafsu yang merajalela di dalam nubari ku
...aku akan tambah tambahkan ibadahku


beri lah aku panduan dan kekuatan untuk menunaikan janji janji ku

bila ku lihat kehidupan yang makin taat pada keagungan material
bila ku lihat persahabatan tidak terpatri akibat kekurangan jiwa
bila ku lihat kematian tidak lagi ada harganya

aku harus pulang dengan segera
bersih diri
bersih hati
bersih jiwa

Sunday, November 7, 2010

kerja keras

hari ini bertembung dengan budak muda yang tengah merenung aku yang mengangkat buku sebelum aku hilang masuk ke bilik karel..semasa aku keluar dia bertembung sekali lagi dan dia tersenyum lagi...banyak ye kak buku...

aku menjawab ringkas..belum jumpa apa yang akak nak...dan aku balas senyum..tapi aku berhenti dari meneruskan langkah sebelum hilang masuk ke bilik...

ringan mulut aku bertanya...awak pun pelajar separuh masa ke..

ye kak..jawabnya ..

di mana aku bertanya..

UM kak...baru tahun satu...

akak pulak..dia pulak bertanya..

akak tahun tiga..hari ini hari terakhir untuk semester ini untuk akak berada di perpustakaan ini..januari esok..baru masuk balik..nak raikan semester break..aku sengih..

letih ye kak...

whoops..aku pesan..jangan ada letih, jangan ada putus asa...

letakkan dalam hati dari hari ini dan saat ini...aku akan kerja keras..sampai..habis...

jangan ada masalah keluarga menghalang..terutama ...masalah perasaan...lemparkan...

aku senyum...dan mula melangkah semula ke bilik karel...aku hanya ada 7 jam lagi..sebelum perpustakaan ini tutup...aduiyaai...

Saturday, November 6, 2010

suasana


kadang kadang jiwa kita memberontak dan ingin kan lebih apa yang ada dalam kehidupan...

memang sikap manusia..ada sahaja yang ingin di gapai ...setelah mendapatinya belum tentu ia akan tenang...

sahabat handai yang ada...suami yang ada..anak anak yang ada...pekerjaan yang ada..masih belum tentu akan memuaskan hati mereka dan mereka selalu mencari yang lebih..

konon ingin menghilangkan kebosanan di dalam kehidupan harian...

malangnya...dan selalunya...yang belum berpaksi itu menjanjikan kemusnahan..

ketenangan hidup yang sudah di kecapi terlerai...

dan hidup pun makin tunggang langgang....


sebelum terjadi kepada diri kita....tafakur sebentar

apa yang ingin di kecapi itu dalam laluan yang benar dan betul

jika tidak...hentikan dan pulanglah sebelum terlambat....

Friday, November 5, 2010

kenduri

asal nak bepergian orang membuat kenduri, bagus masyarakat melayu, selalu mengumpul saudara mara, orang cina dengan makan besar, orang melayu dengan kenduri kendara, tadi aku hadir kenduri tahlil buat abang aku yang akan berpergian mengerjakan haji, aku bukan nak puji abang aku, tapi, rumahnya dari pagi hingga ke petang penuh dengan kanak kanak, kanak kanak mengemut ngemut penuh, kalau orang lain rasa kanak kanak pengacau kenduri, tapi kakak dan abang ipar menyambut mereka macam orang besar besar datang, di sembut dengan senyum, di pimpin ke meja lauk, di tanya cukup serba serbi di tempat duduk, 4 deret meja panjang, berkali kali di penuhi dengan kanak kanak..aku bangga

Wednesday, November 3, 2010

apakah rezeki kita yang mengaturnya


sekepulanganku
senyuman yang aku lemparkan pada panglima aku tak bersambut
dan dia separuh berbisik
mungkin abang akan hilang kerja

aku diam..
terus monyok
muka pun hilang seri dan terserlah kerut kerut kecil di muka
terus bermain berbagai bagai kegelisahan dan keresahan membubut bubut datang

segala ceritanya
tak berapa kendengaran apa lagi untuk aku faham
dan muncung makin panjang

agaknya dia pun tahu aku sudah hilangkan diri dalam duka
letih kerja hari ini di darab berita sedih
memang meletihkan

tiba di pasar malam
dia bertanya apakah aku ingin berhenti
atau mencari makanan kegemaran aku
aku angguk mungkin juga tidak

mata terpandang sepasang pemain muzik buta
rezekinya entah ada entahkan tidak
namun suara merdu terus mengalun alun

tersentap dan aku faham...
apakah rezeki itu sudah hilang kerjanya
sesungguhnya selagi ada rezeki
selagi itu ia ada
rasa ria menyerap semula
dan tiba tiba sudah datang selera

Tuesday, November 2, 2010

perlukah


kita menziarahi kubur ayah dan ibu, sanak saudara, sedangkan dah berbuih orang mengata tiada siapa di dalam sana

apa kah yang mereka harapkan dengan menziarahi kubur

omak ayah mereka kah...saudara mara merekah kah..

aku juga menziarahi kubur
aku juga baca alquran dari rumah, dari opis, dari jauh kirim pada ayah dan ibu
aku juga membaca yasin di kubur
aku juga mengirim salam di kubur

apa pandangan orang lain bagi aku tidak sikit menjejas apa yang aku buat


aku kesana mengingatkan aku...aku juga menyertai mereka di sana
aku kesana kerena mahu meletakkan sedar aku tidak lama aku di atas bumi ini
aku kesana menetapkan apa yang aku kejar dengan masa aku yang terluang sikit di sini

jadi..ianya amat perlu buat aku...

Monday, November 1, 2010

apa akan suami aku buat jika begini jadinya

semalam..surat khabar mingguan oktober 31, Harian Metro ...mendedahkan kisah seorang ISTERI menelanjangkan dirinya di depan WEB cam untuk jantan haprak lain..


suami aku yang suruh aku baca..

aku tanya apa yang akan dia buat jika aku lah yang berkelakuan begitu..

KERAS jawab beliau..AKU CERAI KAN KAU...!!