Saturday, June 14, 2008

Shahdunya petang ini

Bila beborak dengan sahabat yang selari cara pemikiran dan perwatakan, serasa sekejap sahaja. Bila dia mohon diri, jauh di sudut hati terasa sedih sangat. Mungkin dia tidak tahu impak dirinya ke atas Seri, tapi tanpa dirinya, rasa tidak lengkap hari itu. Melihat namanya terpampang menyala di dalam ym pun cukuplah. Hairan, kadang kadang hairan, Seri yang setua ini masih memerlukan sahabat di dalam kehidupan. Seri yang tak selalu lapang, namun akan kesunyian di dalam kesibukan tanpa hadirnya di dalam sehari. Anugerah tuhan kasih sayang yang tak bertepi ini.

Keagungan tuhan, di jadikan manusia saling memerlukan, saling cinta mencintai. Di dalam kesyahduan petang di tambah pula dengan lagu irama padang pasir Ron Goodwin, menambahkan lagi keresahan hati.

Kebesaran tuhan, di berinya Seri seorang sahabat yang tidak perlu dipertemukan di depan mata sekadar di ruang angkasa cyber. Masa amat menjimatkan. Memudahkan. Untuk bertemu ada kepayahan buat kami tapi di ruang cyber ini, kami dapat juga melepaskan keresahan yang berbuku di hati. Keresahan akan telerai jika kami dapat mencurahkannya antara satu sama lain. Bukan untuk menyelesaikan sekadar bercerita.

Siapa lah kami nak menyelesaikan masalah sesiapa sedangkan diri sendiri ada bebanan sendiri. Itulah yang manisnya madunya, kami tak perlu menjadi kounseller untuk diri sesiapa. Yang kami perlukan adalah persahabatan tanpa banyak soal jawab untuk satu sama lain.

Di ketima malam malam yang sunyi, dia dengan bahan penulisan yang tak pernah habis dan Seri dengan assignment yang banyak, teman meneman di antara satu sama lain, hingga lah ke pagi.

Kepada allah kami bermohon, panjangkan lah persahabatan kami jika itu memberi kebaikan kepada kami dan putuskan lah jika ia juga memberi kebaikan kepada kami.

Seri

No comments: