Monday, March 2, 2009

3 kumpulan

tahun ini aku berada di 3 kumpulan yang berlainan...kelas pertama kawan kawan lama dari semester satu..kumpulan kedua terpaksa aku memasukinya kerana aku perlu menyesuaikan waktu dan kelas ketiga..kali pertama aku bersama mereka.. kerana aku perlu ambil satu paper lagi untuk mencukup kan kredit jam aku..

dan kelas ketiga ini ramai yang lebih muda dari kelas pertama aku..rata rata masih bujang dan dalam linkungkan 20an sahaja..

cara mereka mesra..sesiapa pun yang berada di dalam kelas ini mesra dan bising mulutnya..tak ada yang pendiam..dari baris satu hingga ke baris ke hujung sama sahaja riuhnya..pulak matapelajaran ini..kami perlu banyak soal jawab..terma terma nya yang membingungkan..kalau berdiam diri ....alamat masuk angin keluar asap sahaja...

dan 2 minggu lagi kelas terakhir kami..dan kami akan bersurai...dan aku juga tak yakin bersama mereka lagi..dalam semester datang..kerana sudah pun aku menyusunnya..kecuali aku perlu sangat melakukannya..namun..

dah ramai yang menjerit jerit..."akak meh lah join kelas kami untuk semester depan"..serasa ingin sahaja aku turuti...namun mereka senior aku..sudah sewajibnya aku tak akan dapat bersama lagi dengan mereka... itu pasti...kecuali..

rasa sedih sudah pun sudah meresap kedalam hati ku..namun tak apalah...di mana mana muka bumi ini pun kita akan bertemu jua .....biarlah kita berpisah..

yang pasti ..pertemuan 4 bulan ini..biarlah ia semanis hari pertama kita bertemu..

akak doakan kamu semua..Selamat Maju Jaya..

No comments: