Sunday, April 27, 2008

Lagi..on resume

2. Resume kronologikal
Resume ini merupakan resume yang paling banyak sekali digunakan. Maksud Kronologikal ialah setiap maklumat pengalaman kerja ditulis mengikut susunan tahun dari yang terdahulu sehinggalah terkini. Setiap maklumat pengalaman dan kemahiran kerja dijelaskan dengan begitu padat dan berkait dengan kerja yang dipohon. Contohnya:





Jawatan: Ketua Jabatan Korporat Syarikat Petronas

PEKERJAAN

1996-2006 Penolong Ketua Jabatan Perhubungan TV3
1991-1996 Pegawai Perhubungan Penerangan Radio Televisyen Malaysia
1985-1991 Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Nestle

KEMAHIRAN i) merangka strategi/dasar Perhubungan Awam syarikat
ii) merangka pelancaran hari Mesra Pelanggan
iii) mengadakan sidang akhbar berkait dengan pelancaran
produk syarikat
iv) merangka slogan syarikat

3. Resume Fungsional
Resume jenis ini melihat kepada kemahiran yang mempunyai potensi dengan pekerjaan yang dipilih. Format ini amat berguna dalam menyokong kebolehan calon yang terhad latihan kerja/praktikal atau pengalaman kerja yang berkait. Namun sebelum itu, pastikan anda merujuk laman web berubung bidang yang anda pilih.

Contoh 1:
2006 Pengawai Perhubungan Awam Syarikat Multinasional
Tugas-Tugas:
i) mengemaskinikan profil syarikat
ii) membuat perubahan dasar etika pekerja syarikat
iii) mengadakan hari penerangan produk syarikat

Contoh 2:
Objektif – Jawatan Pegawai Pemasaran

Kemahiran Penulisan

Kemahiran Pemasaran

kemahiran Komunikasi

Kemahiran Pengurusan Perniagaan

Kemahiran Komputer

4. Resume Pencapaian
Resume ini digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon yang cukup besar. Ia digunakan untuk melihat pencapaian bidang tugas pekerjaan atau akademik. Ia digunakan sebagai alternatif kepada kronologikal dan Fungsional apabila pencapaian calon lebih terarah kepada sesetengah kemahiran atau kategori pengalaman. Lebih kepada tokoh-tokoh besar mengikut bidang/pengalaman calon. Contohnya pencipta sesuatu sistem/dasar yang diiktiraf.

5. Resume Harvard
Resume ini amat ringkas. Namun calonnya perlu mempunyai pengalaman kerja yang luas dan profesional.


Contohnya:
Ahmad Fatimi Abd. Karim
___________________________________________________________________________
Tarikh lahir: 27 Januari 1964 Kuala Lumpur

Kediaman: Kuala Lumpur

Pendidikan: 1974-1988 University Iowa
Sarjana Muda Kimia Petroleum

1988-1990 Universiti Tokyo
Phd. Kimia Petroleum

Pengalaman:

6. Resume Gabungan Resume ini lebih mengutamakan kemahiran yang ada pada calon. Ia ditulis dalam bentuk perenggan. Tidak mementingkan tahun. Lebih banyak menerangkan potensi calon. Antara penulisannya ialah:
i) objektif
ii) ringkasan kelayakan
iii) Pencapaian professional
iv) sejarah bekerja
v)Pendidikan

Contoh:
Ringkasan Kelayakan
Kelayakan akademik tertinggi, berpotensi, professional, dengan kejayaan pencapaian dalam penstrukturan bank, latihan, dan komunikasi antara industri.

Kekuatan utama ialah kepimpinan, kemahiran komunikasi cemerlang, berdaya saing, bekerjasama, dan memahami persekitaran kerja. Kemahiran internet dan komputer.

7. Resume Sasaran
Resume ini lebih menfokuskan kepada pengalaman dan kemahiran yang berkait dengan kerja yang dipohon.
Contoh:
• nama dan alamat
• Ringkasan kelayakan professional
• Badan professional
• Pengalaman professional
• Pendidikan

8. Resume Kreatif
Resume ini digunakan oleh calon golongan kreatif professional. Antaranya pelukis, pengiklanan, jurugambar, penghias, pelakon, dan sebagainya.

Resume mereka lebih ke arah grafik, warna, teknik tulisan, kertas yang bersaiz besar daripada biasa. Ia lebih menonjolkan unsur kreatif calon yang mungkin menarik hati majikan. Jelasnya ia bergantung kepada kemahiran tatabahasa penulis. Hasil-hasil kerja turut dilampirkan dalam pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada bidang yang dipohon oleh calon.

8.3 PROFIL ORGANISASI

Profil Organisasi merupakan gambaran umum maklumat yang paling lengkap berkaitan dengan sesebuah organisasi.

Tujuan profil:
1. memberikan penerangan jelas kepada umum tentang organisasi sama ada pihak kerajaan, syarikat swasta, badan bukan kerajaan (NGO) seperti persatuan/yayasan
2. Memastikan segala perubahan syarikat diketahui oleh masyarakat.

Format Profil Organisasi:

1. Latar belakang organisasi- Sejarah penubuhan dan nama pimpinan tertinggi organisasi.

2. Objektif-misi-visi
Objektif-merupakan matlamat yang harus dicapai
Misi-merupakan matlamat yang melalui proses pencapaian atau sebaliknya.
visi-merupakan matlamat masa hadapan yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi.

3. Faedah kepada pekerja
Keselamatan
Peningkatan sistem pergajian
Kebajikan
Insuran
Pinjaman
kemudahan prasarana

4. Jumlah pekerja
Hieraki/carta organisasi pekerja disusun untuk memudahkan pemahaman masyarakat luar organisasi. Jumlah pekerja juga dinyatakan untuk menunjukan peningkatan organisasi melalui sumber tenaga manusia. Pembahagian pekerja mengikut jabatan/kementerian memudahkan pihak tertentu untuk berurusan.

5. Lokasi organisasi
Alamat dan lokasi organisasi perlu dinyatakan untuk kegunaan pihak yang berurusan dengan organisasi tersebut. Di dalamnya juga dinyatakan talian hubungannya. Ia memudahkan pihak lain untuk mendapatkan maklumat organisasi.

6. Pencapaian organisasi
Setiap organisasi yang terkenal mempunyai pencapaian dan sumbangan yang harus dinyatakan dalam sesebuah profil. Tujuannya untuk menunjukkan keberkesanan operasi organisasi tersebut. Pengiktirafan peringkat Kebangsaan
Pengiktirafan peringkat Antarabangsa.

Boleh juga dimasukkan perkara-perkara di bawah:
1. Budaya korporat organisasi
2.Latihan
3. Logo
4. Falsafah
5. Piagam Pelanggan- yang berkait dengan perkhidmatan kepada pelanggan.

No comments: