Sunday, June 22, 2008

Salah Anggap

Salam,

Pagi pagi minggu memang yang pertama yang akan Seri buat ialah mencari Mingguan Malaysia dan column yang pertama di baca ialah Pena Mufti dan Cetusan Pemikiran. Seri memang sudah mula meminati tulis dan cetusan pemikiran Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia. Selari dengan jawatan beliau, begitu lah pemahaman beliau untuk hidup secara kehendak Islam.

Topik beliau minggu ini ialah bangsa yang terpilih, memang, masyarakat melayu menyangka selalunya mereka ada tuan negara malaysia ini, bila dah rasa diri itu tuan, maka datangnya lah ujub, kerana keujuban inilah maka berlakunya berbagai bagai bencana di dalam masyarakat.

Seri cukup cukup suka membaca petikan ini "apalah gunanya menyarung pakaian yang bermaruah kalau seseorang itu tidak mempunyai maruah diri ? apa lah gunanya menampal pelekat bertulis "kami adalah khalifah Allah" dan menjajanya ke sana sini, kalau seseorang itu tidak mampu menjadi khalifah mentadbir diri sendiri "

Bukan berpuluh kali Seri bertembung dengan perlakuan perlakuan yang bertentangan dengan imej yang di pamerkan. Memang betul lah pepatah inggeris jangan menafsir buku dari pandangan kulit sahaja..

Berapa ramai orang yang nampaknya "baik" itu buruk perangainya. Betapa ramai orang tertipu dengan topengan ini.

Lagi yang menarik hati Seri ialah "melayu baru manja" benar juga katanya, tak payah lah Seri senaraikan dengan apa yang di katakan manja tapi cukuplah, kalau Seri bandingkan sikap anak anak kita dengan diri kita dahulu.

Tanggungjawab kita terhadap ibu bapa kita dan anak anak kita terhadap kita. Yang salah kita lah jua.

Apakah kita tidak memupuk perasaan yang halus semenjak kelahiran mereka..tepuk dada tanya selera.

Seri

No comments: