Wednesday, August 13, 2008

Serabut

Mungkin blog ini tak lagi dapat membicarakan tentang subjek yang aku ambil kerana masa makin sempit, namun aku masih ingin menyediakan sepatah dua kata, bukan semata untuk peminat, aku sendiri terlebih memerlukan ruang pelepas rasa.

Siapa yang tak serabut, makin di sangka pulih, makin parah. Makin aku melihatkan keparahan di taman aku yang aku sangka makin pulih. Sedih pun sering mengundang datang menziarahi aku kala ini. Mana taknya, kalau dulu perpecahan puak puak masih lagi samar samar, masih lagi ada senyum dan angkat tangan, sekarang dengan jelas mereka mengumumkan bahawa kami di groupkan ke group b dan engkau orang ke group a. Atas dasar apa Islam yang tak mengajar perpecahan, perpecahan yang makin ketara. Perpecahan yang makin landas mereka melaungkan Islam. Cehh.

Perebutan apa yang mereka mahukan, kuasa apa yang mereka inginkan, penonjolan apa yang ingin di banggakan.

Surau sebesar garaj bas sekolah itu kah ? Sekolah agama rakyat yang tak sampai 300 orang tu kah ?

Atau ada agenda bermotif wang yang lebih di ghairahkan ?

Yang aku tau, A pun aku tak mau tau B pun aku tak mau peduli.

Itulah keserabutan aku di kala ini.

Seri

Saturday, August 9, 2008

Esok Seminar 2 10 August 2008

Salam semua yang masih rajin datang ke blog Seri.

Dalam masa 15 minit lagi azan maghrib akan berkumandang. Seri begitu lega dapat menyiapkan ke empat empat tugasan. Walaupun tugasan Culture hanya perlu di hantar esok, namun sempat juga Seri siapkan.

Namun dalam hati masih berdetik untuk mengulang baca assignment Dr Rahmat. Ketegasan beliau dalam mengkehendaki semuanya berasakan fakta yang benar, bukan dari prasangka dan rumor, menyebabkan Seri tidak mahu menyudahi dengan mencetak tugasan beliau.

Kawan kawan sekuliah ada yang membuat panggilan bertanyakan tentang persiapan Seri untuk menduduki peperiksaan Dr Rahman esok pagi. Seperti biasa, jawapan Seri, masih lagi mengulangkaji.

Hati Seri bergejolak dengan berbagai perasaan, takut pun ada. Takut tak dapat membuat yang terbaik untuk peperiksaan esok. Laju benar Semester kali ini, masuk seminar dua pun dah ada peperiksaan. Kena memulun baca lagi, memahami dan berfikir dengan kritis dan teliti sebelum menjawab esok, pesan Dr Rahmat masih lagi tertayang tayang di depan mata Seri.

Sosok tubuh Dr Rahmat tak lah jauh beza saiznya dari tubuh Seri namun charisma seorang guru juga seorang pemikir, menakutkan Seri. Namun, Seri pun tak mahu mengalah berdebat esok dengan beliau.

Petang tadi, singgah sekejap di surau di taman perumahan Seri, ada majlis membaca yasin, tahlil, doa selamat, menyambut puasa. Di kumpulkan satu malam ini. Seri sangat bahagia bila melihat ramai kaum kaum ibu mengimarahkan surau kali ini, kalau 10 jari Seri, lebih lagi. Sekarang pun Seri sedang tersenyum, lama benar surau di taman ini hilang dari hiruk pikuk kaum ibu yang menyepi di sebabkan masalah politik. Masalah benor...puih

Sampai di sini dulu..sebelum Seri kena lontar jerkahan dari Suami yang pantang melihat seri memblogging waktu maghrib begini..

Salam Sayang buat semua..

Seri Serodja mu..muahh

Sunday, July 27, 2008

Solah

Berkongsi...

Salam kepada Pengunjung Seri...

27 Rejab...tarikh mulia umat Islam. Di sana sini ada sahaja ceramah yang mengimbau kembali akan sejarah terutama, termulia umat Islam. Solah di perkenalkan kepada umat Islam.

Israk = perjalanan insan termulia, kekasih Nya, Al Amin Pembawa wahyu tuhan kepda umat Islam.

Seri rasa tak perlu lah kita sekali bercerita tentangnya. Namun yang perlu di ketengahkan peringatan tentang solah.

Seri meletakkan diri sebagai salah seorang Islam yang di pertanggungjawabkan memperingati sesama Islam dan terutamanya diri sendiri.

Acapkali kita terdengar, terbaca , terlihat dan mungkin mengalami sendiri jenayah yang makin meleluasa di daerah yang di injaki kita.

