Monday, December 29, 2008

Adab & Adat

Hari ini ...menemani Abang Ipar dan Kakar Ipar (Bang Teh dan Kak Teh untuk meminang anak lelakinya di Wangsa Maju. (Angah = Mohd Yazid)

..keluarga ku berkumpul di rumah Mak Sedara sebelah ayah suami ku (Mak Cik) di Taman Kosas, berkumpul 5 keluarga di sana, keluarga abang ipar ku lima beranak, Keluarga Mak cik, keluarga Mak Teh, Keluarga Pak Lang, (semua sebelah ayah suami ku). Keluarga Bang Teh, Keluarga Adik suami ku (Alang), Keluarga (Kak Ngah) kakak suamiku.

...keseronokan hati ku..adalah keramahan Mak Sedara suami ku...Mak Cik dan Mak Teh yang melayan kami bagai anak anak mereka...tak menang tangan menyua lauk dan kuih..tak berhenti henti Pak Cik kedapur ketengah kedepan melihat kami adik beradik makan ...seronoknya..terasa kalau ada mak mertua pun bertambah tambah meriah lah suasana..

Semuanya..mesra bersopan dengan adab pekerti termahal di dunia..

Selepas solat zohor kami masuk kedalam kereta masing masing..tak di sangka..aku di serahkan dengan tepak sirih..kepala sebarang majlis..

sesampai kami di kawasan perumahan bakal tunang anak buah kami..kami di sambut dengan mesra beberapa wanita dan lelaki mengajak kami naik ke atas...(tingkat 5)

..aku yang termuda ..melangkah hadapan sekali..aku membaluti suasana dengan Bismillah dan memohon kepada Allah semua perkara akan berlaku dengan aman dan sentosa. Sesampainya di muka pintu..aku yang mula melangkah kedalam kerana tepak sirih pembuka kata ada pada ku..
setelah semua barang di letak di tengah rumah...tuan rumah, mungkin pak sedara kepada bakal tunang anak kami membuka mulut..

..di mulakan dengan doa dengan suara yang lembut tapi jelas ..dan tenang...pertukaran soalan dan perundingan di mulakan dengan beliau dan Pak Lang kami..sungguh beradap dan bersopan..terasa seronok menjadi melayu..sebelum di sudahi perbincangan kami..di pesan pesan kan kepada keluarga kami tentang batas dan syarak kedua bakal pengantin ini..alhamdulillah..suasana yang panas menjadi sejuk dengan gurau senda yang bersendi adab dan bahasa yang indah ..lagi teratur.

Melayu masih belum hilang di dunia..

No comments: