Sunday, April 12, 2009

Sedih juga

Peribadi

Terperanjat juga dengan kenyataan sebegitu. Tak terlintas langsung di dalam hati kerana bukan kerana itu aku mohon pertolongan.

"Sudah balasan adik terpaksa menjaga ayah yang tua" "Dulu adik yang menyusahkan mak ayah, sekarang terima lah padahnya"

Begitu aku di tuduh

Aku memohon kepada abang membawa ayah ke hospital kerana aku tak berkesempatan. Masa bagi aku terlalu sempit.

Ialah ku kenang semula aku yang terpaksa duduk lama dengan ibu dan ayah kerana tak sampai hati meninggalkan mereka, namun, lain pula yang di rasakan oleh abang aku.

Bukan kerana nak menyeksa, tak terlintas di hati, kerana kasih, kerana tak mahu mak ayah tak terbela.

Aku bukan orang kaya yang dapat membantu dengan banyak, dengan adanya aku di situ, dapat lah aku membiayai semuanya.

Emak dan Ayah tak perlu keluar banyak, semua kutanggung suami isteri. Sehingga seringgit pun tak dapat ku simpan, malah meminjam lagi kepada orang kalau mak ayah keperluan.

Aku tak cuak, di tuduh begitu, namun aku sedar begitulah pandangan seorang abang yang sesekali menghulur pertolongan kepada orang tua.

Berperang perang sesama mereka untuk membawa ayah ke hospital walaupun dalam setahun tak sampai 2 kali.

Takpalah..

Kalau begitu perasaan mereka aku terimalah hukuman tuhan ini dengan rela hati...

Jaga lah anak anakmu supaya takut takut mereka pula mendera kalian di hari tua...

4 comments:

princessjersidd said...

tharu nyer mendengar luhanan hatimu..
bwkn byk bsabar yea,,
Nice blog
add me princessjersidd.blogspot.com

Uwan Molek said...

Salam,

Lain padang lain belalang, lain orang lain lah dugaan.

princessjersidd said...

hye seri bawa2 banyak bsabar yea...
t followed puteri kat blog yea...
daaaaaaaaa t8care yaaaa

Uwan Molek said...

Salam Princess..

Terima kasih. Kak Seri tak sunyi rupanya, ada kawan jauh yang perihatin akan kemaslahatan Kak Seri.

Alhamdulillah.

Wassallam