Friday, December 12, 2008

Sahabat, Kawan, Kenalan, Rakan


Sahabat, Kawan, Kenalan , Rakan..dan yang sewaktu dengannya..

Aku sudah menerima beberapa emails yang mengumumkan “Hari Persahabatan Sedunia”, terusik juga hati aku dengan kata kata seolah olah tulus murni dari kawan kawan aku, sungguh shahdu kata katanya, boleh terbuai perasaan seketika, almaklumlah aku seorang penyerap dan emotional pula, hampir menitis airmata ku kerana kebenaran kata kata yang di luahkan di dalam email tersebut yang mampu menyentuh hati aku yang memang terkenal lembik.

Termenung seketika, memikirkan kebenaran dari ayat ayat romantis tersebut. Selembek aku di keraskan dengan pengalaman. Kemanisan kata kata itu mungkin benar kepada aku dan pandangan aku terhadap sahabat sahabat aku yang dulu namun serasa aku , kawan kawan email aku masih gagal untuk membuktikan diri mereka walaupun seorang kenalan rapat. (Kawan email = officemate, universiti mate).

Jikalau aku bandingkan dengan sifat dan sikap sahabat aku di tingkatan enam, kawan kawan yang selebihnya tidak dapat pun meletakkan diri mereka 10 persen kewibaan sifat dan sikap seperti mereka apalagi untuk setara sebagai rakan. Mungkin masa, keadaan dan sikap yang mengagalkan mereka.

Teringat aku, Enab atau kami gelar Inspektor Sahab, Encah kami gelar Majistret dan aku, Eta sebagai Professor Tora. Pahit manis kami bersahabat bersambung selepas bekerja dan di sambung lagi sesudah beranak pinak. (Encah = 6 orang, Enab = 6 orang dan aku, Alhamdulillah 3 orang). Dalam semua anak anak itu kami mempunyai seorang anak yang sebaya = 1995 (ketiga tiga kami beranak di tahun yang sama, Enab bulan Januari, Encah 16 Ogos dan aku 30 Ogos). Dan hanya anak aku lelaki.

Allah Maha Kuasa, kami berpisah pisah setelah berkahwin. Namun terbukti jarak tidak langsung mengurangkan kasih sayang antara kami bertiga. Bersyukur aku kerana dalam kehidupan aku di phasa ini, aku di kurniakan untuk mengecapi kemanisan bersahabat. Teringin kami jodohkan anak anak kami bila mereka dewasa, namun kami akur jauh di sudut hati, biarlah mereka semua mencari jodoh sendiri. Jika berpeluang berjumpa, alamatlah, suami kami, anak anak kami di lupakan sementara, kami masih lagi bernasib baik, pandai pandailah mereka berinteraksi antara satu sama lain.

Ketika itu, aku teringat lagi duit gaji aku, selalu aku kongsikan dengan Enab yang menjadi guru sandaran selama beberapa tahun, setiap mula persekolahan, 4 bulan dia tak bergaji, tak apalah, sesama lah kami berkongsi. Bila gajinya di bayar sekaligus, macam rang kaya kami berbelanja. Encah, nasibnya di sunting awal, selepas keputusan STPM keluar, dia lulus juga macam kami, namun tidak cemerlang, macam kami juga. Tidak seorang pun dari kami menjejaki kaki ke Universiti. Buat masa ini aku sudah pun berada di tahun 2 menyambung pelajaran yang tergendala, sudah aku beritahu kepada Enab, dia pun tak lama lagi menyambung juga pelajarannya, mungkin dia akan ambil ijazah dalam pendidikan setelah berjaya mendapat diploma didalam pendidikan setelah lebih 10 tahun menjadi guru sandaran. Sekarang mengajar di jengka pahang. Encah pula telah pun jadi guru aerobik, selalu juga dia keluar di RTM 1, mengajar senamrobik, malangnya aku sekali pun tak pernah berpeluang menonton. Aku, masih bekerja di syarikat yang sama selama 18 tahun, dari bawah aku bekerja dan sekarang aku menjadi pentadbir di dalam syarikat itu.

Ku sambung lagi cerita kami ketika kami masih remaja, .Encah terpaksa serumah dengan aku selama beberapa bulan setelah emaknya mengusirnya keluar dari rumah sungguh terajis, Encah di libas dengan getah paip di depan mata aku, buku bukunya di baling ..berserakan di ruang tamu namun, setelah di lihatnya anak nya mendapat kerja, di pujuk nya pulang, marah keluarganya ada lah kepada aku. Aku sahaja buat buat bangang.

Enab di bawa lari pulang ke Pahang oleh keluarganya, setelah peristiwa itu, sebab peristiwa yang sama itu juga yang menyebabkan, encah di halau, tak perlu aku berkongsi peristiwa sebodoh itu menyebabkan 2 keluarga menyiksa anak anak mereka. Alhamdulillah, ibu aku, menerima Encah. Encah pandai mengambil hati ibu, kami seronok seperti adik beradik.

Setelah keluarga Enab berjaya kami pujuk, mengatakan Enab mendapat kerja sebagai guru, ayahnya membenarkan dia datang ke KL semula, ayah Enab datang kerumah ku, untuk melihat aku si Eta yang menjadi mastermind. Setelah di lihatnya aku si kecik ini , tak tergamak dia memarang aku (di ceritakan enab, ayahnya teringin sangat nak memarang aku). Keluarga aku yang berbudi bahasa, ayah aku yang peramah, maka dengan yakinnya di tinggalkan Enab di rumah aku untuk memulakan pekerjaan. Bertambah lagi seorang anak dara di rumah ku.

Tetapi peristiwa pahit itu menjadi semanis manisnya apabila kami sudah bekerja, aku di terima oleh keluarga mereka dengan baik, baik keluarga Encah dan keluarga Enab. Aku beberapa kali ikut Enab pulang ke Pahang, baru lah seronok dapat balik kampung, aku budak KL apa kampung aku ada. Untungnya berkawan orang berkampung. Tersengih aku ketika mengingatkan hari hari manis aku di Pahang, bukan kerana ada terjumpa buaya friend..tetapi, keseronokan dengan keluarga si Enab yang ramai. Ayahnya pun aku sayangi. Ada juga aku dan Enab cuba menjodohkan adiknya yang perempuan dengan adik aku si lelaki, kedua duanya setuju, malangnya ketika adik Enab turun ke KL, adik aku membawa girlfriendnya pulang kerumah.

Pada mulanya kedua duanya (Enab dan Encah) menginap di rumah aku. Kami memang seronok, ibu aku pun senang kerana kami bertiga yang membuat kerja rumah, lama juga Enab duduk di rumah aku, seingat aku selama 4 tahun atau lebih. Encah sudahpun berkahwin dan mengikut suaminya bekerja di Kedah.

Satu hari, Enab datang ke tempat kerja aku, di tanya nya aku dengan wajah murah, apa perasaan aku jika dia di pinang, aku pun terdiam, seperjalanan hidup kami bersama, kami tidak berbuaya friend langsung. Hidup kami cukup. Apakan daya, ku katakan kepada dia, dia juga tak ada lelaki lain di dalam hidupnya, apa lagi di tunggu, aku tahu aku akan kehilangan seorang sahabat lagi. Dia hanya mahu aku mengatakan tolak, aku tahu, tak tergamak aku menjadi tamak kerana selama mana nak ku tahan dia. Selama aku berkawan dengannya, tak bernasib pula kami untuk di jeling pun oleh lelaki. Jika rezeki jodoh sudah tiba, taatlah kami kepadanya.

Tak lama, 6 bulan selepas itu dia bernikah. Aku SOLO...dan dari hari itu..aku belum mempertemukan seorang pun sahabat yang dapat menggantikan tempat tempat mereka yang telah pun berada jauh dari aku, seorang di kedah, seorang di pahang.

Mungkin ada yang terkejut, kedua dua mereka, tidak langsung mempunyai email address. Kami masih lagi berhubung melalui telefon hingga hari ini. Anak Encah pun sudah boleh di panggil sorang mahasiswa, mungkin sudah graduate.

Kurasakan kauorang semua dapat meneka aku ini sudah tentu tua renta. Aku sudah melalui alam pekerjaan selama 24 tahun...kira lah sendiri...
Setiap kali aku bercerita tentang sahabat, cerita inilah yang akan keluar selalu...dan aku tahu..mereka pun sama...
dan aku sudahkan catatan untuk hari ini dengan penuh kesengehan...

No comments: