Sunday, September 21, 2008

Hari Jadi Baby yang ke 9 tahun


Dah lama aku tak menyambut hari lahir anakku dengan kawan kawan mereka, tahun ini anakku yang bongsu mohon di belikan kek yang besar supaya dia boleh memanggil beberapa kawan kawan di kerumah selepas berbuka puasa.

Aku mulanya keberatan memandangkan fulus aku cukup untuk buka puasa sahaja, tapi bila suami ku yang sanggup untuk membiayai semuannya aku pun setuju.

Mula mula kami menempah kek butter, sekarang ni kek pun dah mahal, dah lama aku tak menempah kek untuk anak anak aku..terakhir aku ingat 3 tahun lepas ..

Semalam 20 hb harijadinya yang kesembilan...sebelum aku pulang dari library..rupanya kawan nya sudah pun mengemas ruma aku. (sorang anak yatim yang memang rapat dengan anakku walaupun penduduk setaman tak sanggup membenarkan anak yatim ini masuk kerumah mereka takut akan dia yang di katakan tangan panjang)bagi aku , masyarakat lah patut mendidiknya sama bukan menyisih budak 10 tahun yang yatim sejak bayi lagi.

Selepas berbuka puasa, anak yatim itu lah yang pertama datang (Shuhada), seorang lagi sahabat rapat anak aku Shamit (5 tahun) tapi tubuhnya sudah besar sangat, lebih tinggi dari anakku yang sembilan tahun.

Kemudian datang lah berempat lagi, Kassim, Khairul, Alia dan Nana. Kassim ni lembut sikit, umur 11 tahun, Alia kawan rapat Aida walaupun Alia sudah pun 12 tahun dan Nana berumur 8 tahun.

Upacara menghembus lilin tak ku sukai kerana dia tidak ada budaya melayu, tapi di sebabkan anak aku yang hendak sangat meniup lilin ku beri sebatang, selepas tu mereka pun menyanyikan lagu yang calang caling ada yang nyanyi happy birthday to you ada pulak selamat panjang umur ,, tergelak aku dan suami. Tapi tak apa lah Aida gembira sekali.

Mereka makan kek dan minum air pepsi, walaupun lepas buka masih lagi larat makan dua potong kek.

Aku ingin sangat berkongsi apa hadiah yang anakku dapat dari kawan kawannya dari golongan yang sederhana ini, Anak yatim (Shuhada memberi Aida sebuah buku mewarna yang sudah di gunakan dan sudah pun hampir habis menwarnakan gambar gambar dalam buku itu). Cantik warna warnanya. Aida suka juga, Kassim dan Khairul (adik beradik 7 orang) memberi sepasang kasut yang sudah di gunakan dan tak muat lagi buat mereka berwarna merah, cantik tapi saiznya agak besar , Aida mencuba beberapa kali dan cuba menari shafel dengan kasut ini hampir sahaja dia terjatuh di sebabkan oversaiz..tapi Aida amat suka pada kasut ini. Shamit memberi sebuah buku berwarna yang sudah di gunakan juga, tapi Aida masih gembira menerimanya. Nana memberi gambar gambar yang di lukis sendiri dan di warnakan (brilliant idea) gambar gambar ini seperti kad kad kosong di mana kita boleh menulis nota di belakangnya, dan menjadikannya poskad. Hanya Alia sahaja yang memberi hadiah yang belum di gunakan sebuah jam meja. Aku sangat gembira melihat Aida pun gembira, dia tak berkira apa yang di beri kawan kawannya dengan barang barang terpakai. Selepas makan, mereka pun berangkat ke surau untuk mengerjakan solat tarawih.

Aku memberi buku lukisan dan telekung baru, ayahnya memberi selipar berwarna unggu, pengikat rambut unggu, buku nota Disney. Tapi barang barang pemberian kawan kawannya yang terpakai lebih di hargainya. Kerana buku aku masih lagi tersepuk di meja dan barang barang kawannya di angkut masuk ke biliknya.

Cabel aku tertinggal di pejabat, nanti aku uploadkan gambar budak yang bertujuh kemudiah nanti.


22 09

No comments: