Sunday, August 23, 2009

berlaku seboleh benar

aku di ajar agar ethikal di dalam melapur, kursus yang aku kubangi amat besar peranannya di dalam mengemukakan cerita benar

satu hari aku di tanya keluarga ku mengenai blog ini - mengapa diari mama terpapar di cyber - kepimpinan melalui teladan - yang melintas lintas di kalbuku

maka aku seboleh benar melapurkan apa yang ada di hati bukan dari fikiran

kelmarin aku di hubungi oleh sahabat - mengapa dia suka sangat bersandiwara di dalam blog

ia mengeciwakan saya, ia melukakan saya - luah sahabatku

aku faham benar kerenah orang terpenting di dalam hidupnya

bukan kan itu sifatnya kata ku , menceritakan kehidupan yang tidak akan bakal jadi di dalam lapis hidup ini - biarkan di jadikan blognya angan angan Pak Belanga yang mahu mengahwini Sang Puteri dari Kayangan..

maka aku terpana..jika ramai lagi yang berkongsi cerita cerita Pak Belanga maka aku pun belum tentu akan di percayai oleh generasi yang akan kutinggalkan sebuah sketsa kehidupan

entahlah..

No comments: