Tuesday, July 7, 2009

Adab Menguap

1. Menahan menguap sekadar termampu:* Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada
Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda
bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin,
dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu
dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang
mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah
daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia
menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu
menguap, syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:* Diriwayatkan
oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda
Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap,
hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya
syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama
menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di
dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad
dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci
orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan
sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang
mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah
bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang
bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika
menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat
menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi
alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang
perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

No comments: