bukan hanya dengan menghafal alquran walaupun sepatutnya
bukan hanya dengan menutup aurat pakai baju labuh dan menutup muka hingga tinggal mata sahaja
bukan dengan hanya berzikir dan tidak meninggalkan solat
untuk jadi muslimah ada banyak perjuangan
perjuangan bermula dari hati
tidak terletak hasrat hati benci dan dengki
tidak terpancar rasa meluat sesama insan
tidak terlintas langsung untuk tidak ingat untuk berdoa kepada yang jelek
muslimah mengerti diri lemah dan hamba yang sentiasa berbuat salah
terlalu hingar kepalanya untuk membetulkan diri sebelum membetulkan orang
amat benci segala perbuatan mungkar dan berusaha menentang kemungkaran
dan terlalu sayang pada yang lemah apa lagi tidak berpengetahuan
itu satu dari berjuta yang perlu pada muslimah
hatinya hatinya sangat lara kepada Allah dan inginkan rahmah Allah sentiasa
No comments:
Post a Comment