Monday, September 7, 2009

Bila kau benar benar boleh...


Bila kau boleh

Kadang kadang kita rasa dan juga ingat, juga kita fikir kita sudah jauh berubah dari dulu, kita lebih sabar, lebih tenang, lebih berpengalaman. Kadang kadang kita juga fikir kita tidak akan bertindak keras sebegitu lagi. Almaklumlah kita sudah berubah, sudah insaf, sudah taubat dan tidak akan terlintas akan menjelajah semula ke daerah bengang.

Pukulan fitnah boleh di tepis dengan mudah, serangan serangan liar kita jentik dengan kelingking. Mudah, kita rasa mudah dan hati juga mudah berbunga konon kita telah sampai daerah tenang. Daerah yang sepatutnya juga melambangkan kematangan diri kita.

Namun kekurangan yang satu satu ini rupanya telah membuktikan dengan nyata, perjalanan kita masih jauh. Jauh benar, memalukan juga, di harap masih berpeluang untuk terus memuhasabahkan diri. Kerana daerah nipis ini akan membuktikan kematangan kita yang sebenarnya. Maka hendak lah sentiasa rasa rendah diri, malah terus terusan merendah diri bahawa kita masih lagi hina dan masih menzalimi diri.

Yakni bila sahabat yang paling akrab menegur kita, atau anak muda yang baru setahun jagung hidup, bernas jawapan yang di berikan kepada kita, merobek rasa kita, jauh lebih teruk dari hentakan fitnah dan serangan palsu. Ia lebih jauh menusuk kedalam kalbu. Maka hati juga mula berkata kata.

Selagi kita tidak boleh membenarkan hati kita menerima teguran dengan berlapang dada, jangan harap kita sudah berada di daerah tenang kerana emosi kita sebenarnya bila bila akan meletus lagi, buat masa ini ianya hanya berkedaan pendam. Kita kena jujur pada perasaan kita. Untuk menipu perasaan bengang kita, kita hanya mengheret jauh lagi satu kejahilan.

Oleh yang demikian......pulun lagi ler...

No comments: