Tuesday, December 9, 2008

Ego


EGO seorang manusia yang bernama isteri

Boleh kah seorang isteri memasang ego ? dan apa ke jadahnya ego ini..
Ego dalam pengertian rumahtangga...tidak mahu beralah akan pegangannya ke atas kehendak kehendaknya (seorang isteri)

Bolehkah kita memasang ego demi kesejahteraan rumahtangga...bagi Seri..jikalau kehendak itu tidak berpasakkan agama..maka bodoh lah seorang isteri itu dan rugi lah dirinya yang memegang watak isteri.., bila kita berkeputusan degil, hendaklah kita sandarkan kewarasan degil itu dari segi syarak dan tuntutan agama.

Isteri yang berwawasan, cerdik adalah lambamg kesejahteraan sebuah keluarga, tunggak kejayaan sebuah keluarga juga keamanan sebuah keluarga. Ia amat banyak memerlukan pengorbanan seorang isteri dan hanya isteri yang waras layak memegang ego.

Ego seorang isteri yang waras, sesekali tidak akan di benarkan anak anaknya melihat kekurangan suaminya, dia rela keras hati demi menjaga hati anak anaknya Anak anak di larang sekali memikul masalah hatinya yang dia sendiri tidak dapat menguruskan.

Isteri yang hanya nampak kekurangan suami, bagai di butakan hatinya tidak dapat meraih kesempatan yang turun yang diberikan sepercuma itu. Setiap bencana adalah ujian memertabakan dia ke peringkat yang lebih tinggi.

Masalah masalah seorang isteri kerana kekurangan kekurangan suami kerana sentiasa menginginkan suami idealistic akan kecundang akhirnya. Mana mungkin kita mendapat kan suami yang kita inginkan sedang suami kita juga tidak dapat seorang isteri yang dia inginkan.

Pertama tama...ketika menginjaki alam perkahwinan...apa kah berlaku paksaan ke atas diri kita..jika tidak..maka kita sudah akur akan sumpah setia kita kepada allah untuk menjadi seorang isteri yang taat lagi sabar akan ujian Allah ke atas diri kita. Maka selalulah kita paling paling kebelakang.

3 comments:

Sir Pök Déng said...

Kata ahli sufi:

"Barangsiapa lelaki yang inginkan isteri idaman, nescaya kahwin lima pun tidak akan cukup baginya."

Uwan Molek said...

after 18 years of marriage..the most important thing that you both need to have is respect....period.

Sir Pök Déng said...

after knowing a person for a love sake, all you need is reciprocal respect. Period. :)