Tuesday, December 20, 2011

hari hari terakhir

aku sedang menghadapi kertas kertas terakhir sebelum habis semester ini. ini semester terakhir aku. bila aku habis setiap kertas ada rasa ngilu yang melalui jantung aku. aku akan meninggalkan menara gading ini tidak berapa ketika lagi. apakah ramai yang merasakan yang sama seperti ini ? kawan kawan telah menjadi karib dan kami terpaksa berpisah...kekariban kami kerana terlalu banyak yang susah bersama..setiap semester kami gempur dengan rasa letih tapi penuh tanggungjawab. tuhan amat mengasihani aku, semester ini aku d angkat menjadi ketua projek (project director) tak termimpi mengendalikan projek besar dengan 38 pelajar yang lain. projek yang menjadi sangat gemilang ini di sudahi dengan lebih banyak kecemerlangan selepasnya. aku akan mati merindui mereka.

1 comment:

Oke Deh !!! said...

puisi dan penggalan cerita yg menyentuh kalbu.... salam kenal