Tuesday, January 27, 2009

..tak selama bersama..

..cuti 4 hari dan aku sempat menyiapkan 2 tugasan untuk pergi bercuti...kali ini di sebabkan tiada sapa yang sanggup mengambil bapa untuk di jaga..masing masing semua nak bercuti tanpa sedikit pun memikirkan yang aku dah masuk dua tahun tak dapat bercuti kerana menjaga ayah..

..aku nekad..ayah..kali ini mesti ikut aku sama bercuti..malam ahad..ada kenduri betul betul bawah hidung aku..jiran yang bersetentang depan rumah..aku terpaksa tolak..aku mesti menyiapkan tugasan aku..janji aku pada pensyarah..aku tak mahu lagi leka meminta tangguh masa...pukul 11.00 malam aku siap..dan menge-mailkan tugasan tugasan aku...lega...

..esok esok pukul 5.30 pagi dah aku kejutkan anak anak untuk bersiap..dan kami tepat pukul 7.00 pagi sudah pun berada di jalan...

..ye aku sekeluarga bersama ayah yang kurang sihat..dalam perjalanan ke endau..mersing..(sebab iannya di dalam daerah mersing bukannya rompin)..sebenarnya bersebelahan aje..

...aku bercuti di rumah kawan ku..besar pukul 1.00 pm kami tiba...perjalanan dalam 4 jam lebih..2 kali berhenti ..buang ...(macam macam buang)...

...aku kerumah mak tiri kawan ku..mak milah namanya...masih muda rupanya baru 49 tahun..kawan bapa ku berkawin dengan mak milah setelah semua anaknya mendiri kan rumahtangga setelah kematian isteri...

..kali ini aku nak bercerita pasal mak milah..janda hilang suami ketika masih bangat kasihnya..mulutnya tak lepas bercerita tentang x suaminya..kerusi kegemarannya..kuihnya..pandangannya dan macam macam lagi.. tak aku sangka..dalam sungguh kasih mak milah dengan suaminya.. aku tak perlu bercerita tentang kawan ku kali ini aku ingin sangat berkongsi cerita hati seorang isteri di tinggalkan suami kerana aku juga bakal melaluinya..

..lagu sedangkan lidah lagi tergigit di mainkan di tv...mak milah mengesat matanya..berair matanya..tak dapat dia melarikan muka bila aku memandangnya...katanya..rindu..kadang kadang teringat katanya...

..masa memasak bersama sama pagi kedua aku bermalam di sana...dia berdoa katanya..supaya tuhan menutup rezeki jodoh darinya..tak mau lagi dia meletakkan hati lelaki lain di dalam hatinya kerana yang ada ini pun masih sangat dekat dalam hidupnya...takut takut dia tak dapat taat dengan perasaan..

..ketika aku membawa pulang mee hon sup..tergenang lagi matanya...katanya lagi..ini makanan kegemaran suaminya..suka sangat dia makan mee hon sup masakan dia..

..3 hari aku di sana..tak lekang cerita tentang suaminya...begitu lah seorang isteri...

..aku berfikir dalam dalam bila berkesempatan..apakah..begitu perangai aku kelak..kuat kah aku hadapi ..bila satu satu kekuatan kita di ambil pergi..satu satu teman siang malam hilang dari pandangan..tempat bermanja tempat bergurau juga bercekau tiada lagi di depan mata...

....gerun aku memikirkannya...ku jengok suami ku tergolek di atas katil sedang membaca..mungkin dia tak perasaan..tiba tiba aku rasa kasih aku sebesar gunung hantu (gunung ini ada di pahang) bertapak di hati aku malam ini...

No comments: