Sunday, December 14, 2008

Sastera dan aku


*aku baca akhbar mingguan malaysia hari ini,

aku memang, tapi dulu,

suka sangat akan sastera; sajak, puisi, gurindam, syair, masih lagi mengalir ngalir darahnya di dalam aku sesekali berbunyi akan dia..

hari ini setelah lama dulu aku aku tinggalkan, ku baca cerpen, perkara yang lama dah tak aku lakukan kerana cerpen kebelakangan ini terlalu sarat dengan falsafah tak terjangkau fikiran aku yang makin mengecut dan tak setara aku nak memahamkan bahasa bahasa yang di terjemah terus hingga hilang bau suci seni sastera, namun - apabila aku terbaca cerpen alam berbicara tulisan Rozais Al - Anamy (http://www.rozaisalanamy.blogspot.com/ tercium aku bahasa sastera yang indah, ku ulang baca sekali lagi dan lagi, ada beberapa perenggan ku ulang ulang sampai puas hati aku akan indahnya unsur semili dan metafora ynag di gunakan, mungkin juga kerana sebuah cerpen cinta tak kesampaian...cinta orang tua...rindu dendam yang sampai habisnya tak akan teleraikan...sungguh asyik...

aku berkongsi dengan kamu kali ini. di blog ini .bukan ada apa apa tujuan hanya..kepada sesiapa peminat sastera cinta yang tak punya banyak masa...sila lah memberi sedikit masa untuk membaca kisah cinta tua pada cerpen 8 kolum..akan terbangkitlah rasa rindu dendam yang tak terlempiasakan...

*aku (kerana aku adalah mengambil kata diri terhampir dengan penceritanya) aku mahu hampir dengan kalian hai pencinta sastera .....

No comments: