Tuesday, September 8, 2009

alahai..aku kantoi lagi

Semalam tanggungjawab aku dan beberapa kawan lain untuk menyediakan more (sedikit juadah selepas tarawikh). Aku sorang yang bekerja di KL yang lain lain semuanya bercuti.

Di sebabkan itu aku ada keringanan untuk menyediakan juadah sekadar mampu masa dan mampu harga. Aku teringat , ketika perjumpaan buka puasa tempohari aku buat sosej koktel untuk anak anak buah aku yang lebih 20 orang dan koktel sosej aku lenyap dengan pantasnya.

Oleh itu, menu termudah aku ialah sekali lagi sosej koktail untuk surau kali ini. Sahabat aku yang bercuti memberi bantuan dengan menggoreng sosej itu sahaja pesan ku, yang lain lain aku ingin menyumbangkan tenaga.

Sebab aku di pekan, untuk mendapatkan timun jepun lebih mudah, aku terus kerumah sahabatku untuk memulakan tugas. Beres dan jam menunjukkan pukul 6.10 pm.

Masih awal. Sebenarnya bukan ini semua yang ingin ku kongsi. Tetapi cerita di bawah ini. Di taman perumahan ku ada beberapa anak yatim, dan kami menyayangi mereka semua. Kami bertiga bergilir dalam memberi bantuan. Yang sorang dah di belikan baju raya kata sahabat ku. Yang tiga lagi macam mana. Aku sanggup ambil seorang sahaja lagi memandangkan tahun ini aku sekeluarga perbelanjaan terlalu rencam. Yang sorang lagi sahabat aku bersetuju kerana anaknya hanya seorang.

Kawan ku berkongsi, salah seorang anak yatim itu terlalu seronok dapat makan sosej koktel kami. Sedangkan kami, tak merasakan bahawa itu perkara mewah. Kami berpandangan, terasa sesal kerana sepatutnya di sebelah kan dahulu untuk mereka mereka.

Alahai..kesal kami. Yang menambah sesal....kenapa tidak terlintas langsung..bukankah mereka ini adalah tujuan kami berkebajikan.....


Alahai ....

2 comments:

suriani said...

kebajikan anak2 yatim tu besau pahalanya, kan?
sosej pun deme katakan mewah ye?
tulah dia, tak sama anggapan kita ngan deme tuh!

Uwan Molek said...

Seri selalu ingatkan kawan kawan supaya selalu ingat anak anak yatim yang tak selalu dapat cukup kasih sayang dan pembelaan dalam masyarakat, ketika masih kecil bersama samalah kita mengurangkan kesusahan mereka.

Tak beli tudung Ariana atau Siti Nurhaliza raya ni pun tak apa..