Wednesday, April 9, 2008

Soalan Exam April 2007 - Wancana

Huraikan maksud aspek aspek wacana di bawah ini.

a) Kohesi
Kohesi yang terdiri daripada leksikal dan nahu, kita dapat melihat koheren ayat/perenggan dalam sesebuah petikan

b) Koherensi

Koherensi pula merujuk kepada pertalian yang wujud di antara satu unsur dengan unsur yang lain dalam satu ayat dan satu perenggan dengan perenggan yang lain.

Untuk lebih memahami koheren sesebuah wacana kita perlu melihat ciri ciri yang tersebut di bawah.

1. Bertautan:
-tautan ialah perhubungan ayat dengan ayat antara satu sama lain melalui aspek tatabahasa/nahu dan leksikal. Dengan mengkaji kedua-dua unsur ini, petikan teks itu jelas mempunyai koherensi. Maknanya, petikan itu masih menceritakan makna yang sama walaupun penggunaan perkataan/leksikalnya berbeza.

2. Bertujuan:
-Setiap ayat dalam sesebuah perenggan mesti menunjukkan tujuannya. Maksudnya, setiap penulisan mesti mempunyai tujuan penulis atau untuk pembacanya. Misalnya, petikan akhbar tentang Kempen Melawat Malaysia 2007, penulis mesti mengutarakan tentang kempen tersebut, apa yang dipromosi, atau apa sahaja yang berkait. Dan menepati dengan sasaran khalayaknya, pembaca (dalam atau luar negara).


3. Bermaklumat:
-Setiap teks mestilah mempunyai maklumat. Maklumat yang dimaksudkan ialah maklumat baru. Maklumat baru ialah maklumat yang tidak mengalami pengulangan dalam teks. Jika pernah diulang, maklumat itu dipanggil maklumat lama. Untuk memastikan teks itu mempunyai maklumat baru, kita boleh melihatnya sewaktu analisis kohesi. Maksud pengulangan bukan bermakna perkataan itu diulang tetapi maksud ayat yang diulang-ulang. Jika banyak maklumat lama, maka teks itu tidak koheren.

4. Berketerimaan
-Teks yang baik ialah teks yang boleh diterima oleh khalayaknya. Ini kerana teks dihasilkan untuk dibaca oleh sasaran khalayaknya. Jika hasil tulisan itu tidak dibaca atau didengar, maknanya mereka tidak menerima teks tersebut. Secara tidak langsung, ia menjaga nilai teks itu.

5. Berurutan:
-teks itu dapat dilihat dari aspek jalinan fikiran atau idea yang dikembangkan untuk membentuk jalan cerita, peristiwa, atau maklumat. Jika terdapat penyelewengan dari segi idea yang disusun sudah tentulah idea itu tidak akan berurutan. Para khalayak sudah pasti tidak akan memahami yang dibaca atau disampaikan kepadanya.

6.Berkeadaan:
-Sesebuah teks itu dilihat dari aspek penyampaiannya. Cara penyampaiannya sesuai ataupun tidak dengan situasi penyampaian atau ujaran. Maknanya, jika khalayak itu merupakan kanak-kanak, sesuaikah penyampaiakan teks yang dibaca atau didengar itu mengikut kelayakan umur mereka. Penggunaan perkataan, jalan cerita, idea dan sebagainya dikira untuk melihat aspek keadaannya.

7. Keutuhan
-Maksud wacana utuh ialah wacana yang tidak mengulangi maksud ayat sebelumnya.
Contoh:
Dia membaca sepanjang hari. Dia membaca dari pagi hingga ke petang.
-Wacana ini tidak utuh kerana mengulangi maksud ayat sebelumnya. Frasa sepanjang hari diulang semula melalui frasa dari pagi hingga ke petang.

No comments: