Sunday, April 27, 2008

Bab 08 - Resume dan Profil Organisasi

BAB 8 RESUME DAN PROFIL ORGANISASI

8.0 PENGENALAN

Resume merupakan satu alat komunikasi yang digunakan oleh kebanyakan calon pekerja. Ia juga dipanggil sebagai curriculum vitae (cv). Selain itu, ia membantu para calon semasa memohon pekerjaan sama ada yang diiklankan atau menerusi orang terdekat.

Kepentingan resume memang jelas kerana ia dapat menjimatkan masa bagi penemuduga/majikan. Resume juga dapat menjelaskan maklumat calon pekerja dengan cara yang cukup padat dan ringkas. Resume yang baik dapat menjelaskan semua maklumat itu dalam masa beberapa minit sahaja. Melalui penulisan resume juga, para penemuduga/ majikan dapat menjangka calon pekerja pilihan. Secara tidak langsung, majikan dapat melihat kelayakan dan pengetahuan yang ada pada calon pekerja.

Perkataan resume berasal daripada perkataan bahasa Latin, résumer yang bermaksud ‘untuk mengambil kembali’. Mengikut Kamus Dewan, resume bermaksud ringkasan. Ringkasan ini boleh difahami segala maklumat seseorang dituliskan secara ringkas. Namun tidak bermakna segala yang penting dan berguna bagi kegunaan calon pekerja ditinggalkan.

8.1 TUJUAN RESUME

Resume dihasilkan untuk mendapatkan temu duga dan bukannya pekerjaan. Secara ringkasnya, apa yang diperlukan dalam sesebuah resume ialah kemahiran, pendidikan, dan pengalaman yang memenuhi kehendak majikan. Jadikan semua maklumat itu sebagai perkara utama. Apa yang penting, resume dapat membezakan seseorang calon daripada yang lain. Oleh itu, tugas seseorang calon mestilah menghasilkan resume terbaik demi memenuhi prospektif majikan yang berkait dengan pengalaman, kemahiran dan potensi yang boleh disumbangkan oleh seseorang calon pekerja.

Kandungan resume:

1. Peribadi dan maklumat untuk dihubungi- nama penuh, alamat terkini, no.telefon, dan alamat email (pilihan).

2. Pendidikan- Menulis perkara yang positif dalam kelayakan akademik dan juga aktiviti kurikulum. Gambarkan kelayakan akademik dengan menulis GCPA dan juga memaparkan tugas/jawatan semasa dalam persatuan.

i) Universiti dan kelayakan akademik/CGPA.
ii) Kaitan Sijil kelayakan akademik dengan bidang yang dipohon.
iii) Penulisan/Penerbitan
iv) Pengalaman dengan badan profesional
v) Sijil berkait dengan kelayakan bahasa – IELTS, TOFEL dan sebagainya.

3. Pengalaman- Tugas yang berkait dengan tugasan praktikal (hands-on) merupakan pengalaman yang paling penting bagi majikan. Jika sekalipun bidang anda tidak begitu benar-benar menepati pekerjaan yang diiklankan, namun anda boleh mengaitkan kemahirannya.

Contoh..lihat di atas

No comments: