Pagi pagi berperang lagi tinggi suara Pang5, makin tinggi suaraku, mengalah Pang5, keluar terus dari bilik, kalau dah memang berkeras, buang masa nak mencari penyelesaian.
Terduduk aku yang baru sahaja lepas membaca alquran, bukan perangai aku suka bertelingkah, setelah Pang5 keluar dari bilik, aku juga terduduk mengenangkan kelancangan mulut ku di bulan ramadhan yang mulia ini, sepatutnya aku patut berfikir dan berbincang, memang aku cepat naik darah, buang masa bertelingkah kata Pang5, tapi Pang5 tahu sangat perangai aku, di biarkan aku sendiri berfikir, aku sendiri akan menyelesaikan masalah dan selalunya begitu.
Aku capai semula alquran, baca lagi, dan baca lagi, dan berdoa di beri petunjuk. Entah kenapa tiba tiba aku berfikir , bertenang dan kemudian dapat mencapai penyelesaian, cepat cepat keluar bilik, cari Kekasihku si Pang5.
Ada, sedang mengurut ayahku, kemudian di sapu minyak panas di badan ayahku, ayahku yang di mandikan suami aku setiap hari sebelum ke pejabat. Apabila dia duduk di kerusi besar di ruang tengah, cepat cepat aku capai tangannya dan ku cium. Pang5 merenung, tunggu apa yang akan aku katakan seterusnya. dia tahu aku tak suka meminta maaf, kalau aku memohon maaf, cepat cepat di maafkannya, tapi kali ini tidak, aku tidak memohon maaf tapi, aku tak mahu dia marah pada ku, kata ku, Abang, ini lah sifat aku, sudah 23 tahun kau kenali aku, begini lah aku, marah di bibir di hati jarang sekali.
Dia mengusap kepalaku, kemudian di biar aku menghimpit dirinya yang makin terkepit di tepi kerusi.
Kali ini dia tahu, aku berkeras tak mahu mengalah, dia biarkannya.
Dia berbicara dengan lembut, "Ayang fikirkan lah sendiri".
Kerana kelembutannya aku berfikir sekali lagi. Maka aku pun mengalah. Dia tahu, dalam cahaya mata ku yang makin tenang aku sedang berfikir dengan lebih waras.
No comments:
Post a Comment