Sunday, February 21, 2010

bukan mudah

ramai lupa diri bila bercita cita tinggi dan kemudian berjanji akan berbuat apa sahaja bila memohon untuk masuk ke pusat pengajian tinggi, belajar sambil bekerja tidak mudah itu memang kenyataan keseronokan hari pertama hilang bila mana di susunkan apa yang perlu kami buat untuk satu semester

pelajar pelajar baru seperti kami terutama semester aku , 2007101 ramai yang sedar hal ini, bayangkan hanya tuhan sahaja yang tahu pengorbanan pengorbanan pelajaran jarak jauh dan terutama kami yang e learning

aku hanya dapat bercakap dari pemerhatian aku dan aku juga tahu dalam bentuk apa jua pun rasanya tanggungjawab itu sama beratnya bagi semua yang mencari ilmu dalam pelajaran jarak jauh

sudah menganjak ke semester lima hari ini dan aku perasan 20 peratus dari jumlah pelajar sudah pun hilang

hilang di sebabkan tidak dapat meneruskan perjalanan sukar dan keadaan keadaan yang tidak mengizinkan, kami yang dalam 40 orang sudah pun tinggal tidak sampai 30 orang

dikejutkan dengan pengumuman pensyarah aku hari ini kelas kami dalam 24 orang tidak ku sadari sudah mengunjur hampir setengah

perjalanan tidak mudah..kegigihan..tanggungjawab..perngorbanan setiap semester mencatu kami kami memang letih

dugaan dugaan hidup, sakit..deman letih..pening..tekanan dari keluarga..tekanan dari kerja..tekanan tekanan ini tidak pernah mahu bersimpati dengan kami yang lelah mengejar assignmen..mengejar mid term ..bersedia utnuk final dan kami masih mahu mengejar untuk cemerlang..

yang tinggal dalam semester lima ini..aku tahu..bukan calang calang orangnya..

dan hari ini aku lihat..mereka yang tinggal masih adalah orang orang cekal dari hari pertama kami meletakkan diri di dalam kelas..

alhamdulillah..semoga kalian makin tabah dan aku harap masih membantu aku kerana yang masih menunggu memang makin ganas kata pensyarah ...

terima kasih rakan rakan sekelas yang sama membahu meneruskan perjalanan yang bersisa 4 semester lagi..semoga kita akhiri semester ini dengan cemerlang sekali lagi..

2 comments:

suriani said...

orang yg cekal itulah yg patut mendapat bahagian yg sepatutnya, kan kak?

Uwan Molek said...

bukan tak pernah tengok dia orang menangis depan saya, tersiksa batin mereka apabila tekanan tekanan yang datang bukan mudah untuk di atasi..hati seorang perempuan tetap lembut dan mudah di lukai..dan yang cekal ini sentiasa dapat Anugerah Cemerlang...