ramai yang gembira kedatangan ramadhan, aku...sudah tentu
tapi yang berlegar legar
anak aku yang tidak muqallaf (belum sempurna aqal) menjerit jerit..nak tarawih nak tarawih..
aduiyaiii
aku suka fokus dalam beribadah..
sekarang aku kena letakkan diri di barisan belakang bersama anak anak yang lain kerana anak aku tak akan boleh sebaris dengan orang orang perempuan dewasa...aduiyai lagi
maka akan lah aku gelisah kerana anak anak yang ada selalunya berbagai bagai tingkah dan akan menggangu aku..
anak aku ? dia akan mula menjengok sana sini..aduiyai aduiyai..
untuk aku lakukan di rumah..dia berkeras hendak ke masjid..
melompat lompat dia suka aku belikan telekung baru...aduiyai..
aku tahu...Allah Maha Mengetahui tentang apa jua yang berlaku ke atas diriku
sesungguhnya aku juga tahu...ikhlaskanlah segala niat dan Dia akan mengaturkan segala hadiah hadiah untuk hamba hamba yang ikhlas perbuatannya...
Kerja keras aku..berusaha mengikhlaskan segala yang akan dicubakan kepada diriku
Ahlan Wa Sahlan Ramadhan...
No comments:
Post a Comment