Sunday, June 14, 2009

Sillaturahimm

gambar - pak sedara yang berumur 96 tahun
Semoga di teruskan sillaturahimm yang indah ini bila lama sudah lama terbantut ...aku tak sampai hati mengatakannya putus..kerana tak kan putus air di cincang..

suami aku juga amat gembira dapat bertemu dengan pakciknya yang sudah lama dia tak berjumpa seingatnya sebelum dia berkahwin dengan ku lagi maka ku kira..sudah 20 tahun dia tak bertemu dengan pakciknya..
tak pernah aku lihat wajah suami ku yang amat ceria.. dan aku tahu benar suami ku sayang semua sedaranya maranya..berkali kali di terangkan kepada ku..tentang asal usul keluarganya sekali lagi..dan aku juga amat gembira melihat dia seolah olah terbalas penatnya pulang ke kampung dengan cuti yang amat pendek

kehilangan bapanya semenjak umurnya 13 tahun menjadikan dia amat perihatin dengan semua sedara maranya..takkira belah ibu atau bapa...setiap tahun jika berkesempatan..di bawanya aku menziarahi mereka

ada saja..mak sedaranya yang hadir..di tariknya lalu di perkenalkan kepadaku..ramainya yang tak pernah ku jumpa..

perkahwinan ini benar benar mempertemukan sebuah keluarga...alhamdulillah..

sesungguhnya suami ku bertuah..dia kehilangan seorang ayah..tetapi pak saudara dan mak saudara penuh keliling..aku pula miskin mak saudara atau pak sedara...sebelah mak aku..tiada kecuali mak sedara angkut angkut...sebelah bapa pula ...angkut pun tiada ...

menumpang kasih lah aku ...syukur alhamdulillah


Seri

No comments: