Sunday, April 27, 2008

Contoh Surat Beradat...Ingat...salutasinya..(tips)

Contoh Surat Beradat

Daulat Tuanku bertambah-tambah daulat!

Tersembah ke bawah Duli Telapakan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Sulaiman ibni al-marhun Sultan Abdul Aziz, D.K, K.C.M.J., Yang Dipertuan Negeri Indera Sakti, Darul Intan yang bersemayam diatas takhta singgahsana Kerajaan di istana Kayangan dengan penuh kebesaran dan kemuliaan serta selamat sejahtera. Amin.

Amma Ba’du, ampun tuanku! Adalah patik Dato’ Safri Ali bin Othman, bagi pihak Jawatankuasa Pusat Pertandingan Pembangunan Silat Antarabangsa merafakkan sembah menjunjungi kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku mempersilakan Duli Yang Maha Mulia, Tuanku mencemar Duli untuk menyampaikan Titah serta hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan tersebut di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 9 Julai 1998 jam 9.00 pagi.

Amma ba’da ‘ithanai’l- mudzkurrah, ampun tuanku, dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan bertambah serilah lagi majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan pembangunan Silat Antarabangsa itu. Had inilah sahaja patik berdatang sembah, dipohonkan sembah ampun dan timbang kurnia daripada Ke Bawah Duli jua, adanya.

Adalah patik dengan penuh hormat yang taat setia ke bawah Duli Tuanku.


(Dato Safri Ali bin Othman)
Pengerusi,
Pertandingan Pembangunan Silat Sedunia,
Kuala Lumpur.