Setiap kali tanpa gagal, berdetik hati kita betapa kucar kacirnya penghidupan rakyat Malaysia yang makin tidak selamat.

Apa kena mengena dengan Solah.

Solah adalah perkaras terasas, tiang tegap kita juga pendirian kita. Goyah tiang seri ini, goyah lah semuanya.

Ibarat sebatang gigi sakit, kecundang lah seluruh badan.

Solah itu di bahaskan, terbukti juga akan kebenarannya, pengawal nafsu, pengawal segala perbuatan mungkar.

Sebagai umat islam, umat yang numoro uno sepatutnya, mengeraskan pendirian tanpa berbasa basi di dalam pengerjaan solah inshallah adalah titik tolak untuk mengawal malah mungkin berjaya melumpuhkan jenayah. Sekecil kecil jenayah sehingga ke sebesar kepala mak bapak.

Solah itu jauh perginya. Ia nya bermula dengan disiplin, penyerahan diri kepada Yang Teramat Agung dan tempat manusia memandang kembali, adanya aku di bumi ini ada sementara, dan segala perbuatan aku di hitung, yang zahir apa lagi yang terlintas di hati.

Wassallam

Seri

Tuesday, July 22, 2008

Perasaan

Salam Semua,

Masuk semester dua ini, ada sedikit perbezaan, mungkin banyak juga jika di renungkan dalam dalam. Keceriaannya tak sama, keseronokkannya tak sama, keghairahannya juga tak sama.

Kalau dulu hari pendaftaran, bari hari menanti suami datang masuk meminang tapi semester kedua di mulakan dengan anti climax yakni mengadap iclass, anti klimakxnya di sebabkan kekucar kaciran yang berlaku di hari tersebut. Yang mengajar tak berapa pasti yang belajar pula makin keliru.

Masuk hari seminar pertama, sakit migrain pula menyerang dari pagi hingga ke petang. Suasana dalam kelas yang panas menambah sakit kepala. Panadol yang di telan juga tidak memberi sebarang kesan.

Tambahan pula 2 mata pelajaran pertama, ya allah, penuh dengan data data yang begitu laju di bincangkan menyebabkan hati bertambah celaru dan otak semakin bingung.

Pulang sahaja ke rumah yang ku cari adalah bilikku. Bilik yang menenangkan dan yang menyamankan.

Kesian anak anak, tak lebih dari 10 perkataan yang terpacul dari mulut untuk menanyakan khabar mereka untuk hari itu. Masing masing makin akur ibunya tak banyak waktu seperti dulu.

Esoknya, di pejabat, aku masih lagi lemah dek hentaman migrain. Pagi pagi Isnin ini lagi aku di arahkan mengadap ketua jabatan ku, macam macam yang di arahkan aku perbuat dan secepat mungkin pula jawapan yang perlukan di serahkan kepadanya.

Minggu ini, bagai menduga 150% kesabaran dan kewarasan aku.

Aku harap esok makin tenang.

Seri

Tuesday, July 15, 2008

Peluang

Kita telah di beri peluang untuk membaiki diri, selagi nafas di pinjamkan. Jika semalam kita melihat ke belakang, biarkanlah jika semata mata untuk mengambil iktibar, bukan mencerca akan kesalahan yang di lakukan bukan juga untuk menyalahkan orang.

Selain dukacita akan kenaikan harga barang dan gaji yang masih di takuk lama, apakan kita lupa untuk bersyukur di dalam dukacita yang makin mencengkam.

Apa perlukah kita lemparkan segala kesalahan kepada pemimpin atau kita ambik peluang dalam keperitan hidup dengan banyak banyak mengkaji semula cara perbelanjaan kita. Hikmah itu datang bukan semata terpampang dengan kegembiraan, selalunya ianya datang dengan kehambaran kehidupan yang tampak menyesakkan.


Contohnya, minggu lepas ketika Seri sesat jalan , dan makin jauh sesat, entah mana jalan yang perlu di ambik , terlalu banyak bulatan menyebabkan makin lama makin jauh perginya, terlempar kami di pangkal jalan.

Pertama yang keluar dari mulut Seri adalah keluhan, namun cepat cepat pula berterima kasih kerana kalau tidak makin jauh ke dalam Klang lah Seri sesat.

Makin mudah mencari tempat yang di tuju setelah jalan yang di lalui adalah jalan yang biasa Seri tempuhi.

Begitulah kehidupan, jika besok dah makin senget dan hampir rebah dek sebab pegangan yang makin menyerabutkan...pulang lah ke pangkal jalan. Ambik lah jalan yang mudah faham dan terang benderang.

Seri