Saturday, July 9, 2011

Kalau ada rasa

kalau kau masih rasa sayang pada bangsa dan pada keamanan sikit ada tercuit di hati. Rasa satu puak yang bersungguh hendak juga berhimpun, satu puak pulak bersungguh untuk melarang.

Sebagai rakyat yang tak masuk apa apa parti rasa ngeri ada.

Melayu mana yang betul, satu puak kata BN bongok satu puak kata lagi Ambiga bongok.

Aku dari kelompok teramai ingin keamanan. Suka sokong pada keamanan. Dan dulu dulu di sekolah kita tau untuk dapatkan satu satu perubahan, pengorbanan mesti di lakukan.

Apakah pengorbanan ini perlu

dari kaca mata aku...ada cara yang lebih baik untuk mendapatkan apa yang kita hendak...

benar sangatkah kerajaan tidak telus dalam pengundian ? cuba kita tanya diri kita
benar sangatkah pihak pembangkang sentiasa di buli oleh kerajaan ?

tapi aku sudah mendapat melambak lambak pertolongan dari kerajaan dari dulu hingga sekarang ?

aku buta ke

aku tak ada perasaan ke


jauh di lubuk hati aku...aku tetap sokong BN..dan buat lah apa yang kamu rasa perlu untuk menjaga keamanan negara ini..

perhimpunan drastik ini tidak ada kena mengena langsung dengan perjuangan kerana ketuanya sendiri terang jelas nyata bukan sayangkan negara untuk orang melayu...

No comments: