Salam semua yang masih rajin datang ke blog Seri.
Dalam masa 15 minit lagi azan maghrib akan berkumandang. Seri begitu lega dapat menyiapkan ke empat empat tugasan. Walaupun tugasan Culture hanya perlu di hantar esok, namun sempat juga Seri siapkan.
Namun dalam hati masih berdetik untuk mengulang baca assignment Dr Rahmat. Ketegasan beliau dalam mengkehendaki semuanya berasakan fakta yang benar, bukan dari prasangka dan rumor, menyebabkan Seri tidak mahu menyudahi dengan mencetak tugasan beliau.
Kawan kawan sekuliah ada yang membuat panggilan bertanyakan tentang persiapan Seri untuk menduduki peperiksaan Dr Rahman esok pagi. Seperti biasa, jawapan Seri, masih lagi mengulangkaji.
Hati Seri bergejolak dengan berbagai perasaan, takut pun ada. Takut tak dapat membuat yang terbaik untuk peperiksaan esok. Laju benar Semester kali ini, masuk seminar dua pun dah ada peperiksaan. Kena memulun baca lagi, memahami dan berfikir dengan kritis dan teliti sebelum menjawab esok, pesan Dr Rahmat masih lagi tertayang tayang di depan mata Seri.
Sosok tubuh Dr Rahmat tak lah jauh beza saiznya dari tubuh Seri namun charisma seorang guru juga seorang pemikir, menakutkan Seri. Namun, Seri pun tak mahu mengalah berdebat esok dengan beliau.
Petang tadi, singgah sekejap di surau di taman perumahan Seri, ada majlis membaca yasin, tahlil, doa selamat, menyambut puasa. Di kumpulkan satu malam ini. Seri sangat bahagia bila melihat ramai kaum kaum ibu mengimarahkan surau kali ini, kalau 10 jari Seri, lebih lagi. Sekarang pun Seri sedang tersenyum, lama benar surau di taman ini hilang dari hiruk pikuk kaum ibu yang menyepi di sebabkan masalah politik. Masalah benor...puih
Sampai di sini dulu..sebelum Seri kena lontar jerkahan dari Suami yang pantang melihat seri memblogging waktu maghrib begini..
Salam Sayang buat semua..
Seri Serodja mu..muahh
No comments:
Post a Comment