Monday, January 19, 2009

..prinsip aku..

..walaupun aku bekerja..dan memegang duit sendiri..dan bersekolah dan selalu menang dalam perdebatan..dan ada juga aku terpilih menjadi pendebat terbaik..

..walaupun aku sering membuat keputusan sendiri dan juga memikirkan keputusan itu dengan sendiri dan juga aku jarang berbincang dalam membuat keputusan

..walaupun aku faham tentang ugama, boleh saja aku mempertikaikan hukum fekah dengan beberapa khilaf khilaf ulama...

..walaupun aku boleh menegur tajwid orang yang membaca alquran atau pun membetulkan grammar error orang..atau juga bercakap dengan fasih dalam bahasa inggeris..

..walaupun aku boleh pergi kemana sahaja tanpa perlu di hantar atau di ambil...

aku tetap meletakkan suami aku Numuro Uno dalam banyak hal...

...tidak aku memberi keputusan..untuk menghadiri kenduri sahabat ku tanpa memohon kebenaran darinya..

..tidak aku berdebat dengan suami walaupun aku ada pendirian sendiri

..tidak aku berkilaf dengannya..

..aku menjunjung keredhaannya...

kerana dia lah seorang suami yang membantu aku ...

memandikan ayahku
mendukung ayahku bila ayah ku tak larat untuk berjalan ke kelinik
menukar lampin
mengurutnya ketika masuk angin
membelikan dia kuih dan memastikan ayahku sentiasa ada makanan
memastikan ayah ku tidur dalam keadaan aman dan tenang..
dan berbagai bagai lagi...

dan aku amat amat bersyukur dan ingin sangat membalas budi..

No comments: