Friday, June 20, 2008

Seri

Dah masuk semester dua, Seri rasa pandai sikit lah, tak payah lah tertunggu tunggu bagaimana nak mulakan belajar. Almaklumlah epjj, kena mula sendiri, tak perlu lah di suruh suruh, macam semester satu dulu, tertunggu tunggu, masing masing pun tak pasti apa yang perlu di buat, buku buku yang di beli, di sibak sibak semuka semuka, namun tak tahu apa yang perlu di baca.

Namun masuk semester dua ini, kita dah pandai cari maklumat tentang subjek yang akan di hadapi untuk semester dua ini. Tak perlu lah tertunggu tunggu untuk memulakan subjek subjek yang nampak janggal di slip pengesahan.

Seri esok mungkin cari bahan bahan dan maklumat di perpustakaan negara. Kena lah mula awak, sebab Seri macam biasa..slow and steady je, sebab masa tak banyak yang dapat di peruntukkan untuk setiap subjek, campur tolak bahagi masa untuk keluarga, bekerja dan belajar, ada lah sikit untuk menepek nepek bahan di blog Seri yang caca marba ini.

Seri juga berharap sekiranya jika sudi, letakkan comments di bawah setiap topik, supaya kita dapat berinteraksi yakni berbincang dengan lebih terbuka.

Seri

No comments: