Ghibah
Memang sedap menghibah, pulak orang yang di umpat itu tak berdaya mempertahankan diri apabila di kata dalam kumpulan yang besar.
Lawak lawak bangang sentiasa menjadikan ianya enak dan memuaskan lidah berkata dan telinga yang mendengar.
Di tambah pulak dengan pengatanya mempersembahkan aksi tak senonoh. Membahagiakan sungguh.
Malangnya itu lah dalang perpecahan orang orang melayu yakni Islam. Menyedihkan.
Semalam datang seorang rakan menceritakan tentang dirinya di umpat itu ini dan dia amat berdukacita.
Yang pertama Seri nasihatkan, orang yang membawa berita itu patut dicilikan. Kalau boleh dengan lada paling pedas dalam dunia. Terperanjat rakan Seri. Bagi pandangan Seri, mendengar cerita dari orang adalah salah. Gambaran sebenar tidak pernah di berikan. Selalunya menambah benci sakit hati orang yang mendengarnya.
Seri suruh lupakan sahaja apa yang dikatakan oleh pembawa umpatan itu. Seri nasihatkan pula, kita mesti ada 3 s dalam diri kita untuk mendapatkan 1 s dari yang Maha Agung.
S yang pertama yakni Suci dari hasad dengki,
S yang kedua yakni Suci dari hadas
S yang ketiga Suci dari maksiat
Baru lah datang S yang keempat yakni Sirr dari Allah Taala.
Apabila kita suci dari hasad dengki, pabila datang umpat dan kata nista dan fitnah dari orang, kita tidak akan terpanah oleh nya kerana tidak mudah melenting dan mudah mencari penyelesaian masalah yang berakibat dari ketenangan kita. Bila kita Suci dari hadas, maknanya kita sentiasa tidak lupa untuk Solat wajib dan sunat, masa bila pula kita hendak membuat sesuatu perbuatan yang ketiga ini , yakni membuat maksiat kerana kita amar sedar setiap perbuatan kita di persoalkan dan dapat di lihat benar dan salahnya.
Segala gala perbuatan yang bersandar suci di atas hanya akan menaikkan taraf kita dekat dengan allah maka inshallah mudah lah allah menurunkan hidayah kepada kita. Orang orang yang sentiasa di dalam hidayah allah, tidak lah dia hidup sia sia di muka bumi ini.
Lega lah hati rakan Seri. Terpamer lah semula senyuman di bibirnya. Alhamdulillah, dengan mengingati rakan ia juga mengingati Seri.
Seri
No comments:
Post a Comment