Thursday, September 10, 2009

Kampung siapa tahun ni bang ?

Balik kampung

Mungkin rasa ini benda remeh, tapi ramai juga yang berperang kampung mana yang patut di rayakan dulu.

Selagi lagi aku puji suamiku, tak pernah dia bertegang urat, kampung mana patut kami rayakan di hari raya pertama. Tak pernah. Selalu aku pujuk beraya di rumah ibu ku dulu, maka dia juga tidak pernah membantah.

Ad satu tahun aku sendiri memberi dia peluang beraya dulu di rumah ibunya di Utara. Tapi tahun yang aku pilih tahun malang buatku, ibu ku di serang angin ahmar di hari raya pertama.

Maka sekali itu sahaja ku beri peluang, namun, dia tetap tidak pernah membantah.

Apabila ibuku pergi. Raya tahun itu kami rayakan dulu di rumahnya. Selang selepas itu, ibunya pula pergi.

Aku dulukan pula ayahku. Macam biasa di ikutkan kehendak aku.

Bila aku tanya abang tak marah, di balas senyuman tembus ke dalam hati.

Tahun ini tahun pertama kami berdua tiada ayah dan tiada ibu. Yang lebih malang buat aku ialah sebelah mak, mak aku tunggal kecuali 2 adik tiri sahaja, sebelah ayah aku habis semua. Aku miskin saudara mara. Yang tinggal sepupu sepapat sahaja , pun perlahan lahan dah mula meninggal kan aku, yang tua tua habis di ambil pergi.

Pantang aku melihat orang tua, aku tenung sehingga orang tua tua pula tersipu sipu malu, aku suka melihat rambut putih mereka, kedut kedut di muka , tangan mereka, tanda umur dan di selaputi dengan pengalaman, hanya allah yang tahu rasa aku.

Jika bertemu kawan kawan lama ibu, tak pernah aku lupa untuk menggomol mereka. Masyarakat melayu yang tak biasa di cium di rangkul. Tapi itu lah kerja aku. Walaupun mereka menjerit jerit tapi aku tahu..mereka gembira kerana memperlakukan seperti mereka sebahagian dari keluargaku.

Jika sesekali aku terpaksa lalu di kawasan perumahan ibu ayah ku...ada sahaja yang menjerit jerit memanggil..itulah tinggal kawan kampung ku...kawan kawan ibu...tak kurang yang menangis jika dapat bertemu aku...kerana teringat ibuku nak buat macam mana wajah aku saling tak tumpah wajah ibu..

Dari cara aku berjalan..dari cara aku bertudung..dari cara aku tersengih...ke kampung ayahku itu juga cerita mereka..ke kampung ibu juga itu kata mereka...anak neng esah..sebijik macam neng esah....berbangga juga aku mempunyai wajah ibu..bukan kerana cantiknya..tapi budi pekerti ibu....semua yang kenal semua yang memberi tabik , ibu mu seikhlas wanita kami pernah temui di dunia ini...Amiin...

Oh ya balik kampung...bila aku dan suami mula merasakan kami berdua .adalah pekan dan adalah kampung kemana sahaja kalau berdua itulah dunia kami.....anak anak pun cemburu...sebelum lupa..sudah 18 tahun kami begitu..

Indahnya...

No comments: