Wednesday, April 9, 2008

RETORIK


RETORIK (FROM PUAN SALIZA)

2.0 PENGENALAN

Sejarah retorik
Abad ke 5 S.M – penduduk Yunani mengatakan retorik dilahirkan sebagai suatu seni yang tersendiri.
Retorik digunakan untuk memberi nasihat dalam kasus perundangan.
Retorik diperluaskan melampaui peristiwa-peristiwa perundangan dan politik – iaitu situasi menyakinkan dan memujuk.

Zaman pertengahan – awal kurun Masihi (0-800 M).
Masyarakat kristian hanya menghuraikan kitab dan mempertahankan ‘wahyu’ yang dapat diterima akal sahaja.

Masyarakat Islam menggunakan retorik khutbah dan berdoa dalam ajaran mereka.

Zaman moden
Alat untuk mentafsir maklumat tentang masyarakat.
Disiplin ilmu
Alat komunikasi – penutur tempatan dan antarabangsa.


2.1 DEFINISI RETORIK

Raminah Hj. Sabran (2002) :
retorik menyentuh hal yang berkaitan dengan cara menyampaikan pendapat, idea atau saranan.
Menghuraikan sesuatu dengan jelas dan menarik.
Penulis dapat mempersembahkan pemikirannya, tanggapannya, atau perasaannya dengan jelas dan gaya yang berkesan.

Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Abd. Aziz (1999):
Retorik berasal daripada perkataan Greek, iaitu ‘oratori’ yang bermaksud seni berpidato.
Pemakaian kata yang indah-indah dalam pidato.

2.2 CIRI-CIRI RETORIK

Pengetahuan mengenai bahasa dan penggunaan bahasa yang baik.
Pengetahuan mengenal objek tertentu yang akan disampaikan dengan bahasa.

2.3 KEMAHIRAN RETORIK
Penguasaan tatabahasa
Penguasaan pelbagai ragam bahasa
Ragam bahasa ialah kepelbagaian bentuk bahasa yang diucapkan oleh pemakainya untuk tujuan tertentu.
Za’ba (1962): ragam bahasa sering digunakan dalam percakapan untuk menguatkan tujuan kata dan mempertajamkan hasilnya kepada pembaca dan pendengar.
Contoh : Bahasa Sindiran- Buah langsat kuning mencelah,
Keduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
Contoh: Ragam bahasa dalam Komunikasi Elektronik- “may b dia bz cz….”
Penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik.
Penguasaan corak dan bentuk tulisan.

2.4 JENIS RETORIK
i)Pendedahan [ekspos]
Penulisan paling umum dan asas.
Tujuan menyampaikan idea dan pandangan tentang sesuatu
Menginterpretasikan peristiwa-peristiwa tertentu seperti sejarah
Menganalisis masalah sosial, isu politik
Menghuraikan hasil kajian
Menerangkan konsep
Memberikan definisi

ii)Penghujahan
Menyakinkan pembaca terhadap kewajaran sesuatu perkara dan seterusnya bersetuju dengan perkara itu.
Terdapat dua cirri utama:
Penulisan itu mesti mengandungi gagasan atau usul
Harus disertakan dengan bukti.

iii)Pemujukan
Bermatlamat untuk memujuk pembaca atau pendengar berbuat sesuatu seperti yang diharapkan oleh penulis.
Terdapat 3 ciri-ciri khusus :
Penulis perlu mengusulkan tindakan atau langkah kepada audiens
Bukti dan tujuan perlu diadun dengan kemas.
Gaya penyampaian dan saranan mestilah berkesan, imaginatif, dan emotif.

iv)Pemerian
Bertujuan untuk memerihalkan sesuatu.
Penulisan itu semata-mata cerminan benda atau perkara sebenar yang diperihalkan, iaitu penulisan yang memaparkan sesuatu sebagaimana adanya.
Terbahagi kepada dua jenis:
Bersifat saintifik dan fakta-penulisan yang berasaskan fakta sebenar yang ada pada sesuatu objek.
Bersifat imaginatif- memberikan gambaran yang abstrakyang memerlukan audiens menggunakan daya imaginatif dan daya fikir untuk menghayatinya.
Contoh: pemerian tentang kejujuran, kebijaksanaan, keyakinan seseorang dan sebagainya.
Penulis harus memerihalkan sesuatu dengan terperinci.

v)Penceritaan/naratif
Boleh ditemui dalam laporan akhbar, aktiviti, minit mesyuarat, ceramah atau syarahan yang menerangkan sesuatu.
Penceritaan meliputi cerita pendek, sejarah, autobiografi, penglipur lara, novel, drama, hikayat, dan sebagainya.
Penceritaan mesti mempunyai permulaan, pertengahan, dan pengakhiran.


2.5 CONTOH PENULISAN JENIS RETORIK

Retorik pendedahan
Contoh: Kini kita dapati sambutan terhadap kegiatan seni teater masih belum memuaskan. Masyarakat kita masih melihat aspek teater sebagai suatu seni semata-mata sedangkan seni teater banyak memberikan ilmu pengetahuan kepada mereka. Antaranya dari segi kebudayaan, adab resam, kisah kehidupan masyarakat dahulu dan sebagainya.

Retorik penghujahan
Contoh: Malaysia telah menuju ke arah status negara industri. Walau bagaimanapun, masalah kekurangan tenaga teknokrat dan professional merupakan kekangan yang perlu ditangani segera. Masalah ini akan menyebabkan Malaysia ketinggalan berbanding Negara yang telah maju. Laungan Wawasan 2020 pasti hanya akan tinggal sebagai laungan semata-mata.

Retorik pemujukan:
Contoh: Inilah peluang untuk anda memiliki Contoh: Inilah peluang untuk anda memiliki kereta Proton pada harga yang paling rendah. Kunjungilah pengedar kereta Proton yang berhampiran dan rebutlah peluang ini sebelum terlambat dan sementara stok masih ada.

Retorik pemerian:
Contoh: Penjenayah yang dikehendaki itu berumur dalam lingkungan 25-30 tahuan. Tinggi 6’ 3”, berkulit cerah, berbadan gempal, mata berwarna coklat, berkepala botak, dan terdapat tanda hitam sebesar syiling 50 sen di pipi sebelah kiri.

Retorik penceritaan:
Contoh: Autobiografi chef Wan : Dari Paris, menaiki pesawat Iberia (penerbangan Sepanyol), Wan menuju ke Barcelona. Kunjungan akhir Wan di sini enam bulan sebelum Sukan Olimpik 1992. Lama juga tu. Penerbangan satu setengah jam dan sebaik tiba di lapangan terbang, Wan terus ke hotel La Rambla di tengah Barcelona.


2.6 CONTOH PENULISAN RETORIK LISAN

Retorik Lisan- bahasa yang digunakan dalam perbualan seharian atau bahasa kolokian.
Za’ba – gaya mulut (lisan) dan gaya surat (tulisan)
Contoh : tak (tidak), jugak (juga)

i)Lisan klasik – ayat panjang, berulang, dan berbelit-belit
Contoh: Maka titah Sultan Iskandar Syah, “Baik tempat ini. Sedang pelanduknya lagi gagah. Baik kita perbuatkan negeri”.

ii)Lisan moden- laras bahasa yang lebih pelbagai.
Aspek perkataan dan penyebutannya juga telah diubah suai.
Contoh bapak [bapa], jugak[juga], bukak[buka].
Menerima pengaruh Inggeris.


2.7 BENTUK DAN GAYA RETORIK
Gaya retorik ialah gaya bahasa yang maknanya diertikan menurut bentuk lahirnya. Gaya ini didasrkan kepada pengaruh pilihan kata yang tidak lazim atau susunan ayat yang luar biasa.

Asyndeton- pengulangan tanpa kata hubung.
Contoh: segala sakit, senang, susah, payah,suka, dan duka ditanggungnya sendiri saja.

Polysyndeton-gaya yang menyambungkan kata, frasa, dan klausa dengan kata hubung.
Contoh: wang dan harta dan pangkat dan kemewahan, semuanya menggelapkan mata hatinya.

Euphemism- ungkapan yang mengandungi isi atau pengertian yang kurang menyenangkan .
Contoh: Ayahnya telah pergi mendahului kita.

Paradoks- sesuatu yang bertentangan atau menyalahi pendapat umum, yang mustahil kebenarannya.
Kucing bertanduk dua.

Litotes-merendahkan tanpa menggunakan kata-kata yang bermakna sebaliknya menggunakan semacam gaya atau pengucapan lain.
Contoh: “Berapa agaknya gaji tuan sebulan?”
“Adalah kira-kira cukup makan”.

Tautologi-pengulangan yang tak perlu.
Contoh: Dia sendiri memegang bahu saya dengan tangannya.

Inversion-menimbulkan kesan tertentu dengan susunan ayat diterbalikkan atau disongsangkan.
Contoh: Duduk di kerusi rotannya, dia….
Dia duduk di kerusi rotannya.

Apostrophe- ucapan yang secara langsung tidak ditujukan kepada hadirin, sebaliknya kepada sesuatu yang tidak hadir dalam majlis.
Contoh: Hai angin yang lalu, sampaikanlah rintihan jiwaku ini kepadanya…

4 comments:

Madam Puteh Kamariah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

retorik jenis khutbah,maksud nya ape?ciri2?

Anonymous said...

salam, tumpang tanya, macam mana saya nak dapatkan rujukan mengenai retorik ini? sy cdgkan anda sertakan rujukan agar dapat dikongsi bersama . TQ :)

Sha said...

��